Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 10 Disember 2009

'Komedi yang cukup dewasa... My Spy paparkan beberapa babak panas yang kelakar!!'

Filem ke-7 arahan Afdlin Shauki, 'My Spy' kini rancak ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Filem yang memaparkan aksi comedy action ini diterbitkan oleh KRU Film di barisi pelakon popular : AC Mizal, Harun Salim Bachik, Ridzuan Hashim, Maria Farida, Daphne Iking, Carmen Soo dan Hannah Tan merupakan karya Afdlin Shauki yang sarat dengan sindiran tajam menggelek hati. Jom kita ikuti apa yang menarik dalam My Spy...

Menarik ke My Spy?


  • sebuah komedi ringan yang tidak memeningkan kepala. Ia juga merupakan kisah yang menyentuh isu persahabatan, kasih sayang dan sebagainya. Dalam My Spy.. ia cuba bermain dengan isu homoseksual.. Hahahaha. eg: Scene yang agak kelakar di mana AC Mizal dan Harun Salim Bachik berpeluk kesejukkan. Ia seolah-olah mereka melakukan hubungan seks sejenis diluar tabii. Perhatikan juga dialog yang dituturkan mereka berdua dalam peti sejuk tue.. Sensual sangat la ye.. Ayo!!
  • Dialog yang dituturkan menerusi bahasa visual (walaupun tidak menampakkan visual) agak berbau lucah, tetapi cukup dewasa. Lihat sahaja tutur dialog yang dilontarkan beberapa pelakon wanita (Carmen Soo & Daphne Iking ) dalam bilik hotel bersama Datuk O' ( Ridzuan Hashim), ia menampakkan seolah mereka sedang melakukan 'projek'. Sebab itulah My Spy dilabelkan LPF sebagai filem yang diklafikasikan PG13.
  • Kemunculan Mamat Khalid (Pengarah & Pelakon) sebagai watak Tan Sri ( Watak sampingan ) agak kelakar dn cukup sinis dialognya apabila menyebut 'I'm so stupid if i speak English'.. hahaha.. My Spy mengkritik dialog yang pernah dilontarkan pelakon Sharifah Armani. Tetapi ia dilakukan dalam nada yang cukup kelakar!!.
  • My Spy menampilkan model dan pelakon wanita yang cukup seksi ( confirm lepas ni ada yang akan klik google search gambar pelakon tue yang hot-hot) - Carmen Soo, Daphne Iking dan Hannah Tan.
  • Cerita yang dipaparkan dalam My Spy agak mendatar. Ia umpama sebuah perjalanan yang amat mudah, tanpa ada pun jalan pinggir bukit atau menuruni curam. Kisah dua penyiasat persendirian yang pada mulanya tidak sehaluan, namun terpaksa bekerjasama bagi menyelesaikan kes seorang isteri (berpangkat Datin) yang mengesyaki kecurangan suaminya, Datuk O. Tanpa mereka ketahui, kedua-duanya terbabit dalam sebuah kes jauh lebih besar iaitu jenayah mencuri lukisan bernilai tinggi. Sayangnya, hanya beg galas yang mampu berkata-kata dalam My Spy menjadikan filem ini cukup ironi dengan trademark KRU FIlm. Apa pun.. tahniah buat My Spy kerana menjadikan ia sebuah karya komedi yang cukup memecah perut di pawagam..
  • Pemilihan lokasi Pulau Langkawi menjadikan My Spy sebuah filem yang cukup cantik dari sudut fotografinya. Apatah lagi terdapat scene antara 'Carmen Soo dan Daphne Iking' yang menyuap buah strawberry antara satu sama lain, cukup sensual. Kata suara nakal penonton yang saya dengar dalam pawagam 'macam pasangan lesbian'.. tapi cukup dewasa. Bimbingan kanak-kanak di bawah umur perlu untuk menonton My Spy.
  • Celcom dan Perodua merupakan penaja besar filem My Spy ini. Lihat sahaja beberapa scene 'establishing shot' sebuah pekan atau bandar.. ada aje logo Celcom.. nampaknya Celcom cukup ironi dengan semua filem Afdlin Shauki. Tahniah!!
  • Kereta Perodua MyVI SE yang digunakan Harun Salim Bachik ini boleh bersuara.. Ia menampakkan filem ini dicedok daripada siri Knight Rider. Tapi.. saya cuba membayangkan jikalau kereta MyVi itu boleh bertukar menjadi robot.. hahaha.
  • Jika anda belum menonton filem ini, lekaslah ke pawagam sekarang kerana ia menyajikan sebuah komedi ringan yang bukan klise!!.
p/s: Saya lebih suka filem Afdlin 'Papadom'..

0 comments :