Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Selasa, 29 Disember 2009

Mesej ringkas Orked Ahmad kepada Amy Ikram!!

'Salam Ikram, I do apologise and need to explain that we had no problems with LPF, Yasmin was afraid to submit it due to the negative reports by the media and hearsay. It was also delayed due to budget restrains. Can you publish that please. I hope nobody gets angry over it and really hope more people will watch it', said Orked Ahmad. ( report December 29 at 4:56pm amy ikram facebook)


Ulasan terbaik berkaitan Muallaf daripada A.Wahab Hamzah

Siapa Yang Muallaf?

FILEM yang dihasilkan pada tahun 2008 ini bukanlah filem terakhir arahan Yasmin Ahmad. Takdir menentukan filem ini menjadi filem terakhir Yasmin yang ditayangkan, iaitu selepas terakhirnya Talentime terlebih dahulu menemui penonton di negara ini. Tetapi antara takdir dan subjek filem ini serta Yasmin sendiri seakan mempunyai kaitan tersembunyi dalam filem ini.

Apa yang agak menarik dalam salah satu adegan filem ini, watak Rohani (dilakonkan oleh Sharifah Amani) bercakap tentang kehidupan dan kematian kepada petugas pendaftar sebuah kolej. Apakah yang mendorong perbincangan tentang kematian sebagai suatu arah yang pasti berbanding subjek ekonomi sebagai penentu masa depan kehidupan adalah suatu subjek kebetulan daripada Yasmin? Dan yang lebih menarik dikeseluruhan filem ini, Yasmin bukan sahaja bercakap tentang kehidupan dan kemanusiaan, tetapi tentang agama yang disampaikan dengan elemen dramatik yang cukup menarik.

Dalam Muallaf, Yasmin mempertontonkan sikap toleransi dan memahami orang Muslim terhadap orang lain. Yasmin bukan lagi bercakap tentang perbezaan dan hubungan antara kaum dalam masyarakat negara ini sepertimana tiga filemnya yang terdahulu iaitu Sepet, Gubra dan Talentime. Sebaliknya dalam Muallaf, Yasmin memperlihatkan perbandingan agama secara cukup sensitif. Tetapi perbandingan agama dalam Muallaf yang boleh dirujuk sebagai antara Islam dan Kristian tidak dibuat oleh Yasmin secara perbandingan stereotaip.

Yasmin tidak mencari perbezaan, sebaliknya mencari keharmonian melalui kefahaman yang dapat diambil daripada al-Quran dan Injil. Hal ini diperlihatkan melalui watak dua beradik Rohani dan Rohana (Sharifah Aleysha) yang dapat mengingat petikan-petikan daripada Injil dan al-Quran.

Watak yang dipaparkan oleh Yasmin kali ini memperlihatkan sifat yang misterius di awal filem. Mereka diperlihatkan mempunyai sikap ganjil yang sering memetik nombor ayat-ayat yang dipetik daripada injil dan al-Quran. Bukan itu sahaja mereka turut mengambil petikan daripada falsafah Tao Te Ching. Keganjilan sikap mereka inilah yang mendorong Brian (Brian Yap) guru sejarah di sekolah Rohani dan pengetua, Brother Anthony (Tony Savarimuthu) mendekati mereka.

Daripada perhubungan yang semakin rapat antara Brian dan Rohani, barulah kita dapat mengetahui latar mereka berdua. Yang menariknya mereka berdua mempunyai bentuk trauma yang hampir sama. Kedua-duanya berpunca daripada perbuatan ayah. Dalam satu adegan yang sangat mengerikan, Rohani dibotakkan oleh ayahnya (Datuk Rahim Razali) hanya kerana tidak mahu menurut kemahuan ayah dan ibu tirinya. Rohani dan Rohana melarikan diri daripada bapa mereka kerana tidak tahan dengan sikap keras dan bengis bapa mereka itu, lalu tinggal di sebuah rumah di Ipoh.

Untuk menanggung perbelanjaan Rohana di sekolah, Rohani bekerja di sebuah bar dan yang anehnya Rohani sering menasihatkan pelanggannya agar tidak mengambil arak. Hal ini dapat dikesan akibat daripada sikap bapanya yang pemabuk dan kasar.

Di Ipoh, dua beradik ini menghabiskan banyak masa mereka membaca kitab-kitab agama yang ditinggalkan oleh ibu mereka yang meninggal dunia. Jadi habit ini menjadikan mereka berdua dapat mengingat surah dan petikan nombor kitab-kitab tersebut.

Manakala Brian juga mempunyai trauma dengan ayahnya seorang yang sangat patuh dengan fahaman katolik lalu menghukum dengan keras Brian yang masih kecil ketika itu hanya kerana diketahuinya Brian membaca majalah porno. Tindakan keras bapa itu telah menjadi trauma yang berpanjangan kepada mereka. Bagaimanapun sikap keras bapanya tidak pula menjadikan Rohani pendendam sebaliknya sanggup pula menjaga bapanya yang terlantar sakit.

Dalam Muallaf, tidak ada orang yang masuk Islam atau Kristian. Sebaliknya Brian mula mendekati semula agama Kristian dan cuba memahami Islam selepas rapat dengan Rohani. Jadi mualaf disini memberikan gambaran tentang usaha memahami dan mengetahui agama. Yasmin tidak memperlihatkan nilai kontradik antara agama, seperti yang diperkatakan oleh Brother Anthony dalam filem ini, setiap orang mencari Tuhan.

Sebaliknya Yasmin memperlihatkan nilai kontradik ini pada manusia yang mahu dilihat baik, seperti ayah Rohani yang minum arak tetapi tidak mahu bersalam dengan lelaki yang lepas memegang anjing atas alasan tangan itu terpalit najis anjing. Begitu juga dengan bapa Brian yang begitu keras dengan anaknya walaupun dia seorang katolik yang patuh.

Muallaf adalah filem selamat tinggal dari Yasmin. Yasmin mengangkat soal agama dan hubungan kemanusiaan dan perlunya saling memahami. Dia mengkritik kepura-puraan manusia dan sebaliknya. Seperti filem-filemnya yang lalu, Yasmin mementingkan cerita daripada teknik perfileman. Muzik yang dipilih sesuai dengan mood yang dipancarkan, tetapi adegan yang senyap tanpa bunyi menampilkan kesan keheningan yang sangat terasa. Tetapi di sebalik kerja kamera yang mudah, sebaliknya simplicity filem ini berjaya menonjolkan kekuatan visual dan cerita.

Filem Muallaf sebenarnya melengkapkan kerja seni Yasmin sebagai seorang auteur yang cukup hebat dengan karya yang cukup sensitif dan menginsafkan.

p/s: Kelewatan Muallaf memasuki Pawagam Malaysia bukannya disebabkan oleh LPF ( kenyataan khas daripada Orked Ahmad). Pada sesiapa yang terlepas menonton Muallaf kali ini, bermakna anda terlepas menyaksikan sebuah karya cukup indah dari pembikin filem yang berkualiti tinggi.

Al-Fatihah Allahyarham Yasmin Ahmad
*Rabun-Sepet-Gubra-Mukhsin-Muallaf-Talentime*
Memory of Yasmin Ahmad Film..

0 comments :