Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 11 Disember 2009

Tayangan Ekslusif Filem Terbaik di Minggu Filem Islam!!!!


Mulai 12 Disember, 19 Disember, 26 Disember dan 27 Disember 2009, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ( FINAS ) akan menganjurkan Minggu Filem Islam (Islamic Film Week) yang akan menayangkan 6 buah filem secara ekslusif di Pawagam Mini P.Ramlee, Finas, bermula pukul 3.00 petang. Program yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) mengalu-alukan kedatangan semua peminat filem, karyawan dan pengkritik filem tempatan untuk sama-sama memeriahkan acara yang di adakan. Masuk adalah percuma.


12 Disember 2009
Father & Son ( Turkey)

19 Disember 2009
Laskar Pelangi (Indonesia)

26 Disember 2009
Just a word, Child task, Innocent dream ( Saudi Arabia )

27 Disember 2009
Syukur 21 ( Malaysia )

p/s:
jom pi ramai-ramai okay.. Ada makan minum ( bagi yang save budget hujung minggu tue ) boleh lah serbu Pawagam P.Ramlee, FINAS. Sambil tengok filem, kita leh tukar-tukar fikiran pasal filem yang ditayangkan. Saya tak tau pulak samada diskusi ada ke x selepas sesebuah filem ditayangkan.

* menunggu jikalau ada filem 'Ketika Cinta Bertasbih' dan 'Perempuan Berkalung Sorban' dari Indonesia ditayangkan di sini. Kalau tak pun.. masukkan slot tayangan di minggu filem islam nie. Bawa sekali sutradaranya. hehehe*

ULASAN FILEM INI AKAN DATANG!!

0 comments :