
Perspektif Hiburan Semasa
Album Solo Studio ke 18, penyanyi kesayangan ramai, Dato' Sri Siti Nurhaliza akan dilancarkan di seluruh platform muzik bermula 3 Julai 2020. Kepada anda yang tidak sabar untuk memiliki album tersebut dalam bentuk CD, boleh membuat tempahan segera sebelum kehabisan stok!.
Astro senantiasa memberikan pelbagai cara terbaik untuk menonton filem kepada pelanggan apabila membawa filem-filem terus ke rumah melalui saluran Astro First. Langkah ini telah membuka ruang buat penerbit di luar sana untuk membawa filem mereka ditayangkan buat pertama kali terus ke pawagam rumah penonton.
Penghasilkan 'comolot' adalah kerana saya cukup mengkagumi karya Osman Ali menerusi filem eksperimental 'Bukak Api'. - AMY IKRAM
TOWN MALL filem seram Eizlan Yusof yang bakal membuatkan penonton meremang di Astro First. Filem terbitan Enuja Production kerjasama Astro Shaw itu merupakah karya yang diinspirasikan daripada kisah benar.
Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.
Satu kejayaan besar buat Istana Budaya apabila tahun 2010 menyaksikan RM 12 juta ringgit berjaya dikutip dari jualan tiket bagi semua pementasan yang pernah dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya. Menewaskan kutipan terdahulu sebanyak RM 9 juta ringgit, Istana Budaya kini merangka pelan bagi menghidangkan beberapa persembahan yang menarik dan memukau bagi tahun 2011. Mulai Januari 2011, Istana Budaya akan mementaskan 3 buah persembahan ekslusif iaitu 'J2011 Lagenda (7-10 Januari 2011), Don Quixoye (14 - 16 Januari 2011) dan Muzikal Tun Mahathir 2 (21 - 30 Januari 2011). Ia dikuti Konsert Keunggulan 33 tahun Francisca Peter ( 5 dan 6 Februari 2011), Terima Kasih Cinta ( 17 Februari - 6 Mac 2011), Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal ( 17 Mac - 3 April 2011), Maher Zain ( 8 - 10 April 2011), West and Stars ( 14 - 17 April 2011), Wings Opera Hidup Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (29 April - 1 May 2011), Semalam Di Malaysia D'lloyd ( 6 - 8 Mei 2011), Wayang ( 13 - 17 Mei 2011), Swan Lake ( 20 - 22 Mei 2011), Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa ... 60 an ( 1 - 5 Jun 2011), Teater Salina ( 15 - 25 Jun 2011), Festival Muzik KL ( 1-3 Julai 2011), Dreamgirls (14 - 24 Julai 2011), Konsert P.Ramlee ( 8-21 September 2011), The Secret World Of Nora (29 September - 23 Oktober 2011), Magic Mirror The Musical (25 November - 4 Disember 2011), dan Semerah Padi ( 16-25 Disember 2011).
p/s: Saya menunggu Maher Zain dan P.Ramlee nanti. Insya allah. Tapi kalau ada Hantu Kak Limah dalam bentuk teater best jugak. hehehe
Hasil dan kualiti studio pos produksi, Digital Mix Stage Finas, yang selama ini dipertikaikan kualiti dan kemahiran dalam menghasilkan produk bermutu, akhirnya terbukti apabila filem pertama di Malaysia yang menggunakan sepenuhnya kemudahan di studio berkenaan, ‘Senjakala,’ dikatakan mempunyai sistem Dolby setaraf dengan produk perfileman antarabangsa termasuk dari Australia. Filem terbaru arahan Ahmad Idham, dan diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd, itu telah dijadikan kajian kes oleh pihak Lembaga Perbadanan FINAS setelah ada ura-ura cadangan penswastaan studio berkenaan baru-baru ini.