Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


BELAGU BUKTI KEMAMPUAN SENI DAYANG

Persembahan Dayang diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) membuktikan kemampuan Dayang membawakan seleksi lagu klasik melayu tampak elegan dan mewah.

NABIL AHMAD, DOUGLAS LIM, DR J.RAM TAMPIL DALAM FAMILY FUED MALAYSIA BERMULA 27 MAC INI

Alami pengalaman penontonan baharu melalui Family Feud Malaysia di Astro yang diadaptasikan dari sebuah program tv terkenal luar negara.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

Jumaat, 29 Januari 2010

Saluran E! News Asia mencari hos baru!!

http://www.asiaenews.com/

Sekiranya anda punya bakat, ilmu dan penampilan menarik, maka andalah orang yang dicari oleh E! Entertainment Television untuk mengacarakan program mereka, E! News ASIA.

Ia berupa sebuah rancangan mingguan terbaru yang membuat liputan berita-berita hiburan terhangat masa kini dari Hollywood sehingga ke rantau Asia.

Saluran E! yang sering membawa anda mendekati selebriti-selebriti ternama dunia hiburan kini sedang mencari 2 individu berbakat besar untuk tampil sebagai hos E! News Asia. Program ini berusaha untuk melengkapkan lagi berita penyiaran E! yang selama ini dikendalikan Ryan Seacrest dan Giuliana Rancic di Hollywood.

E! News yang mencatatkan rating tertinggi dan diiktiraf sebagai produksi paling lama bersiaran telah pun mencipta nama di serata dunia. Pelbagai versi telah diterbitkan sebelum ini iaitu di Itali, Perancis, Poland, Jerman, Korea dan Amerika Latin.

Kini, anda berpeluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah E!

Antara kriteria-kriteria yang diperlukan:

• Berumur 21 tahun dan ke atas dan berketurunan Asia
• Fasih berbahasa Inggeris serta berkebolehan dalam bahasa-bahasa lain
• Berpengalaman di hadapan kamera
• Latarbelakang dalam bidang kewartawanan amat digalakkan memohon
• Berpengetahuan luas dalam bidang hiburan


Setiap pemohon dikehendaki menyertakan sekali

• Borang permohonan lengkap
• Salinan passport dalam satu muka surat
• Gambar terkini bersaiz 4R
• Dua pakej video dalam format yang dinyatakan serta dilabel dengan nama penuh, umur dan nombor telefon

Untuk keterangan lanjut setiap permohonan, anda boleh merujuk ke laman www.enewsasiahost.com

Pemohon dinasihatkan menghantar pakej permohonan secepat mungkin. Permohonan mestilah diterima sebelum Khamis, 11 Februari 2010, 11.59 malam waktu Singapura.

Alamat Penghantaran

E! News ASIA,
ActiveTV Asia Pte Ltd
5 Mohamed Sultan Road, Level 3 Unit 2,
Singapore 239014


Atau

Anda boleh hadir ke uji bakat di Singapura atau Kuala Lumpur pada tarikh dan waktu yang ditetapkan seperti di bawah


Uij Bakat Singapura

Tarikh: 9 Februari 2010
Masa: 3-5 pm
Venue: StarHub Auditorium
3rd Floor, 67 Ubi Ave 1
StarHub Green
Singapore 408942


Uji Bakat Kuala Lumpur

Tarikh: 11 Februari 2010
Masa: 3-5 pm
Venue: The Actors Studio @ Lot 10
Roof Top, Level 8A, Lot 10
Shopping Centre,
50, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

**Cik Azam tak nak cuba bakat ke?. hehe**

Rabu, 27 Januari 2010

Antara yang menarik dalam 'Anniversary'....

Filem pendek arahan Royston Tan yang ditulis lakon layarnya oleh Alfian Sa'at akan ditayangkan buat kali ke-dua di Sinema Old School, Singapore pada 6 Februari 2010. Filem yang mengupas persoalan cinta sejenis ini merupakan naskhah yang agak menarik untuk ditonton. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tayangan filem ini atau maklumat berkaitan, sila klik di sini.

Antara scene menarik dalam Anniversary:-

Film Synopsis:-

Wai Kit, a 23-year-old undergrad living with Justin, his 27-year-old boyfriend, are about to celebrate their first anniversary together. Justin makes a suggestion as to how to celebrate their first anniversary but was met with a luke warm response from Wai Kit.

Following a call from Jimmy, Wai Kit wants to move out of Justin's house, leaving Justin wondering what has gone wrong between them.

"Anniversary" is a story of love, of what trust mean and the need to find out the truth. "Anniversary" will touch your heart and remain in your mind long after viewing.


** ada sesiapa yang mau teman saya g sana?. Ada jemputan tayangan!! hehehe.**

Kutipan terkini Adnan Sempit!!!

Info terkini!!

Filem ke-14 arahan Ahmad Idham yang diterbitkan oleh MIG Production ini khabarnya telah mengutip hampir RM 5.5 juta ringgit. Adnan Sempit yang mengisahkan kehidupan golongan mat rempit ini telah berjaya menarik perhatian penonton filem tempatan sepenuhnya. Walaupun belum sempat untuk menonton filem ini, saya percaya filem arus komersial ini akan mengutip hampir RM 8 juta seperti yang disasarkan penerbitnya, David Teo. Namun begitu terdapat 2 buah filem lagi arahan Ahmad Idham yang masih menunggu tayangannya di pawagam iaitu Niyang Rapik dan Semerah Cinta Stilleto. Justeru, mampukah kedua-dua filem ini memberikan saingan buat Adnan Sempit dari segi jumlah kutipannya?. Kita tunggu dan lihat sajalah ye..

**Apakah pembikin filem menghasilkan filem untuk penonton atau membikin filem untuk dikritik bahasa filemnya?. Tunggu ulasan ringkas saya mengenai filem ini akan datang. Saya x sempat-sempat nak pi tengok. Asyik tak sihat aje!!**

Selasa, 26 Januari 2010

Diskusi dan Tayangan Filem 'Karaoke' di UiTM Punchak Perdana, 27 January 2010!!


Berita baik untuk anda semua peminat filem!!.

Tayangan Ekslusif Filem 'Karaoke' akan di adakan pada 27 January 2010, Rabu, 9.00 malam bertempat di Studio Pancha Delima , UiTM Punchak Perdana, Shah Alam. Semua rakan-rakan blogger dan peminat filem sama-sama dijemput hadir ke acara anjuran FACT UiTM ini.

Turut hadir pengarah dan pelakon yang membintangi filem ini.
- Harap maklum.

Ahad, 24 Januari 2010

Pencarian Lelaki Kacak Bergaya 2010.. Final March 2010!!


gambar sekadar hiasan.

Info: Utusan Malaysia

LELAKI-LELAKI kacak yang selama ini menjadi penghias ruangan Kacak Bergaya, Pancaindera tentunya berdebar menanti keputusan, adakah mereka layak untuk bergelar si kacak? Manakan tidak, sejak pertandingan Pencarian Kacak Bergaya 2009 yang mengangkat Syed Khairul Syed Abdullah sebagai juaranya, berderu lelaki maskulin menunjukkan minat menyertai pertandingan itu. Pada tahun ini, Pancaindera bersama syarikat Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. meneruskan kelangsungan untuk mengenengahkan bakat-bakat terpendam anak-anak muda untuk bergelar seorang bintang.Bertempat di Hotel Legend, Kuala Lumpur, acara kemuncak Pencarian Kacak Bergaya 2010 akan diadakan pada 27 Mac akan datang. Sebelum berlangsungnya kemuncak acara itu ujian saringan telah dilakukan di Kelab Darul Ehsan, Ampang pada 18 Januari lalu dengan kerjasama BH Beauty.

Seramai 20 peserta telah diundang dalam ujian tersebut sebelum 12 daripada mereka dipilih untuk berentap merebut gelaran juara.Dalam sesi tersebut para peserta telah menjalani beberapa sesi termasuklah pembentukan imej, fotografi, peragaan dan sesi soal jawab. Seramai enam juri telah terlibat dalam pemilihan itu antaranya perunding imej; Sofea Bee, jurusolek professional; Amie Kassim dan Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat Utusan Melayu; Nik Anura Nik Abdul Rahman. Turut menilai 20 peserta terbabit Eksekutif Kanan Pengurusan Jenama, Utusan Karya ; Iskandar Tan Sri Melan, penulis skrip drama ; Che Li, pereka tari ; Anuar Johan manakala penjurian diketuai Wartawan Eksekutif Mingguan Malaysia; Niezam Abdullah.Kesemua peserta telah dinilai berdasarkan kepada 50 peratus penampilan, pengetahuan am (20 peratus) sementara markah untuk personaliti, daya tarikan dan fotogenik pula masing-masing 10 peratus. Terdahulu Pengarang Hiburan Mingguan Malaysia, Tengku Khalidah Tengku Bidin menyuarakan harapan untuk melihat kesemua peserta dapat melakukan yang terbaik bagi membolehkan mereka terpilih mengisi ruang dalam industri hiburan tempatan. “Sudah terbukti bahawa penghias ruangan Kacak Bergaya di Pancaindera sebelum ini boleh berjaya. Antara mereka ialah Fizo Omar, Iqram Dinzly, Remy Ishak dan Danny (X-Factor). “Sebagai sebuah akhbar sisipan popular di Mingguan Malaysia, Pancaindera sentiasa menyokong industri seni tempatan dengan melahirkan ramai bakat baru melalui pertandingan seperti Kacak Bergaya ini,” katanya.

20 peserta yang terlibat dalam proses peringkat saringan tersebut terdiri daripada Mohd. Afiq Akmal,17, Muhammad Afiq Muiz,18, Ahya Umumuddin,23, Ahmad Bakri,23, Norizal Jalal,22, Mohd. Ezham I’dinazahar,24, Fadlan Hazim,18, Mohd. Fairus,27, Ahmad Mathni,21, dan Mohd. Shazmi,21. Selain itu Ahmad Rashdan,26, Mohd. Syazwan,21, Ahmad Tarmizie,25, Mohd. Shahwady,23, Wan Mohd. Zachkry,22, dan Mohamad Zulhairi,20.Turut terpilih Hafizul Ahmad Kamal,25, Mohd. Faisal Abd. Hamid,25, Ahmad Safwan Abu Bakar,23, dan Mohd. Nurul Afiq Hussain,25. Keputusan 12 peserta yang layak untuk ke peringkat akhir akan diumumkan dalam Pancaindera minggu hadapan. Peserta bertuah akan merebut hadiah wang tunai, tiket penerbangan dan beberapa hadiah iringan lain selain ditawarkan peluang berlakon kepada yang layak.

p/s: tentu korang sume terbayangkan aksi seperti foto di atas ini kan!. Jangan harap!!

Konsert terbaru Rabbani bersama Datuk Sharifah Aini, Aisyah dan Jamal Abdillah... Februari 2010!!

Berita baik buat semua peminat muzik di Malaysia!!. Syarikat telekomunikasi terkenal, TM Malaysia bersama Rabbani Productions Sdn Bhd akan menganjurkan Konsert Rabbani 2010 sempena Maulidur Rasul 1431H. Konsert yang bakal di adakan pada 19 Februari 2010 (Jumaat) pukul 8.00 malam itu akan dijayakan bersama penyanyi lagenda, Datuk Sharifah Aini, Jamal Abdillah, Yassin, Aishah dan Datuk Uztazah Norbahyah. Konsert yang akan diadakan secara percuma itu telah memilih Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Pelbagai acara menarik turut diadakan sepanjang konsert ini bermula. Semua umat muslimin dan muslimat serta seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir. Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Rabbani Productions di talian 03 62721225 atau di Rabbani Online ( klik)

p/s: Jom pi sana!!

'Haramkan aje Youtube!!'


Ada aku kesah?, kalau filem aku masih panas kat youtube?. Dari tahun 2007 sampailah 2010, laman milik pantek1989 yang menyiarkan pita asal filem 'comolot' disiarkan bebas oleh individu yang tidak bertanggung jawab. Aku diminta memberikan pelbagai ulasan oleh pelbagai pihak berhubung isu ini. Ada yang bertanyakan kenapa 'ada nama beberapa agensi kerajaan' dalam filem tersebut?. Kelakar la aku rasa. Kalau korang pi tengok drama atau filem kt tv atau panggung wayang, cuba tengok sampai kredit ending habis. Ending kredit ini merupakan penghargaan kepada yang terlibat membantu samada dari segi urusan penggambaran, teknikal dan sebagainya. Tak payah la nak tanya aku.. Buat penat aje. Adakah filem aku tue mengganggu kehidupan seluruh rakyat Malaysia?. hahaha. Aku cuma bercerita.. dan yang terasa akan cuba mengkritik dan tidak puas hati sehinggalah dunia terbelah dua.. kiamat!!. Aku rasa tak perlulah korang dok bukak laman pantek1989 tue lagi kalau korang rasa marah atau berdendam kat golongan gay nie. Dari tak de buat keje berfaedah dok taip komen baik buat keje yang berfaedah. Ni tahun 2010 bukan zaman 30-an.. hahaha. Kalau ada masalah sangat.. tulis surat pada SKMM haramkan aje YOUTUBE.. kerana portal itu mengandungi ratusan laman gay, lucah dan tidak bermoral. baru korang akan puas hati kan!!

p/s: macam2. kelakar pun ada..

'Johnny Bikin Filem'.. Filem terpanjang durasi dan pembikinannya!

Al-Fatihah buat Allahyarham Anuar Nor Arai (Dr. Anuar Nor Arai), pengarah filem Johnny Bikin Filem dan teater Ronggeng Rokiah yang sudah pergi meninggalkan kita 4 hari yang lalu. Moga rohnya dicucuri rahmat.

Berbalik kepada karya pertama dan terakhir arahannya, Johnny Bikin Filem, filem berdurasi 5 jam itu merupakan karya terpanjang pembikinannya dalam sejarah perfileman di Malaysia. Menggunakan format hitam putih, filem arahan Dr. Anuar Nor Arai ini dipendekkan durasinya menjadi 107 minit bagi membolehkan produk terbitan Universiti Malaya itu ditayangkan dipawagam, khabarnya pada 2010. Di barisi oleh Erma Fatima, Datuk Jalaluddin Hassan, Wafa, Zack Idris, Allahyarham M. Amin dan ramai lagi ini merupakan filem Malaysia yang ditunggu ramai. Nantikan kemunculannya di pawagam berhampiran anda.



sinopsis
Johnny mula dianggap sebagai godfather bila ia terlibat menerbitkan filem secara bebas di Singapura dan ia berada di tengah-tengah kegiatan samseng yang diketuai oleh Towkeh Wong dan Towkeh Fong. Johnny merapati primadona bangsawan Siti Rafeah yang dibimbing oleh Pak Shariff Sutero. Johnny beralih selera kepada Siti Kamaliah, adik kepada Siti Rafeah. Johnny bermuafakat dengan Towkeh Wong untuk melindungi nyawa Siti Kamaliah tapi Towkeh Wong menolak. Johnny mengugut nyawa Towkeh Wong. Mastar memperkecilkan keupayaan Johnny sebagai godfather dan mencabar Johnny. Yusof Telo melindungi dan mengukuhkan kedudukan Johnny dalam dunia perfileman dan menghapuskan kuncu-kuncu Mastar. Yusof Telo turut melindungi kesemua perempuan simpanan Johnny. Ketika menandatangani kontrak dengan Towkeh Fong untuk Johnny menguasai sebahagian dunia perfileman di Singapura, Mastar membunuh Towkeh Fong. Mastar meluaskan kuasanya dengan menggangu kawasan-kawawsan di bawah kepentingan Johnny. Dalam kejadian tembak menembak Johnny turut cedera. Siti Rafeah tinggalkan filem dan menyanyi di Happy World Cabaret. Siti Kamaliah berlakon di pentas bangsawan. Johnny bersemuka dengan Mastar berhubung dengan jajahan kuasa masing-masing di Singapura. Siti Rafeah mengahwini Pak Shariff Sutero tapi cemburu dan dendamnya terhadap Siti Kamaliah tidak pernah padam. Johnny dan Yusof Telo menemui Towkeh Wong mati dibunuh di godownnya. Johnny resah dan menyuruh isterinya terbang ke Brunei. Orang-orang Mastar terus menghambat Johnny di persembunyiannya di godown. Penggambaran filem terbitan Johnny diadakan di lokasi. Di lokasi ini Johnny ditembak mati oleh seorang sniper.



p/s: Nantikan aje lah ye tayangannya di pawagam.. info akan datang

'Perginya seorang Pejuang Seni Sejati'.. Dr. Anuar Nor Arai ( 1943-2010)


Walaupun sempat menjadi anak muridnya semasa saya menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 2007 lalu, Allahyarham Dr. Anuar Nor Arai dapat disifatkan sebagai seorang guru dan tokoh yang amat tegas dan disegani antara semua penuntut pada ketika itu. Kelantangannya dalam mempersoalkan sesuatu perkara berhubung filem dan seni memperlihatkan Dr. Anuar antara pensyarah akademik dunia perfileman yang amat diperlukan dan dihargai. Memegang jawatan sebagai Timbalan Rektor Aswara membuktikan bahawa jasa dan pemikirannya terhadap sinema tempatan perlu dikupas bagi melahirkan bakat kreativiti baru yang perlu ada semua cabang pemikiran dalam menghasilkan sesuatu produk. Namun, pemergiannya pada 20 Januari 2010 lalu memperlihatkan dunia filem melayu tempatan mula merasai kehilangan pembikin filem, pensyarah akademik dan pengarah filem paling panjang durasi dan pembikinnya, Johnny Bikin Filem. Salam Takziah dari saya buat seluruh keluarga Allahyarham Dr. Anuar Nor Arai, moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah...

AL FATIHAAH

  • Artikel lain mengenai Dr. Anuar Nor Arai.. klik sini

Selasa, 19 Januari 2010

Penyertaan Kini dibuka : Pertandingan Penulisan Skrip 2009/2010!!

Unit Skrip dan Produksi FINAS kini membuka penyertaan bagi Pertandingan Penulisan Skrip 2010 bertemakan 'Paparan Realiti Kehidupan Berdasarkan Satu Malaysia'.


OBJEKTIF PERTANDINGAN

  1. Menggalakkan penghasilan skrip yang bermutu.
  2. Mencungkil bakat penulisan yang berpotensi.
  3. Menambah bilangan skrip yang berkualiti dalam pasaran untuk diterbitkan.

KATEGORI YANG DIPERTANDINGAN

  1. Skrip Cereka.
  2. Skrip Dokumentari.
  3. Skrip Pendek
  4. Skrip Promo (PSA)

KATEGORI SKRIP FILEM CEREKA

  1. Pertama - RM 15,000
  2. Kedua -RM 10,000
  3. Ketiga -RM 7,000
  4. Tiga Saguhati - RM 5,000

KATEGORI SKRIP FILEM DOKUMENTARI

  1. Pertama - RM 10,000
  2. Kedua -RM7,000
  3. Ketiga -RM 4,000
  4. Tiga Saguhati - RM 2,000

KATEGORI SKRIP FILEM PENDEK

  1. Pertama - RM 5,000
  2. Kedua -RM 3,000
  3. Ketiga -RM 1,500
  4. Tiga Saguhati - RM 800

KATEGORI SKRIP PROMO (PSA)

  1. Pertama - RM 3,000
  2. Kedua -RM 1,500
  3. Ketiga -RM 750
  4. Tiga Saguhati - RM 400

KATEGORI YANG DIPERTANDINGAN

  1. Skrip Cereka.
  2. Skrip Dokumentari.
  3. Skrip Pendek
  4. Skrip Promo (PSA)

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

  1. Pertandingan ini hanya terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali Warga FINAS.
  2. Skrip hendaklah mengikut konsep pertandingan yang telah ditetapkan iaitu "Paparan Realiti Kehidupan Berdasarkan 1 Malaysia" .
  3. Setiap skrip serta judul skrip mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu dan tidak bercampur aduk dengan bahasa lain.
  4. Skrip mestilah disertakan dengan sinopsis dan pengolahan filem (filem Cereka dan filem pendek) serta treatment (filem dokumentari).
  5. Skrip filem cereka pawagam hendaklah meliputi masa tayangan dalam lingkungan 110 minit, skrip filem dokumentari dalam lingkungan 30 minit, skrip filem pendek dalam lingkungan 15 hingga 30 minit dan skrip promo 30 hingga 60 saat.
  6. Skrip mestilah asli dan belum pernah diterbitkan.
  7. Nama penulis tidak boleh ditulis pada naskah skrip tetapi hendaklah diisi dalam borang penyertaan.
  8. Skrip yang dikemukakan mestilah menggunakan format dan struktur skrip filem yang standard dan ditaip berlangkau dua baris menggunakan kertas saiz A4, font 12 dan tulisan Arial.
  9. Hak cipta setiap penyertaan yang berjaya merangkul hadiah (tempat pertama, kedua dan ketiga) adalah hak milik penganjur selama tempoh 2 tahun sebelum ianya menjadi hak milik penulis sepenuhnya.
  10. Adaptasi daripada Novel atau teater dibenarkan dengan keizinan penulis asal atau pemegang hak cipta.
  11. Setiap penyertaan tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif yang berkait dengan isu perkauman dan keagamaan.
  12. Satu naskah setiap skrip yang memenangi hadiah akan disimpan oleh FINAS untuk rujukan.
  13. Segala kos berhubung dengan penyertaan ini adalah tanggungan peserta.
  14. Bukti pos bukan bukti penerimaan.
  15. Urus Setia pertandingan berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan.
  16. Semua naskah skrip yang diterima tidak akan dikembalikan kecuali dipohon secara bertulis.
  17. Penganjur tidak bertanggungjawab jika ada sebarang tuntutan hak cipta oleh pihak lain ke atas skrip yang dikemukakan.
  18. Penganjur tidak bertanggungjawab jika skrip hilang semasa dalam pengiriman.
  19. Penyertaan hendaklah sampai kepada Urus Setia Pertandingan Penulisan Skrip Filem pada atau sebelum 30 April 2010.
  20. Setiap penyertaan hendaklah dikemukakan dalam 6 salinan berserta muka surat setiap helaian skrip dan binding dalam bentuk ring binding,
  21. Keputusan panel juri adalah muktamad, Kemenangan akan dibatalkan sekiranya didapati melanggar syarat-syarat pertandingan.

Sila muat turun borang penyertaan Pertandingan Penulisan Skrip 2009 disini dan hantarkan pada alamat dibawah.

Urusetia Pertandingan Penulisan Skrip 2009
Bahagian Produksi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000
Ampang, Selangor Tel : 03- 41041300 / 1308 / 1391

Isnin, 18 Januari 2010

'Residency Years Tak Faham Itu Indah'

'Saya cukup tertarik dengan tulisan Hassan Abd. Muthalib, pengkritik filem dalam Utusan Malaysia edisi 17 Januari 2010 mengenai Dokumentari The Residency Years. Beliau memberikan ulasan panjang lebar yang saya rasakan agak bernas untuk dikupas bersama. Jom kita baca apa yang Pak Hassan coretakan itu'. - amy ikram ismail

Residency Years Tak Faham itu Indah
oleh : Hassan Abd. Muthalib

TAHUN 2010 sudah pun diisytihar sebagai Tahun Inovasi dan Kreativiti. Mansor Puteh telah terlebih awal memberi 'tendangan yang pertama' dengan mengemukakan sebuah karya berbentuk dokumentari dengan judul The Residency Years. Mansor membawa satu pendekatan yang jarang dilihat di stesen televisyen tempatan. Baru-baru ini, dokumentari tersebut ditayangkan kepada wakil media di Finas. Yang menjadi menarik di sesi ini bukanlah polemik tentang filem itu, sebaliknya berkaitan dengan komen Mansor terhadap para penilai filemnya sebagaimana yang disiar dalam Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Pada kebiasaannya polemik penting dalam penilaian sesuatu karya seni. Polemik adalah sesuatu yang sihat yang berupaya membuka banyak ruang untuk menilai sesuatu karya seni yang mampu membawa khalayak melihatnya dari pelbagai sudut. Ini kerana karya seni ada kalanya bersifat ikonik, iaitu, maksudnya jelas; adakalanya ia bersifat indeksikal, ia itu, membawa petunjuk tentang sesuatu, dan adakalanya ia bersifat simbolik, yang tentunya boleh membawa pelbagai pendapat dan tafsiran. Malangnya, sesi tersebut tersasar dan membuatkan ramai menjadi terlalu emosional. Apa saja kritikan sepatutnya dijadikan peluang untuk memperbaiki mana yang patut agar menjadi panduan untuk lebih berjaya di masa hadapan. Kesefahaman antara kedua-dua pihak tentunya akan membawa kepada kebaikan.

Kebelakangan ini, salah faham tentang medium filem kerap berlaku bukan sahaja di kalangan karyawan kita tetapi juga di kalangan media, birokrat, ahli akademik dan juga ahli panel juri di pelbagai festival tempatan. Produksi filem dikelirukan dengan ilmu filem. Seorang yang pandai menyelesaikan sesuatu produksi dengan baik tidak semestinya memahami ilmu filem. Dia mungkin hanya mahir disegi aspek teknikalnya sahaja. Besar kemungkinan dia langsung tidak mempunyai ilmu atau kefahaman untuk menyelami pemikiran, estetika dan falsafah yang terdapat di sebalik sesuatu karya filem.

Dalam hal ini, Mansor sudah menerima nasib malang sebanyak tiga kali di tangan mereka yang tidak memahami karya yang berbentuk alternatif (yang berbeza daripada filem arus perdana). Pada tahun 1987, Mansor mendapat pinjaman Finas untuk menerbitkan filem cereka sulungnya, Seman. Semasa filem ini masih dalam pembikinan, pinjaman dihenti disebabkan penilaian negatif yang dibuat berdasarkan tera sulungnya (atau rushes) oleh seorang 'pakar' (dalam produksi filem). Namun begitu, Mansor dapat selesaikan filemnya dan berjaya membayar balik wang yang sudah diterimanya.

Skrip filem cerekanya berjudul Malaysian Snow pula tidak dapat diterbit disebabkan pelbagai karenah yang datang daripada pihak bank (walaupun skripnya telah pun dilulus oleh Finas). Kini sejarah berulang lagi. Para penilai Residency Years merupakan mereka yang hanya terpelajar dalam bidang penerbitan dokumentari, tidak dalam bidang filem. Ada yang kepakarannya dalam bidang produksi filem, bukan ilmu filem. Filem alternatif dinilai dari seperti filem arus perdana. Yang tersurat tidak diselami dan tanda tidak dilihat sebagai petunjuk tentang sesuatu.

Memang benarlah kata U-Wei Haji Saari: "Tak faham itu indah tapi salah faham itu bahaya". Bukankah lebih baik penilai-penilai dipilih dari kalangan karyawan berkelulusan dalam bidang filem seperti Dr. Anuar Nor Arai, Dr. Mahadi J. Murat, Hafsham atau pun U-Wei Haji Saari? Atau pun dipilih dari pembikin dokumentari yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Amir Muhammad (The Big Durian, filem tunggal Malaysia yang ditayang di Festival Filem Sundance) atau pun Naguib Razak (The Boatbuilders of Mermaid Island yang ditayang di Discovery Channel)?

Khalayak sebenarnya dikelirukan selama ini tentang bentuk dan rupa dokumentari kerana sudah terlalu lama dibiasakan dengan 'dokumentari' terbitan stesen televisyen tempatan atau pun Discovery Channel dan National Geographic. Pada hakikatnya, kebanyakan dokumentari arus perdana adalah filem hiburan di mana struktur dan teknik penerbitannya dirangka agar dapat menarik perhatian penonton dan bertujuan mendapat rating yang tinggi.

Filem-filem seperti ini tidak sejujur filem alternatif seperti Residency Years yang mengajak penonton untuk turut terlibat dalam penceritaan dan penghayatannya. Namun begitu, polemik yang tercetus ini sudah membuatkan nama al-Marhum Tunku Abd. Rahman Putra al-Haj sebagai Bapa Kemerdekaan, menjadi buah mulut khalayak dan terpapar didada akhbar dan Internet. Mansor mengajak khalayak untuk melihat Tunku bukan sebagai seorang Perdana Menteri (yang sudah pun dipaparkan dengan baik sekali oleh Shuhaimi Baba melalui filemnya, 1957: Hati Malaya namun tidak mendapat sambutan). Mansor mahu kita melihat Tunku sebagai seorang insan biasa yang berketurunan Raja tetapi selesa berpakaian kain sarung biasa dikhalayak.

DilayanKini baru kita tahu bahawa Tunku tidak mahu dilayan di London sebagai seorang putera raja tetapi sebagai seorang pelajar biasa semasa dihantar untuk belajar di sana pada usia muda. Baru sekarang kita tahu bahawa Tunku juga pernah menerima nasib yang sama seperti karyawan filem tempatan apabila tidak menerima royalti hasil daripada skrip Mahsuri tulisannya dengan pelbagai alasan daripada pihak penerbit.

Ternyata Residency Years adalah satu pengembaraan, catatan dan rakaman peribadi Mansor, sekaligus memperlihatkan beliau sudah lebih tahu tentang beberapa aspek kehidupan Tunku yang tidak diketahui Syed Abdullah, anak angkat Tunku sendiri. Dalam satu adegan, Syed Abdullah diperlihatkan kembali ke Residensi tetapi hanya sebagai seorang pelawat biasa walaupun pernah menghuni di sana. Dari segi pendekatan penerbitan, Mansor menggunakan apa yang digelar formalist atau pun expressionist. Pendekatan ini jelas melanggar segala konvensi dan peraturan dalam berkarya dalam filem. Maka tidak berasas beberapa komen seperti 'kamera goyang', 'gambar yang melompat-lompat', 'framing tak betul' dan 'gambar gelap'.

Perlu diingat, bahawa buku dan pengajian seharusnya tidak dijadikan sandaran. Cukuplah sekadar menjadikannya sebagai rujukan. Jika dijadikan sandaran semata-mata, akan sesatlah jalan. Ilmu itu berlapis, maka perlu dipadankan dengan petunjuk dari Tuhan. Maka dengan itu, akan adillah sesuatu penilaian. Mansor Puteh tahu apa yang dibuatnya. Sudut pandangannya jelas. Residency Years merupakan satu pengembaraan yang amat peribadi, sesuatu yang seakan-akan dirakam oleh beliau sendiri. Kata pengarah filem tersohor dari Sweden, Ingmar Bergman: 'Jika mahu tahu apa yang diperkatakan oleh seorang karyawan, lihatlah bagaimana ia memperkatakannya'. Jika mahu tahu apa yang ingin diperkatakan Mansor dalam Residency Years, lihatlah bagaimana ia memperkatakannya melalui teknik komposisi, sinematografi, suntingan dan penataan cahaya yang jelas melanggar segala peraturan pembikinan filem biasa.

Aerial shot Kuala Lumpur yang menampakkan bangunan-bangunan pencakar langit seakan 'dilihat' oleh Tunku. Mansor menguatkan adegan ini dengan syot arkib yang menunjukkan Tunku turun dari pesawat selepas misi Merdeka ke London. Visual pembangunan pesat di Kuala Lumpur seakan membangkitkan satu pertanyaan: Sekiranya Tunku masih hidup, apakah Tunku akan gembira dengan keadaan Malaysia sekarang? Apakah rakyat hidup dalam keadaan harmoni dan muhibah sebagaimana diimpikannya sewaktu mencapai kemerdekaan dahulu?

Visual Stadium Merdeka diulang-ulang. Inilah tempat yang amat bersejarah yang telah dibina khusus untuk pengisytiharan merdeka dan di mana telah bergemanya laungan Tunku yang keramat. Apakah ia kini berdiri sebagai satu monumen yang sudah dilupakan asal usulnya? Perlukah kita menilai semula Stadium Merdeka sebagai simbol untuk membakar semangat agar kita dapat menjadi rakyat yang benar-benar merdeka? Atau apakah stadium bersejarah ini sudah tidak ubah seperti foto-foto dalam buku The Residency Years dan hanya menjadi tatapan semasa minum kopi?

Inilah persoalan-persoalan pada hemat saya yang dibawa oleh Mansor melalui visual-visual yang sarat dengan makna. Di akhir filemnya, Mansor mencuit para penonton dengan visual sekumpulan remaja bermain gitar dan bernyanyi dalam suasana tanpa cahaya. Maka timbullah lagi persoalan: Apakah makna kemerdekaan bagi mereka ini? Benarkah remaja-remaja ini (putera-putera merdeka) mewarisi apa yang benar-benar diimpikan Bapa Kemerdekaan kita? Lebih tepat lagi, apakah minda mereka sudah merdeka?

'Membaca' karya Mansor memerlukan sedikit usaha. Karya-karya daripada pembikin generasi baru seperti Mansor, U-Wei Hajisaari, Anuar Nor Arai, Mamat Khalid, Wan Azli Wan Jusoh, James Lee, Amir Muhammad, Ho Yuhang dan beberapa yang lain, adalah karya yang terhasil dari minda yang sudah merdeka; yang tidak dibelenggu oleh karya arus perdana yang bersandarkan keuntungan semata-mata. Negara memerlukan karyawan yang inovatif dan kreatif untuk memberi inspirasi kepada para remaja dan graduan dalam bidang seni yang akan menjadi karyawan nanti. Para penilai di kalangan panel juri festival filem juga perlu dipilih dengan teliti supaya karyawan yang inovatif tidak menjadi mangsa mereka yang kurang ilmu penilaian.

p/s: Saya akuinya kebenaran kata-kata Pak Hassan tue.







Ahad, 17 Januari 2010

Pakej Full HD menerusi Astro Beyond... dunia hiburan berdefinisi tinggi!!



Menjelang abad ke-22, Astro melalui rangkaian HD sepenuhnya, Astro Beyond kini menawarkan pakej menonton ala cinema menerusi Dolby Digital Surround dari rumah anda sendiri dengan pelbagai saluran berdefinisi tinggi (HD). Anda tentu terpegun menyaksikan filem-filem kegemaran anda dalam format HD menerusi saluran HBO HD. Namun, bukan itu sahaja, Astro akan menambah beberapa lagi saluran HD sepenuhnya akan menyusul tidak lama lagi. Terkini: Konsert Akademi Fantasia 8 akan dapat ditonton dalam format HD.. bertukarlah ke definisi tinggi. Awas cuma layak bagi anda yang memiliki LCD TV, Plasma, Full HD LCD dan LED TV Sahaja.

Tahukah anda apakah itu Astro B.Yond?

Astro B.Yond ialah inovasi dengan kepelbagaian berperingkat yang bermula dengan teknologi 'High Definition' atau penyiaran berdefinisi tinggi pertama di Malaysia. Langkah itu bakal disusuli dengan servis-servis terbaru seperti 'Digital Video Recording' (DVR), 'Video On Demand' (VOD) dan Internet. Segalanya menjanjikan perubahan dramatik terkini di dalam teknologi dunia televisyen dan citarasa tontonan yang hebat dan berbeza.

Apakah HDTV?

HDTV (High- Definition Television) atau televisyen berdefinisi tinggi merupakan suatu simbol kemajuan dan kecanggihan dalam teknologi dunia televisyen, yang menyaksikan perubahan besar daripada sistem analog hitam-putih ke layar lebar dengan sistem digital berwarna semenjak lebih 50 tahun yang lalu. Teknologi terbaru ini menawarkan ketelitian dan resolusi yang belum pernah anda lihat. Lebih tepat lagi, anda bakal mengalami suatu pengalaman menonton di kaca TV anda suatu tahap perincian lebih lima kali ganda, dua kali ganda resolusi biasa, tahap ketajaman tontonan yang sungguh jelas, sistem bunyi panggung wayang (Dolby Digital) dan warna-warna terang, girang lagi mengasyikkan. Secara teknikalnya, HDTV bermaksud format digital yang mampu memancarkan imej berkualiti tinggi sekurang-kurangnya 1280 x 720 pixel. Apabila anda menonton TV, gambar yang anda lihat dibentuk dari pelbagai imbasan garisan, di mana variasi resolusi dan definisi TV standard adalah 576 garisan, manakala definisi yang tinggi adalah di antara 720 ke 1080 garisan!. Dengan kelebihan imbasan garisan, akan menambahkan lagi tahap ketajaman tontonan di TV anda.

Apakah perbezaan Astro B.Yond?

Dengan Astro B.Yond, anda tidak lagi sekadar menonton televisyen biasa. Contohnya, ketika menonton rancangan sukan kegemaran anda, rumput akan kelihatan lebih segar dan hijau!. Anda juga akan dapat menyaksikan pergerakan-pergerakan kecil yang langsung tidak kelihatan di kaca TV biasa, di samping ekspresi, reaksi dan mimik muka, setiap titisan peluh serta otot-otot yang sasa pada susuk tubuh pemain. Anda pasti akan lebih terpegun dan bukan sahaja akan menghargai keunikan perbezaan terperinci yang sebegini!.

  • Tontonan filem layar lebar (dengan nisbah bidang 16:9). TV biasa hanya mampu menyiarkan 4:3 nisbah bidang. Apa yang anda lihat pada set tv biasa anda adalah imej yang dikekang. HDTV memancarkan imej dengan nisbah bidang sebenar iaitu 16:9, memastikan anda dapat menonton dengan pandangan panoramik layar lebar yang hampir kepada jarak penglihatan sebenar manusia.
  • Tontonan imej tepat. Resolusi skrin atau ketajaman imej pada TV anda diukur menggunakan bilangan garisab-garisan melintang di skrin TV. Lebih banyak garisan-garisan ini, akan menambahkan ketinggian definisi dan ketajaman imej yang lebih ketara di skrin TV anda. HDTV menawarkan sekurang-kurangnya dua kali ganda resolusi skrin dan lima kali ganda perincian, ketajaman dan kejelasan imej yang ketara yang disiarkan di set TV biasa anda.
  • Kelebihan warna lebih 'hidup'. Set TV dengan teknologi sedia ada HD berupaya memaparkan imej dengan warna-warna sebenar. Lebih tinggi nisbah perbandingan atau 'contrast ratio' pada HDTV, lebih tajam dan jelas warna-warna yang akan kelihatan.
  • Sistem bunyi panggung wayang (Dolby Digital). TV berdefinisi tinggi mempunyai tahap kemampuan sistem bunyi berkualiti menerusi 'Dolby Digital'. Sistem ini memiliki pentafsir bunyi yang unggul, di mana setiap trak audionya disalurkan ke alat pembesar bunyi individu dalam set sistem lengkap audio visual di ruang tamu anda yang dapat dinikmati di panggung wayang terkini.
Apakah saluran-saluran HD yang boleh anda tonton menerusi Astro B.Yond?

Servis HD bermula dengan menawarkan pilihan saluran-saluran popular seperti Astro Supersport HD, ESPN HD, HBO HD, National Geographic HD dan History Channel HD. Namun begitu, dijangkakan tahun ini akan lebih banyak lagi saluran HD akan menyusul.

info dari ASTRO. Untuk makluman lanjut sila hubungi talian 1-300-82-3838.

p/s: Saya sudah mendapatkannya. Memang menakjubkan. Paparan warna dari semua saluran biasa juga turut berubah. Yang ada saluran HD.. tetap hebat tidak ada paparan yang pecah. Cuma bagi anda yang memiliki TV LCD, LED, Plasma sahaja dapat merasakan Astro B.Yond.. hubungi Astro sekarang!!.


Sabtu, 16 Januari 2010

Beri komen sensitif dalam Facebook.... Pelajar Filem Aswara didakwa di Mahkamah!!



sumber : Kosmo & Utusan Malaysia

Seorang pelajar perfileman Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menghantar komen berbentuk ugutan dalam laman Facebook berhubung isu kalimah Allah. Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, merupakan individu pertama didakwa di mahkamah setelah tercetusnya bantahan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Gereja Katolik. Dakwaan terhadap pelajar tahun pertama jurusan Diploma Perfileman itu dibuat selepas dia dituduh menghantar komen: “Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding...” di laman web rangkaian sosial interaktif tersebut.

Dia didakwa secara sedar menggunakan aplikasi dalam Internet bagi memulakan penghantaran komen yang bersifat mengancam dengan niat untuk mengganggu orang lain di laman Facebook milik individu bernama Shahrul Maizam. Perbuatan itu didakwa dilakukannya di B-10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, di sini pada pukul 10 pagi, 10 Januari lalu. Ketua Putera MIC Selangor, T. Dhinesh merupakan pengadu dalam kes ini. Mohamad Tasyrif didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta tersebut. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya. Mohamad Tasyrif mengangguk tanda memahami pertuduhan tersebut tetapi tiada pengakuan direkodkan kerana Hakim Aslam Zainuddin yang sepatutnya mendengar kes itu mempunyai urusan rasmi di Shah Alam.

berita selanjutnya.. dapatkan akhbar Kosmo dan Utusan Malaysia hari ini!!

p/s: Pengguna laman facebook kini perlu berhati-hati dalam memberikan apa-apa komen berhubung isu sensitif yang membabitkan politik atau agama, kerana ia boleh didakwa di Mahkamah jika melanggar sensitiviti masyarakat Malaysia. Justeru, kita perlu akur kerana ia melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ( Akta 588).

Jumaat, 15 Januari 2010

'Dosa Silam.. Kembali Menghantui..', Mampukah Niyang Rapik jadi filem seram terhebat 2010?


Ini bukan kesinambungan dari drama Puaka Niyang Rapik!. Tetapi ia sebuah kisah yang sangat berbeza seramnya berbanding filem-filem seram arahan Ahmad Idham yang lain. Bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Februari 2010, Niyang Rapik merupakah sebuah kisah tentang Zack yang mati di sebabkan busung pada perutnya. Kematian Zack benar-benar memeranjatkan 4 rakan karibnya iaitu Helmi , Saiful , Zizan dan Amir. Mereka semua merupakan lepasan pelajar jurusan Kajian Sejarah. Selepas majlis tahlil arwah Zack, mereka berempat di kejutkan lagi dengan cerita dimana Zack menderita penyakit tersebut sejak setahun yang lepas selepas balik dari kampung Niyang Rapik. Setelah di selidik, mereka berempat mendapati Zack telah mengambil sebuah Kendil lama dari kampung Niyang sewaktu mereka melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di kampung Niyang Rapik.

Atas nasihat seorang bomoh di kampung Zack, mereka berempat di arah untuk memulangkan semula Kendil tersebut kerana di khuatiri ianya adalah penyebab Zack menderita penyakit busung tersebut. Maka bermulalah pengembaraan mereka untuk memulangkan semula Kendil tersebut. Untuk ke Kampung Niyang Rapik mereka perlu juga melalui jalan air dan mengambil masa selam 6 jam untuk tiba dari jeti darat.Disebabkan mereka berempat tersesat , maka mereka terpaksa bermalam di tengah perjalan sebelum menyambung semula pada keesokkan harinya. Dalam perjalanan mereka berbagai kejadian pula telah berlaku. Bermula dengan Amran yang tiba-tiba merasa kepanasan yang teramat semasa tidur seperti ada orang yang cuba untuk santaukan Amran. Gangguan puaka rimba juga berlaku terhadap mereka berempat. Keadaan menjadi semakin menyeramkan untuk mereka berempat seperti ada sesuatu yang mengekori dan melihat mereka dari jauh. Keesokannya mereka berempat meneruskan perjalan mereka hingga lah tiba ke Kampung Niyang Rapik. Setibanya mereka di sana mereka di sambut dengan kedatang anag gadis Ketua Kampung iaitu Laila. Kehadiran Laila seakan misteri. Laila tak banyak bercakap dan dia Cuma akan hadir apabila senja menjelang dan tidak akan kelihat sewaktu siang. Kendil telah dipulang kan kepada bapa Laila. Tetapi gangguan keatas mereka berempat semakin menjadi-jadi. Kali ini Zizan pula yang terkena. Matanya seperti terkena santau bisa buluh. Zizan menggosokkan matanya sehingga berdarah dan apabila di buka mata Zizan amat terkejut sebab dia dapat meilhat benda yang ghaib termasuk hantu.


Keadaan semakin huru-hara, anggapan mereka mengenai Kendil tersebut sebagai punca ternyata salah. Rupanya ada sebab lain yang menyebabkan mereka diseksa sedemikian. Rupanya ada kesalahan besar yang telah salah seorang dari mereka berlima lakukan sewaktu berada di Kampung Niyang Rapik setahun yang lalu. Salah seorang dari mereka telah meniduri Laila dan meninggalkan Laila. Beberapa bulan kemudian Laila didapati mengandung dan telah membunuh diri sebab malu dengan ayahnya. Ayah Laila telah mengambil keputusan untuk membalas dendam dengan menghantar santau yang akan membawa maut kepada mereka berlima bermula dengan Zack. Ini adalah kerana beliau tidak dapat tahu siapa sebenarnya yang bertanggungjawap sebab Laila merahsiakannya. Disebabkan terlalu marah beliau ambil keputusan untuk menghapuskan kesemuanya.

p/s: seram yang meremang bulu roma.. nantikan tayangannya akan datang!! confirm pecah panggung punye kan!!! Ulasan dan kritikan saya akan datang...!!