Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Sabtu, 2 Januari 2010

90210 Versi terbaru di 8TV January 2010


*akan bersiaran Setiap Rabu 10.00 malam di saluran 8TV (Astro 708)*

“90210″ mengisahkan tentang dua beradik iaitu Annie Wilson (Shenae Grimes) dan juga Dixon (Tristan Wilds), yang baru pertama kali berada di West Beverly Hills High School yang sangat berlainan dari tempat asal mereka di Kansas. Keluarga Wilson, iaitu ayahnya Harry (Rob Estes) dan ibunya Debbie (Lori Loughlin), telah berpindah ke Beverly Hills untuk menjaga nenek mereka Tabitha (Jessica Walter), seorang pelakon terkenal satu ketika dulu. Satu perubahan yang amat ketara bagi Annie dan Dixon apabila menjadi orang baru di Beverly Hills, tambahan pula ayah mereka menjadi Guru Besar di sekolah baru mereka itu. Kehadiran mereka juga dapat dirasai oleh sekolah itu kerana Annie adalah seorang anak gadis yang berjiwa besar dalam bidang pementasan manakala Dixon pula seorang bintang olahragawan. Dixon adalah seorang anak angkat dalam keluarga Wilson. Hubungan Annie dan Dixon sebagai adik beradik sangat rapat dan mereka telah berjumpa kawan-kawan baru termasuklah Naomi (AnnaLynne McCord dari pelakon “Nip/Tuck”), seorang rupawan dari keluarga berada, Ethan (Dustin Milligan), seorang olahragawan yang standing dengan Dixon, Navid (Michael Steger), seorang yang bercita-cita ingin menjadi seorang wartawan dan telah menerajui surat khabar sekolah mereka dan Silver (Jessica Stroup dari pelakon “Prom Night”), seorang yang suka menghasilkan dan membintangi video realitinya sendiri di You Tube.

Selain dari itu, keadaan West Beverly Hills High School sangat berbeza dari sekolah yang lain, kemudahan dan persekitarannya amat canggih. Manakala guru-guru mereka juga berbeza termasuklah Ryan Matthews (Ryan Eggold) seorang guru yang sangat pintar dan kelakar dan juga seorang kaunselor mereka yang sangat anggun Kelly Taylor (Jennie Garth, pelakon asal “Beverly Hills, 90210”). Banyak perubahan yang akan berlaku dalam keluarga Wilson sejak mereka berpindah ke Beverly Hills.

sumber: Budiey

p/s: Pastinya, anda diluar sana tidak sabar untuk menontonnya kan?

0 comments :