Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Sabtu, 16 Januari 2010

Beri komen sensitif dalam Facebook.... Pelajar Filem Aswara didakwa di Mahkamah!!



sumber : Kosmo & Utusan Malaysia

Seorang pelajar perfileman Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menghantar komen berbentuk ugutan dalam laman Facebook berhubung isu kalimah Allah. Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, merupakan individu pertama didakwa di mahkamah setelah tercetusnya bantahan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Gereja Katolik. Dakwaan terhadap pelajar tahun pertama jurusan Diploma Perfileman itu dibuat selepas dia dituduh menghantar komen: “Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding...” di laman web rangkaian sosial interaktif tersebut.

Dia didakwa secara sedar menggunakan aplikasi dalam Internet bagi memulakan penghantaran komen yang bersifat mengancam dengan niat untuk mengganggu orang lain di laman Facebook milik individu bernama Shahrul Maizam. Perbuatan itu didakwa dilakukannya di B-10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, di sini pada pukul 10 pagi, 10 Januari lalu. Ketua Putera MIC Selangor, T. Dhinesh merupakan pengadu dalam kes ini. Mohamad Tasyrif didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta tersebut. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya. Mohamad Tasyrif mengangguk tanda memahami pertuduhan tersebut tetapi tiada pengakuan direkodkan kerana Hakim Aslam Zainuddin yang sepatutnya mendengar kes itu mempunyai urusan rasmi di Shah Alam.

berita selanjutnya.. dapatkan akhbar Kosmo dan Utusan Malaysia hari ini!!

p/s: Pengguna laman facebook kini perlu berhati-hati dalam memberikan apa-apa komen berhubung isu sensitif yang membabitkan politik atau agama, kerana ia boleh didakwa di Mahkamah jika melanggar sensitiviti masyarakat Malaysia. Justeru, kita perlu akur kerana ia melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ( Akta 588).

2 comments :

Woah.. scary..

kene lebih berhati-hati la pasni, mane lah tau, kdg2 tu kite takde niat nk mengancam pun.. sekadar gurau2 pun tah2 boleh kene dakwa..