Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry



Bagaimana muzik dan lagu dicipta?. Kenapa rakaman muzik pada zaman dahulu berbeza dengan hari ini dan mengapa komposer hari ini tidak sama dengan kehebatan komposer era terdahulu?. Ikuti perkongsian menarik komposer, pencipta lagu dan penggubah muzik tersohor, S.Atan dengan klik poster di atas.

Ikuti perkongsian menarik komposer dan penggubah lagu, Ganesh Bala dan penyanyi Ushera tentang penerbitan 'The Malayan Songbook' dan rakaman lagu-lagu melayu klasik. Tonton sekarang!

Rabu, 6 Januari 2010

'Hairie Othman bakal arahkan filem cereka?'


Ramai rakan karyawan, pengkritik filem dan rakan media tertanya-tanya apakah benar pelakon filem Leftenan Adnan dan Jalang, Hairie Othman bakal mengarahkan sebuah filem cereka?. Apakah akan terjadi seandainya kerusi pengarah didudukinya lantas melebarkan sayapnya sebagai seorang lagi pengarah baru walaupun sudah lama bertapak di dalam industri seni dan filem tempatan. Naskhah berjudul 'Cempaka', yang akan direalisasikan oleh produksi PTM Bits Media JV Sdn. Bhd bersama De'Baron Sdn. Bhd merupakan produk pertama yang bakal diterbitkan Yasmin Khaniff, pelakon filem Jalang. Mungkin persoalan yang bermain diminda anda ialah dari manakah Yasmin memperoleh dana berjumlah RM 3.5 juta bagi menghasilkan Cempaka, yang merupakan sebuah kisah kecelaruan identiti watak seorang wanita bernama Cempaka turut menampilkan pelakon popular antaranya Aaron Aziz, Iqbal Faizal Hussein, Sabre Fadzil, Eizlan Yusof, Azhar Sulaiman dan Suhaila Salam. Filem yang bakal menggunakan khidmat sinematografi terkenal, Mohd Noor Kassim ini akan memulakan penggambaran tidak lama lagi. Justeru, persoalannya apakah filem Cempaka mampu dikatakan filem berkualiti selepas Jalang yang dianggap ramai karya sampah!. Tepuk dada tanya selera.

p/s: Saya tunggu dan lihat aje lah perkembangannya. Saya pasti Pak Hassan akan menggeleng-gelengkan kepalanya apabila mendapat tahu Hairie Othman bakal jadi pengarah filem..

1 comments :

sesiapa pun boleh bikin filim. Nasir Jani dah lama tulis gurindamnya, lalu didendang oleh M.Nasir.

Teruskan!!!!