Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 24 Januari 2010

'Johnny Bikin Filem'.. Filem terpanjang durasi dan pembikinannya!

Al-Fatihah buat Allahyarham Anuar Nor Arai (Dr. Anuar Nor Arai), pengarah filem Johnny Bikin Filem dan teater Ronggeng Rokiah yang sudah pergi meninggalkan kita 4 hari yang lalu. Moga rohnya dicucuri rahmat.

Berbalik kepada karya pertama dan terakhir arahannya, Johnny Bikin Filem, filem berdurasi 5 jam itu merupakan karya terpanjang pembikinannya dalam sejarah perfileman di Malaysia. Menggunakan format hitam putih, filem arahan Dr. Anuar Nor Arai ini dipendekkan durasinya menjadi 107 minit bagi membolehkan produk terbitan Universiti Malaya itu ditayangkan dipawagam, khabarnya pada 2010. Di barisi oleh Erma Fatima, Datuk Jalaluddin Hassan, Wafa, Zack Idris, Allahyarham M. Amin dan ramai lagi ini merupakan filem Malaysia yang ditunggu ramai. Nantikan kemunculannya di pawagam berhampiran anda.



sinopsis
Johnny mula dianggap sebagai godfather bila ia terlibat menerbitkan filem secara bebas di Singapura dan ia berada di tengah-tengah kegiatan samseng yang diketuai oleh Towkeh Wong dan Towkeh Fong. Johnny merapati primadona bangsawan Siti Rafeah yang dibimbing oleh Pak Shariff Sutero. Johnny beralih selera kepada Siti Kamaliah, adik kepada Siti Rafeah. Johnny bermuafakat dengan Towkeh Wong untuk melindungi nyawa Siti Kamaliah tapi Towkeh Wong menolak. Johnny mengugut nyawa Towkeh Wong. Mastar memperkecilkan keupayaan Johnny sebagai godfather dan mencabar Johnny. Yusof Telo melindungi dan mengukuhkan kedudukan Johnny dalam dunia perfileman dan menghapuskan kuncu-kuncu Mastar. Yusof Telo turut melindungi kesemua perempuan simpanan Johnny. Ketika menandatangani kontrak dengan Towkeh Fong untuk Johnny menguasai sebahagian dunia perfileman di Singapura, Mastar membunuh Towkeh Fong. Mastar meluaskan kuasanya dengan menggangu kawasan-kawawsan di bawah kepentingan Johnny. Dalam kejadian tembak menembak Johnny turut cedera. Siti Rafeah tinggalkan filem dan menyanyi di Happy World Cabaret. Siti Kamaliah berlakon di pentas bangsawan. Johnny bersemuka dengan Mastar berhubung dengan jajahan kuasa masing-masing di Singapura. Siti Rafeah mengahwini Pak Shariff Sutero tapi cemburu dan dendamnya terhadap Siti Kamaliah tidak pernah padam. Johnny dan Yusof Telo menemui Towkeh Wong mati dibunuh di godownnya. Johnny resah dan menyuruh isterinya terbang ke Brunei. Orang-orang Mastar terus menghambat Johnny di persembunyiannya di godown. Penggambaran filem terbitan Johnny diadakan di lokasi. Di lokasi ini Johnny ditembak mati oleh seorang sniper.



p/s: Nantikan aje lah ye tayangannya di pawagam.. info akan datang

0 comments :