Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Selasa, 5 Januari 2010

'Persatuan untuk Karyawan Filem Sahaja!', cetusan baru Mamat Khalid!

Walaupun tidak berjaya memegang tampuk pemerintahan FDAM yang berpihak kepada presiden asal, Mat London @ Ahmad Ibrahim, pengarah profilik filem 'Kala Malam Bulan Mengambang' dan 'Estet' , Mamat Khalid tetap dengan pendiriannya untuk membentuk pasukan baru khas buat karyawan filem sahaja. Persatuan yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi ini diterajui bersama Datin Paduka Shuhaimi Baba, Erma Fatima, Aziz M.Osman, James Lee, Afdlin Shauki dan ramai lagi sebenarnya merupakan sebuah persatuan yang khusus kepada agenda perfileman sahaja tanpa membabitkan industri hiburan yang lain. Menurut Mamat Khalid ketika ditemui media selepas mesyuarat FDAM di FINAS baru-baru ini, berkata adalah perlu baginya menubuhkan persatuan baru kerana mereka melihat FDAM tidak berkeupayaan merealisasikan apa yang dikehendaki sutradara generasi masa kini. “FDAM hari ini yang ada lebih banyak menumpukan hal-hal tidak berkaitan dengan hak dan kebajikan pengarah filem. Jadi sudah tiba masanya saya dan kawan-kawan menubuhkan persatuan baru yang mengumpulkan pengarah generasi baru dari pelbagai usia dan bangsa. Bukan itu sahaja, FDAM kini dilihat terlalu bercampur aduk antara karyawan filem dan karyawan drama. Antara kedua-duanya memiliki tugas yang agak berbeza. Namun rata-rata ahli FDAM terdiri daripada penggiat drama tv, berbanding fokus asal FDAM yang perlu ke arah dunia perfileman sebenarnya.

Jika dilihat kepada industri perfileman antarabangsa, persatuan yang mengkhusus kepada sesuatu bidang perfileman diwujudkan. Ia menjaga kebajikan serta merealisasikan apa yang perlu dalam arus perfileman sekarang, bukannya berdasarkan 'kerja kerana kawan atau persahabatan' tetapi ia lebih kepada sumbangan produk yang pernah dihasilkan, maka karyawan yang hanya terlibat dalam dunia perfileman dan aktif maka boleh diiktiraf sebagai karyawan filem. Golongan karyawan ini perlu dijaga dan merekalah yang patut bersama menggerakkan arus perubahan melalui persatuan baru yang Mamat Khalid akan wujudkan. Ini tidak bermakna Mamat Khalid bermusuhan dengan FDAM, cuma corak pendekatan mereka amat berbeza untuk menjadikan Malaysia pusat perfileman serantau dengan jayanya menjelang tahun 2020.

p/s: Saya menyokong usaha Mamat Khalid kerana beliaulah Karyawan Filem sebenarnya... Kata abg mamat 'FDAM perlu perubahan baru dari struktur organisasinya'.. cuma mampukan Mat London membawa perubahan baru kepada FDAM menjelang 2010?. Jika masih sama... maka rugilah siapa yang tidak memilih Mamat Khalid..

2 comments :

persatuan baru untuk menyelesaikan masalah lama! Maka ahli-ahli hanya terdiri dari yang pernah membikin filem. Bikin drama TV tak boleh jadi ahli. Bagus lah tu Che Mamat. Ini kena tulis dalam perlembagaan, kerana perlembagaan fdam ada mengatakan bahawa pembikin tv boleh jadi ahli.

Tapi kena tengok dan tanya juga kenapa dan sebab Che Mamat ni boleh kalah. hampir sepertiga yang mengundi dia tempuh hari pun orang yang membikin tv dan belum ada peluang bikin filim.

Che mamat nak jadi ketua, tapi hanya duduk tanpa beramah mesra dengan ahli-ahli yang datang. Mengharap ahli-ahli datang beramah mesra dengannya. Ini bukanb majlis menuntut ilmu Che Mamat. Bila Che Mamat tewas, penyokong Che Mamat rata-rata keluar dewan. Kalu tunggu, saya yakin ERMA boleh jadi timbalan.

jika persatuan baru, ditubuhkan dan Che Mamat tak dapat jadi ketua, maka Che Mamat pun nak buat persatuan yang baru le.? ini macam persatuan belia kg Pisang..

ikhlas,
Bukan Ahli A FDAM

Perlembagaan asal FDAM tak kata pengarah drama tak boleh masuk. Ada syarat. Mengarah filem atau pun telemovie sekian banyak. Sekarang ni pengarah dokumentari, iklan, majalah semua dah jadi ahli aktif! Ape ke bende ni?! Tak sesat jalan ke? Apresiasi filem atau perjumpaan ahli tak pernah dibuat. Macamana nak ramah mesra dengan ahli yang terdiri dari orang-orang muda? Adakah ini komplot oleh AJK lama untuk merenggangkan 2 kumpulan ini supaya AJK dapat sokongan? Apakah mereka semua yang tiba-tiba dapat jadi ahli aktif membayar yuran? Atau pun hanya sekadar letakkan nama mereka sahaja? Ternyata AJK lama & baru tidak ada kredibiliti lagi kerana banyak lagi soalan tidak terjawab - terutama akaun perbelanjaan tahunan.