Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 10 Januari 2010

'The Residency Years.. Patut agungkan Tunku Abdul Rahman!!'


Saya cukup tertarik dengan salah satu e-mel kiriman Ikmal Hairi terhadap The Residency Years arahan Mansor Puteh yang telah mengundang kontroversi di persada dokumentari tempatan. Apakah ia karya terbaik mengalahkan History Channel?, sedangkan Karya Mansor sarat dengan Bahasa Filem walaupun mengetepikan kehendak penerbit utama, Finas?.
-amy ikram ismail

From : "Hairi Ikmal" (ikmalhairi@yahoo.com)
To:
amyikram@yahoo.com

Assalamualaikum..

Cik amy ikram,


Saya cukup tertarik dengan isu yang saudara utarakan dalam blog saudara mengenai filem dokumentari 'The Residency Years' arahan Mansor Puteh. Dokumentari tersebut telah saya tonton minggu lepas di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS semasa tayangan ekslusif bersama wartawan hiburan dan juga penggiat industri. Menariknya, tayangan yang juga dihadiri Mansor Puteh cukup memberikan polimek tersendiri dalam dunia perfileman, barangkali menjadi sejarah pertama pada tahun 2010. Majlis yang dihadiri beberapa tetamu kehormat terdiri daripada ahli perbadanan FINAS cukup menyatakan bahawa semua yang hadir cukup tidak dewasa kerana berlaku pertelingkahan pendapat yang cukup memalukan apabila salah seorang ahli perbadanan FINAS menengking dan seolah-olah majlis itu dia yang punya.

Walaupun saya bukan dikalangan warga filem, tetapi apa yang dikemukakan alasan 13 kritikan atau komen terhadap dokumentari tersebut perlulah diterima oleh Mansor Puteh. Menonton The Residency Years membuatkan saya terfikir apakah dokumentari itu sebuah dokumentari yang khabarnya menelan belanja sekitar RM 177,000.00 dari duit FINAS?. saya rasa tak sampai pun bajetnya kerana kualiti yang dibawa mansor agak caca merba seolah-olah sebuah projek kajian bukannya projek untuk siaran TV. Mansor Puteh seorang yang dikagumi bahasa filemnya, tetapi bidang dokumentari bukan bidang yang diterokainya, malahan The Residency Years yang sepatutnya mengagungkan Tunku Abdul Rahman tidak dibuat dengan baik. Saya berpendapat bahawa perjalanan dokumentari itu hak karyanya, tetapi apabila Mansor menggunakan bajet yang diberi FINAS 100%, beliau perlulah mengikut apa yang dikehendaki FINAS. Ini tidak, ini menunjukkan ia dibikin untuk syok sendiri. Kalau RTM dah reject dokumentarinya, bagaimana beliau ingin mempertahankannya?.

Kritikan Hassan Muthalib ada kebenarannya terhadap naskhah Mansor ini. Tetapi jikalau dokumentari itu perlu menambah baik, go on! Janganlah terlalu taksub dengan ilmu yang kita ada, Mansor. Saya tahu keseluruhan doku itu Mansor gunakan kamera bergoyang-goyang. Keseluruhannya mempunyai bahasa filem. Tetapi, apabila untuk siaran TV.. mahukah penonton kita menonton, jikalau sesebuah doku itu pada minit pertama sudah membosankan?.Cuba lihat doku di History Channel.. excellent!!. patutnya Mansor hasilkan yang lebih baik bukannya karya yang bikin panas dan syok sendiri..

Wallahuallam. Saya harap cik amy ikram dapat siarkan 13 kritikan terhadap The Residency Years dan kata-kata RTM terhadap naskhah arahannya itu..

p/s: Mansor Puteh tetap mahu menayangkan dokumentarinya tatkala Laporan dari RTM menyatakan dokumentari itu tidak layak siarannya!!. Apa2 pun, saya tetap suka dokumentari terbitan Lara & Harun yang ditayangkan di Nat Geo..
-best jugak menonton Nat Geo HD dan History HD di Astro Beyond!! saya dah langgan!! amazing!!

0 comments :