Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Selasa, 19 Januari 2010

Penyertaan Kini dibuka : Pertandingan Penulisan Skrip 2009/2010!!

Unit Skrip dan Produksi FINAS kini membuka penyertaan bagi Pertandingan Penulisan Skrip 2010 bertemakan 'Paparan Realiti Kehidupan Berdasarkan Satu Malaysia'.


OBJEKTIF PERTANDINGAN

  1. Menggalakkan penghasilan skrip yang bermutu.
  2. Mencungkil bakat penulisan yang berpotensi.
  3. Menambah bilangan skrip yang berkualiti dalam pasaran untuk diterbitkan.

KATEGORI YANG DIPERTANDINGAN

  1. Skrip Cereka.
  2. Skrip Dokumentari.
  3. Skrip Pendek
  4. Skrip Promo (PSA)

KATEGORI SKRIP FILEM CEREKA

  1. Pertama - RM 15,000
  2. Kedua -RM 10,000
  3. Ketiga -RM 7,000
  4. Tiga Saguhati - RM 5,000

KATEGORI SKRIP FILEM DOKUMENTARI

  1. Pertama - RM 10,000
  2. Kedua -RM7,000
  3. Ketiga -RM 4,000
  4. Tiga Saguhati - RM 2,000

KATEGORI SKRIP FILEM PENDEK

  1. Pertama - RM 5,000
  2. Kedua -RM 3,000
  3. Ketiga -RM 1,500
  4. Tiga Saguhati - RM 800

KATEGORI SKRIP PROMO (PSA)

  1. Pertama - RM 3,000
  2. Kedua -RM 1,500
  3. Ketiga -RM 750
  4. Tiga Saguhati - RM 400

KATEGORI YANG DIPERTANDINGAN

  1. Skrip Cereka.
  2. Skrip Dokumentari.
  3. Skrip Pendek
  4. Skrip Promo (PSA)

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

  1. Pertandingan ini hanya terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali Warga FINAS.
  2. Skrip hendaklah mengikut konsep pertandingan yang telah ditetapkan iaitu "Paparan Realiti Kehidupan Berdasarkan 1 Malaysia" .
  3. Setiap skrip serta judul skrip mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu dan tidak bercampur aduk dengan bahasa lain.
  4. Skrip mestilah disertakan dengan sinopsis dan pengolahan filem (filem Cereka dan filem pendek) serta treatment (filem dokumentari).
  5. Skrip filem cereka pawagam hendaklah meliputi masa tayangan dalam lingkungan 110 minit, skrip filem dokumentari dalam lingkungan 30 minit, skrip filem pendek dalam lingkungan 15 hingga 30 minit dan skrip promo 30 hingga 60 saat.
  6. Skrip mestilah asli dan belum pernah diterbitkan.
  7. Nama penulis tidak boleh ditulis pada naskah skrip tetapi hendaklah diisi dalam borang penyertaan.
  8. Skrip yang dikemukakan mestilah menggunakan format dan struktur skrip filem yang standard dan ditaip berlangkau dua baris menggunakan kertas saiz A4, font 12 dan tulisan Arial.
  9. Hak cipta setiap penyertaan yang berjaya merangkul hadiah (tempat pertama, kedua dan ketiga) adalah hak milik penganjur selama tempoh 2 tahun sebelum ianya menjadi hak milik penulis sepenuhnya.
  10. Adaptasi daripada Novel atau teater dibenarkan dengan keizinan penulis asal atau pemegang hak cipta.
  11. Setiap penyertaan tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif yang berkait dengan isu perkauman dan keagamaan.
  12. Satu naskah setiap skrip yang memenangi hadiah akan disimpan oleh FINAS untuk rujukan.
  13. Segala kos berhubung dengan penyertaan ini adalah tanggungan peserta.
  14. Bukti pos bukan bukti penerimaan.
  15. Urus Setia pertandingan berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan.
  16. Semua naskah skrip yang diterima tidak akan dikembalikan kecuali dipohon secara bertulis.
  17. Penganjur tidak bertanggungjawab jika ada sebarang tuntutan hak cipta oleh pihak lain ke atas skrip yang dikemukakan.
  18. Penganjur tidak bertanggungjawab jika skrip hilang semasa dalam pengiriman.
  19. Penyertaan hendaklah sampai kepada Urus Setia Pertandingan Penulisan Skrip Filem pada atau sebelum 30 April 2010.
  20. Setiap penyertaan hendaklah dikemukakan dalam 6 salinan berserta muka surat setiap helaian skrip dan binding dalam bentuk ring binding,
  21. Keputusan panel juri adalah muktamad, Kemenangan akan dibatalkan sekiranya didapati melanggar syarat-syarat pertandingan.

Sila muat turun borang penyertaan Pertandingan Penulisan Skrip 2009 disini dan hantarkan pada alamat dibawah.

Urusetia Pertandingan Penulisan Skrip 2009
Bahagian Produksi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000
Ampang, Selangor Tel : 03- 41041300 / 1308 / 1391