Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MANIFESTASITI2020 PENGALAMAN MUZIK LUAR BIASA SITI NURHALIZA. PRE ORDER SEKARANG!

Album Solo Studio ke 18, penyanyi kesayangan ramai, Dato' Sri Siti Nurhaliza akan dilancarkan di seluruh platform muzik bermula 3 Julai 2020. Kepada anda yang tidak sabar untuk memiliki album tersebut dalam bentuk CD, boleh membuat tempahan segera sebelum kehabisan stok!.

LAYAR SINEMA:NORMA BAHARU TAYANGAN FILEM TEMPATAN

Astro senantiasa memberikan pelbagai cara terbaik untuk menonton filem kepada pelanggan apabila membawa filem-filem terus ke rumah melalui saluran Astro First. Langkah ini telah membuka ruang buat penerbit di luar sana untuk membawa filem mereka ditayangkan buat pertama kali terus ke pawagam rumah penonton.

DI SEBALIK CERITA KONTROVERSI COMOLOT

Penghasilkan 'comolot' adalah kerana saya cukup mengkagumi karya Osman Ali menerusi filem eksperimental 'Bukak Api'. - AMY IKRAM

DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR, TOWN MALL FILEM SULUNG DATUK SERI EIZLAN YUSOF

TOWN MALL filem seram Eizlan Yusof yang bakal membuatkan penonton meremang di Astro First. Filem terbitan Enuja Production kerjasama Astro Shaw itu merupakah karya yang diinspirasikan daripada kisah benar.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.

adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Khamis, 18 Februari 2010

'Adaptasi realiti hidup yang hambar', Lu Pikirlah Sendiri De Movie... gagal sebagai sebuah karya yang menarik!!


Melihat sahaja poster 'Lu Pikirlah Sendiri De Movie (LPSDM)', saya menyifatkan ia sebuah cerita tentang Nabil dan Mila, tetapi sangkaan saya agak meleset di mana ceritanya berpaksikan hidup antara impian, kerjaya dan cinta. Ketiga-tiga perkara ini tiada kena mengena dengan Mila, cuma ia bersangkut paut dengan erti hidup berlandaskan maruah, keinginan mahupun rasa cinta yang wajar dan harus dimiliki oleh setiap manusia yang hidup di muka bumi.

Perjalanan cerita LPSDM ini agak menarik barangkali mungkin kerana ia menampilkan nama-nama besar di dalam industri hiburan seperti Amy Search, Faizar Tahir, Aziz M.Osman, Vanidah Imran, dan Fahrin Ahmad. Tetapi, apakah kaitan mereka ini di dalam filem arahan Aminah Rhapor?. Adakah sebagai penyeri cerita hidup Nabil yang terumbang-ambing antara kerjaya, cinta dan impian untuk bergelar seorang selebriti pujaan di bawah label Nabil & Meet Uncle Hussain?. Semuanya itu adalah cerita rekaan yang di adaptasikan dari kisah hidup sebenar Nabil sebelum bergelar jutawan di bawah produksi Raja Lawak Astro.

Kekuatan cerita ini hanya terletak pada naratif yang melatari hidup Nabil sebagai manusia biasa yang menempuh pelbagai cabaran hidup sebelum bergelar 'public figure'. Itulah keistimewaan filem LPSDM ini. Cuma, kekurangannya adalah pada plot yang mengukuh lagi naratif termasuk kemunculan beberapa karektor seperti Lan & Meet Uncle Hussain di sepanjang filem ini bergerak. Persoalan yang kerap kali berlegar di minda saya adalah 'apakah kaitan Lan & Meet Uncle Hussain' yang kerap kali bermain gitar selepas aksi yang melibatkan Nabil?. Adakah ia sebagai bahan gelak ketawa penonton seperti scene dalam filem Adnan Sempit di mana watak lakonan Angah Raja Lawak agak menjadi dan ia berjaya menghidupkan filem itu berbanding LPSDM ini agak hambar dengan teknik dan gaya persembahan para pelakonnya.

Lu Pikirlah Sendiri De Movie bukan filem sampah sepertimana karya pertama lakonan Nabil, Sifu dan Tongga. Jika di bandingkan antara kedua-duanya, ia memberikan justifikasi yang berbeza dari sudut pemikiran dan teknik penyampaiannya. Aminah Rhapor, seorang penggiat teater yang sudah lama berkecimpung dalam dunia penerbitan filem tempatan. Apabila beliau mengambil keputusan mengarahkan karya LPSDM ini yang ketandusan tenaga pengarahannya, saya mengharapkan ada yang berbeza atau terbaru yang boleh dibanggakan seperti pengarah-pengarah akademik lain, namun tanggapan saya sungguh berbeza. Justeru, setiap permulaan bukan bermakna pengakhiran sebuah cerita atau perjuangan, namun mungkin selepas ini karya Aminah Rhapor mungkin tidak lagi mengecewakan. Membikin bukan senang dari menonton atau menilai setiap apa yang ada kekurangannya..

p/s: saya rasakan trailer LPSDM ini agak lemah dan kurang daya tarikan penontonnya. Sepatutnya masukkan scene yang boleh menarik penonton untuk serbu dan pecah panggung wayang!!! .. hehehe

Final Call for Entries - 2010 Newport Beach Film Festival

The 2010 Newport Beach Film Festival will screen over 350 feature length and short films. The 2010 NBFF will also host red carpet Opening and Closing Night Gala Celebrations, International Spotlight events, an Action Sports Film Series, an Environmental Film Series, a Family Film Series, a Collegiate Showcase, a Youth Film Showcase and a free Seminar Series. Come be a part of the 2010 Newport Beach Film Festival.


The FINAL deadline for film submissions to the 11th Annual Newport Beach Film Festival is JANUARY 25, 2010.

Submit your film at www.NewportBeachFilmFest.com

The Newport Beach Film Festival runs April 22-April 29, 2010!!


*advertisement*

coming soon for screening all nominated movies at GSC Movies.

Rabu, 17 Februari 2010

Tayangan Percuma: 5 buah filem di Hari Terbuka FINAS ( 20 & 21 Februari 2010 )


Kepada peminat filem tempatan yang mahu menyaksikan tayangan filem secara percuma, jangan lepaskan peluang anda untuk datang beramai-ramai pada 20 dan 21 Februari 2010 bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), di mana di adakan Hari Terbuka FINAS 2010. Pelbagai aktiviti menarik di adakan.

5 buah filem tempatan, 'Papadom, My Spy, Momok The Movie, Bohsia, dan Jangan Pandang Belakang Congkak' akan ditayangkan secara percuma di Pawagam Mini P.Ramlee FINAS. Untuk sebarang maklumat berkaitan Hari Terbuka FINAS dan jadual tayangan, sila klik FINAS.

**Jangan ketinggalan!!**

2 Alam vs ... Dalam Botol!!!.. Satu Fenomena?


Selepas produser kontroversi, Raja Azmi melalui pengarah Khir Rahman, menghasilkan ...Dalam Botol ( Anu Dalam Botol) yang dijadualkan tayangannya pertengahan 2010, tidak terkecuali produksi dR Movie Production mahu menghasilkan genre yang sama, 2 Alam. Filem arahan Hairie Othman yang diterbitkan oleh Dr. Rozmey ini mengupas persoalan yang sama dan kontroversi, iaitu pertukaran jantina yang agak tipikal, dilakonkan oleh pelakon dan model terkenal, Aaron Aziz dan ramai lagi. Karya yang dikatakan agak menyentuh perasaan ini dijayakan bersama Faizal Hussein, Rosnah Johari, Sabree Fazil, Kuswadinata dan bakat baru, Suhaillah Salam serta Royady Johari. Selain dari 2 Alam, filem Cempaka yang juga mengupas isu yang sama masih di nanti-nantikan pembikinannya. Apakah ketiga-tiga filem ini satu fenomena selepas terhasilnya Bukak Api dan Comolot?... Anda sendiri mampu merungkaikan jawapannya.

p/s: Filem ...Dalam Botol arahan Khir Rahman kini dalam proses audio dan muzik yang dikatakan sebuah karya cukup menarik lakonan Arja Lee..

Scene Make Up & Lipstik tebal : Fenomena Drama & Telemovie tempatan!!

Perasan atau tidak jika di amati secara teliti terutamanya di dalam drama atau telemovie tempatan khususnya yang sedang ditayangkan di kaca tv atau di layar skrin 42 inci, kita boleh menyaksikan para pelakon mengenakan solekan (make-up) yang agak tebal walaupun ia merupakan scene yang berlaku di rumah, dalam bilik air, sedang memasak atau sebagainya. Gambaran seperti ini banyak memonopoli drama atau rangkaian tv swasta, seolah-olah ia suatu trend syarikat produksi bagi mempromosikan seseorang pelakon atau artistnya. Persoalannya, apakah wajar scene yang menggambarkan seorang pelakon 'baru keluar dari bilik air' - scene berkemban, atau scene 'bersantai di ruang tamu sambil makan biskut atau buah apple'-pelakon wanitanya perlu bersolek tebal walhal ia bukan pentas opera tetapi ia sebuah drama yang ceritanya tentang realiti, kini menjadi lakonan yang agak memalukan!. Sebagai sebuah produksi yang tahu selok belok dunia perfileman, perlulah faham bahawa setiap apa yang dipaparkan di layar skrin itu adalah rakaman realiti bukannya fantasi atau cerita rekaan semata-mata melainkan ia sebuah karya komedi yang menjadi kegilaan minda penonton masa kini. Tepuk dada tanya selera!!

p/s: Ada ke patut satu drama kt salah sebuah stesen tv nie.. scene makan kat rumah pun perlu mengenakan solekan tebal siap berlipstik lagi warna merah terang!!. hai.. nak makan ke atau nak menyundal!!!'.. kelakarlah...

Isnin, 15 Februari 2010

Tayangan Ekslusif ALI SETAN :27 Februari 2010


Program Merakyatkan filem kali ini akan menayangkan kembali filem komedi “ALI SETAN ” lakonan Azmil Mustapha dan Fauziah Ahmad Daud pada 27 Februari 2010 di Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman jam 12.00 tengahari. Masuk adalah percuma. Temui bintang pujaan anda di sana. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Promosi di talian 03-41041346/1349.

Filem ini mengisahkan seorang mahasiswa bernama Ali di sebuah universiti. Dia sering mengusik pelajar-pelajar lain termasuklah Asmidar yang kerap menjadi mangsanya. Namun perasaan bencikan Ali akhirnya bertukar menjadi cinta. Begitu pun percintaan kedua-duanya menghadapi masalah apabila adik angkat Ali, Tipah yang juga mencintai Ali mengaku dinodai oleh Ali.


Selasa, 9 Februari 2010

'Regalia Fire Princess, Dagu & Molek', 3 filem terbaru Pesona Pictures!

Produksi filem terkenal, Pesona Pictures akan menerbitkan 3 buah filem untuk tahun 2010. Antaranya Regalia Fire Princess, Dagu & Molek. Ketiga-tiga buah filem ini dalam perancangan dan ia akan di arahkan oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba (Shumi). Ia memaparkan genre berbeza bagi setiap tajuk iaitu 'Historical Film, Mystery & Horror' . Nantikan sahaja filem ini. okay!!

* sila klik pada gambar di bawah*


p/s: Regalia Fire Princess tue macam menarik je!!

Isnin, 8 Februari 2010

Tayangan Ekslusif Filem Adnan Sempit di FINAS 12 Februari 2010.

Masuk PERCUMA!!!

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan meneruskan program Malam Bersama Bintang yang akan diadakan pada 12 Februari (Jumaat) jam 8.00 malam di Dataran Karyawan FINAS, Hulu Kelang. Program Malam Bersama Bintang bertujuan untuk menarik peminat filem untuk menonton filem tempatan. Berkonsepkan santai sambil berhibur, pengunjung berpeluang bertemu dengan barisan pelakon filem Adnan Sempit dan menikmati persembahan nyanyian Saleem,Street Five Band dan Pija Mentor. Pada program berkenaan juga, Metrowealth Movies Production juga akan mempromosikan filem terbarunya,Niyang Rapik.

Pengunjung juga boleh menikmati juadah ringan yang turut dijual seperti teh tarik, mee goreng, nasi lemak sambil berintraksi dengan artis dan pelakon yang hadir.Acara karoke lagu filem dan kuiz filem juga turut diadakan. Keterangan lanjut berhubung program ini, sila hubungi 03 41041349/50 (Bahagian Pemasaran) atau layari www.sinemamalaysia.com.my / www.finas.gov.my

p/s: Datang beramai-ramai ye.. Tq pada David Teo yang sudi menayangkan filem Adnan Sempit di Finas pada 12 Februari 2010, Jumaat 8.00 malam.

'Selamat Jalan Dunia Pondanku', Karya terpanas Mak Ayam Azwan Ali!!

Pengacara, pelakon dan selebriti kontroversi, Azwan Ali yang dikenali dikalangan para artis sebagai 'Mak Ayam' akan menerbitkan buku berjudul 'Selamat Jalan Dunia Pondanku'. Buku yang mengandungi sisipan menarik tentang kaum sejenis itu akan berada dipasaran tidak lama lagi. Menurut Azwan, antara tajuk-tajuk panas yang terkandung di dalam buku ini ialah: Apa Sebenarnya (ala-ala lagu Fauziah Latiff), Akak Ziana dan 3 Siti, 'Adik-adik' Dunia Seni, Azwan Ali Vs Alam Pondan, Pot-pot (Tempat Lepak) Pondan, Pondan Vs Mak Esah, Pondan Durjana Vs Pondan Mulia, Pondan Berlaki Vs Anak Ikan, PA Ker? Vs PA Nyah, Mimpi Ngeri Azwan Ali, Lintasan Kaabah, Panggilan Maut dan Penutup Bicara (Selamat Jalan Dunia Pondan). Tambahnya lagi,' buku ini akan merungkai seribu satu kisah Azwan yang tidak pernah terakam di mana-mana akhbar, media atau TV. Niat saya untuk memberi kesedaran kepada setiap manusia samada pondan atau tidak. "Terpulanglah kepada masyarakat untuk menilai. Buku ini juga dijangka dijual secepat mungkin pada Julai. Namun, pelancarannya akan dilakukan dengan majlis kesyukuran bersama majlis berbuka puasa bersama Anak-anak Yatim."Saya menyeru agar peminat saya mendoakan kejayaan buku ini terhasil menjadi realiti setelah dirancang begitu lama. Dengan termeteri usahasama bersama pihak penerbitan Karangkraf, secara tidak langsung ia penanda awal kejayaan buku ini," kata Azwan menutup bicara petang itu bersama sekelompok rakan media.

p/s: Confirm buku ini akan laris macam pisang goreng panas. Betul tak Azwan?

Sabtu, 6 Februari 2010

Industri Filem tanpa sentuhan Allahyarham Yasmin Ahmad...


Setelah namanya pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, saban hari muncul sahaja filem-filem baru arahan pengarah filem blockbuster Malaysia. Filem blocbuster merupakan filem kegemaran seluruh rakyat Malaysia yang berjaya mengutip pulangan yang agak memberangsangkan. Ini membuatkan para penerbit filem yang melabur filem tersebut mampu tersenyum tatkala melihatkan jutaan ringgit diperolehinya. Cuma kita penonton hanya tertunduk apabila di pertengahan bulan. Mengeleng-gelengkan kepala tanda kehabisan ringgit..

Dunia filem tempatan di Malaysia bukanlah sehebat industri filem Hollywood. Jadi, usah bandingkan antara kedua-duanya. Amat berbeza dan mungkin sukar mengatasinya. Namun, mampukah kita hidup tanpa karyanya yang banyak menyentuh hati dan perasaan kita tatkala keseorangan?. Apakah ada insan sehebat namanya yang mungkin sama atau berbeza pemikirannya sehingga kita bisa melupakan insan yang kita sayangi.. demi namanya.... Allahyarham Yasmin Ahmad... 'tiada.. ada.. dan sukar dicari ganti'..

p/s: Rindu sangat pada filem-filem dan sentuhan barunya..

JUST A QUESTION OF LOVE (JUSTE UNE QUESTION D’AMOUR) .. Gay Love Story screened at Annexe Gallery KL.. 7 February 2010!!


PT Foundation & Seksualiti Merdeka present
Queer As Films

JUST A QUESTION OF LOVE (JUSTE UNE QUESTION D’AMOUR)
(2000)

Happy New Year, Rainbow Warriors! All of us here at PT Foundation and Seksualiti Merdeka hoped that all managed to survive the new year festivities with a bounty of sweet memories. And if you can’t remember anything because you were having way too much fun, c’est la vie! After taking a one-month break, Queer As Films returns in February to present a romantic drama about coming out and falling in love from France, just in time for Valentine’s Day!


“Just A Question Of Love” follows the whirlwind romance of two young men in different stages of coming out. The film paints a portrait of the difficulties that befall a relationship when one man lives proudly out of the closet, while the other has created a double life to please his parents. Featuring a very talented cast of French actors, with Cyrille Thouvenin and Stephan Guerin Tille in the lead roles, and Eva Darlan and Caroline Veyt, this made-for-TV movie was watched by 6.3 million viewers in France when it was first screened in a prime time slot. In the following two weeks, the network only received three protest letters, while both male stars got more than two thousand letters of praise each. We wonder what unearthly power must have possessed the French to have licked all those stamps...

The film will be screened in its original French with English subtitles. 88mins.

-------------------

Date: Sun 7 Feb, 2010
Time: 3pm
Venue: The Annexe Gallery, 2nd Flr, Central Market Annexe, KL
Admission: FREE!
Enquiries: 03 4044 4611 (PT Foundation), 03 2070 1137 (The Annexe Gallery)

This is a private event - by invitation only - which will be checked against a register at the door.

Please email to register for this event: queerasfilms@ptfmalaysia.org

Include your name, age, and who you are bringing along, if any.

Please refrain from posting this event on blogs, or anywhere else without permission from the organisers. Thanks!



p/s: Let's go babe!!

-------------------

Teater EXPERIMEN TANDA dibatalkan!!

Terfikir sejenak saya apabila membaca posting yang dilakukan oleh pelakon filem, teater dan drama, Zahiril Adzim menerusi blognya 'untuk kawan-kawan yang kita suka', memaklumkan bahawa teater EXPERIMEN TANDA yang kini dipentaskan di ASWARA terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak diingini. Menurut Zahiril dalam blognya, beliau amat tidak berpuas hati kerana tidak dimaklumkan secara jelas oleh pihak penganjur tentang pembatalan teater yang khabarnya mendapat sambutan yang amat menggalakkan itu. Justeru, mungkin Ajami Hashim, penulis blog popular boleh menjelaskan isi dan kandungan teater ini.. kenapa dan mengapa ia tidak dibenarkan dipentaskan di Aswara?. Apakah ada unsur dan elemen seksual yang melampau?. Tepuk dada tanya selera.

p/s: saya no komen sebab saya belum berkesempatan untuk menonton teater ini..

Jumaat, 5 Februari 2010

RTM tak disekat siar perbicaraan kes liwat!!!



Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak menghalang atau menyekat Radio Televisyen Malaysia (RTM) melaporkan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim selagi ia mengikuit garis panduan yang ditetapkan oleh mahkamah.

Menurut menterinya, Datuk Seri Rais Yatim, RTM juga dibenar menggunakan istilah-istilah tertentu yang digunapakai oleh mahkamah disiarkan menerusi siaran berita tempatan bagi tujuan pengetahuan awam.

"Kes itu boleh dilaporkan mengikut sumber mahkamah, tinggal lagi kita tidak boleh membuat komen yang mempengaruhi pendirian hakim atau perkara yang sedang berjalan diberi komen baik buruknya.

"Kalau menceritakan tentang perjalanan kes itu seperti yang dizahirkan oleh mahkamah, ini kepentingan awam dan perlu diketahui," katanya.

Kes perbicaraan Anwar, 63, yang juga ketua Pembangkang serta Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di KondominiumDesa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Sementara itu, Rais juga mengingatkan penulis blog supaya bertanggungjawab dan beretika dalam melaporkan perbicaraan kes liwat Anwar .

Beliau berkata mereka mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat, di samping masih tertakluk pada undang-undang berkaitan komunikasi di negara ini.

"Dengan trend yang ada sekarang ini, saya percaya penulis-penulis blog pun akan terasa mereka perlu bertanggungjawab terhadap masyarakat dan tidak bebas seperti aliran air semata-mata, mencurahkan ke sana dan melimpah ke sini.

"Mereka sendiri akhirnya akan ditembusi undang-undang. Mahu tidak mahu, undang-undang akan mencekau mereka pada tahap yang tertentu. Sebelum itu berlaku, seperti yang berlaku kepada penuntut di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan), haruslah mereka memperbaiki pendirian mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Melakar Jejak - Biografi Mohd Yusof Noor' di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya Jabatan Peguam Negara sentiasa memantau laporan yang disiarkan menerusi blog-blog tertentu mengenai cara kes berkenaan dihuraikan, "sama ada secara am atau menghina dan menyalahi hukuman tidak boleh diulas."- Bernama


'Kasihilah... Kamu akan dikasihi...', Mahabbah.. irama segar Rabbani!!


Walaupun tanpa vokalis asal, Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang telah kembali ke rahmatullah pada Ogos 2009 lepas, kumpulan nasyid popular, Rabbani tidak gentar untuk menghasilkan album terbarunya, 'Mahabbah' yang dilancarkan pada Januari lepas. Album yang mengandungi 8 lagu dan 8 kata-kata hikmah ini sudahpun berada dipasaran sejak Disember yang lalu. Memperkenalkan vokalis baru yang terdiri daripada anggota Rabbani sendiri, Ustaz Zulkifli Azman, album 'Mahabbah' yang turut memuatkan lagu eklusif nyanyian Ustaz Asri bersama Mawi berjudul 'Inikah Petanda', merupakan sebuah album yang wajib dimiliki oleh semua umat muslimin dan muslimat tidak kira dimana jua anda berada.

'Mahabbah' yang bermaksud 'kasih sayang, cinta dan mengasihi' merupakan sebuah lagu yang juga judul album terbaru Rabbani ini boleh dikatakan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Walaupun berlainan vokal dan susunan muziknya, Mahabbah tidak mengecewakan khalayak pendengar kerana ia menyajikan rentak muzik mengikut trend terkini dan tidak membosankan. Mungkin agak janggal buat pertama kali mendengar album terbaru Rabbani tanpa vokal Ustaz Asri ini, Mahabbah memuatkan lagu-lagu terbaik, antaranya 'Mahabbah', 'Kejora Sinar Zaman (Tribute to Ustaz Asri), 'Syahadah', 'Nurul Iman', 'Bicara Hijrah', 'Ya Man Satufariq', 'Tanpa Agama', dan 'Inikah Petanda (Ustaz Asri & Mawi)'. Di antara kebanyakkan lagu-lagu tersebut, saya amat menyukai irama lagu bertajuk 'Tanpa Agama', yang saya sifatkan sebagai sebuah lagu yang mempunyai melodi yang agak menarik. Jika anda peminat setia Rabbani, jangan lupa untuk mendapatkan album Mahabbah Rabbani yang original dipasaran sekarang!. Seperkara lagi yang saya rasakan perlu ada dan difikirkan oleh Rabbani untuk menghasilkan album terbaru pada masa akan datang ialah 'komposer' atau 'pencipta muzik dan liriknya'. Dalam hal ini, Rabbani tidak perlu memfokuskan kepada seorang komposer sahaja untuk menghasilkan kesemua lagu yang terdapat di dalam albumnya kerana 'kepelbagaian irama dan muzik' sentuhan komposer-komposer nasyid terbaik, saya percaya album Rabbani mampu berdiri teguh walaupun tanpa vokal emas Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Al-Fatihah..


p/s: Suka album terbaru Rabbani 'Mahabbah'.. suara Zulkifli Azman lebih kepada komersial dan rentak trend terkini, berbanding vokal Ustaz Asri yang terlalu global. Namun, kedua-duanya memperjuangkan irama yang sama. Moga Rabbani teguh disana...

Isnin, 1 Februari 2010

9 filem terhebat di Astro Box Office Movies...

Sepanjang bulan Februari 2010, ASTRO melalui Saluran 952 & 953 menghidangkan 9 buah filem terbaik, tidak kira filem tempatan mahupun luar negara. Bukan itu sahaja, pelanggan saluran tersebut juga dihidangkan bonus Konsert Nada Biru bersama Noryn Aziz dan Atilia. Peminat dunia sinema tempatan jangan lepaskan peluang untuk menonton filem-filem kegemaran anda.

*Nantikan ulasan setiap filem yang ditayangkan. Akan datang!!*

Antara filem yang menghiasi slot Tayangan Hebat Astro ( 952 dan 953 ) adalah:-

Lembing Awang Pulang Ke Dayang MALAYSIAN TV PREMIERE

Set in 1776, this story adapted from a novel centers on a man called Awang (Farid Kamil), who return to Parit Raja, Johor to marry his fiancee Dayang (Siti Elizad) after being away for more than three years.....

read more......



Pisau Cukur MALAYSIAN TV PREMIERE

Bella (Maya Karin) and Intan (Nur Fazura) are best friends. They embark on a luxury cruise ship with the hopes of finding rich old men to be their future husbands. On the ship, Bella meets up with a handsome guy, Faqir (Shahredza Minhat) who likes her and tries to woo her although he is actually commissioned by Datuk Hisham (Eizlan Yusof) to approach Bella....

read more...

3 Doa, 3 Cinta MALAYSIAN PREMIERE

Three teenage friends in a small Indonesian village are students of a religious school. Huda (Nichollas Saputra) is a pupil of a religious leader who preaches......

read more.....


Do Knot Disturb MALAYSIAN TV PREMIERE

Do Knot Disturb is a comedy based on a rich businessman Raj (Govinda) who is married to Kiran (Sushmita Sen). Raj, a womanizer, is trying to hide his extra marital affair with a model named Dolly (Lara Dutta). He bribes.......

read more.....


The Memory

Film (Rathapoom Tohkongsrup) is a celebrity and Jaa (Paula Taylor) is a reporter who stalks him, attempting to capture as much of him on film as possible. They resent each other, but one day, while travelin.....

read more...

Malam Nada Biru with Atilia, Noryn Aziz, Mujik Majik MALAYSIAN TV PREMIERE

Malam Nada Biru features Atilia and Noryn Aziz, two chanteuse of the Malaysian Jazz scene. This even which was held at Lambang Sari......

read more....


Kuntilanak Kamar Mayat MALAYSIAN TV PREMIERE

Andini (Imelda Lubis) is a college student who has been having vivid dreams about her sister, Miranda (Uwie Jasmine), who works as a nurse.....



BLUE.. MALAYSIAN TV PREMIERE...

The story revolves around Aarav (Akshay Kumar) the owner of Blue Shipping & Fisheries and one of the...

read more...



Magic Man MALAYSIAN PREMIERE

Tatiana (Estelle Raskin) and her beautiful girlfriends are on a holiday in Las Vegas. While in the City of Illusion, they decide to watch a magic show performed by Krell Darius (Billy Zane).

Entrancing audience members with....
read more....


Kung Fu Tootsie... MALAYSIAN TV PREMIERE..

Kungfu Toosie is set in Hong Kong where three mafia gangs are fighting to be the biggest and most powerful criminal organization in town. One of the well-known and powerful gang is The Golden.... read more...

** jadual tayangan sila rujuk Astroview Magazine edisi February 2010..**

p/s: nantikan ulasannya...