Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Rabu, 17 Februari 2010

2 Alam vs ... Dalam Botol!!!.. Satu Fenomena?


Selepas produser kontroversi, Raja Azmi melalui pengarah Khir Rahman, menghasilkan ...Dalam Botol ( Anu Dalam Botol) yang dijadualkan tayangannya pertengahan 2010, tidak terkecuali produksi dR Movie Production mahu menghasilkan genre yang sama, 2 Alam. Filem arahan Hairie Othman yang diterbitkan oleh Dr. Rozmey ini mengupas persoalan yang sama dan kontroversi, iaitu pertukaran jantina yang agak tipikal, dilakonkan oleh pelakon dan model terkenal, Aaron Aziz dan ramai lagi. Karya yang dikatakan agak menyentuh perasaan ini dijayakan bersama Faizal Hussein, Rosnah Johari, Sabree Fazil, Kuswadinata dan bakat baru, Suhaillah Salam serta Royady Johari. Selain dari 2 Alam, filem Cempaka yang juga mengupas isu yang sama masih di nanti-nantikan pembikinannya. Apakah ketiga-tiga filem ini satu fenomena selepas terhasilnya Bukak Api dan Comolot?... Anda sendiri mampu merungkaikan jawapannya.

p/s: Filem ...Dalam Botol arahan Khir Rahman kini dalam proses audio dan muzik yang dikatakan sebuah karya cukup menarik lakonan Arja Lee..

0 comments :