Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 15 Februari 2010

Tayangan Ekslusif ALI SETAN :27 Februari 2010


Program Merakyatkan filem kali ini akan menayangkan kembali filem komedi “ALI SETAN ” lakonan Azmil Mustapha dan Fauziah Ahmad Daud pada 27 Februari 2010 di Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman jam 12.00 tengahari. Masuk adalah percuma. Temui bintang pujaan anda di sana. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Promosi di talian 03-41041346/1349.

Filem ini mengisahkan seorang mahasiswa bernama Ali di sebuah universiti. Dia sering mengusik pelajar-pelajar lain termasuklah Asmidar yang kerap menjadi mangsanya. Namun perasaan bencikan Ali akhirnya bertukar menjadi cinta. Begitu pun percintaan kedua-duanya menghadapi masalah apabila adik angkat Ali, Tipah yang juga mencintai Ali mengaku dinodai oleh Ali.


1 comments :

suka cite ALI SETAN ni..
lbh2 lg kita ni alumni USM..
:D