Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Sabtu, 6 Mac 2010

'Bertahun Di Residensi' kini bersiaran di RTM....



Selepas mencetuskan beberapa kontroversi di persada hiburan negara, pengarah profilik dalam sarjana perfileman, Mansor Puteh kini akur dengan kehendak FINAS bagi memperbaiki kesilapan teknikal dalam dokumentari arahannya, 'Bertahun Di Residensi'. Dokumentari terbitan FINAS yang menelan belanja sekitar RM 165,000.00 akan bersiaran di saluran RTM 1, mulai Ahad 7 Mac 2010 pukul 10.00 malam. Dokumentari yang memaparkan kisah sejarah dan riwayat hidup Bapa Kemerdekaan Malaya, 'Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj' itu , merupakan dokumentari Biografi yang sangat unik daripada pembikin filem bebas, Mansor Puteh. Kepada peminat genre dokumentari Biografi dan peminat industri, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton dokumentari Bertahun Di Residensi di RTM 1 esok malam.
harap maklum..

0 comments :