Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Rabu, 3 Mac 2010

'Drama Muzikal Yang Berwarna-Warni', Hotel Mania cetus fenomena baru!!




'Ceria, dramatik dan penuh elegan', itulah yang boleh saya simpulkan menerusi Hotel Mania, sebuah drama muzikal romantik arahan Nizam Zakaria yang telahpun membuka tirainya semalam di TV3 seterusnya menjadi drama mingguan yang mungkin akan diminati setiap Selasa pukul 9.00 malam. Berformatkan HD dengan 26 episod, Hotel Mania yang memilih Marriot Hotel, Putrajaya selaku lokasi penggambarannya, merupakan siri muzikal kedua selepas drama 'kau dan aku' yang ditayangkan di saluran digital Astro. Hotel Mania adaptasi Nizam Zakaria sepenuhnya dibarisi Anding Indrawani, Marsha, Dafi, Adam, Bob, Zain Ruffedge dan Ryzal. Menggunakan pendekatan siri muzikal dari Amerika Syarikat, 'Glee', 'Hotel Mania' merupakan naskhah terbitan KRU Films yang tidak mengecewakan penonton dan peminat drama di Malaysia. Walaupun agak janggal dengan menonjolkan setiap pelakonnya menyanyikan beberapa lagu ( mengikut gambaran scene kesan daripada persekitaran), Hotel Mania jelas nyata mempromosikan lagu-lagu terbitan KRU apabila keseluruhan muzikal ini menggunakan theme yang sama. Tidak boleh dinafikan kerana penerbitnya KRU dan dari sini jelas menunjukkan produksinya tidak perlu keluar wang lebih untuk membayar copyright bagi semua lagu yang dimuatkan dalam drama muzikal ini. Great!!. Jika disoal tentang naratif cerita muzikal Hotel Mania ini, saya dapat katakan di sini bahawa agak sukar untuk menjana pemikiran tentang apa yang ingin Nizam sampaikan menerusi Hotel Mania, melainkan jika ia dibikin dalam format filem dengan 3 act struktur. Hotel Mania merupakan drama muzikal penuh dengan elemen warna-warni kehidupan manusia yang hanya berpaksikan sebuah hotel, maka ia berlaku di satu tempat melainkan jika episod-episod seterusnya mempunyai struktur yang berbeza.

Jika dilihat dari sudut lakonan para pelakonnya, Hotel Mania hanya memfokuskan kepada pelakon Anding Indrawani sahaja, berbanding pelakon lain yang hanya menjual nama dan ini sebagai daya tarikan penonton untuk mendekatkan diri dengan Hotel Mania. Konsep ini sememangnya boleh dilihat di kebanyakkan drama-drama yang ditayangkan di kaca tv, tetapi kelainan Hotel Mania adalah pada format penggambarannya yang menggunakan HD sepenuhnya berbanding produksi drama lain kecuali Khabir Bhatia . Justeru, jika anda penggemar drama muzikal ringan yang tidak memeningkan kepala, maka luangkan masa anda setiap Selasa 9.00 malam di TV3.

Produksi : Hotel Mania
Format : HD
Episod : 26 episod
Arahan & Lakon TV : Nizam Zakaria
Terbitan : KRU Films

p/s: enjoy it!!!

0 comments :