Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 5 Mac 2010

Hikayat Merong Mahawangsa : Akan datang ...

Filem arahan Yusry Abd Halim yang diterbitkan oleh KRU Films kini rancak menembusi pasaran antarabangsa. Ia di katakan bakal mencatat kutipan jutaan ringgit mengatasi Adnan Sempit apabila ditayangkan di pawagam Malaysia nanti. Nantikan tayangannya 2010 akan datang..



sumber laporan: Gua

Filem bergenre aksi/epik terbitan KRU Studios berjudul ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ ('The Malay Chronicles - Bloodlines' dalam versi antarabangsanya) telah berjaya menarik minat pengedar-pengedar antarabangsa di European Film Market yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 11-21 Febuari lalu, sekaligus mencatat jualan mencecah jutaan ringgit.

Setakat ini bagi hak edaran luar negara, ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ telah terjual di United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan di 22 negara Timur Tengah. Ini menjadikan ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ filem tempatan pertama yang mendapat edaran secara meluas di peringkat antarabangsa dan yang paling berjaya dari sudut perolehan eksport.

CEO Epic Pictures Patrick Ewald yang bertindak selaku ejen jualan KRU Studios berkata, “Sambutan luar biasa ini hanya berdasarkan poster dan juga klip 8 minit adegan aksi yang dipetik dari filem 'Hikayat Merong Mahawangsa' yang menonjolkan kualiti penerbitan lagak ngeri, aksi CGI dan set bertaraf dunia.

"Kami yakin bahawa filem ini bakal mendapat edaran yang lebih meluas apabila ia siap kelak, khususnya untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Cannes pada bulan Mei dan American Film Market pada November nanti."

Menurut Yusry Abdul Halim selaku pengarah filem ini, “Kejayaan ini bukan hanya kejayaan saya seorang tetapi juga kejayaan para karyawan, pelakon, kru produksi dan kakitangan KRU Studios yang melibatkan lebih 300 orang. Saya berharap kejayaan ini akan mencetus lebih banyak lagi kejayaan penjualan filem tempatan di peringkat antarabangsa.”

Filem yang menampilkan pelakon-pelakon dari dalam dan luar negara ini dimantapkan dengan koreografi seni mempertahankan diri yang diterbangkan khas dari Hong Kong.

‘Hikayat Merong Mahawangsa’ dijangka akan siap penerbitan sepenuhnya pada Jun dan dijangka tayangannya pada penghujung tahun ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.krustudios.com


p/s: satu lagi kebanggan Malaysia... nantikan tayangannya

0 comments :