Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 22 Mac 2010

Karya Pertama Hatta Azad Khan, 'Mat Som' di pawagam Collesium, KL

Filem pertama arahan Prof. Dr. Hatta Azad Khan 'Mat Som' yang dibikin pada tahun 1990 akan ditayang kembali pada 27 Mac 2010. Filem yang memenangi Lakon Layar Terbaik dan Filem Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-9, 1991 akan menemui penonton tempatan sekali lagi secara ekslusif 27 Mac 2010 di Panggung Collesium, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur bermula pukul 12.00 tengahari. 'Mat Som' yang dijayakan oleh Datin Seri Tiara Jacquelina, Imuda, Zami Ismail, dan Adibah Amin ini merupakan sebuah kisah komedi yang agak menarik mengenai seorang pemuda, Mat Som yang bekerja sebagai seorang penulis bebas ( lakonan Imuda) di bandaraya Kuala Lumpur. Di KL, pendapatannya tidak seberapa, apatah lagi bapanya mahukan Mat Som dijodohkan dengan Wan Faridah seorang gadis cantik yang menjadi kegilaan ramai lelaki. Pelbagai peristiwa menarik dan mencuit hati terkandung di dalam filem arahan Hatta Azad Khan ini. Rakan media, warga filem, peminat filem tempatan dan penulis blog hiburan dijemput hadir ke tayangan yang julung-julung kali di adakan ini.

Info:-
** Filem Mat Som mewakili Malaysia ke Festival-Festival Filem Antarabangsa di Tokyo, Fukuoka, Hawaii, Bangalore, Taipei dan Jakarta**
** Filem ini tidak dijual dalam bentuk DVD atau VCD. Tayangan pada 27 Mac 2010 adalah tayangan penuh ekslusif.. **

MAT SOM
27 MAC 2010, 12.00 TENGAHARI
PAWAGAM COLLESIUM, KUALA LUMPUR
MASUK PERCUMA

p/s: Bila pula filem seram arahan Datuk Aziz Sattar berjudul 'Perawan Malam' yang mengisahkan pontianak yang dipaku (lakonan Ziela Jalil) mahu ditayang di pawagam Collesium, KL pulak?. Ramai yang dok minta saya tanya pada unit promosi & pemasaran FINAS. Mesti pecah panggung klasik tue..

0 comments :