Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Khamis, 4 Mac 2010

Kritikan membawa padah... Mungkinkah Nabil akan disaman produksi Lu Pikirlah Sendiri De Movie?


'Jika pelakon dan tenaga produksinya mengkritik hasil kerja masing-masing atas tujuan tertentu, bagaimana pulak dengan para pengkritik yang mengkritik sesebuah filem sehingga kutipannya jatuh merudum atau naik mendadak tanpa ada rasa curiga dan bersalah?' Jika ini menimbulkan sensitiviti dan menyalahi undang-undang atau kontrak yang ditandatangani sebelum melibatkan diri dalam sesebuah produksi, maka Nabil tersilap langkah. Filem pertama arahan Aminah Rhapor, 'Lu Pikirlah Sendiri De Movie' terbitan SDAF Pictures Sdn. Bhd telah menimbulkan kontroversi apabila pelakon utamanya, Nabil membuat kenyataan akhbar berhubung filem lakonannya sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penerbit dan tenaga produksinya. Apakah kenyataan yang agak sensitif itu, sehingga membuatkan penerbitnya mahu mengenakan tindakan undang-undang? Saya kurang pasti dan tak nak ambik tau, biarlah mereka sendiri yang mengatasinya. Mungkin penggemar cerita sensasi boleh utarakan pendapat anda berhubung isu Nabil dan filem lakonannya.. Lu Pikirlah Sendiri De Movie..

3 comments :

kami berdiri teguh di belakang Nabil... filem ni mmg hampeh pun... membangangkan penanton..

kalau deme saman Nabil, aku sumpah takkan nonton filem SDAF atau Aminah lagi.. bodoh, mengaku ajelah byk kesilapan.. Nabil ada hak menyuarakan apa2 yg dia mahu.. Macam Nicole Kidmanlah bila dia benci tengok Australia serta lakonannya di dalam filem tu. Bodoh betul. NI lah jenis produser takde ilmu filem nak buat filem.

eee, mengarut betul... sangat2 mengarut!