Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Selasa, 2 Mac 2010

Niyang Rapik.. bukan sekadar filem seram!!

Penggemar cerita-cerita seram, mungkin akan memilih 'Niyang Rapik' sebagai teman anda di kala keseorangan, apatah lagi menontonnya di waktu senja atau malam berarak pergi. Filem ke-14 arahan Ahmad Idham yang diterbitkan bersama Excellent Pictures dan MiG Productions selaku pengedar rasmi, merupakan filem seram terbaik Ahmad Idham setakat ini. Bukan sekadar propa tetapi ia naskhah seram yang bisa membangkitkan rasa dan mood penonton filem-filem tempatan. Memulakan jalur ceritanya dengan situasi kematian misteri Zack ( Fizz Fairuz) secara mengejut selepas pulang dari Niyang Rapik, seolah-oleh membuatkan jantung penonton merasai debarannya apatah lagi kualiti bunyi sekeliling menjadikan Niyang Rapik sebagai sebuah karya yang melebihi segalanya. Kematian Zack diragui empat teman baiknya, Helmi (Kamal Adli), Zizan (Shaheizy Sam), Saiful (Zed Zaidi) dan Amir (Awal Ashaari). Keempat mereka ini kembali semula ke Niyang Rapik bagi memulangkan satu kerambit yang dicuri semasa sesi ujikaji arkeologi yang dilakukan oleh mereka semua semasa pertama kali berkampung di Niyang Rapik. Persoalan kerambit menjadi tandatanya pertama dan subjek awal kepada perkembangan naskhah Niyang Rapik ini. Penonton disogokkan dengan adunan bunyi seram yang mengghairahkan, mencemaskan dan mendebarkan. Namun, kelainan filem ini pada imej hantu yang tidak dibuat secara klise sepertimana filem-filem seram yang lain. Ia tampak lebih menakutkan di mana paparan hantu tidak berulang kali, hanya sekadar dibantu dengan efek bunyi, lakonan dan mimik muka para pelakonnya. Inilah perkembangan positif kepada industri filem-filem seram tempatan. Kata orang yang baik itu ada cacat celanya.

Menonton di GSC Times Square, KL semalam agak mengecewakan sedikit kerana teknikal di panggung tersebut mencacatkan filem ini di mana adunan bunyi tiba-tiba menjadi turun naik, tidak keluar suara pelakonnya dan tayangan filem itu terhenti seketika seolah-olah ada penunggu di panggung tersebut yang tidak membenarkan tayangannya berlangsung. Tidak beberapa lama kemudian, filem itu dimainkan semula sehingga akhir kreditnya tanpa ada cacat cela seperti sebelumnya. Ia bukan salah kualiti bunyi filem ini tetapi atas kesilapan teknikal di panggung GSC yang mungkin kata sesetengahnya tidak disengajakan. Tetapi.. ia perlu lebih prihatin kerana tumpuan penonton mungkin akan terganggu pada isi dan mood penceritaannya.

Berbalik kepada isi cerita Niyang Rapik ini, di mana kematian Zack terjawab dengan beberapa kejadian menggerikan di mana salah seorang daripada 4 rakannya mati melalui perlakuan sumbang mahram yang diburu Liana, sehingga akhir hayatnya. Kegerunan aspek horror itu ada pada imej botol yang mengandungi kepala Liana (Liyana Jasmay) yang tergerak-gerak dan pengarahan seni di dalam keseluruhan produksi Niyang Rapik ini menjadikan ia sebuah karya yang perku ditonton oleh semua peminat genre seram tempatan. Walaupun ia sebuah cerita seram biasa, tetapi kekuatan storytellingnya apatahlagi kecantikkan Tasik Kenyir, Terengganu menjadikan Niyang Rapik sebuah naskhah yang mungkin akan pecah panggung jika ada kena dengan caranya. Wallahuallam.

BINTANG:
Keseluruhan:4.5
Plot:
2.5
Lakonan:
3
Efek khas:
3.5
Sinematografi:
4

p/s: Setiap orang ada pandangannya terhadap filem ini kan. Mungkin ada yg suka dan tidak kan?. Apa-pun pihak GSC Times Square perlulah prihatin pada soal-soal teknikal apabila sesebuah filem itu sedang ditayangkan. Jangan rosakkan mood penonton sesebuah filem itu. Jika tidak, filem yang menarik akan jadi tidak menarik kan!!