Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Selasa, 16 Mac 2010

Wajarkah Program 'Terjah' TV3 dihentikan siarannya?!


'Mengaibkan dan membuka pekung di dada', itulah pendapat sebahagian dari jutaan rakyat Malaysia, rakan wartawan, para seniman dan penggiat industri berkenaan program Terjah yang disiarkan setiap Isnin, di TV3. Terjah yang diterbitkan oleh Nas Ahmad itu dikatakan mengaibkan sesetengah golongan artis yang mempunyai masalah peribadi. Keperibadian seseorang artis itu tidak perlu dijaja di kaca tv kerana ia melibatkan maruah seseorang. 'Bayangkan jika hal rumah tangga yang melibatkan perceraian seseorang artis pun digembar-gemburkan!. Apakah Malaysia ketandusan rancangan dan projek penerbitannya?'. Menurut persatuan Seniman yang dipimpin oleh Harun Salim Bachik, 'etika kewartawanan bagi seseorang wartawan perlu dijaga, dan mereka mesti mematuhinya'. Jika rancangan itu mengutarakan kes berdasarkan fakta yang sahih, maka ia perlulah disertakan dengan bukti yang menyokong kenyataan itu'. Jika tidak, ia dianggap fitnah!. Namun begitu, persoalan di sini, apakah wajar program 'Terjah' itu diberhentikan siarannya!. Ini disangkal oleh Nas Ahmad, penerbit rancangan tersebut yang memohon ketulusan daripada pihak seniman sendiri.

1 comments :

WAJAR..!!!! termasuklah slot BIKIN PANAS dalam rrancangan MELODI. bagi saya, ianya tidak beretia dan wartawan yang mengendalikannya juga SEMAKIN KELIHATAN TIDAK BERETIKA...