Rabu, 28 April 2010
Isnin, 26 April 2010
Zack X-Factor Separuh bogel dalam Duyong Aridinata!!!

Drama terbitan Zeel Productions, 'Duyong Aridinata' yang diarahkan oleh Adam Hamid, lakonan Natasha Hudson, Zack X-Factor dan ramai lagi ini akan mula bersiaran dalam Slot Lagenda TV3 mulai pertengahan Jun 2010. Drama yang memaparkan susuk tubuh penyanyi dan pelakon Zack X-Factor dalam kostum ikan duyung, kini dalam proses penggambaran di sekitar Pusat Sains Selangor. 'Duyong Aridinata' yang diterbitkan oleh produser sensasi, Fadzil Teh ini memaparkan beberapa scene yang memerlukan pelakonnya dalam separuh bogel hanya memakai kostum yang khabarnya diimport dari USA. Jika anda mahukan info selanjutnya berkenaan drama sensasi ini, tunggu dan nantikan berita selanjutnya secara ekslusif.
Tarikh Tutup Penyertaan Pertandingan Penulisan Skrip 2009 akan dilanjutkan!!

Pertandingan Penulisan Skrip 2009 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang tarikh tutup penyertaannya pada 30 April 2010 akan dilanjutkan pada satu tarikh yang belum diputuskan lagi. Menurut sumber yang boleh dipercayai, penyertaan untuk pelbagai kategori masih lagi dibuka sehingga akhir Julai 2010. Jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan ini, bolehlah menghubungi terus ke bahagian produksi FINAS di talian 03-4104 1308 / 1391.
Berkenaan pertanyaan saudara alexious berhubung pernyataan 'pengolahan cerita' ( filem cereka dan filem pendek) ; ia bermaksud penyertaan tersebut mestilah mengandungi sinopsis cerita dan keseluruhan jalan cerita. Ini bermakna karya anda itu mestilah memaparkan keseluruhan jalan cerita (treatment) yang mengandungi act 1, act 2 dan act 3.. Jika ada sebarang pertanyaan, saudara diminta menghubungi bahagian produksi FINAS.
harap maklum..
Jumaat, 23 April 2010
4 buah filem lakonan P.Ramlee ditayangkan di Singapura April - Mei 2010!!

4 buah filem terbaik lakonan dan arahan Allahyarham Tan Seri P.Ramlee, 'Sarjan Hassan, Madu Tiga, Ibu Mertuaku dan Anakku Sazali' akan ditayangkan penuh ekslusif pada 23 April hingga 29 Mei 2010. Tayangan yang akan berlangsung di China Square Centre, Singapore ini adalah program memperingati seniman Tan Seri P.Ramlee, yang dianjurkan oleh Singapore Film Society. Program secara percuma ini mengalu-alukan kedatangan semua peminat dunia filem di seluruh rantau asia untuk berkampung di Singapura. Pelbagai acara menarik di adakan.
Untuk maklumat, sila klik sini
p/s: mengharapkan tayangan dalam format 35mm di mana-mana program yang dianjurkan terutamanya filem klasik. susah tau nk dpt format nie sebab tak ramai simpan. Yang diberi simpan pun buang merata-rata.hurmm
Selasa, 20 April 2010
'Antara Cinta dan Sahabat.... pertemukan kembali cinta mereka dalam COKLAT CINTA..!! akan datang

Bahan bacaan ini mengandungi unsur-unsur seksual. Anda dibawah umur dilarang!!
'Jika dia menyintai aku.. pastinya dia tidak akan meninggalkan ku atau mendustakannya. Soal rindu, kasih dan sayang aku cuma padanya. Tiada insan lain yang mampu menandingi kehebatan cintanya. Kerakusan dalam belaian jiwa antara aku dan dia telah lama berlalu. Kami akhir-akhir ini seperti tiada rasa, seperti waktu kami pertama kali bertemu dan menongkah arus pada malam hari. Aku benci insan bernama lelaki.. aku benci dirinya.. Dia pura-pura menyintaiku tetapi pada waktu sama dia bermain arus dengan orang lain... Terkejut aku apabila melihatkan diari silamnya yang tercatat memori indah lelaki idamanku dengan rakan sekelasnya, juga seorang lelaki. Dia bukan gay! atau lelaki songsang yang pernah ku kenali. Aku ramai kenalan seperti itu. Agak sukar aku mempercayainya itu suamiku.
Genggaman cinta kami bersatu pada tarikh yang cukup istimewa. Pertemuan kami disatukan rakan sekelasnya , Ikmal Effendi, jejaka kacak yang juga aku meminatinya kerna keseksian sixpack miliknya. Wah.. teruja hatiku apabila melihat susuk tubuhnya bermandikan cahaya petang di apartment milik aku dan suamiku. Aku terpaksa lupakannya kerana ia Ikmal Effendi, rakan baik suamiku. Kata kenalan yang pernah ku kenali.. Ikmal dan suamiku, ada skandal.. mereka partner lover dan pernah melakukan hubungan terlarang. Astafirullah mengucap panjang aku apabila menyaksikan sendiri dengan kedua belah mataku, Ikmal Effendi dan suamiku berpelukan mesra dalam keadaan tidak berpakaian seurat benang pun. Mereka rakus dibuai asmara.. kesan losyen dan titisan air mani melimpah ruah atas permaidani aku dan suamiku.
'Mak.. apa salah Tasha mak..', bisik hatiku. Aku mampu menangis.. Hatiku meronta.. Hanya tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hatiku menyaksikan kesongsangan dunia yang laknat ini. 'Lelaki hensem. tak semestinya menyintai kaum wanita', kalau ada pun sekadar biseksual. Aku mahukan lelaki yang benar-benar sejati. Pisangnya untuk aku bukan untuk dikongsi..
Malam kejadian, aku meninggalkan suamiku, Remy bersama pasangan gaynya itu. Biar dia mabuk cinta dengan rakannya.. yang jugak rakan aku. 'I hate this!!. fuck!!'..
Tanggal 1 January 2010, setahun aku menjadi janda dan kami bercerai secara baik pada awal tahun. Aku tak sanggup bersuamikan lelaki songsang!. Aku tidak kata aku bencikan lelaki gay dan semua lelaki bukan macam itu. Cuma, pantang tok nenek aku jika seorang lelaki yang menyintai kaum wanita, jugak menyintai kaum lelaki. Aku tak leh terima semua itu. Aku rasa jijik. Apabila aku melihat wajah anakku, Muhammad Ridzuan b. Ruzaimi yang kini berusia 19 tahun. Aku menjadi takut jika dia seiras perilaku bapanya. Aku cuma mampu merenung sekali kudratku masih ada. Biarlah Ridzuan anakku tahu yang bapanya sudah lama mati.. aku tak nak dia tahu yang bapa kandungnya masih hidup.. Biarlah dunia menceritakan segalanya...
dalam hatiku masih menyayangi cinta aku dahulu.. namun biarlah ia menjadi sejarah keluarga kami tanpa pengetahuan sesiapa.
p/s: so macam mana best x cite COKLAT CINTA.. nantikan kemunculannya akan datang!! Pasti menghantui anda..

Puteri Tasha..
Mencari JANTAN dalam tempoh 21 hari... Andartu Terlampau Mencari Jantan!!

sinopsis selanjutnya. klik sini
portal rasmi filem terlampau ini. Klik sini
trailer filem terlampau abad ini..
p/s: mencari jantan dipawagam katanya!! hehehe
Ahad, 18 April 2010
Kemalangan Ngeri korbankan Achik Spin!!

Penyanyi kumpulan popular Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau Achik terbunuh apabila Kereta Toyota Estima yang dipandunya terbabas lalu terbakar di KM 14, Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS) petang semalam. Allahyarham yang baru pulang dari rakaman rancangan terbitan RTM 'Program Gah 1' itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar(HTJ) Seremban. Mayatnya selamat dikebumikan tengahari tadi di Seremban.
Moga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
p/s: Ramai insan seni pergi meninggalkan kita. Moga kehidupan mereka diberkati dan pada yang hidup jangan lupa pada keagungan Maha Pencipta.
Sabtu, 17 April 2010
Discussion & Film Screening 'The Celluloid Closet'.. at Annexe Gallery, Central Market, KL - 18 April 2010!!

Discussion & Film Screening events about 'The Celluloid Closet' Gay Documentary with Amir Muhammad & Benjamin McKay might shed insights to our Censorship Board's new film guideline as well as the upcoming films "Anu Dalam Botol" & "2 Alam". Come join us this Sunday!.
PT Foundation & Seksualiti Merdeka present
Queer As Films
THE CELLULOID CLOSET
(1995)
As some of you may have heard, the liberal folks at the Malaysian Censorship Board finally revised their guidelines for Malaysian filmmakers. We can now portray gay characters, provided they repent and go straight, or meet a terrible fate at the end (you mean there are fates worse than going straight??).
So in response, we’re screening the highly acclaimed documentary “The Celluloid Closet”. Spanning films from the silent era to the mid-90s, it is an insightful examination of Hollywood’s uneasy relationship with LGBT characters and even actors. Featuring interviews with
Join us after the screening for an interesting discussion with film critic BENJAMIN MCKAY, for whom all films are queer until proven otherwise, and filmmaker AMIR MUHAMMAD, whose short film Pangyau remains a queer film festival favourite around the world and who is the first Malaysian filmmaker to have his films officially banned, not for showing queer characters but communist ones (his communist characters didn't repent either).
HARVEY FIERSTEIN: The hunger I felt as a kid looking for gay images was not to be alone.
-------------------
Date: Sun 18 Apr, 2010
Time: 3pm
Venue: The Annexe Gallery, 2nd Flr, Central Market Annexe, KL
Admission: FREE!
Enquiries: 03 4044 4611 (PT Foundation), 03 2070 1137 (The Annexe Gallery)
This is a private event - by invitation only - which will be checked against a register at the door.
Please email to register for this event: queerasfilms@ptfmalaysia.org
Include your name, age, and who you are bringing along, if any.
Please refrain from posting this event on blogs, or anywhere else without permission from the organisers. Thanks!
info from Pang Khee Teik
p/s: Come joint.. may be or not!!
Jumaat, 16 April 2010
3 Dokumentari David Bradbury esok di Mix Stage FINAS

Penggiat filem terkenal dokumentari dari Australia, David Bradbury akan menayangkan secara ekslusif 3 buah dokumentari arahannya di Mix Stage Cinema Studio FINAS, Jalan Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Dokumentari bertajuk Fond Memories of Cuba, Raul The Terrible, dan My Asian Heart akan ditayangkan pada 17 April 2010 (Sabtu) , pukul 9.30 pagi. Semua penggiat dokumentari tempatan dan para media dijemput hadir ke sesi anjuran FINAS itu pada tarikh dan masa yang dinyatakan. Harap maklum.
Fond Memories of Cuba Clip Video
Raul The Terrible Clip Video
My Asian Heart Clip Video
p/s: Ada media yang dah tau sebab dah kuar ruangan hiburan 'sana-sini' Berita Harian hari ini.
Khamis, 15 April 2010
... Dalam Botol ke pasaran antarabangsa?

Belum sempat ke pawagam Malaysia, filem arahan Khir Rahman yang diterbitkan oleh Raja Azmi khabarnya dilamar pengedar antarabangsa untuk ditayangkan di beberapa buah negara. Filem yang memaparkan hubungan terlarang dalam masyarakat sebenarnya mengupas persoalan tentang cinta sejenis (gay) kini dalam proses adunan bunyi Dolby Digital di Mix Stage, Finas. Di maklumkan bahawa, ...Dalam Botol kini giat dipromosikan ke serata industri filem, termasuk Singapura, Indonesia, London dan menjadi topik berita di dalam ABC dan BBC London menerusi sesi temubual ekslusif Raja Azmi bersama penyiar antarabangsa baru-baru ini. Bukan itu sahaja, rangkaian akhbar Indonesia seperti Jakarta Post, Surabaya Post dan Tempo juga menyiarkan berita mengenai filem terbitan Pengedaran JAS Sdn.Bhd itu. Filem yang dijadualkan tayangan pertengahan tahun 2010 ini merupakan naskhah kontroversi yang mendapat kelulusan skrip oleh LPF dan masih diperingkat audio post produksi.
laporan akhbar Indonesia mengenai filem ... Dalam Botol. sila klik di bawah:-
p/s: Gambar di atas merupakan prop dalam filem ini. Saya masih menunggu poster rasmi filem dalam botol yang dijangka akan pecah panggung Malaysia 2010.. Insya-allah
trailer
Rabu, 14 April 2010
Evolusi KL Drift 2.. mencabar tapi klise!!

'Evolusi KL Drift 2' arahan dan lakon layar Shamsul Yusof kini masih lagi rancak ditayangkan dipawagam. Filem aksi drift yang diinspirasikan dari filem Jepun - Fast n Furious, sebenarnya merupakan naskah filem yang seringkali mendapat sambutan panas daripada penonton filem tempatan terutamanya golongan remaja - termasuk mat-mat rempit, anak-anak gadis dan sebagainya. Pembukaan filem ini menyaksikan plot yang agak ringkas tiada dramatik yang mewujudkan insiden, hanya kereta drift yang meluncur laju menggambarkan inilah cerita drift kereta yang baru ingin bermula. 15 minit plotnya masih hambar cuma di pertengahan cerita, hanya muncul ketegangan watak apabila Joe ( Aaron Aziz) tampil di workshop milik Zack (Syamsul Yusof), di situ insiden pertengkaran hebat, menyebabkan dendam dibawa ke akhir cerita mewujudkan tragedi yang agak dramatik.
Hubungan persahabatan antara Zack (Syamsul Yusof) dengan Sham (Farid Kamil) merupakan intipati cerita Evolusi KL Drift 2 ini. Begitu juga dengan hubungan cinta antara Aleeya (Scha Al Yahya) dengan Zack. Kedua-dua gambaran ini sememangnya tarikan kepada isi cerita, bukan hanya berlandaskan drift kereta semata-mata. Cuma, agak kabur sedikit apabila watak Sham lakonan Farid Kamil yang masih bertegang dengan Zack dan dirinya sendiri?. Apakah kekurangan pada Sham akibat insiden lalu menyebabkan mereka bertekak sehingga adakalanya menyebabkan ketegangan pada erti sebuah persahabatan?.
Isu yang ditampilkan dalam Evolusi KL Drift 2 ini agak klise iaitu tentang 'dadah'. Persoalan dadah sememangnya terlalu banyak dalam plot filem-filem tempatan bahkan dalam drama di kaca tv sendiri. Syamsul perlu lari dari konsep ini dan mencari bahan atau isu yang lebih segar supaya kreativiti beliau tidak tersekat di situ sahaja. Jika dilihat dari sudut teknikal, Evolusi KL Drift 2 boleh dibanggakan kerana bukan senang untuk membikin filem yang membabitkan penggunaan kereta dan perlumbaan di jalan raya. Sudut camera work juga memperlihatkan kematangan Syamsul dalam mengolah filem ini sebagai sebuah kerja filem yang tidak mengecewakan khalayak. Bagi anda yang belum menonton filem ini, semak jadual tayangan di pawagam berhampiran dan pergi menonton sekarang!!.
untuk menonton trailer, klik sini
p/s: termissed untuk menonton V3 Samseng Jalanan
Taman Negara jadi lokasi Penggambaran Filem Lucah!!!

Apa sudah jadi dengan produksi filem ini?. Nak kata bijak memang la bijak tetapi ia disalahgunakan dan memalukan nama penggiat filem itu sendiri. Bukan calang-calang penerbit atau pihak produksi ini, tetapi apa yang pasti ia dilakukan oleh penggiat filem antarabangsa. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata , tindakan yang dilakukan oleh penerbit filem antarabangsa itu memalukan Malaysia, apabila menjadikan Taman Negara sebagai lokasi penggambaran filem lucah untuk pasaran antarabangsa. Tambahnya lagi, pembikinan filem lucah itu juga membabitkan pelakon tambahan yang terdiri daripada masyarakat orang Asli. Mereka melakukan pelbagai adegan seks tanpa seurat benang. Ini menimbulkan kemarahan masyarakat tempatan apabila ia seolah-olah tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai adat resam yang sangat tinggi. Malangnya, pengarah produksi asing berkenaan tetap berkeras mengatakan adegan itu tidak menyalahi budaya tempatan dan sebahagian merupakan arahannya," kata beliau semasa ditemui pemberita. Justeru, apakah tindakan selanjutnya yang perlu dipandang serius oleh pihak FINAS dan kementerian sendiri?. Adakah ia perlu dibiarkan sehingga menimbulkan barah dalam msyarakat kita?. Anda sendiri perlu merungkai jawapannya.
Wallahuallam..
Wallahuallam..
Selasa, 13 April 2010
GALA TV.. program hiburan tanpa sempadan!!

Bercakap mengenai program manakah yang mendapat pilihan di hati saya amnya, adalah program terbitan Astro Entertainment, melalui rangkaian Awani, 'Gala TV'. Bukan memuji secara berlebihan, tetapi itulah realitinya yang perlu kita akui. 'Gala TV' dihoskan oleh 3 pengacara berbeza kini tetap menyajikan pelbagai info menarik, bermaklumat dan menepati standard penyiaran yang dikehendaki. Jika kita lihat antara Gala TV dengan rancangan hiburan atau gossip yang lain, ia memberikan definisi atau wadah pemikiran tentang dunia hiburan melalui teknik penyampaian yang tidak keterlaluan sepertimana rancangan-rancangan hiburan yang lain, 'agak propa' atau sekadar menjaga tepi kain orang!. Apakah ini yang di mahukan oleh penonton tempatan kita di Malaysia?.
Gala TV menyajikan pelbagai info hiburan terkini tanpa sempadan tidak kira berita dalam dan luar negara. Ia juga memberikan fokus kepada ulasan atau kritikan terhadap sesebuah filem yang ditayangkan dipawagam tidak kira dari ceruk mana sekalipun. Tujuannya adalah menyampaikan maklumat. Bahkan tetamu khas bagi ulasan filem itu bukan calang-calang individu, 'Ajami Hashim', antara blogger filem dan hiburan yang mempunyai pengaruhnya yang agak tinggi.
Jika anda tercari-cari rancangan hiburan yang mempunyai berita terkini dari seluruh pelusuk dunia, maka GALA TV adalah pilihan anda..
p/s: saya amat tidak menggemari konsep Melodi, Fuhh, Terjah dan sebagainya. Klau penonton macam mak-mak cik, yang suka mengumpat-ngumpat, mereka akan memilih rancangan itu. Saya tidak!!
Ahad, 11 April 2010
Program Merakyatkan Filem... Wajar tayang filem dalam format 35mm!!

Apabila FINAS menayangkan kembali filem-filem melayu samada era 80-an ke 90-an di panggung Collesium, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, ramai di antara penggiat filem dan penonton filem tempatan menyambut baik program yang diadakan. Dari tayangan filem-filem popular hinggalah filem-filem terbaik, program merakyatkan filem yang di adakan setiap minggu ke-3, hari Sabtu pada setiap bulan merupakan agenda terpenting bagi menarik minat generasi muda untuk mengimbas memori filem-filem melayu yang satu ketika dulu menjadi filem kegemaran ramai. Sambutan menggalakkan dari penonton tempatan merancakkan program yang di adakan. Cuma, terkilan seketika apabila program tersebut menayangkan filem-filem dalam format DVD ( ada penonton mengeluh kerana kata mereka baik menonton je kat rumah) dan sepatutnya acara gah tayangan tersebut perlulah menayangkan filem-filem dalam format 35mm, apatah lagi panggung Collesium menyediakan kemudahan projektor bagi filem 35mm. Bukan mempersoalkan kredibiliti tugas pihak pengurusan, tetapi kata mereka di luar sana bahawa pihak FINAS perlulah mengambil iniasitif dengan menayangkan dalam format 35mm, barulah ia di namakan Program Merakyatkan Filem bagi Tayangan Filem, jika tidak ia di anggap Tayangan DVD.
Wallahuallam.
* Semua koleksi Filem-Filem tempatan dari awal ia diterbitkan hinggalah kini perlu disimpan dalam bentuk filem 35mm dan beta tape agar ia memudahkan pengurusan pada masa akan datang. - Untuk generasi akan datang-*
*Saya harap satu hari nanti program tersebut akan menayangkan filem dalam format 35mm, barulah ia di namakan menonton dengan rasa kelainan dari menonton di rumah*
Kiriman e-mel dari seorang pengkritik filem berkenaan Tayangan filem MAT SOM dan PEMBURU:-
from: Hassan Muthalib.
Kalau nak hantar filem, jangan ke FINAS. Tengok apa jadi pada MAT SOM. Satu salinan 35mm dibagi pada FINAS & Arkib Negara. Akhirnya ditayang pakai DVD! Itu pun transfer tak dibuat dengan betul. Format 4 segi (lagi teruk daripada format TV!), warna biru dia pulak tak diadjust. Nampaknya rakyat tidak diahulukan. Buat kerja remeh temeh. Macamana nak pegi global?! Benda teknikal pun tak tahu jaga! Nampaknya tak ada siapa pun menyelia kerja-kerja orang bawahan.
Begitu juga denga LAYAR LARA. Diberi kepada FINAS. Bila penerbitnya carik, tak ada siapa pun tahun kat mana dia. Akhirnya penerbit sendiri carik, jumpa di bawah meja kerani.
Hanya Filem Negara saja yang ada film vault di mana filem-filem dapat disimpan dengan baik. Itu pun pada lewat 1980-an selepas banyak filem-filem dokumentari tahun 1940-an hingga 1960-an rosak hancur.
Slogan sana sini pasal warisan negara. Hampeh......

p/s: pas nie take care ya dengan pita filem 35mm, saya syorkan satu library filem khas diwujudkan Kementerian bagi menjaga filem-filem kita untuk kegunaan masa hadapan. baru lah filem kita yang banyak sangat tue akan jadi legend.. ini tidak susah betul nak carik!!
NEXT SCREENING 24 APRIL 2010: KEKASIH AWAL DAN AKHIR.. 12.00 PM, COLLESIUM THEATER KL
NEXT SCREENING 24 APRIL 2010: KEKASIH AWAL DAN AKHIR.. 12.00 PM, COLLESIUM THEATER KL