Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 15 April 2010

... Dalam Botol ke pasaran antarabangsa?

Belum sempat ke pawagam Malaysia, filem arahan Khir Rahman yang diterbitkan oleh Raja Azmi khabarnya dilamar pengedar antarabangsa untuk ditayangkan di beberapa buah negara. Filem yang memaparkan hubungan terlarang dalam masyarakat sebenarnya mengupas persoalan tentang cinta sejenis (gay) kini dalam proses adunan bunyi Dolby Digital di Mix Stage, Finas. Di maklumkan bahawa, ...Dalam Botol kini giat dipromosikan ke serata industri filem, termasuk Singapura, Indonesia, London dan menjadi topik berita di dalam ABC dan BBC London menerusi sesi temubual ekslusif Raja Azmi bersama penyiar antarabangsa baru-baru ini. Bukan itu sahaja, rangkaian akhbar Indonesia seperti Jakarta Post, Surabaya Post dan Tempo juga menyiarkan berita mengenai filem terbitan Pengedaran JAS Sdn.Bhd itu. Filem yang dijadualkan tayangan pertengahan tahun 2010 ini merupakan naskhah kontroversi yang mendapat kelulusan skrip oleh LPF dan masih diperingkat audio post produksi.

laporan akhbar Indonesia mengenai filem ... Dalam Botol. sila klik di bawah:-


p/s: Gambar di atas merupakan prop dalam filem ini. Saya masih menunggu poster rasmi filem dalam botol yang dijangka akan pecah panggung Malaysia 2010.. Insya-allah

trailer

0 comments :