Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 9 April 2010

Final World Star Road To Hollywood 2010.. 10 April 2010 Istana Budaya!!

Tarikh: 10 April 2010
Lokasi : Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Masa : 8.30 malam
Masuk : Percuma.
------------------------------------------------------------------------------------------------


Tahun ini tahun ke-3 Kementerian menaja Pasukan Malaysia ke Hollywood. Matlamat Kementerian untuk memperkenalkan seni dan kebudayaan Malaysia ke pesada dunia sambil memberi peluang kepada artis-artis dan penggiat seni lain untuk memperkembangkan bakat mereka ke peringkat antarabangsa.

Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penglibatan Malaysia dalam pertandingan WCOPA ini dan dikelolakan dibawah Kementerian ini dengan kerjasama Allstars Performing Arts (M) Sdn. Bhd. – pemegang hak eksklusif rancangan ini di Malaysia.

Dengan penglibatan Kementerian dan agensi-agensi dibawahnya, penyertaan Pasukan Malaysia telah menyerlah di Hollywood. Pada tahun 2008, Malaysia menduduki tangga ke-7 dalam kutipan pingat, tetapi tahun sudah, Malaysia meningkat naik ke tangga ke-5.

Sesi uji-bakat telahpun dibuat seluruh negara bagi mencari Pasukan Malaysia 2010. Dari sesi tersebut, hampir 120 telah dipilih untuk bertanding dalam peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada 7hb April di amphitheater Kraftangan. Jumlah peserta mengikut kategori adalah saperti berikut:


Vokal-30 peserta
Muzik-4 kumpulan (18 orang)
Tarian-11 peseorangan dan 7 kumpulan (47 peserta)
Peragaan-21 peserta
Lakonan-5 peserta

Tahun ini terdapat ramai bakat-bakat baru yang menyertai pertandingan ini terutama sekali dari golongan remaja. Lebih kurang 40% daripada peserta separuh akhir ini terdiri daripada remaja dibawah umur 19 tahun
Yang paling muda berumur 11 tahun dan remaja-remaja ini pasti akan memberi tandingan yang hebat kepada peserta dewasa. Terdapat juga beberapa artis, terutama penyanyi, yang turut bertanding. Antara mereka termasuklah Nadia, Mila, Nabil, Shahila dan Iz.

Daripada 120 peserta di peringkat separuh akhir tersebut, mungkin dalam 50 peserta akan bertanding di peringkat akhir. Peringkat akhir akan berlangsung pada 10hb April di Istana Budaya bermula dari jam 8.30 malam.


Barisan pengadil bagi pertandingan akhir ini terdiri dari:

Vokal-Deja Mos dan Noryn Aziz
Muzik-Rudy DeLuna dan Dayang Mariana
Tarian-Yazid Zakaria dan Louis Pragasam
Peragaan-Tengku Azura dan Andrew
Lakonan-Samantha Shubert dan Rosmina Tahir

Selepas penamaan Pasukan Malaysia pada pertandingan akhir tersebut, Pasukan ini akan menjalani beberapa sesi latihan intensif dan juga pertunjukkan sebagai persedian ke Hollywood. Pasukan Malaysia ini akan berangkat ke Hollywood pada 15hb Julai hingga 28hb Julai, 2010.


PESERTA AKHIR WCOPA : 10 APRIL 2010

VOCAL
1. CHERLY KOH
2. KHAIRULLAH EZUAN SULAINI
3. JESPER NIMOI
4. NADIA HASWANI HASNAN
5. MOHAMMAD RIDZUAN SHARIFUDDIN
6. NURSHAHILA AMIR AMZAH
7. MOHD AZMIRA MOHAMAD ARIF
8. DEWI LIANA SERIESTGAN
9. MOHD RIFANZIE RUJI
10. ANG HUI SAN
11. NABIL ZAMANHURI
12. NINI ARZIEANA KADIS


INSTRUMENTAL

1. RYHTHM OF BORNEO
2. KUMPULAN INSPIRASI MUZIK KITA
3. ANGKLONG
4. DRUM SIMFONI


DANCE SOLO

1. KRYSTLE KOH SHAU PHING
2. MANIKUMAR A/L SUBRAMANIAM
3. DHARSHAMINI A/L KESARAN
4. SUHAILI AHMAD KAMIL


DANCE GROUP

1. POISON STARS
2. PETRA DANCER
3. ANALUSIA
4. KARYAWAN FLOOR FEVER
5. VIVA DIVA
6. 8 STARS MALAYSIA
7. ASWARA DANCE COMPANY


MODELING

1. MUHAMAD AFIQ MUIZ AZMAN SHAH
2. NOORFASHALINA MAZLIN AMIR
3. AHYA ULUMUDDIN ROSLI
4. ARORA SALWA
5. LIM YEE CHEAN
6. ERICA LIEW
7. PUTERI AISYA MARISSA RUSLI
8. ALISA YEO JING LING
9. RACHEL SOH REI SHFN
10. NURFAHDILLA MARZUKI
11. ZULYASRANI ZAULYADDIN
12. NOORFASHAREENA MAZLIN AMIR


-------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Final Worldstar akan bersaing dengan Konsert Mingguan Akademi Fantasia (AF).. mana satu anda akan pergi?!

Info: Istana Budaya

0 comments :