Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 18 April 2010

Kemalangan Ngeri korbankan Achik Spin!!



Penyanyi kumpulan popular Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau Achik terbunuh apabila Kereta Toyota Estima yang dipandunya terbabas lalu terbakar di KM 14, Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS) petang semalam. Allahyarham yang baru pulang dari rakaman rancangan terbitan RTM 'Program Gah 1' itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar(HTJ) Seremban. Mayatnya selamat dikebumikan tengahari tadi di Seremban.

Moga rohnya dicucuri rahmat. Amin.


p/s: Ramai insan seni pergi meninggalkan kita. Moga kehidupan mereka diberkati dan pada yang hidup jangan lupa pada keagungan Maha Pencipta.

0 comments :