Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Jumaat, 9 April 2010

Klasifikasi terbaru bagi filem-filem di pawagam!!


Suatu ketika dahulu, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) melalui Kementerian Dalam Negeri membuat klasifikasi filem-filem yang ingin ditayangkan di pawagam Malaysia. Ia merangkumi label 18SX, 18SG, 18PL, 18PA dan U. Kini ia bertukar kepada 3 bentuk pengelasan yang diwujudkan LPF ialah U, PG13 dan 18. Klasifikasi ini telah digunakan beberapa bulan lepas bagi membenarkan mana-mana produksi tempatan atau antarabangsa ingin menayangkan filem mereka. Ketelusan LPF dalam menapis filem-filem, kini menunjukkan kematangan mereka terhadap karya-karya kreatif di dalam industri filem samada tempatan mahupun antarabangsa. Di antara pengelasan terkini LPF terhadap pelbagai genre filem, dapat dinyatakan di bawah:-

U - Kategori ini untuk tontonan semua lapisan masyarakat tanpa had umur. Filem ini memaparkan nilai-nilai murni, sopan dan memberi pengajaran positif serta menghiburkan.

PG13 - Kategori ini untuk golongan yang berumur 13 tahun dan ke atas. Penonton yang berumur bawah 13 tahun perlu bimbingan ibu bapa atau penjaga. Filem dalam label ini mengandungi unsur-unsur ganas atau seram.

18 - Kategori ini untuk tontonan golongan yang berumur 18 tahun dan ke atas. Filem ini mengandungi unsur-unsur ganas, seram dan seks yang tidak keterlaluan atau pun yang menyentuh aspek-aspek agama, sosial dan politik.


P/S: Saya fikir klasifikasi ini wajar kerana ia tidak akan mengelirukan genre filem yang kini pelbagai. Jika sesebuah filem mengandungi paparan seks, ganas dan ada unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti masyarakat samada dari segi agama atau politik, di manakah klasifikasi itu perlu diletakkan?. Apakah mesti tulis 18PASXPL?. Ini bermakna pilihan 18 adalah bertepatan. Justeru, pengelasan sesebuah filem tidak akan mengelirukan khalayak mahupun penggiat filem atau produser filem itu sendiri. Anda bagaimana?

**Filem ...Dalam Botol rasanya label PG13!.**

1 comments :

yang terbaru 2011...U, P13 dan 18. Semuanya ada warna. U = biru, P13= Oren dan 18 =Merah :-)