Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 5 April 2010

Niyang Rapik.. mengganas di FINAS 9 April 2010!!


Filem terbitan Excellent Pictures, Niyang Rapik arahan Ahmad Idham yang mencatatkan kutipan RM 3.2 juta ( berdasarkan Syarat Wajib Tayang FINAS ) mengambil tempat ditayangkan secara percuma di Malam Bersama Bintang FINAS pada 9 April Jumaat ini.

Niyang Rapik yang dibarisi oleh pelakon handalan seperti Fizz Fairuz, Zed Zaidi, Awal Ashaari akan mula ditayangkan bermula jam 9.30 malam di Dataran Karyawan FINAS. Program bulanan anjuran FINAS ini dirangka bagi menarik minat dan mencambahkan kecintaan terhadap filem tempatan.

Pengunjung akan dihibur dengan persembahan band FINAS dan artis undangan Estrange dan Azlan & Typewriter . Maklumat lanjut berhubung program, hubungi Bahagian Produksi FINAS, 03-41041300 atau layari www.finas.gov.my dan www.sinemamalaysia.com.my.

p/s: Masuk Percuma!!!..

0 comments :