Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 11 April 2010

Program Merakyatkan Filem... Wajar tayang filem dalam format 35mm!!


Apabila FINAS menayangkan kembali filem-filem melayu samada era 80-an ke 90-an di panggung Collesium, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, ramai di antara penggiat filem dan penonton filem tempatan menyambut baik program yang diadakan. Dari tayangan filem-filem popular hinggalah filem-filem terbaik, program merakyatkan filem yang di adakan setiap minggu ke-3, hari Sabtu pada setiap bulan merupakan agenda terpenting bagi menarik minat generasi muda untuk mengimbas memori filem-filem melayu yang satu ketika dulu menjadi filem kegemaran ramai. Sambutan menggalakkan dari penonton tempatan merancakkan program yang di adakan. Cuma, terkilan seketika apabila program tersebut menayangkan filem-filem dalam format DVD ( ada penonton mengeluh kerana kata mereka baik menonton je kat rumah) dan sepatutnya acara gah tayangan tersebut perlulah menayangkan filem-filem dalam format 35mm, apatah lagi panggung Collesium menyediakan kemudahan projektor bagi filem 35mm. Bukan mempersoalkan kredibiliti tugas pihak pengurusan, tetapi kata mereka di luar sana bahawa pihak FINAS perlulah mengambil iniasitif dengan menayangkan dalam format 35mm, barulah ia di namakan Program Merakyatkan Filem bagi Tayangan Filem, jika tidak ia di anggap Tayangan DVD.

Wallahuallam.

* Semua koleksi Filem-Filem tempatan dari awal ia diterbitkan hinggalah kini perlu disimpan dalam bentuk filem 35mm dan beta tape agar ia memudahkan pengurusan pada masa akan datang. - Untuk generasi akan datang-*
*Saya harap satu hari nanti program tersebut akan menayangkan filem dalam format 35mm, barulah ia di namakan menonton dengan rasa kelainan dari menonton di rumah*

Kiriman e-mel dari seorang pengkritik filem berkenaan Tayangan filem MAT SOM dan PEMBURU:-

from: Hassan Muthalib.

Kalau nak hantar filem, jangan ke FINAS. Tengok apa jadi pada MAT SOM. Satu salinan 35mm dibagi pada FINAS & Arkib Negara. Akhirnya ditayang pakai DVD! Itu pun transfer tak dibuat dengan betul. Format 4 segi (lagi teruk daripada format TV!), warna biru dia pulak tak diadjust. Nampaknya rakyat tidak diahulukan. Buat kerja remeh temeh. Macamana nak pegi global?! Benda teknikal pun tak tahu jaga! Nampaknya tak ada siapa pun menyelia kerja-kerja orang bawahan.

Begitu juga denga LAYAR LARA. Diberi kepada FINAS. Bila penerbitnya carik, tak ada siapa pun tahun kat mana dia. Akhirnya penerbit sendiri carik, jumpa di bawah meja kerani.

Hanya Filem Negara saja yang ada film vault di mana filem-filem dapat disimpan dengan baik. Itu pun pada lewat 1980-an selepas banyak filem-filem dokumentari tahun 1940-an hingga 1960-an rosak hancur.

Slogan sana sini pasal warisan negara. Hampeh......

p/s: pas nie take care ya dengan pita filem 35mm, saya syorkan satu library filem khas diwujudkan Kementerian bagi menjaga filem-filem kita untuk kegunaan masa hadapan. baru lah filem kita yang banyak sangat tue akan jadi legend.. ini tidak susah betul nak carik!!

NEXT SCREENING 24 APRIL 2010: KEKASIH AWAL DAN AKHIR.. 12.00 PM, COLLESIUM THEATER KL

0 comments :