Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MANIFESTASITI2020 PENGALAMAN MUZIK LUAR BIASA SITI NURHALIZA. PRE ORDER SEKARANG!

Album Solo Studio ke 18, penyanyi kesayangan ramai, Dato' Sri Siti Nurhaliza akan dilancarkan di seluruh platform muzik bermula 3 Julai 2020. Kepada anda yang tidak sabar untuk memiliki album tersebut dalam bentuk CD, boleh membuat tempahan segera sebelum kehabisan stok!.

LAYAR SINEMA:NORMA BAHARU TAYANGAN FILEM TEMPATAN

Astro senantiasa memberikan pelbagai cara terbaik untuk menonton filem kepada pelanggan apabila membawa filem-filem terus ke rumah melalui saluran Astro First. Langkah ini telah membuka ruang buat penerbit di luar sana untuk membawa filem mereka ditayangkan buat pertama kali terus ke pawagam rumah penonton.

DI SEBALIK CERITA KONTROVERSI COMOLOT

Penghasilkan 'comolot' adalah kerana saya cukup mengkagumi karya Osman Ali menerusi filem eksperimental 'Bukak Api'. - AMY IKRAM

DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR, TOWN MALL FILEM SULUNG DATUK SERI EIZLAN YUSOF

TOWN MALL filem seram Eizlan Yusof yang bakal membuatkan penonton meremang di Astro First. Filem terbitan Enuja Production kerjasama Astro Shaw itu merupakah karya yang diinspirasikan daripada kisah benar.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.

adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Ahad, 30 Mei 2010

Rumah Urut GAY diserbu... selepas pendedahan Chukang!!!

Pendedahan Shuhaimi Lua Abdullah fdam menerusi karya pendeknya, 'Chukang', yang memaparkan gejala rumah urut lelaki gay lakonan Azam Pitt, Roslan Shah dan ramai lagi, kini di katakan penyebab utama kepada kemerosotan kegiatan yang tidak bermoral ini. Video pendek berdurasi 18 minit ini telah mengumpul hampir 15,000 penonton di laman youtube. 'Chukang' memaparkan aktiviti anak-anak muda di sekitar Kuala Lumpur yang menjadikan urut sebagai bisnes utama untuk mengumpul kekayaan. 'Chukang' yang diinspirasikan dari filem kontroversi 'comolot' dan 'bukak api' ini merupakan sebuah karya pendek yang akan bertanding di FFM 23- 2010.


Pendedahan ekslusif 999 yang disusuli dengan serbuan besar-besaran pihak polis atas kegiatan rumah urut gay ini telah menyebabkan pengarah filem Chukang diugut oleh beberapa individu yang tidak bertanggung jawab.

p/s: macam-macam... 'mau massage ka?'. hehehe

Rabu, 26 Mei 2010

Lagenda Budak Setan... filem yang berjaya buatkan aku menangis!!!


Peminat filem bergenre romantik mungkin tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem ini di pawagam. Di adaptasikan dari sebuah novel popular garapan Ahadiat Akasyah, Lagenda Budak Setan arahan dan lakon layar Sharad Sharan berjaya membuatkan ramai penonton menangis, termasuk aku. Inilah filem tempatan yang berjaya menyentuh perasaan aku. Anda mesti tonton filem ini di pawagam mulai 3 Jun 2010..

Nantikan ulasan filem ini akan datang!!!.

Official Trailer



lagu tema yang akan membuatkan anda menangis berulang kali


p/s: akan pecah panggung RM 12 juta.. hehehe. ops!! itu filem 2 Alam.. ngee.

Selasa, 25 Mei 2010

Pengarah filem 'Chukang'.. diburu dan diugut!!!

antara adegan menarik dalam chukang


exclusive interview with Chukang Director at Lagenda Cafe, Finas


p/s: Biaselah selagi dunia belum kiamat.. macam-macam perkara akan berlaku pada kita terutama orang yang tak pernah rasa puas dengan apa yang kita buat. Betul tak?.

Tidak menerima Skim Wajib Tayang FINAS.... Filem DUA ALAM di tunda tayangannya....

Filem 2 Alam arahan Ed Zarith dan Hairie Othman yang diterbitkan oleh Dr. Rozmey akan ditunda tayangannya pada 10 Jun 2010. Menurut produser popular ini di laman facebooknya, 2 Alam telah diluluskan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) dengan klasifikasi tontonan 18 tahun ke atas. Filem yang bakal mencetuskan elemen dramatik ini sebenarnya dalam proses untuk mendapatkan hak tayangan di semua pawagam seluruh negara.

Jika di tinjau pada kebiasaannya, produser sesebuah filem akan memohon bantuan Skim Wajib Tayang FINAS bagi membolehkan filem terbitan mereka ditayangkan di pawagam. Ini sekaligus menyelamatkan sesebuah filem dari pelbagai masalah terutamanya dari segi mendapat persetujuan untuk tayangan di mana-mana panggung besar atau kecil yang berdaftar. Namun, produser 2 Alam, Dr. Rozmey menolak kemungkinan filemnya itu tidak akan gagal walaupun tidak menggunakan bantuan skim wajib tayang FINAS.

Dalam satu sidang akhbar yang dilakukan baru-baru ini, Timbalan Ketua Pengarah FINAS, Mohd Zulkifli Abdul Wahab menegaskan bahawa 'tidak menjadi kesalahan sekiranya Dr. Rozmey tidak mahu menggunakan saluran FINAS dalam bantuan Skim Wajib Tayang. Tetapi, Dr. Rozmey perlulah berurusan sendiri dari pelbagai segi dengan pemilik panggung di seluruh negara jika mahu menayangkan filem terbitannya. Pelbagai risiko perlu dihadapi sekiranya pemilik panggung menolak tayangannya'. Namun, skim wajib tayang FINAS ini merupakan saluran selamat bagi mana-mana produser filem yang mahu menayangkan filem mereka di pawagam tanpa sebarang kos kerugian jika kemungkinan yang tidak diingini berlaku.

info berkaitan Bantuan Skim Wajib Tayang FINAS.. sila klik sini.

p/s: Perlu diingatkan bahawa Skim Wajib Tayang bukannya pinjaman tetapi bantuan dari FINAS untuk meringankan beban produser filem yang mahu filem mereka ditayangkan dengan selamat. Jika tidak, mereka ( produser) perlu menabur kos tinggi untuk mendapatkan hak tayangan dalam satu jangka masa di pawagam.

Ahad, 23 Mei 2010

Selepas 'Comolot'.. kini 'Chukang'.. pula.....



LAKONAN hebat Amran (kanan) dan penampilan istimewa Rosnan Rahman memang mencuri tumpuan.

Laporan Mingguan Malaysia ( sisipan pancaindera 23 Mei 2010)

ADEGAN peluk memeluk, urut mengurut dan babak dengan bumbu penuh berahi termuat dalam karya terbaru pengarah muda, Shuhaimi Lua. Karya berjudul Chukang yang dianggap 'panas' ini dapat dilihat di beberapa laman sosial meskipun tidak ditayangkan di mana-mana stesen tv tempatan.

Apa yang membuatkan Pancaindera terkesan, visual selama 17 minit itu memaparkan sepenuhnya adegan gejala songsang golongan gay, bapuk dan mak nyah yang cukup mendebarkan.

Ia mengisahkan tentang Azam yang bekerja sebagai tukang urut dan terjebak dengan gejala songsang tanpa pengetahuan keluarganya. Menjadi idaman ramai pelanggan setia yang akhirnya menimbulkan konflik dalam rumah urut itu sendiri.

Selain paparan aksi sensual separuh bogel, Chukang juga memaparkan kisah sisi hitam pekerja rumah urut kaum lelaki yang cintakan kaum sejenis.

Azam yang sering menjadi rebutan akhirnya menerima padah apabila kegiatan tidak bermoralnya itu diketahui keluarga.

Apa yang digambarkan oleh Shuhaimi dalam filem pendek pertama arahannya ini sebenarnya menimbulkan polemik yang cukup besar seperti mana yang pernah berlaku dalam beberapa filem pendek yang lain seperti Bukak Api, Comolot dan ... Dalam Botol yang lebih kurang sama.

Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran tatkala Shuhaimi menunjukkan hasil karyanya itu. Maka timbullah pertanyaan apakah motif dia menghasilkan karya sebegitu?

Adakah ini trend terbaru pengarah muda sepertinya untuk mencipta nama? Adakah gejala songsang yang berlaku pada masyarakat kita semakin menjadi barah seperti mana yang dipaparkan dalam Chukang?

Selain Azam Pit yang dicungkil bakatnya daripada program realiti MyStar LG, Chukang juga turut dibarisi Roslan Shah, Rosnan Rahman, Amran Ismail, Aesar Mustafa, Dior, Ezham, Idham, Syuqran dan Fazrien Ziear.

Filem pendek yang memakan bajet RM10,000 itu akan bertanding di Festival Filem Malaysia ke-23 pada bulan Julai ini. Shuhaimi menafikan dia mengambil kesempatan ke atas pelakon filemnya itu dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku sehingga dia sanggup mengangkat golongan ini ke tahap sebegini.

Motif sebenar

Bagi Shuhaimi dia menafikan membikin Chukang atas dasar syok sendiri atau sekadar suka-suka sebaliknya apa yang cuba dipaparkan oleh pengarah muda ini cukup besar misinya.

"Saya hanya nak filem pendek pertama arahan ini masuk Festival Filem Malaysia yang akan berlangsung dua bulan lagi. Itu sahaja. Ini filem pertama arahan saya dan filem pertama juga terbitan syarikat saya sendiri.

"Sudah pasti saya mahu Chukang dijadikan penanda aras kepada kejayaan saya mengemudi Seamen Production Sdn. Bhd. yang baru sahaja ditubuhkan. Saya bukan orang baru dalam industri, macam-macam kerja yang pernah saya buat sebelum ni. Jadi bila duduk dekat kerusi pengarah saya mahu menghasilkan sesuatu yang baru," jelasnya yang pernah membintangi telefilem Zahrul VS Zarina ini.

Ada yang menganggap Chukang sebagai satu filem pendek yang sensasi dan tak kurang juga yang melabelkan ia sebagai satu cerita klise yang sengaja direka oleh Shuhaimi.

Ramai yang melihat isu yang diketengahkan sudah lapuk tetapi atas dasar mahu mencetuskan kontroversi pelakon mahupun pengarah sanggup bersekongkol untuk mengangkat golongan gay ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Jelas Shuhaimi, tidak ada istilah bersekongkol mahupun apa-apa tujuan yang tersirat sebaliknya dia menjelaskan karya Chukang merupakan karya asal dirinya yang sudah lima tahun tersimpan rapi tetapi tidak berpeluang untuk divisualkan.

"Memang saya bertekad untuk menerbitkan ia bila tiba masanya dan saya rasa ini masa yang cukup sesuai untuk dipertontonkan. Cerita ini ada kelainan. Itu yang saya suka. Jadi saya mahu orang ramai tengok dulu hasil kerja saya dan barulah boleh jatuh hukuman," pinta anak muda yang berusia 35 tahun ini.

Jelas Shuhaimi dia sengaja memilih cerita gay sebagai tema kerana yakin ramai yang teruja dengan cerita ini. Sambil menafikan dia mengagung-agungkan golongan ini, dia sudah menerima banyak maklum balas yang mahu Chukang dibuat dipanjangkan menjadi sebuah filem standard.

Mahu cari kontroversi

Kontroversi itu penting. Ada yang sengaja mencipta kontroversi untuk melariskan filem dan tak kurang juga yang menerima tempias apabila sesebuah filem itu selesai ditayangkan di panggung.

Tapi harus diingat, kontroversi bukan dalam dunia cinta songsang semata-mata. Masih banyak lagi isu lain yang boleh diangkat seperti isu agama seperti mana yang banyak dipaparkan dalam filem Indonesia. Tapi mengapa Shuhaimi masih mahu bikin kontroversi dunia songsang ini?

"Saya tidak melihat ia sebagai satu masalah yang besar. Apa yang penting mesej yang ingin disampaikan itu.

Ya, memang itu niat saya untuk kontroversi. Kalau saya buat cerita cinta yang biasa sampai bila-bila pun orang tak akan tertarik nak tengok. Bila buat cerita rumah urut banyak maklum balas yang saya terima dan ramai yang teruja dengannya.

"Ini yang membuatkan saya seronok dan yakin hasil kerja saya akan dilihat dan membuka rezeki seterusnya. Lagipun cerita tentang rumah urut ini bukanlah sesuatu yang asing bagi orang kita. Setiap hari ada sahaja rumah urut yang diserbu dan gejala ini masih terus berleluasa. Apa salahnya saya bikin panas untuk menarik perhatian peminat?.

"Kalau penonton lihat keseluruhan filem ini, sudah pasti tahu apa mesej yang saya ingin paparkan. Hanya ada beberapa babak sensual tapi yang lain semua cerita yang ada mesej.

"Jadi kalau ada yang nak label ini filem lucah saya tak setuju. Sebab itu saya minta orang lihat dulu keseluruhan Chukang barulah boleh nak bagi komen," katanya.

Menjadi pengarah baru sepertinya, sudah pasti memberikan satu cabaran yang paling besar untuk menapak dalam bidang ini. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhi sebelum sampai ke tahap ini.

Shuhaimi menjelaskan dia cukup berterima kasih kepada orang sekeliling yang banyak membantu dirinya membina nama dan kerjaya apatah lagi kepada pelakon serta kru yang terlibat dalam pembikinan Chukang.

"Saya cukup bangga dengan komitmen yang diberikan artis yang terlibat. Ada yang hanya tolong saya secara ikhlas tanpa meminta bayaran. Ini sebenarnya cukup besar maknanya pada saya.

"Bagi pelakon baru pula saya cukup kagum dengan bakat yang ditunjukkan oleh Azam, Amran, Izham dan pelakon yang lain yang begitu komited. Harap-harap selepas ini bintang mereka lebih bersinar seperti mana yang dikecapi orang lain," kata Shuhaimi tanpa berselindung.

Ifa Raziah dan Roslan Shah turut menjayakan Chukang

Laporan Kosmo Ahad ( 23 Mei 2010)

DIVA dapat SMS daripada teman meminta Diva menonton filem Chukang yang hanya disiarkan di laman Youtube. Khabarnya Chukang bakal dipertandingkan pada Festival Filem Malaysia ke-23 kelak.

Rupa-rupanya ia sebuah filem yang mempunyai elemen seks dan memaparkan kisah tukang urut yang terpaksa berdepan dengan cabaran kerja dan nafsu.

Filem pendek arahan Shuhaimi Lua itu dilakonkan oleh pelakon muda, Azam Pit dan dengarnya terinpirasi oleh filem Comolot dan Malaikat Di Jendela. Filem ini turut menampilkan Roslan Shah dan Ifa Raziah.

Diva cuma tertanya-tanya motif filem ini kerana tiada elemen drama dan artistik di dalamnya.

Malah, Azam juga sebenarnya memerlukan lebih banyak bimbingan kerana dia seperti tidak dapat menjiwai dan membawakan watak utama dengan baik.

Bagi Diva tidak salah untuk membuat filem yang lain daripada yang lain tetapi tujuan dan impak filem tersebut harus diambil kira.

Kalau mahu menayangkan kisah benar yang wujud di kota metropolitan, banyak lagi kisah lain yang boleh diambil dan dijadikan iktibar.

p/s: Antara 'bukak api', 'comolot' dan 'chukang'.. mana satu pilihan anda?.

Sabtu, 22 Mei 2010

Shahir juara Akademi Fantasia musim 8!!!

Shahir muncul juara di Konsert Akhir Akademi Fantasia musim ke-8, 2010!!

ADIRA tempat ke-2 AF8 2010

DAUS tempat ke-3 AF8 2010


MAULANA tempat ke-4 AF8 2010


IWAN CUTE tempat ke-5 AF8 2010!!!

p/s: tahniah!!! jangan plak nanti klau aku kol ASTRO.. pihak pengurusan ckp show mereka RM 8,000.00 plak ye!!!

Benarkah '2 Alam'... tidak diluluskan tayangannya oleh LPF Malaysia?



Tinggal beberapa hari lagi, filem terbitan Dr. Rozmey akan menjengah pawagam tempatan di seluruh semenanjung tanah air termasuk Sabah dan Sarawak mulai 27 Mei 2010. Filem yang dijangkakan akan mengutip kutipan RM 12 juta oleh penerbitnya, Dr. Rozmey kini di katakan filem yang tidak diluluskan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia ( LPF). Benarkah andaian yang dikupas oleh Akmal Abdullah, wartawan Berita Harian tersebut?. Mari kita lihat apa yang ditulis beliau dalam akhbarnya itu..

amyikram: Sampai sekarang.. Tayangannya pada Media belum diputuskan lagi. Apakah tarikh 26 Mei ini dikatakan Malam Gala Night?. nantikan sahaja okay.

LPF belum lulus Tayangan 2 Alam?

oleh: Akmal Abdullah ( Beita Harian : 21 Mei 2010)

FILEM sulung terbitan dR Movie Production Sdn Bhd, 2 Alam yang dihebahkan oleh penerbitnya bakal menemui penonton bermula Khamis depan sehingga hari ini masih belum diluluskan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). Penerbit filem itu baru saja menghantar salinan filem berkenaan kepada LPF pada Isnin lalu selepas persoalan mengenai tapisan filem berkenaan dibangkitkan menerusi akhbar ini (menerusi ruangan Hip) pada minggu sebelumnya menyebabkan pihak LPF menghubungi syarikat pengeluaran filem itu bagi mengetahui kesahihan tarikh tayangan dan keperluan tapisan sebelum tayangan kepada umum.

Ini bererti mungkin jika tidak didedahkan menerusi media massa, pihak penerbitan syarikat itu belum menghantar filem mereka kepada LPF untuk permohonan kelulusan sedangkan waktu tayangan yang dihebahkan semakin dekat. Jurucakap LPF ketika dihubungi kelmarin, mengakui pihaknya baru saja menerima salinan penuh filem 2 Alam daripada syarikat penerbitannya pada 17 Mei lalu apabila badan penapisan itu sendiri yang memintanya berbuat demikian dengan kadar segera.

“Kami sendiri hubungi mereka selepas meneliti laporan dalam media massa mengenai filem ini yang belum meminta kelulusan LPF sedangkan mahu ditayangkan pada 27 Mei seperti dihebahkan penerbitnya. Kita hubungi mereka dan memberi teguran supaya tidak menghebahkan tarikh tayangan kepada umum selagi filem tidak mendapat kelulusan LPF sebab bimbang kemungkinan sesuatu berlaku jika contohnya filem tidak mendapat kelulusan atau perlu dibuat potongan babak. Sehingga hari ini (Rabu), pihak kami belum menapis dan meneliti isi filem itu tetapi mengikut kebiasaan tempoh tapisan akan dilakukan selama lima hari dan kemudian barulah surat kelulusan diberikan. Ia bergantung kepada isi dan cerita filem yang dipaparkan, jika tidak ada apa-apa yang perlu dipotong dan Pengerusi LPF berpuas hati, barulah ia diberi kelulusan,” katanya kepada Hip.

Minggu lalu, ruangan Epilog (Hip - 13 Mei 2010) membangkitkan persoalan mengenai sama ada 2 Alam sudah memohon kelulusan LPF atau sebaliknya kerana penerbit filem itu tidak mahu menggunakan skim Syarat Wajib Tayang (SWT) yang dikendalikan Finas seperti kebiasaan yang dibuat oleh penerbit filem lain.
Hebahan mengenai tayangan filem itu yang dikatakan akan bermula 27 Mei ini dibuat secara meluas iaitu menerusi pembelian iklan dalam akhbar dan radio, selain menerusi temu bual bersama media massa.

Bagaimanapun, penerbit filem itu, Datuk Dr Rozmey Che Din, dalam kenyataannya kepada Harian Metro kelmarin, memberitahu filem itu sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu tarikh tayangan di panggung pada 27 Mei ini, selain mengatakan apabila pihaknya tidak mengambil pinjaman daripada Finas maka mereka tidak perlu terikat dengan skim SWT. Dr Rozmey yang yakin 2 Alam mampu mencapai sasaran kutipan tiket RM12 juta juga berkata, pihaknya tidak nampak masalah terhadap proses keizinan LPF kerana pihaknya sentiasa patut kepada peraturan ditetapkan. “Sebagai rakyat saya mematuhi segala prinsip kenegaraan dalam berkarya.” kata Dr Rozmey. Mengulas lanjut mengenai kelewatan menghantar filem untuk tapisan, jurucakap itu menjelaskan, apa yang dilakukan pihak dR Movie Production Sdn Bhd adalah tidak sewajarnya berlaku kerana ia boleh mengundang masalah.

“Sepatutnya mana-mana penerbit filem hendaklah menghantar permohonan untuk kelulusan filem mereka lebih awal sebelum memilih dan mengumumkan tarikh tayangan kepada orang ramai. Kita bimbang berlaku masalah jika filem itu tidak diberi kelulusan seperti dijangka penerbit kerana mungkin ada masalah untuk membuat pemotongan babak atau mungkin jika tidak lulus tayangan, ia akan menyusahkan penerbit filem itu sendiri sedangkan mereka sudah menghebahkan tarikh tayangan. Seperti filem terbitan dR Movie Productions Sdn Bhd ini, sepatutnya mereka memohon kelulusan lebih awal. Apabila ditegur mereka kata cuma nak buat gimik. Kami nasihatkan penerbit filem lain juga supaya mengikut prosedur dan peraturan sekalipun hendak buat gimik kerana kelulusan hendaklah diperoleh sebelum mengumumkan tarikh tayangan.

“Kami akui sebelum ini penerbit 2 Alam tidak menghantar salinan filem itu kepada LPF dan hanya menghantarnya pada 17 Mei selepas diminta berbuat demikian, itu pun selepas kami mengetahui hal ini menerusi laporan dalam akhbar. Sepatutnya penerbit filem ini kena hantar kepada LPF dulu untuk tapisan sebelum promosi dan radio diadakan. Syarikat ini juga baru saja mendaftar dengan LPF kira-kira minggu lepas , sebelum ini mereka guna nama syarikat lain untuk terbitkan filem berjudul Jalang,” kata jurucakap itu.

p/s: Apakah benar ia boleh pecah panggung menjadi RM 12 juta. Nantikan sahaja okay. Jika ada pi tonton maka anda juga turut melabur menjadi RM 12 juta. hhehehe. Filem yang dinanti-nantikan tayangannya...

Antara gambar menarik dalam filem terpanas 'Chukang!!!'








Filem ni arahan Shuhaimi Lua Abdullah Fdam kini hangat ditayangkan di saluran portal online. Sila klik sini untuk menonton trailer filem ini yang khabarnya menghidangkan elemen-elemen panas untuk anda!!!. jom kita tengok!!!. bagi yang belum tonton lagi la ye..

Konsert Akhir Akademi Fantasia 8.. dalam Beyond HD sepenuhnya!!!


Tahukah anda apakah yang di maksudkan dengan Beyond HD?. Beyond HD merupakan sistem penyiaran digital berdefinisi tinggi yang bercirikan peleraian dan menggunakan format digital dengan kualiti gambar yang tampak jelas serta mengkagumkan. Di luar negara, penyiaran digital HD sudah bermula sejak sekian lama, tetapi apabila Malaysia melalui rangkaian tv berbayar Astro memperkenalkan Beyond HD, masing-masing kelihatan agak janggal dengan perubahan penyiaran seumpama ini.

Memerlukan set tv LCD Plasma , LED 3D atau LED, Astro melalui rangkaian Beyond HD dapat dipancarkan secara terus tanpa ada sebarang gangguan yang biasanya berlaku pada set Astro normal apabila tiba waktu hujan. Memperkenalkan rangkaian HD melalui HBO HD, Astro Supersport HD, ESPN HD, Nat Geo HD dan History HD, kini Astro mengorak langkah memperkenalkan rangkaian 124 iaitu AFHD yang memberi penekanan kepada acara Akademi Fantasia musim ke-8. Boleh ditonton melalui set dekoder baru Astro beserta Piring Astro baru HD, pelanggan Astro tidak akan dicharge tambahan sebaliknya hanya dikenakan caj biasa bagi HD saluran iaitu RM 20 sebulan. Bermula pada malam ini, rangkaian 124 akan menyajikan penyiaran digital HD pertama di Malaysia apabila menyiarkan Konsert Akhir Akademi Fantasia musim ke-8.

Pada akhir tahun 2010 dan awal 2011, semua rangkaian saluran Astro akan menggunakan format HD Beyond sepenuhnya. Cuma bagi anda yang ingin merasai kepuasan tontonan sebenar tanpa ada gangguan dari segi janaan imej, maka ASTRO BEYOND, saluran digital HD perlu dilanggan oleh semua rakyat Malaysia.

p/s: Kecewa dengan Pihak Pengurusan Merdeka Villa Ampang nie.. aku tanya bila nk updated ke Astro Beyond, dia boleh kata 'kita kena mintak persetujuan dari semua penduduk', klau depa tak nak bubuh atau tukar, tak bolehlah'. Jadi aku yang ada dekoder beyond HD ni macam mana???. Tak dapat siaran HD la!!. itulah klau pihak pengurusan melayu!!!. tension aku. Jangan sampai aku pasang piring klau depa kedekaq!!!.. hurmm

'Jemput'.. menang di Malaysian Airlines Short Film Competition 2010!!


Berdurasi 3 minit dengan latar cerita yang agak ringkas, 'Jemput', naskhah pendek arahan penulis blog, Afiq Deen menjuarai filem pendek terbaik di Malam Anugerah Filem Pendek 2010 anjuran Malaysian Airlines ( M.A.S) malam kelmarin. Menewaskan beberapa buah filem pendek lain yang turut bertanding, 'Jemput', berjaya mencuri perhatian juri apabila cerita yang dipaparkannya menjurus kepada persoalan masa, kehendak dan keutamaan. Walaupun menggunakan format video sepenuhnya, pertandingan seumpama ini tidak boleh di anggap Festival Filem Pendek 2010 kerana status filem pendek mestilah menggunakan format filem samada 16 mm atau HD. Walaupun ia sebuah acara festival ringkas, MH Short Film 2010 berjaya mencungkil bakat kreativiti anak-anak muda walaupun bukan berlatarbelakangkan pengajian filem sepenuhnya. Tahniah dari saya buat semua pemenang!!.

Jemput film Screening by Afiq Deen


p/s: sesiapa yang mempunyai filem pendek yang agak menarik untuk dikongsi dalam blog ini, anda di minta menghubungi penulis di : amy.ikram@yahoo.com

Jumaat, 21 Mei 2010

Paparkan realiti kehidupan disebalik rumah urut... Chukang, filem gay 2010!!


Selepas fenomena filem Bukak Api, Comolot dan Anu Dalam Botol (dalam pembikinan), beberapa pihak samada penerbit atau pengarah sesebuah karya filem atau drama, cuba ingin mengetengahkan sesuatu yang realiti untuk tontonan penonton di luar sana. Terbaru, Seamon Production Sdn. Bhd, sebuah produksi tempatan giat menayangkan filem pendek mereka bertajuk Chukang, arahan dan lakon layar Shuhaimi Lua Abdullah. Filem berdurasi 18 minit ini memaparkan realiti kisah kehidupan golongan lelaki yang terjebak dalam kancah pelacuran sejenis dengan menjadikan rumah urut sebagai satu kerjaya yang menguntungkan. Filem yang menyertai Festival Filem Malaysia ke-23 2010 dalam kategori Filem Pendek boleh dikatakan sebuah karya gay untuk tahun 2010. Chukang yang membariskan personaliti Roslan Shah, Ifa Raziah, Rosnan Rahman ( Raja Makyong) dan sebagainya juga turut menampilkan Ahmad Azam Pitt ( Bintang MyStar LG) sebagai pelakon utama.
Chukang mempunyai 17 babak menelan kos sekitar RM 10,000.00 merupakan filem pendek tempatan yang berani memaparkan isu golongan gay, selepas karya Comolot.

Chukang Trailer


TAYANGAN EKSLUSIF FILEM CHUKANG


p/s: baru tadi rumah urut gay di sekitar Cheras KL diserbu dalam program 999. panas jugak..

klik sini untuk keratan akhbar

Ahad, 16 Mei 2010

Adibah Noor di Libresse TVC Commercial!!

hahaha.. kelakar sungguh iklan nie, apatah lagi pelakonnya Adibah Noor memberikan komitmen yang sungguh cemerlang. Tentang iklan nie?. Agak lucah sedikit apabila 2 buah tembikai di close up (CU Shot) menjadi buntut seorang perempuan - kak deebah.. Anda tentu sudah menonton iklan nie kan?. Kalau belum.. klik aje. Kalau tak suka.. saya tak paksa.. hehehe


Libresse cara Adibah...

p/s: ngee

Sabtu, 15 Mei 2010

2 Alam.. ada jugak yang tak suka dan benci!!

Aku boleh katakan 2 Alam, filem pecah panggung 2010. Produsernya, Dr. Rozmey seorang jutawan mampu melakukannya, jika jutaan rakyat Malaysia hanya menonton di pawagam bukannya dalam cakera DVD cetak rompak. Setiap hari publisiti dilakukan dengan cemerlang oleh akhbar Kosmo membuatkan nama Dr.Rozmey mengalahkan selebriti popular. Di sebalik promosi yang hebat, tidak terkecuali juga ada dikalangan rakan industri tidak kira pekerja belakang tabir, rakan artist dan sebagainya mengutuk-ngutuk dan memperlekehkan filem 2 Alam ini. Kata mereka ' bolehke pecah panggung?' dan ada juga yang mencebik dada mengutuk 'tak sedar diri!'. Bagi saya, itu adat resam dunia hiburan dan dunia masyarakat melayu yang tidak boleh lihat kemajuan bangsanya sendiri. Biarlah mereka dengan hasad dengki masing-masing!. Yang penting 2 Alam mampu menyentuh perasaan khalayak yang menontonnya.

Menariknya mengenai filem 2 Alam ini ialah sentuhan sinematografinya oleh dua nama besar dalam industri perfileman - Mohd Noor Kassim dan Khalid Zakaria. Menggunakan format HD sepenuhnya, 2 Alam mampu menjadi filem terbaik 2010 jika plot dan naratif ceritanya kuat dan kukuh. Apa kata kita tunggu dan nantikan tayangannya pada 27 Mei 2010 di semua pawagam seluruh Malaysia.

2 Alam pecah panggung

p/s: aku suka sinematografinya cantik!!

'Bukan Ini Pintaku' dan 'Hujan Air Mata', nyanyian Ferry Karisma!!

Pernah tak anda menonton drama D'Debab?. Terujakah anda menyaksikan lenggok suaranya menerusi lagu 'Purnama Merindu', yang pernah dipopularkan oleh Datuk Siti Nurhaliza'?. Beliaulah Ferry Karisma, pelakon dan jurusolek popular bagi drama dan filem-filem Rashid Sibir. Apabila ASTRO menerusi saluran RIA menayangkan drama terbaru arahan Rashid Sibir, 'Bukan Ini Pintaku' pada Jumaat lepas ( 13 Mei 2010, 9.00 malam), ramai di antara kenalan di facebook dan juga di blog saya menanyakan 'siapakah empunya suara emas', yang mengalunkan lagu tema bagi drama tersebut!. Beliaulah SimpyFerry.. haha. Bukanlah.. beliaulah Ferry Karisma..

'Dia', lagu tema Drama D'Debab nyanyian Ferry Karisma
( juga pelakon drama tersebut)

'Bukan Ini Pintaku', lakonan Ferry Karisma yang juga menyanyikan lagu tema untuk drama ini. Arahan Rashid Sibir

p/s: Ferry kini dalam rangka untuk menyiapkan album sulungnya itu bagi menghimpunkan lagu-lagu yang dinyanyikannya...

Banyak Adegan Panas dalam Suster Keramas



Filem yang masih hangat ditayangkan di pawagam tempatan, 'Suster Keramas', arahan Helfi Kardit yang dibarisi Herfiza Vovianti, Rizky Mocil, Shinta Bachir, Zidni Adam, dan sebagainya turut menampilkan pelakon porno terkenal, Rin Sakuragi. Filem komedi seram itu kini mendapat sambutan menggalakkan dari penonton tempatan sebaik sahaja ia ditayangkan di pawagam Malaysia.

Dilabelkan untuk tayangan 18 tahun ke atas oleh LPF Malaysia , Suster Keramas menampilkan beberapa adegan panas yang mengghairahkan sehingga ia dikatakan filem seksual yang berjaya menembusi pasaran Malaysia ketika ini. Kegersangan filem ini dapat dilihat melalui paparan visual yang disajikan pengarahnya untuk santapan penonton. Beberapa adegan yang menampilkan susuk berharga kaum wanita itu dipaparkan secara jelas ( cuma dipotong beberapa babak yang tidak relevan untuk tayangan di Malaysia).

Penampilan pelakon dan model porno antarabangsa, Rin Sakuragi cuma sekadar daya tarikan kepada filem ini, kerana kebanyakkan adegan seksual dilakonkan oleh pelakon Indonesia. Rin cuma hanya mendedahkan tubuh gebunya itu sebagai pancing kepada peminat filem seks agar menyaksikan betapa hebatnya Suster Keramas yang berjaya ditayangkan. Jika anda terlepas menyaksikan filem ini, mungkin anda akan mendapatkan DVD filem ini dipasaran gelap ( khabarnya), kerana beberapa adegan tanpa potongan dikatakan dijual dalam cakera DVD tiruan.

Menyaksikan Suster Keramas di pawagam baru-baru ini, saya merasakan ini filem yang remaja kita dahagakan - apatah lagi membawa pasangan masing-masing sambil meraba-raba dan ada ketikanya menjerit-jerit seolah-olah mengutuk adegan tersebut. Tapi hati masing-masing mahu kan!!. Inilah realiti anak-anak remaja kita apabila adegan seksual dipaparkan secara terang di pawagam tempatan.

petikan menarik dalam suster keramas.. di pawagam kini


Persoalan yang bermain di fikiran saya adalah, 'kenapa Suster Keramas' diluluskan tayangannya di Malaysia, walaupun sekadar untuk tontonan 18 tahun ke atas?. Jika filem Malaysia mempunyai adegan sebegitu, terus diharamkan dan dipotong tanpa dibenarkan tayangannya?. Apakah Malaysia mahukan filem dan adegan dari luar negara. Jangan cakap ' ia bukan budaya kita'.. kerana bukan budaya kita itulah yang sering kita jadikan teladan dan impian bersama. Walhal budaya hidup kita di Malaysia kini adalah 100% daripada bukan budaya kita. So?. Bagaimana dengan anda di luar sana?.

p/s: mengharapkan tidak ada potongan dalam filem '... dalam botol' dan '2 alam'.
Tak percaya dengan apa yang saya cakap mengenai filem Suster Keramas. Anda pi la tengok filem ini di pawagam sekarang!!

Rabu, 12 Mei 2010

Di sebalik Belukar.. tersimpan satu rahsia...

Aku cukup tertarik dengan poster filem ini!. Wajah Daphne Iking hanya separuh, menampakkan ia sebuah cerita misteri yang disebaliknya tersimpan satu rahsia yang tidak terfikir logiknya. 'Belukar', satu plot cerita yang sangat mengkagumkan. Di dalamnya, kita disajikan beberapa peristiwa yang membuatkan watak utama itu memberontak atau mengalami psikologi persekitaran yang membuatkan atau mewujudkan satu dramatik insiden. Jika anda mengatakan Belukar hanya sebuah filem seram semata-mata( melihatkan posternya), anda tersilap. Kenapa?.Pergilah sendiri menonton filem ini di pawagam berhampiran anda, anda pasti temui jawapannya. Saya tidak akan mengulas panjang mengenai filem ini kerana ia sebuah filem tempatan yang menarik dan bagus plotnya berbanding filem-filem melayu yang lain. Anda tentu terkejut pada akhir cerita filem ini yang terus mengubah persepsi anda sepanjang menonton filem ini.

Go now!!!. untuk baca ulasan menarik mengenai Belukar, sila klik di sini.


p/s: saya terkilan dengan GSC Mid Valley minggu lepas ketika menonton filem ini. Sebabnya, Sound bagi tayangan filem Belukar turun naik sepanjang 15 minit. Tolonglah jaga.. Tumpuan penonton terganggu..!!.

Andartu Dua Alam Masuk Belukar Jumpe Saloi...
Belukarnya saya dah masuk.. cuma Saloi hanya menggoda jiwa Sabah..
hahaha.
Akan datang Andartu tergedik-gedik akan menyundal dipawagam.. Dua Alam pulak akan menangis dipawagam hujung bulan nie.. hehehe

Selasa, 11 Mei 2010

Pertaruhkan Konflik Kehidupan antara dua rasa... 'Bukan Ini Pintaku', lakonan mantap Ferry Karisma dan Que Haidar!!


'Mereka lahir ke dunia bukan untuk dihina, malahan juga bukan untuk dijadikan bahan ejekan masyarakat umum ; tetapi mereka juga manusia seperti kita cuma...', adalah dapat dirumuskan menerusi 'Bukan Ini Pintaku...' sebuah drama arahan Rashid Sibir. Akan mula bersiaran secara ekslusif sempena Hari Ibu, 13 Mei 2010, 9.00 malam di Astro Ria. 'Bukan Ini Pintaku', lakonan mantap Que Haidar bersama Ferry Karisma ( jurusolek filem dan drama popular), ini mengisahkan liku-liku kehidupan seorang lelaki lembut yang seringkali dihina masyarakat, akhirnya terjerumus dalam satu insiden yang cukup menggemparkan. Apakah yang terjadi kepada watak Que Haidar dan Ferry ini?. Nantikan kehangatannya menerusi Bukan Ini Pintaku akan datang di Astro Ria..

Bukan Ini Pintaku

p/s: Ferry.. nak lagu ko tue!!. hehehe.

Isnin, 10 Mei 2010

Adibah Noor semadikan Yasmin Ahmad dalam Teman...

Pelakon, Penyanyi dan Pengacara yang popular dengan lagu 'Terlalu Istimewa', Adibah Noor kini mengabdikan kenangan terindahnya bersama Allahyarham Yasmin Ahmad. Lagu yang berjudul Ratapan Sepi, hasil ilham Hadi Hassan bersama J Looi kini dimuatkan dalam album terbaru Adibah Noor bertajuk 'Teman'. Album yang mengandungi 13 buah lagu dan 5 minus one ini ( jumlah 18 buah track) merupakan album ke-2 Adibah yang cukup istimewa dan amat menyentuh perasaan khalayak. Tidak percaya?. Dapatkan album Teman dari Adibah Noor untuk dijadikan koleksi anda sekeluarga..



p/s:Moga rohnya abadi di sana.. Al-Fatihah

OLD TOWN WHITE COFFE.. Halal atau Tidak?

Kedai Kopitiam paling popular, 'Old Town White Coffee', diragui status halalnya. Benarkan begitu?. Jom kita baca apa yang dibongkarkan mereka di luar sana.

Klik Sini untuk mengetahui ia halal atau tidak
Klik Sini untuk mengetahui senarai kedai kopitiam dan produk yang diharamkan JAKIM.

trailer promo

p/s: Old Town.. kopinya sedap!! hurmm.

Di manakah nasib golongan artis menjelang 2020?....

Saya cukup tertarik dengan isu yang ditulis oleh wartawan Utusan Malaysia hari ini mengenai dialog antara Menteri KPDNKK, Datuk Ismail Sabri dengan golongan artis yang di adakan baru-baru ini di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Antara cebisan menarik tulisannya ialah:-
  • Maka tidak hairan, hari ini generasi anak cucu yang dilahirkan melalui legasi Seniman Agung itu terpaksa meneruskan kehidupan dalam seribu satu kekurangan meskipun suatu ketika P.Ramlee menjadi penakluk yang maha dahsyat di layar perak dan dunia rakaman. Dimana silapnya, sehingga artis kita terus merintih dan meminta-minta di negaranya sendiri?
  • mana perginya nama-nama seperti Mawi,Misha Omar, Alyah, Anuar Zain, Faizal Tahir, Hujan, Meet Uncle Hussain, Bunkface dan seribu satu nama anak muda popular lain di majlis yang sepatutnya disokong sepenuh padu ini? Oho, barangkali mereka sibuk. Kalau sibuk dengan urusan lain, tak dapatlah hendak menolong. Tetapi persoalan juga untuk ditanya, apakah orang seperti M.Nasir dan Siti Nurhaliza tidak sibuk?
  • Isu royalti dan cetak rompak serta hak cipta melibatkan aliran muzik yang dijual kepada syarikat telekomunikasi.
  • Datuk Ismail Sabri, “Sekali pun barangkali ia tidak melibatkan kementerian saya, saya akan usahakan untuk menyampaikan masalah berkaitan kepada kementerian terbabit untuk diselesaikan mengikut jalan sepatutnya, ". Jadi kementerian mana yang perlu bertanggungjwab membabitkan industri hiburan?.
  • Hukuman lebih berat perlu dikenakan kepada lanun cetak rompak?. Perlu juga kepada premis yang membenarkan jualan bahan tersebut?. Saya syorkan hukuman sebat dilakukan. baru la mereka sedar sikit!!,

baca selanjutnya. Klik Sini

Fauziah Latiff dalam Gelora Di Hati Sara 2

Mulai bersiaran pada 12 Mei 2010, Setiap Rabu bermula pukul 9.30 malam, Drama bersiri terbitan produksi milik Rosyam Nor, Suhan Movies, 'Gelora Di Hati Sara musim ke-2', menampilkan Fauziah Latiff sebagai isteri kepada Rosyam Nor. Nantikan kehangatan cinta mereka dalam drama yang amat menyentuh perasaan ini hanya di TV2.




p/s: Ada lagu tema nyanyian Fauziah Latiff yang akan dimuatkan dalam album terbarunya.. best k!!

AF Masuk.. Shahir Mungkin Juara Akademi Fantasia!!

Penyingkiran Shahir pada minggu ke-7 Konsert Akademi Fantasia 8, dan di Afundi Masuk pada malam Debaran AF semalam, seolah-olah satu kejutan yang dirancang. Memiliki suara 'jantan' yang dilabelkan Adlin Aman Ramlie , Shahir dikatakan bakal menjuarai program Akademi Fantasia musim ke-8 yang dijadualkan berlangsung pada hujung Mei 2010.

Antara peserta AF musim ke-8 ini, saya meletakkan harapan tinggi pada Maulana dan Shahir yang mungkin akan berada di tempat teratas sehingga malam FINAL AF8 nanti.


p/s: memiliki stylenya tersendiri dalam mengalunkan lagu Ziana Zain.. Shahir!!

Khamis, 6 Mei 2010

Bintang Lucah Rin Sakuragi.. di Pawagam Malaysia!!!

Pelakon lucah terkenal, Rin Sakuragi kini membintangi filem seram Indonesia, 'Suster Keramas' yang kian rancak ditayangkan di semua pawagam tempatan seluruh negara mulai 6 Mei 2010. Pelbagai aksi tanpa batasan tentunya menarik perhatian anda.. hehehe


juga kini ditayangkan di sinema Indonesia filem Menculik Miyabi. Juga filem terpanas di Indonesia.. hahaha

Selasa, 4 Mei 2010

Menangi RM 6,000 untuk bikin filem Cereka!!

Berita ekslusif buat semua pembikin filem muda, pengarah filem pendek dan karyawan tempatan, satu pertandingan bagi membikin filem cereka mengalu-alukan kertas cadangan penerbitan dari semua pihak bagi merebut grant penerbitan berjumlah RM 6,000.00. Pertandingan yang dianjurkan oleh KOMAS Freedom Film Fest kali ini membuka peluang keemasan buat semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Penyertaan mestilah sampai ke pihak penganjur sebelum 17 Mei 2010. Jika anda berminat dan mahukan karya anda di adaptasikan ke format cereka samada menggunakan 35mm atau HD, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk sekali sepanjang hidup anda.

Info:-
  • KOMAS Freedom Film Fest 2010 sekali lagi sedang mencari kisah-kisah hak asasi di Malaysia untuk diketengahkan.
  • Tiga kertas cadangan yang terbaik akan diberikan geran berjumlah RM 6,000.00 dan bantuan dari KOMAS untuk menghasilkan filem mereka.
  • Tayangan perdana filem-filem pemenang juga akan diadakan semasa Freedom Film Fest 2010 pada bulan November 2010. Para pemenang juga akan menerima Anugerah Justin Louis dalam peringatan penyelaras KOMAS yang pertama telah terkorban dalam sebuah nahas bot ketika menyertai misi di Sarawak untuk menyiasat keganasan pihak berkuasa terhadap masyarakat Penan.
  • KOMAS (Pusat Komunikasi Masyarakat) adalah badan kerajaan yang arif dalam latihan fasilitasi dan pendidikan dalam mengetengahkan isu-isu hak asasi di Malaysia.
  • Durasi penerbitan filem samada berformat Dokumentari/Dokudrama/Animasi/Grafik adalah di antara 15 hingga 30 minit.
  • Bahasa pertuturan mestilah bahasa pertuturan di Malaysia yang mesti mempunyai sarikata bahasa Malaysia/ Inggeriss.
  • Tarikh tutup penyertaan mestilah sampai sebelum atau pada 17 Mei 2010.
Sebarang pertanyaan berhubung borang penyertaan atau maklumat berkaitan, bolehlah menghubungi SARAH di 03-79685415. Klik KOMAS untuk sebarang maklumat.

GADOH Trailer - filem yang diterbitkan oleh KOMAS. Anda bagaimana?

p/s: Apa lagi?. jom la.. hehehe

Isnin, 3 Mei 2010

'Antara Sahabat dan Bola Jaring.... pertemukan kisah mereka dalam Hooperz..'

Jika anda peminat filem-filem seperti Pisau Cukur, Dunia Baru, Gol & Gincu serta Apa Kata Hati, tentunya anda akan meminati Hooperz, sebuah filem untuk remaja yang agak gedik sifatnya. Naskhah arahan bersama Rosihan Zain dan Sheikh Munasar ini merupakan sebuah kisah remaja yang menggunakan pendekatan feminisme dalam lakon layarnya. Walaupun jalan ceritanya berkisarkan tentang permainan bola jaring secara keseluruhannya, tetapi Hooperz bukan sahaja sesuai ditonton oleh golongan anak-anak gadis remaja bahkan ia merangkumi pelbagai peringkat umur tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Tidak ada apa yang menarik dalam Hooperz melainkan muka-muka baru yang membintangi naskhah tulisan Wan Hasliza ini. Hooperz dibarisi Melissa Maureen (Wan Zulaikha), Zazleen Zulkafli (AJ), Juliana Evans (Nino), Dawn Jeremiah (Sue Wei), Intan Nor Saina (Atylia), Anita Baharom (Saidatul), Adibah Noor, Amy Mastura, Remy Ishak dan sebagainya boleh dikatakan filem remaja yang tidak mengecewakan khalayak. Cuma, di dalam satu scene filem ini yang melibatkan keluarga Wan Zulaikha, ia seolah-olah menampakkan filem ini tidak dapat lari daripada konsep arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, di mana pemilihan muzik dan cara dialognya berucap terdapat pada watak dan perwatakannya. Jika anda peminat filem bergenre sebegini, Hooperz mungkin pilihan anda sekeluarga...


p/s: Sorry.. x tau apa nak ditulis kerana Hooperz sebuah cerita biasa. Kalau nak tahu apa yang terdapat dalam filem terbitan Primeworks dan MhZ film ini.. pi la tengok filem ni dipawagam sebelum dia dibaling keluar masuk dalam gelanggang bola jaring.. hehehe

**saya dengar filem ni ada krisis tentang tenaga pengarahannya. Siapa pengarah filem nie sebenarnya?. Nape namanya x de dalam senarai bersama dalam portal Sinema Malaysia?. Ada sesiapa boleh jawab?. hehehe**

Festival Filem Malaysia ke-23.. di Kuala Lumpur!!

Pada 16 Julai 2010, bertempat di Cathay Cineplexes, The Curve, Damansara, Kuala Lumpur akan di adakan Malam Perlancaran Festival Filem Malaysia ke-23, 2010. Manakala pada 18 Julai 2010 pula, akan berlangsungnya acara yang cukup berprestij bagi meraikan penggiat filem tempatan dalam Malam Anugerah FFM23-2010. Acara yang mengangkat sinema tempatan itu kali ini akan di adakan di Kuala Lumpur dengan memilih lokasi PWTC sebagai pusat utama dalam mengembalikan semula kegemilangan festival filem kita.

Bakal mempertaruhkan kategori baru, antaranya 'Filem Komedi Terbaik dan Filem Seram Terbaik', namun penganjuran FFM23-2010 kali ini mungkin berpihak kepada filem-filem berjiwa Satu Malaysia. Filem Estet dan Muallaf antaranya filem Malaysia yang mungkin akan memenangi filem terbaik di Malam Anugerah FFM23-2010 yang akan di adakan di PWTC Kuala Lumpur, Julai ini. Bukan menyangkal atau mendedahkan, namun kekuatan filem ini adalah pada jalan cerita yang mengangkat tema kemasyarakatan dengan jelas, walaupun ada unsur kontroversi yang menjengkelkan.

Penganjuran FFM23-2010 kali ini perlulah lebih elegance dengan menampilkan konsep persembahan dan penganjuran yang tidak menjurus kepada konsep formal semata-mata, bahkan FFM perlu dilihat sebagai acara filem yang gilang-gemilang. Jika ia sama seperti tahun-tahun sebelumnya, maka FFM tidak dapat lari daripada konsep majlis kerajaan semata-mata. Dalam perkara ini, pihak penganjur perlu mencari satu konsep baru agar FFM perlu dicontohi sebagai pesta filem bertaraf antarabangsa.

p/s: Mengharapkan pengacara FFM23-2010 kali ini tidak stereotype.. persembahan artist yang mantap bukan berdasarkan bajet tapi kualiti. Saya cuma nampak Aznil Nawawi sebagai pengacara terbaik setakat ini. Saya syorkan Liza Hanim berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza. mesti gempaq okay.. hehehe

Ahad, 2 Mei 2010

Ujibakat Muzikal Tun Mahathir.. dibuka sekarang!!


ISTANA Budaya dan CTRA Production akan mengadakan satu sesi uji bakat pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir pada 8 dan 9 Mei ini.

Bertempat di Istana Budaya, sesi tersebut akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang bagi kedua-dua tarikh tersebut.

KRITERIA-KRITERIA

Umur: 7 - 50 tahun

Bakat: Berlakon, menyanyi, menari

Keupayaan: Berbahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan loghat Kedah akan diberi keutamaan.

Bagi membuat sebarang pertanyaan, hubungi Sharlina Alias di talian 03-4026 5627 dan Nor Hafizah Hasan (03-4026 5638).

p/s: saya merasakan Che Kem pelakon utama dalam 1957 Hati Malaya tue sesuai dengan watak Tun Mahathir nie..