Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 3 Mei 2010

Festival Filem Malaysia ke-23.. di Kuala Lumpur!!

Pada 16 Julai 2010, bertempat di Cathay Cineplexes, The Curve, Damansara, Kuala Lumpur akan di adakan Malam Perlancaran Festival Filem Malaysia ke-23, 2010. Manakala pada 18 Julai 2010 pula, akan berlangsungnya acara yang cukup berprestij bagi meraikan penggiat filem tempatan dalam Malam Anugerah FFM23-2010. Acara yang mengangkat sinema tempatan itu kali ini akan di adakan di Kuala Lumpur dengan memilih lokasi PWTC sebagai pusat utama dalam mengembalikan semula kegemilangan festival filem kita.

Bakal mempertaruhkan kategori baru, antaranya 'Filem Komedi Terbaik dan Filem Seram Terbaik', namun penganjuran FFM23-2010 kali ini mungkin berpihak kepada filem-filem berjiwa Satu Malaysia. Filem Estet dan Muallaf antaranya filem Malaysia yang mungkin akan memenangi filem terbaik di Malam Anugerah FFM23-2010 yang akan di adakan di PWTC Kuala Lumpur, Julai ini. Bukan menyangkal atau mendedahkan, namun kekuatan filem ini adalah pada jalan cerita yang mengangkat tema kemasyarakatan dengan jelas, walaupun ada unsur kontroversi yang menjengkelkan.

Penganjuran FFM23-2010 kali ini perlulah lebih elegance dengan menampilkan konsep persembahan dan penganjuran yang tidak menjurus kepada konsep formal semata-mata, bahkan FFM perlu dilihat sebagai acara filem yang gilang-gemilang. Jika ia sama seperti tahun-tahun sebelumnya, maka FFM tidak dapat lari daripada konsep majlis kerajaan semata-mata. Dalam perkara ini, pihak penganjur perlu mencari satu konsep baru agar FFM perlu dicontohi sebagai pesta filem bertaraf antarabangsa.

p/s: Mengharapkan pengacara FFM23-2010 kali ini tidak stereotype.. persembahan artist yang mantap bukan berdasarkan bajet tapi kualiti. Saya cuma nampak Aznil Nawawi sebagai pengacara terbaik setakat ini. Saya syorkan Liza Hanim berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza. mesti gempaq okay.. hehehe

0 comments :