Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 21 Mei 2010

Paparkan realiti kehidupan disebalik rumah urut... Chukang, filem gay 2010!!


Selepas fenomena filem Bukak Api, Comolot dan Anu Dalam Botol (dalam pembikinan), beberapa pihak samada penerbit atau pengarah sesebuah karya filem atau drama, cuba ingin mengetengahkan sesuatu yang realiti untuk tontonan penonton di luar sana. Terbaru, Seamon Production Sdn. Bhd, sebuah produksi tempatan giat menayangkan filem pendek mereka bertajuk Chukang, arahan dan lakon layar Shuhaimi Lua Abdullah. Filem berdurasi 18 minit ini memaparkan realiti kisah kehidupan golongan lelaki yang terjebak dalam kancah pelacuran sejenis dengan menjadikan rumah urut sebagai satu kerjaya yang menguntungkan. Filem yang menyertai Festival Filem Malaysia ke-23 2010 dalam kategori Filem Pendek boleh dikatakan sebuah karya gay untuk tahun 2010. Chukang yang membariskan personaliti Roslan Shah, Ifa Raziah, Rosnan Rahman ( Raja Makyong) dan sebagainya juga turut menampilkan Ahmad Azam Pitt ( Bintang MyStar LG) sebagai pelakon utama.
Chukang mempunyai 17 babak menelan kos sekitar RM 10,000.00 merupakan filem pendek tempatan yang berani memaparkan isu golongan gay, selepas karya Comolot.

Chukang Trailer


TAYANGAN EKSLUSIF FILEM CHUKANG


p/s: baru tadi rumah urut gay di sekitar Cheras KL diserbu dalam program 999. panas jugak..

klik sini untuk keratan akhbar

4 comments :

cerita yg mnrik..cuma ada bnda yg x d amik kira..watak utama dr sarawak.xkisahlah dr mana pun..tp rsnya elok tdik mnyatkan mana2 negri.utk elakkan salah fham..kedua...lakonan leh dpbaiki rsnya....ketiga...watak tu dr sarawak..napa bila dia ngn kakak dia ckap melayu biasa...napa x guna melayu sarawak....soal kcik yg x d amil kira....amik org swk atau ajar plkon tu ckap sarawak..tq.

tak berapa minat filem ni, subjeknya mungkin "berani" (tiada moralisme berlaku) tetapi pengolahannya klise.

setuju dengan fadz. Mungkin berani sebab filem ni sebagai produk Malaysia tapi oleh kerana audience sekarang dah lebih global, jalan ceritanya boleh dikatakan cliche.

cerita sekadar memaparkan 'realiti' yg dibanggakan golongan penerbit. tiada arah tuju/objektif yg kukuh,konkret malah moral yang boleh mengelirukan. antaranya "tidak mengapa menjadi pelacur, HOMOSEKS, menderhaka kepada ibu bapa keluarga...yang penting pergi masjid dan sembahyang,'taat' pada tuhan"
maka...jika seorang anak kecil menonton filem ini, pasti akan terfikir... "homoseksualiti adalah diterima (halal) disisi islam(atau mana-mana agama pun)...yang penting niat kita suci,murni"
teruskanlah dengan agenda songsang ini, bersenjatakan mesej-mesej subliminal...sekurang-kurangnya jika 'tidak mampu' nak menjunjung agama sendiri, tanya pada diri sendiri...di manakah moral ku?

-peMERhati