Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Selasa, 22 Jun 2010

Bikin Filem.. Bikin Duit....


Sebut saja pasal duit, pastinya ada di kalangan kita yang tidak mahu melepaskannya. Pada zaman kini, duit halal atau haram di anggap sama saja terutamanya di kalangan mata duitan, masing-masing menggunakan pelbagai cara dan helah untuk mendapatkan sejumlah wang dengan cara yang amat yang mudah.

Golongan kaya menindas golongan miskin, begitu juga dengan kehidupan kita yang rata-ratanya memandang wang sebagai perkara utama untuk memiliki sesuatu benda yang diidamkannya. Namun, jika dilihat pada persekitaran kita, konsep wang menjadi point utama bagi segelintir masyarakat di kota besar untuk hidup dengan aman dan damai. Tetapi, apakah dengan sumber wang itu kebahagiaan kita sesama manusia menjadi tonggak kepada kehidupan yang hakiki. Hanya wang yang datang dari hasil yang benar, adalah rezeki yang ditentukan maha Esa.

Wang?. Pentingkan ia?. YA.. ia sangat penting.. sebab tanpa wang semua kerja tidak akan menjadi. Berbicara soal wang, mengingatkan saya pada peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Iaitu semasa penggambaran sebuah filem tentang masyarakat Malaysia yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Apabila penggambaran berakhir, saya dimaklumkan bahawa pembayaran
( mungkin dalam bentuk saguhati) mesti dibuat pada pengurusan sekolah ( scene hanya menggunakan padang sekolah tanpa membabitkan mana-mana bahagian sekolah) pun kena bayar.. Itulah adat resam bila kita nk buat filem di Malaysia. Semua pakai duit!!. Bayangkan KL Sentral yang gah itu boleh sponsor shooting filem nie. Ini hanya sekolah.. Kita shoot pakai genset production rental.. tak guna elektrik dia pun.. pun kena charge.. Itu sebab ramai di antara kita asyik membebel yang rakyat Malaysia mata duitan. Bukan tak boleh.. tapi agak-agaklah yang projek filem nie bukan pecah panggung pun.. cuma ranap TV je.. hehehe..

Bikin Filem di Malaysia.. menggunakan lokasi di mana-mana ceruk di bumi Malaysia pun kita kena bayar.. macam-macam lah.. nasib baik tepi jalan shoot.. DBKL tak mintak bayaran.. hahaha.

p/s: Tue la.. nk pi lokasi itu kena bayar,, lokasi ini kena bayar...Dia ingat semua production kayo ke?. Yang kayo artis popular je.. hehehe

0 comments :