Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


BELAGU BUKTI KEMAMPUAN SENI DAYANG

Persembahan Dayang diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) membuktikan kemampuan Dayang membawakan seleksi lagu klasik melayu tampak elegan dan mewah.

NABIL AHMAD, DOUGLAS LIM, DR J.RAM TAMPIL DALAM FAMILY FUED MALAYSIA BERMULA 27 MAC INI

Alami pengalaman penontonan baharu melalui Family Feud Malaysia di Astro yang diadaptasikan dari sebuah program tv terkenal luar negara.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

Jumaat, 30 Julai 2010

Amukan Mamat Khalid dalam Apokalips!!!...



Kawasan Flat Pekeliling milik DBKL Kuala Lumpur yang sunyi, gelap dan berdebu, kini riuh dengan suara 'Action!!!, kemudian 'Cut!!'.. Kami cuba menyusuri si empunya suara di tengah-tengah kegelapan dalam sebuah kawasan yang dahulunya menjadi penghuni warga kota. Dalam cahaya yang samar-samar, kelibat si kucing gempal.. meow-meow kepunyaan Azwan Annuar membawa kami menerokai kawasan yang menyeramkan itu. 'best kalau shoot filem seram dalam flat pekeliling nie', bisik hatiku... tetapi tinjauan kami bukan atas dasar filem seram, namun ia sebuah filem fiction yang agak serius arahan sutradara tersohor Mamat Khalid. Lawatan kami di sambut baik penghuni Naga diketuai Kak Jib, Abang Mamat dan Meow Meow Azwan.

Selepas Lang Buana, Rock, Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Kala Malam Bulan Mengambang, Estet & Hantu Kak Limah ( menunggu untuk ranap dan pecah panggung : bagi tajuk warna merah), kini Apokalips ; yang khabarnya kisah tentang dunia selepas kiamat akan menghantui seluruh warga dunia tahun 2011. Filem terbitan Tayangan Unggul dan Naga VXS ini dibarisi Farid Kamil, Jehan Miskin, Adam AF, Peter Dawis, Zoey Tan, Myra, Iqram Dinzly, Pekin Ibrahim dan ramai lagi kini menjalani penggambaran di dalam kawasan Flat Pekeliling KL yang sudah tidak berpenghuni lagi. Namun, sebagai penglipura yang menceritakan perihal Apokalips, produksi filem ini mengundang warga media yang gitu-gitu untuk sama-sama ke sesi pecah akhbar @ sidang media sambil menyaksikan alam terbelah dua, pada 4 Ogos 2010 pukul 7.30 malam di Ruang Apokalips Pekeliling KL.. Pastikan anda membawa peralatan secukupnya untuk mencekup abang Mamat dan kuncu-kuncunya.. termasuk si kucing debab.. meow meow!!...

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung siaran media ini.. di minta menghubungi wakil Naga VXS Cik Azwan Annuar di 012 2599341 atau Tayangan Unggul - 0133966690 dan bercakap la dengan Ira Fazir..

Malam menjelang.. gurun pun berdentum.. kami pun pulang membawa seribu makna menyaksikan bagaimana alam begitu sunyi selepas berlakunya kiamat.. tentunya dalam Apokalips.. akan datang.....

p/s: Meow-Meow dan Adam.. semalam... hehehe

Ahad, 25 Julai 2010

Setahun pemergiannya... Yasmin Ahmad Dalam Kenangan!!!


My Tribute to Kak Min
1st Screening at Malaysia Film Festival 2009
2nd Screening at Talentime Charity Screening 23 July 2010
3rd and Upoming Screening at Melbeourne & Singapore. TQ Kevin


25 Julai 2010, genap setahun pemergian Allahyarham Yasmin Ahmad. Moga rohnya kekal abadi dan tenang di sana. Buat semua rakan-rakan Yasmin dan keluarganya, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad. Bakat Kreativitinya sukar dicari ganti. Dialah Satu Dalam Sejuta...

p/s: 'Pergi' nyanyian Aizat ciptaan Pete Teo, lagu yang cukup bermakna.. Al-Fatihah. TQ pada Orked Ahmad, Kevin Bathman dan Mercy Team - Talentime Charity Screening- semalam.

GALA TV YASMIN AHMAD PART 1

GALA TV YASMIN AHMAD PART 2

GALA TV YASMIN AHMAD PART 3

Sabtu, 24 Julai 2010

'Mantera.... Filem Malaysia bertaraf antarabangsa!!!'


Flare Studio dan Spacetoon International dengan kerjasama FINAS mempersembahkan 'Mantera', sebuah filem aksi arahan Mohd Aliyar Ali Kuthy. Filem berdurasi 110 minit ini di barisi Shah Indrawan (Tomok), Shiqin Kamal, Saide Dasyuk, Kamaliya dan ramai lagi ini akan menemui penonton Malaysia pada penghujung 2010. Nantikan kehangatan filem Mantera yang pastinya tidak mengecewakan anda.

Trailer Mantera

p/s: Mantera tentunya filem saingan KRU kan!!!. hehehe

Selasa, 20 Julai 2010

Ekslusif Memorendum dari Ahmad Puad Onah... bantah Ahmad Idham dan David Teo terajui FINAS!!!


Dari kiri, Norman, Ahmad Fuad, M.Daud dan Shuhaimi Baba menunjukkan memorandum yang dihantar kepada Dr. Rais Yatim membantah pelantikan Ahmad Idham dan David Teo sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas.

Belum keputusan rasmi siapa yang bakal menerajui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan gossip mengenai pelantikkan Ahmad Idham sebagai Ketua Pengarah FINAS bagi mengantikan Encik Mahyiddin Mustakim, kini Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pula ghairah menghantar memorendum tanda tidak bersetuju atas perlantikkan Ahmad Idham dan David Teo sebagai Ahli Perbadanan FINAS bermula 1 Julai 2010. Memorendum yang dibentangkan pagi tadi di sebuah restoran di PWTC Kuala Lumpur itu dihadiri oleh beberapa penggiat filem tanah air dan juga rakan media. Sidang media tersebut menjadi panas ekoran beberapa pihak melobi Ahmad Idham sebagai KP FINAS yang baru sekaligus David Teo mungkin dilantik sebagai Pengerusi FINAS. Namun, apa yang pasti setiap kontroversi itu ada kebenarannya. Justeru jangan cepat melatah kerana FINAS tentunya ada sebab jika memilih KP yang baru mengikut persetujuan Menteri KPKK.

Kita tunggu dan lihat perkembangannya sahaja.

Salinan Memorendum membantah perlantikkan Ahmad Idham dan David Teo
p/s: Anda rasa siapa yang terpilih menerajui FINAS sebagai KP?. Afdlin Shauki, Ahmad Idham atau Mamat Khalid?. Mahu ke mereka?. Kalau menerajui FINAS sebagai orang penting, mereka tak boleh mengarah atau menerbitkan filem lagi selama 5 tahun.. hehehe. aku rasa Meow Meow yang dok guna laptop aku nk jadi KP. hehehe.

Isnin, 19 Julai 2010

Special Review : Filem & Pemikiran dalam 5 Filem Pendek..


oleh: Hassan Abdul Muthalib
( Karyawan Tamu Kanan, FACT UiTM)

Sinema adalah seni yang luar biasa di mana pemikiran manusia boleh menjadi imejan. Oleh kerana ia bersandarkan pemikiran, maka filem tergolong di dalam disiplin falsafah. Dan ternyata hari ini, bidang falsafah pula sudah diperkayakan oleh sinema.

Lima filem dari FACT, UiTM yang ditayangkan di Panca Delima, FACT, kampus Puncak Perdana, Shah Alam baru-baru ini memperlihatkan pemikiran beberapa karyawan muda yang menampakkan kegembiraan, keresahan atau pun sensitiviti mereka tentang bangsa, masyarakat & negara. Mereka meneroka subjek masing-masing dengan bersandarkan alam Melayu yang sebenar (& bukan alam Melayu fantasi seperti yang dibawa oleh kebanyakkan filem arus perdana masakini). Karyawan-karyawan muda inilah pelapis yang menjadi harapan sinema Malaysia yang sebenar di masa-masa akan datang.


WALID (7’) Muhammad Mahmudin

SINOPSIS: Kisah seorang anak buta & bapanya yang pemurah.

KOMEN: Satu cerita yang simple yang diarah dengan penuh sensitiviti. Beberapa adegan mirip kepada gaya pengarahan Yasmin Ahmad (ia itu, naik basikal dalam MUKHSIN, pergerakan kamera yang perlahan disertai dengan petikan piano & kemudian diikuti violin). Walaupun mungkin ditiru tetapi ianya ’kena’ dalam konteks cerita di samping memberi petanda tentang sesuatu yang kemudian akan menyayatkan hati (& jelas ia memberikan payoff di akhir cerita).

Filem ini mempunyai subteks yang diselit dengan amat baik sekali melalui lakonlayar yang kemas. Pembinaan wataknya amat efektif melalui celoteh yang tak henti-henti oleh ayah & anak. Ayah begitu peramah dengan anaknya & kemudian baru kita tahu yang anaknya sebenarnya buta. Efek transisi dengan menggunakan skrin hitam yang berdurasi lama bukan sahaja menjadi teknik tetapi juga satu metafora, ia itu, masa pun berlalu & dunia ayah menjadi gelap kerana biji matanya disedekahkan kepada anaknya supaya dia pula boleh melihat.

Pelbagai manusia berlalu di perhentian bas di mana ayah & anak menunggu. Mereka marah dengan gelagat si anak yang begitu gembira melihat kereta & motosikal mereka. Mereka tidak tahu kisah si anak & ayah. Itulah dunia. Bahasa filem di sini menyerlah dengan syot akhir di mana baru audiens mengetahui bahawa ayah kini sudah buta. Ini digambarkan dalam ELS (extreme long shot) yang menjadi affection image & ternyata membawa kesan emosi kepada audiens.

KRITIKAN: Syot awal bermula dengan close shot foto mereka. Jika watak-watak dalam foto masih hidup (dalam cerita), maka tidak sesuai ditunjuk secara dekat. Itu petanda negatif walhal cerita ini adalah tentang pengorbanan & harapan.

Syot tak sepatutnya menampakkan mata ayah dengan jelas selepas ia keluar dari hospital Lebih baik over shoulder (misalnya) atau dari jauh. Di akhir cerita, baru dibuat dari hadapan & kita dapat lihat matanya tidak seperti di awal filem.

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA (20’) Kamil Hashim

SINOPSIS: Kisah Hang Tuah dari zaman Melaka dahulu yang tiba-tiba muncul di Kuala Lumpur pada abad ke-21.

KOMEN: Menurut watak Hang Tuah dalam filem ini, Melaka dulu adalah Pusat Dagangan Dunia yang terkenal dengan budaya & warisan Melayu. Dia hairan bagaimana di KL, Melayu tidak merupakan Melayu. Semuanya sudah menjadi pelik, di antaranya:

Wira hanya terdapat pada nama kereta; Hang Tuah menjadi nama stesen LRT; Istana kini nama hotel; Sari Ratu rupa-rupanya restoran; nama anak Melayu pula Qistina; di sana sini restoran bernama orang putih seperti Pizza Hut & Honey Bake; Melayu bercakap bahasa Inggeris sesama mereka, mencarut, gila wang, memakai tatoo & bergaduh sesama sendiri. Gadis Melayu yang jelita sebenarnya mak nyah!; Bangsa Melayu kini sudah menjadi Bangsa Malaysia walaupun jumlah mereka lebih banyak; dan masih tak sudah sudah nak adakan perbincangan tentang Melayu akan pupus dalam 50 tahun lagi. Signage slogan politik & gambar ahli politik yang tergantung megah di bangunan pencakar langit mengundang persoalan: Apakah yang dilakukan oleh mereka yang dipilih rakyat untuk mengatasi masalah-masalah ini?

Filem ini membawa subjek & treatment yang menarik tentang isu yang sering diperkatakan kebelakangan ini yang juga meresahkan pembikin filem ini. Subjek yang sama sudah pun dibawa oleh beberapa karyawan filem seperti U-Wei HajiSaari (dalam kesemua filemnya) yang melontar persoalan: Mengapa Melayu dah jadi macam ni? Wan Azli Wan Jusoh dalam BUDAK KELANTAN: pula bertanya, Apa dah jadi pada Melayu? Persoalan yang sama dibawa oleh Ridhwan Saidi dalam filem pendeknya, KAKI LIMA. Namun sebagai anti-thesis, MY INDIE ROCK DARLING membawa kenyataan, Inilah namanya Melayu (walaupun gaya & rupa watak-watak tidak menyerupai Melayu yang sebenar.

Dari sudut treatment, TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA, menggunakan pendekatan binary opposition, ia itu, menampakkan kontras di antara yang lama & yang baru; yang berbudaya & yang sudah hilang budaya; yang lembut & yang kasar; dan yang bersabar berbanding yang angkuh. Begitu juga dengan tulisan Jawi yang asli berbanding tulisan Rumi yang bercampur Inggeris.

Alam Melayu dulu terkenal dengan pelbagai keunikan seperti bunian, jampi serapah, mantera, rasuk, amok & bermacam keajaiban yang datangnya dari ilmu kebatinan yang diamalkan orang-orang Melayu. Mahaguru Melayu dahulu kala sememangnya mengenal dua alam, ia itu, yang zahir & yang batin. Kamil Hashim bersandarkan alam Melayu ini dalam bercerita dengan menggunakan warkah sakti & kata-kata hikmat dari guru Hang Tuah, Sang Adi Putra, yang kemudian menerbangkan Tuah ke abad ke-21. Tuah sendiri mempunyai kelebihan yang digunakannya dengan hanya membaca Bismillah. Tetapi kini, kesemua kelebihan orang-orang Melayu itu sudah tidak ada lagi kerana manusia Melayu sudah menjadi kapitalis.

KRITIKAN: Still foto & nama watak-watak utama kemas, menampakkan mereka benar-benar Melayu & ini kena dengan tema cerita. Syot pertama yang diambil dari belakang, walaupun dalam bahasa filem bersifat negatif, adalah wajar kerana ianya berfungsi sebagai petanda awal tentang sesuatu yang tidak kena (foreshadowing). Namun, kemudian bahasa filem dalam adegan awal kurang mantap. Mise-en-scene kurang baik kerana framing, susunan pelakon,sekuen syot tidak kemas & suntingan yang kelam kabut membawa konotasi ada sesuatu yang tak kena di kalangan mereka (yang lebih sesuai ditonjol dalam adegan-adegan di KL).

Tuah & Labu pula tak boleh dibuat tight framing (menampakkan similarity yang merosakkan gestalt filem) kerana Labu hanya pembawa berita (dalam penulisan lakonlayar dipanggil messenger). Labu tidak memainkan peranan yang penting dalam cerita.Muka Tuah pula tak sepatutnya dihalang oleh kayu-kayu di foreground.Jebat juga tak patut dipisahkan dengan rakan-rakan yang lain kerana mereka sepakat tentang isu warisan.Bila Tuah membaca skrol, kamera tak boleh cross the line kerana konotasinya negatif & tak sesuai dengan konteks cerita di awal filem.

Di akhir cerita, sepatutnya kesemua rakan (melainkan Tuah) perlu bersepakat membaca skrol & tidak hanya Jebat.


3,2,1 (16’) Mohd Khalid Abu Takdir

SINOPSIS: Gelagat empat sekawan pelbagai bangsa di sekolah. Mereka bercerita ketika terlibat dalam subjek pendidikan jasmani.

KOMEN: Pengarahan pelakon kanak-kanak yang amat baik sekali. Begitu juga dengan penggunaan grafik berbentuk numeral & abjad. Adegan emosional di mana salah seorang kanak-kanak (Citra) menangis apabila terkenang ibu & bapa semasa bercerita amat sesuai & realistik kerana ianya membantu menguatkan cerita yang sudah nampak seakan mahu menyampaikan ’mesej’.

Syot bendera Malaysia berkibar sesuai dalam konteks cerita kerana ianya menjadi kesimpulan di akhir filem seakan mengatakan: Inilah kami – anak bangsa Malaysia. ’Maka tujuan filem ini disampaikan melalui visual & bukan melalui kata-kata. Itulah baru namanya ’sinema’!

KRITIKAN: Fungsi filem bukan untuk menyampaikan mesej. Itu kerja agensi kerajaan & pengiklan. Kisah dalam filem ini bermula dengan baik tetapi lama kelamaan ’sarat dengan mesej’ (istilah penulis hiburan dari sebuah akhbar tempatan!). Filem ini sesuai jika dibuat untuk FINAS, RTM & Filem Negara.

Lebih baik buang adegan tentang Negaraku agar filem ini menjadi sebuah filem pendek dalam ertikata yang sebenar. Jika tidak, ia hanya sesuai ditayang melalui saluran TV Pendidikan.

RUMAH ARES (10’) Ares Bahar

SINOPSIS: Kisah sepasang kekasih yang sudah berputus asa dengan dunia & bertekad untk membunuh diri.

KOMEN & KRITIKAN: Idea & cerita yang simple. Tapi yang ada sekarang hanya teks. Apakah subjek & apakah yang nak ditinggalkan kepada audiens?

Sebagai contoh, dalam filem WAYANG (Hatta Azad Khan, 2008), syot akhir adalah imej Sri Rama yang membawa maksud: Dalang datang & dalang pergi tetapi Sri Rama tetap akan hidup sehingga bila-bila untuk menghiburkan audiens.

Syot awal, pasangan menonton filem Tamil di TV. Dalam kalangan orang-orang Hindu & dalam filem-filem Tamil, apabila ada yang kecewa dia akan membunuh diri. Maka syot akhir RUMAH ARES sepatutnya semacam syot awal. Pasangan yang menonton filem di TV dah mati tapi TV (yang menjadi agen menyampaikan kesemua itu diforegroundkan di tengah-tengah frame).

Apakah idea untuk membunuh dari dengan minum racun diilhamkan daripada cerita-cerita di TV? Pasangan yang kecewa sudah mati tetapi medium yang mempengaruhi pemikiran mereka akan terus kekal untuk mempengaruhi remaja-remaja yang akan datang. Maka nawaitu Ares Bahar akan samalah dengan Dain Said dalam filemnya, SENANDUNG MALAM & U-WeiHajiSaari dalam ANAK EMAK bahawa.media hari ini menjadi agen yang mencetuskan pelbagai gejala buruk.

PEREMPUAN, HANTU & SKANDAL (18’) Ridhwan Saidi

SINOPSIS: Kisah seorang pengacara & 2 orang krunya yang mahu mencari kebenaran tentang kes pembunuhan seorang gadis. Mereka menemubual jin, jembalang & mambang.

KOMEN: Jelas idea untuk filem ini lahir daripada kes pembunuhan seorang gadis Mongolia yang penuh misteri yang cuba dilenyapkan dari radar media & ingatan rakyat. Maka Ridhwan, seperti Amir Muhammad dalam THE BIG DURIANnya, gelisah & mahu melahirkan ketidakpuasan hati tentang peristiwa itu. Lahirnya pelbagai pengkritik politik & social kebelakangan ini adalah kerana wujudnya pelbagai penindasan & penyalahgunaankuasa. Juga, lahirlah karya daripada beberapa pembikin-pembikin filem yang kritis seperti Mamat Khalid, Hishamuddin Rais, Namron, Wan Azli Wan Jusoh - & kini Bin Filem. Mereka ini bukan dari golongan karyawan yang membikin filem-filem Melayu fantasi seperti yang berleluasa sekarang. Mereka ini seperti juga sasterawan, yang mengambil berat tentang apa yang berlaku pada bangsa dan negara mereka. Kalau Tuhan boleh jadi hantu & God boleh jadi dog, apa lagi yang tak boleh jadi di Malaysia?

Karyawan sedemikian terdiri daripada golongan yang akan lahir di sesuatu negara pada sesuatu masa sebagaimana yang dinyatakan dalam filem ROBIN HOOD melalui grafik di awal filem: At a time when tyranny & oppression takes the law into its own hands, the outlaw takes his place in history. Maka lahirlah beberapa outlaws yang bukannya merompak tetapi memberi kesedaran kepada rakyat yang tidak mempunyai akses kepada maklumat yang sebenar. Kebenaran tetap akan jadi kebenaran. Kebenaran boleh cuba diketepikan atau dikaburkan tetapi tidak sesekali dapat dipadamkan. Ia akan kembali untuk mengetahui si pesalah. Seperti juga tema filem MAGNOLIA: You may be through with history but history is not through with you.

Namron, melalui filemnya, GEDEBE resah kerana terlalu banyak komplot & konspirasi berlaku sehingga rakyat tidak tahu yang mana satu yang benar & yang mana satu salah. Juga seperti dalam THE BIG DURIAN: rakyat tidak diberi maklumat yang sepatutnya tentang perisitiwa amokkan Prebet Adam. Maka berlakulah pelbagai andaian, prasangka & kecelaruan. Salah siapakah semua ini?

Begitu banyak misteri tentang pembunuhan dalam filem Ridhuan Saidi yang disampaikan dengan pendekatan yang mirip pada poetic realism. Ada beberapa saksi tetapi mereka ini bukan manusia. Apakah manusia tidak lagi boleh dipercaya menjadi saksi - walaupun di mahkamah? Saksi-saksi ini terdiri daripada Hantu Bukit, Jembalang Tanah, Angin & Mambang Air. Mereka pula bercakap tentang hantu-hantu yang mungkin melakukan pembunuhan. Soalan yang dilontarkan: Apakah gadis itu dibunuh oleh hantu-hantu & bukan manusia? Dua flash frame foto gadis itu (yang mirip pada gadis Mongolia) dapat dilihat secara subliminal, seakan-akan dia pun sekarang dah jadi hantu!

Saksi-saksi bercakap dengan begitu bertenaga & adakala beremosi. Hos yang menembual digambarkan membuat siasatan secara sambil lewa sahaja. Maka bila hos pula dibunuh di akhir cerita, apakah ini kerana kru sudah bosan dengannya (andaian nakal saya!). Atau pun terdapat satu lagi misteri di sebalik pembunuhan yang disiasat? Apakah ada pihak yang tidak mahu siasatan terus dibuat (& juga melalui sebuah filem pendek)?

Dari sudut teknik, filem ini merupakan satu produksi yang amat profesyional di segi penggunaan musik & kesan bunyi yang membantu melahirkan mood yang sesuai dengan subjek yang dibawa. Awal-awal lagi, teknik hitam putih menjadi petanda negatif tentang sesuatu keburukan (seperti KALA MALAM BULAN MENGAMBANG yang menampakkan keresahan pengarah tentang industri perfileman – subjek sebenarnya). Begitu juga dengan teknik jump cuts, bunyi anjing & guruh. Penggunaan teks yang dipetik daripada akhbar memberikan clue bahawa cerita in bukan rekaan semata-mata tetapi bersandarkan persistiwa yang pernah berlaku. Ridhwan Saidi menggunakan elemen-elemen dari alam Melayu untuk bercerita seperti hantu, jin, mambang, rasuk, hutan, dll; tidak seperti filem-filem JANGAN PANDANG BELAKANG, CONGKAK, SANTAU & NIYANG RAPIK yang entah bersandar pada budaya & alam apa. Rujukan pada filem RASHOMON juga menampakkan betapa Ridhwan menggunakan referent yang sesuai untuk menyampaikan maksud melalui adegan roh gadis yang dibunuh dipanggil oleh jembalang tanah untuk memberitahu apa yang berlaku.

KRITIKAN: Manusia memainkan watak Hantu Bukit, Jembalang Tanah & Mambang Air. Maka seharusnys juga begitu pada Angin. Misalnya dimainkan oleh watak seorang perempuan yang seakan pari-pari yang sentiasa bergerak & dikejar hos & kru..

p/s: Good Review Pak Hassan!!. ada sesiapa yang nak bagi DVD short film nie.. Saya belum tonton lagi nie!!!.

"Talentime" Charity Screening.. 23 July 2010!!

Sebagai memperingati pemergian pengarah filem tersohor negara, Allahyarham Yasmin Ahmad pada Julai 2010, beberapa individu penting dilihat menganjurkan beberapa acara penting melibatkan Yasmin Ahmad secara peribadi. Terbaru, Tayangan Filem Talentime secara ekslusif akan di adakan pada 23 Julai 2010 di The Instant Cafe Theatre, Section 6, Petaling Jaya. Tayangan akan bermula pukul 8.00 malam secara percuma mengalu-alukan kehadiran semua pihak bagi memeriahkan acara yang di adakan sambil menderma. Untuk info selanjutnya, sila klik di sini.

p/s: My Love of Storyteller, Yasmin Ahmad...

Ahmad Idham dilantik Ketua Pengarah FINAS yang baru?

Ada ura-ura mengatakan pelakon, pengarah filem dan penerbit Excelent Pictures, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dilantik menjadi Ketua Pengarah FINAS yang baru bagi mengantikan Encik Mahyidin Mustakim. Benarkah andaian ini?. Kami masih menantikan berita dan info baru mengenai kesahihan berita yang sedang heboh diperkatakan di laman sosial facebook dan twitter ini. Jika benar apa salahnya dan jika tidak, ia mungkin satu gossip semata-mata.

Ahmad Idham yang kini mengarahkan hampir 15 buah filem termasuk Adnan Sempit dan Niyang Rapik ini merupakan Ahli Perbadanan FINAS yang dilantik beberapa bulan lepas dan gossip mengatakan beliau KP FINAS yang baru dan akan dilantik secara kontrak masih giat diperkatakan dikalangan penggiat filem tanahair. Namun, ketika ditemui rakan media, Ahmad Idham menafikan pelantikkannya sebagai KP FINAS walaupun secara logiknya beliau mungkin dilantik, dan ini bergantung kepada budi bicara dan keputusan YBhg Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri KPKK. Justeru, percaya atau tidak, nantikan info selanjutnya secara ekslusif akan datang...

p/s: Macam-macam.. hehehe

Jumaat, 16 Julai 2010

Shah Rukh Khan Versi M.Subash!!!

Walaupun perayaan Deepaavali masih jauh pada tanggal 5 November 2010, namun produksi Genius Parade Sdn. Bhd bersama rangkaian Astro melalui siaran Astro Ria, giat menerbitkan sebuah drama muzikal terhebat lakonan Sharifah Armani bersama M.Subash. Telefilem berdurasi 90 minit yang diarahkan oleh pengarah filem M.Subash, berjudul 'Aku SRK ( Shah Rukh Khan) bakal bersiaran secara ekslusif menjelang perayaan Deepavali, November 2010. Aku SRK yang diterbitkan bersama Surenthar ini merupakan sebuah drama yang amat menyentuh perasaan. Nantikan kemunculannya November 2010 di Astro Ria.

Trailer Ekslusif Aku SRK by M.Subash

p/s: M.Subash Shah Rukh Khan Versi Malaysia?. Ngee...

Rabu, 14 Julai 2010

'Estet dan Hantu Kak Limah'... garapan serentak Mamat Khalid!!!


Jika sesebuah filem arahan pengarah yang sama ditayangkan serentak pada masa yang agak sama, apakah penonton tempatan kita akan berpusu-pusu ke panggung?. Apakah mereka akan memilih jalur cerita yang menarik berdasarkan tajuk dan pemilihan pelakonnya?. Itulah persoalan yang bermain di minda saya apabila dimaklumkan bahawa dua buah filem arahan Mamat Khalid, 'Estet' dan 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', akan ditayangkan serentak pada September atau November 2010. Menurut sumber yang boleh dipercayai, filem Estet yang telah diluluskan tayangannya oleh LPF bakal menemui penonton tempatan September ini, jika tidak November 2010 lah, tarikh tayangannya. Itu terpulang pada kekosongan jadual menurut skim Wajib Tayang FINAS.

Seandainya Estet dan Hantu Kak Limah ditayangkan bersama-sama filem 2 Alam yang dijadualkan pecah panggung September 2010 ini, apakah penonton kite akan memberi sokongan kepada dua buah filem ini memandangkan Estet mempunyai plot yang agak kuat berbanding 2 Alam. 2 Alam terbitan produser sensasi, Dr. Rozmey tidak terkecuali juga memberi saingan kepada filem Mamat Khalid, apabila di war-warkan Estet bakal memenangi Filem Terbaik 2010. Walaupun ketiga-tiga naskhah ini belum ditayangkan kepada khalayak, namun populariti 2 Alam mengatasi Estet dan Hantu Kak Limah yang tidak mempunyai promosi yang hebat.

Walau sehebat manapun promosi yang dijalankan oleh pihak produksi, jika sesebuah filem hancur naratifnya, ia juga tidak berguna ; kerana filem yang baik akan mempengaruhi minda penonton untuk sama-sama menyaksikan serta berkongsi rasa sekaligus menjadi filem Box Office 2010 yang diakui kehebatannya bukan hanya bersandarkan populariti dan kontroversi.

p/s: Mamat Khalid kini mengarahkan filem terbaru arahannya , 'Apokalips', yang menjalani penggambaran di Pekeliling, Kuala Lumpur.

* Azwan cicak Annuar yang jadi tukang perabih makanan.. hehehe*

amy says : nak gi lokasi Akopalis Ahad ini.. tq

Isnin, 12 Julai 2010

Lagenda Duyong Aridinata.. mulai 12 Julai 2010!!!


Produksi Zeel Productions kerjasama TV3 akan menyiarkan sebuah drama bersiri terhebat, 'Duyong Aridinata', arahan Adam Hamid yang akan mula bersiaran mulai 12 Julai 2010 pukul 4.30 petang di TV3 dan 8.30 malam di TV9. Lagenda Duyong Aridinata yang menampilkan pelakon seksi, Natasha Hudson, Fasha Sanda dan Zack X-Factor akan menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis. Nantikan kehangatan Duyong Aridinata di kaca tv anda...

Exclusive Trailer Duyong Aridinata

foto bawah sekadar hiasan.

p/s: Cantik lokasi penggambarannya... klau buat filem mesti best tue.. Jangan sama plak mcm filem KRU FILEM tue ye.. ngee.

'Mannaan Urut Soop', 3 buah karya M.Subash akan datang!!!!



Selepas mencipta nama menerusi filem 'Pensil', pengarah filem M.Subash Mannaan kini giat menghasilkan beberapa buah karya. Terbaru, Mannaan, filem hitam putih arahan M.Subash dijangka bakal menemui penonton pertengahan 2010. Filem yang menampilkan bakat baru yang digilap menerusi program Worldstar Road To Hollywood, Ikhwal, memaparkan sebuah kisah bersifat kemanusiaan yang sangat tinggi.

Mannaan Trailer
height="340">

Selain daripada mengarahkan beberapa buah filem , M.Subash dan rakan partnernya, Surenthar melalui produksi Genius Parade Sdn. Bhd, bakal tampil dengan 2 buah karya terbaru, URUT dan SOOP. Filem yang diarahkan oleh M.Suurya ini khabarnya akan ditayangkan pada 2010 akan datang. Nantikan kemeriahan dan kerancakkan sinema Genius Parade bagi tahun 2010..

URUT Trailer

SOOP trailer

p/s: Saya belum lagi tengok Mannaan. Maaf pada Surenthar dan M.Subash yang invited me utk screening preview di finas, saya x dapat dtg coz saya ada shoot film documentary waktu tue. sorry.. Saya merasakan semua filem terbitan M.Subash walaupun diarahkan oleh orang lain, ia mempunyai nilai kemanusiaan yang sangat tinggi. Cuma saya rindukan karya macam Pensil yang membuatkan 'air mata' ramai penonton tertumpah..

-waiting SOOP dan URUT film preview.. let's go babe!!!

Jumaat, 9 Julai 2010

Kisah Hidup Lelaki Massage dalam Chukang!!!


Dah tengok filem kontroversi 2010, Chukang?. Jom kita saksikan The Making Of Chukang, Video Klip Chukang, Trailer Chukang dan Full Film Chukang... Tanpa bayaran sebelum ia disingkirkan!!!.. ngee.

Trailer Chukang

The Making Of Chukang


Chukang Theme Song

Chukang Film Part 1

Chukang Part 2

p/s: Chukang bakal difilemkan tidak lama lagi. Pengarahnya dalam pembikinan untuk menerbitkan filem Ratu Suntik.. kisah Suntik plak!!!.

akan datang ANU DALAM BOTOL ( ... DALAM BOTOL )...

Rabu, 7 Julai 2010

Yasmin Ahmad Exclusive Show at KL Pac, Kuala Lumpur!!!!

Julai 2010, genap setahun pemergian pengarah filem tersohor negara yang dikagumi, Allahyarham Yasmin Ahmad. Pemergiannya pada 25 Julai 2009 akan diingati sebagai tarikh keramat kehilangan besar buat Malaysia terutamanya dalam dunia filem dan penerbitan iklan komersial Petronas. Nama Yasmin Ahmad adalah idola aku sejak pembabitan pertamanya dalam filem Rabun sehinggalah terakhir Talentime. Yasmin seorang manusia biasa yang cukup peramah, baik dan tidak sombong. Maka pemergiannya tetap diingati sepanjang zaman.

Bertitik tolak dari sumbangan besarnya buat industri filem, Pengarah Projek Australia-Malaysia Film Festival 2010, Farah Al Amin dan Pengarah Seni, Kevin Bathman kini mempamerkan hasil nukilan mereka secara ekslusif bermula 5 Julai hingga 18 Julai 2010. Pameran yang menampilkan Yasmin Ahmad sebagai ikon ini sedang rancak di adakan di KL PAC Sentul, Kuala Lumpur bermula 5 Julai lepas. Pameran yang di beri nama 'In Her Own Words : A Celebration of Humanity and Universal Love' ini di adakan khusus bagi memperingati jasa dan pengorbanan Yasmin Ahmad dalam dunia perfileman tempatan dan antarabangsa. Ia mengalu-alukan kedatangan semua peminat filem dan di buka secara percuma.

Tarikh : 5 - 18 Julai 2010
Tempat : Kuala Lumpur Performing Arts, Sentul KL
Masuk : Percuma

My Tribute to My Love, Yasmin Ahmad..

p/s: Yasmin akan diingati sepanjang zaman!!. Aku nk g tengok pameran nie Sabtu nie.. sapa nk ikut Jom gi sana!!!

Selasa, 6 Julai 2010

... Dalam Botol bakal pecah panggung 2010!!!

Arja Lee berbogel dalam filem Anu Dalam Botol

Salam..

Kelakar jugak bila aku baca berita hiburan sejak akhir-akhir ini. Apa tidaknya, pelakon asal filem comolot, Arja Lee yang kini membintangi naskhah arahan Khir Rahman, ... Dalam Botol kini membuat kenyataan bahawa beliau berbogel 100% dalam filem tersebut. Jika di luar negara, itu sudah lumrah dalam filem-filem hollywood, tetapi apabila Malaysia membuat filem ada adegan sebegitu memang la cukup menggemparkan. Ketika isu ini berbangkit dan menjadi kontroversi, sempat juga saya menemui produser terhangatnya, Raja Azmi. Menurut Kak Raja, adegan bogel yang membabitkan Arja Lee memang ada dilakukan tetapi ia tidak dimasukkan dalam filem tersebut. Bukan sebab mencari kontroversi, tetapi ia perlu ada relevannya. Tambahnya lagi, penonton perlu menilai ... Dalam Botol dari sudut pemikirannya bukan pada kontroversinya. Betul juga kan?.

... Dalam Botol yang membabitkan banyak adegan seks sejenis ini bakal ditayangkan di Singapura, Indonesia dan Thailand sebaik sahaja ia ditayangkan di Malaysia pada pertengahan tahun 2010. Jika diharamkan sekalipun, saya pasti filem ini akan dinantikan ramai kerana banyak yang dipaparkan cukup menyentuh perasaan. Jadi, jangan kaburkan fikiran anda, tenang dan nantikan saja filem ini yang dikatakan akan pecah panggung 2010!!!

p/s: Pecah panggung RM 30 juta ye.. heheheh. kalah 2 Alam.. aku pun tak tau 2 Alam bile nk roboh panggung!!!