Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MANIFESTASITI2020 PENGALAMAN MUZIK LUAR BIASA SITI NURHALIZA. PRE ORDER SEKARANG!

Album Solo Studio ke 18, penyanyi kesayangan ramai, Dato' Sri Siti Nurhaliza akan dilancarkan di seluruh platform muzik bermula 3 Julai 2020. Kepada anda yang tidak sabar untuk memiliki album tersebut dalam bentuk CD, boleh membuat tempahan segera sebelum kehabisan stok!.

LAYAR SINEMA:NORMA BAHARU TAYANGAN FILEM TEMPATAN

Astro senantiasa memberikan pelbagai cara terbaik untuk menonton filem kepada pelanggan apabila membawa filem-filem terus ke rumah melalui saluran Astro First. Langkah ini telah membuka ruang buat penerbit di luar sana untuk membawa filem mereka ditayangkan buat pertama kali terus ke pawagam rumah penonton.

DI SEBALIK CERITA KONTROVERSI COMOLOT

Penghasilkan 'comolot' adalah kerana saya cukup mengkagumi karya Osman Ali menerusi filem eksperimental 'Bukak Api'. - AMY IKRAM

DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR, TOWN MALL FILEM SULUNG DATUK SERI EIZLAN YUSOF

TOWN MALL filem seram Eizlan Yusof yang bakal membuatkan penonton meremang di Astro First. Filem terbitan Enuja Production kerjasama Astro Shaw itu merupakah karya yang diinspirasikan daripada kisah benar.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.

Isnin, 30 Ogos 2010

'Radio Merdeka' - FINAS Merdeka TVC 2010!!!

FINAS Celebrated Merdeka 2010.
'Radio Merdeka', original script by Amy Ikram, produced by FINAS
Screenplay & Directed by : M.Hafiz Raup

Radio Merdeka by M.Hafiz Raup
p/s: Final Version for TV. Sorry atas sebarang kesilapan teknikal. Baru balik dari stesen TV.

Rabu, 25 Ogos 2010

2010 Petronas Merdeka TVC - Kereta Buruk

Iklan terbaru sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 terbitan Leo Burnett Advertising..

2010 Kereta Buruk Merdeka TVC Petronas

p/s: Miss Yasmin work.. AMIN

Selasa, 24 Ogos 2010

Hak tayangan 2 Alam... DR Rozmey mahu saman FINAS?

Benarkah produser sensasi, Dr Rozmey mahu saman FINAS? Ikuti luahan rasa produser filem 2 Alam ini menerusi laman facebook dan twitternya berhubung 'orang dalam FINAS' yang dikatakan menidakkan hak 2 Alam dari mendapatkan slot tayangan pada 18 November 2010!!.

Petikan dari Facebook dr rozmey | herba prima marketing.


dr rozmey | herba prima marketing mana-mana pihak dlm Finas yg mengunakan jawatan , utk menidakkan hak 2 Alam ditayang pada 18 NOV 2010 setelah memenuhi semua kriteria SWT Finas akan hadapi tindakan perundangan dari dR. Movei terhadap FINAS , ddr tidak kompromi dgn mana-mana pihak yg mahu sabotaj 2 alam dan ddr dari pecah panggung 40 juta pada 18 NOV , ini agenda martabatkan 1 Malaysia".

p/s: saya menunggu apa kata pihak FINAS pula berhubung kenyataan DR Rozmey ini. Apa pun saya mendoakan agar 2 Alam akan pecah panggung seperti yang diharapkan...

Isnin, 23 Ogos 2010

Hati-hati dengan Production Manager!!!

Dalam sesebuah produksi, samada penerbitan drama, filem, iklan komersial, dokumentari dan sebagainya, nama Production Manager atau Pengurus Produksi, singkatannya PM, adalah individu penting yang dilantik produser untuk memikul tanggungjawab bagi melaksanakan sesebuah penerbitan agar berjalan dengan lancar, bersistematik dan bertanggungjawab. PM sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyusun pelan serta jadual kerja, menguruskan produksi penggambaran, kewangan ( perbelanjaan ), menjaga artis dan sebagainya. Namun PM yang baik akan memastikan kerjanya berjalan lancar tanpa melibatkan pihak lain dalam melaksanakan sesuatu tugas, malahan tenaganya dibayar amat mahal dan cukup ekslusif. Tetapi, apa yang terjadi dalam mana-mana produksi adalah sebaliknya, iaitu PM buat hal dan menimbulkan masalah hutang yang cukup membebankan. Jika seseorang produser itu mengatakan bajet penerbitannya akan BUZZ disebabkan ketamakkan PM berbelanja tanpa memikirkan masa depan, PM itu perlulah peka dan jangan menimbulkan masalah kelak. Jika tidak, kepercayaan mana-mana produksi atas nama PM akan menjadi terbatas dan tinggallah PM menggigit jari menunggu surat saman dari pihak produksi..

p/s: Aku cukup serik bekerja dengan PM yang degil. Aku cakap BUZZ, dia buat ignore je. tengok sekarang sume hutang piutangnya sape nak bayar!!!. Dia ingat dia boleh terlepas!!! aku nk mintak dia bayar full payment hutang nie balik!!!!! boom boom!!

Sabtu, 21 Ogos 2010

'Yasmin Ahmad Collections Film'...

Setahun sudah pemergian Yasmin Ahmad.. setahun jugak lah legasi yang ditinggalkannya menerusi 6 buah filem terhebatnya, begitu jugak iklan-iklan petronas arahannya. 'Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime', meninggalkan impak yang sangat besar dalam dunia perfileman amnya. Karya agungnya itu tetap ditonton sebahagian peminat, lantaran menjadikan ia sebagai koleksi peribadi serta khazanah bernilai yang tidak akan luput ditelan zaman. Walaupun begitu banyak karya filem lain yang memasuki beberapa pawagam tempatan, tiada satu pun yang bisa menyentuh perasaan khalayak penonton, cuma filem Crayon, yang dikatakan menyamai karya agung sentuhan Yasmin Ahmad, pastinya dinanti-nantikan sebilangan warga filem dan penonton fanatiknya.

Dalam meneliti beberapa buah karya yang dihasilkan Yasmin Ahmad, terdetik di hati saya apakah tidak ada inisiatif sesetengah pihak untuk menerbitkan koleksi abadi Yasmin Ahmad bagi memperingatinya dalam arena perfileman negara. Koleksi itu boleh dihasilkan dalam bentuk Box Set yang mengandungi 6 karya filemnya, disamping temubual ekslusif dan iklan-iklannya. Jika ia benar-benar direalisasikan, mungkin saya orang pertama yang akan memiliki khazanah abadi ini untuk dijadikan rujukan dan tontonan generasi akan datang.

Menurut Orked Ahmad, karya-karya filemnya ( Yasmin Ahmad ) dipunyai hak ciptanya oleh pelbagai pihak, lantaran Orked tidak mempunyai kuasa untuk merealisasikannya. Mungkin anda pemegang hak ciptanya, atau rakan partnernya yang pernah bekerjasama dengan arwah Yasmin semasa hidup, apa kata realisasikanlah permintaan ramai pihak ini untuk melihat khazanah Yasmin Ahmad diabadikan sebagai koleksi kenangan sepanjang zaman.

p/s: Saya berharap mana-mana pihak dapat berbincang untuk menerbitkan khazanah Yasmin Ahmad ini agar karyanya filem tidak ditelan zaman. Saya juga menunggu filem Crayon hasil produksi tempatan yang dikatakan menyamai karya filem Yasmin. Bukan meniru tetapi sentuhan mereka amat menyentuh perasaan.

- amy ikram ismail

Tayangan Filem Dua Alam masih belum diputuskan lagi!!!

Filem berprofil tinggi yang dicanang produsernya, Dr. Rozmey masih belum diputuskan lagi tarikh tayangannya oleh FINAS ( Wajib Tayang). Menurut sumber yang boleh dipercayai, Dua Alam yang dijangka akan menemui penonton pada 18 November 2010 mungkin akan dipinda ke satu tarikh yang lain kerana tarikh tersebut telah ditentukan untuk tayangan filem Ngangkung. Apa-pun, saya masih menantikan keputusan rasmi samada Dua Alam akan ditayangkan pada 18 November jugak atau tidak!!.

p/s: Estet arahan Mamat Khalid akan menemui penonton awal November 2010!!!

Khamis, 19 Ogos 2010

Moga Cik Yat tabah....

Isteri Roslin Hashim, Norhayati Othman (kiri) hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam bersama peguamnya, Zulqarnain Lukman.

Kes Perceraian yang membabitkan jaguh badminton negara, Roslin Hashim dengan Norhayati Othman atau Cik Yat merupakan Pengarah Pemasaran, FINAS kini menjadi liputan panas di dada akhbar sejak semalam. Punca penceraian kedua-dua personaliti itu dikatakan berpunca dari produser filem sensasi, Raja Azmi. Menurut laporan, Raja Azmi di katakan berkesedudukan dengan jaguh badminton itu di sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini.

selanjutnya.. klik sini

Video Ekslusif Norhayati - Roslin Hashim
sumber : Berita Harian

p/s: Moga Cik Yat tabah dengan dugaan ini.

Selasa, 10 Ogos 2010

Celebrated Merdeka Day with Special Documentary ' Malayan Emergency & Vat 69 : Malaysia's Very Able Troopers"!!!!

Pengumuman!!!

FINAS kerjasama HISTORY CHANNEL ASIA akan mempersembahkan 'Malayan Emergency' & 'Vat 69: Malaysia's Very Able Troopers' di saluran History Channel & History Channel HD. Pastikan temujanji anda untuk menyaksikan dua buah dokumentari bertaraf antarabangsa yang dihasilkan oleh dua buah produksi tempatan. Ia produk kebanggaan Malaysia.

MALAYAN EMERGENCY akan bersiaran di saluran History Channel mulai 15 Ogos 2010, pukul 8.00 malam.


Vat 69 : Malaysia's Very Able Troopers akan mula bersiaran mulai 22 Ogos 2010 pukul 8.00 malam.

p/s: Selamat Menunaikan Ibadat Puasa Ramadhan, 11 Ogos 2010!!!

Seniwati Filem Melayu, Mariam Baharum meninggal dunia..


Warga Industri Filem mengucapkan salam takziah pada seluruh keluarga Seniwati Mariam Baharum. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi semalam kira-kira pukul 5.50 pagi di Yishun Condominium, Singapore. Primadona filem melayu klasik menerusi karya Aloha, Dewi Murni, Kembar, Aladdin, Kipas Hikmat, Abu Hassan Penchuri dan Antara Dua Darjat pergi meninggalkan harta besarnya dalam dunia perfileman klasik. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Mariam Baharum..

p/s: Seniwati Mariam merupakan ibu kepada penyanyi Rahimah Rahim, dan kakak kepada Allahyarham Datin Saadiah.

Jumaat, 6 Ogos 2010

'Want Malaysia dan Hantu Kak Limah' bakal serang Rumah Pena, esok malam!!!!

Kepada sesiapa yang tak ada duit nak tengok wayang, nak jimat duit dan suka tengok wayang percuma, apa kata malam esok sama-sama kita pi serbu Rumah Pena, Jalan DBP, KL bermula jam 7.30 malam. Di khabarkan, sebanyak 20 judul buah filem berdurasi pendek akan ditayangkan serentak tanpa henti mengalu-alukan kedatangan anda seluruh warga Kuala Lumpur, termasuk mak cik-mak cik, nenek-nenek dan anda pembaca setia blog ini. Juga difahamkan, sutradara tersohor negara selepas Yasmin Ahmad, saudara Mamat Khalid akan menayangkan filem pendek terbaru arahannya bertajuk Want Malaysia. Peminat filem bercorak komedi seram, buat pertama kalinya, 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' akan ditayangkan sedutannya, kemudian disusuli dengan Karipap Cinta arahan Hafsham. Jika anda mahu menyaksikan lebih banyak lagi filem ditayangkan, apa kata mai kita serbu Sindiket Soljah esok malam...

p/s: jumpa di sana!!!

Khamis, 5 Ogos 2010

Tiada filem tempatan sepanjang Ogos 2010!!!

Sepanjang bulan Ogos 2010, diumumkan bahawa tiada filem-filem tempatan akan ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bagi menghormati bulan ramadhan 1431 yang akan tiba pada 11 Ogos 2010. Tayangan filem berikutnya dijadualkan seperti biasa mulai September 2010. Untuk makluman anda, mulai September 2010, sebanyak 3 buah filem yang telah diluluskan tayangannya, iaitu 4 Madu, Senario Asam Garam dan Magika.

Filem 2 Alam terbitan DR Rozmey masih belum diputuskan tayangannya untuk tahun 2010. Kita masih menunggu keputusan dari pihak wajib tayang berhubung tayangan-tayangan filem tempatan.

Harap maklum.