Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 5 Ogos 2010

Tiada filem tempatan sepanjang Ogos 2010!!!

Sepanjang bulan Ogos 2010, diumumkan bahawa tiada filem-filem tempatan akan ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bagi menghormati bulan ramadhan 1431 yang akan tiba pada 11 Ogos 2010. Tayangan filem berikutnya dijadualkan seperti biasa mulai September 2010. Untuk makluman anda, mulai September 2010, sebanyak 3 buah filem yang telah diluluskan tayangannya, iaitu 4 Madu, Senario Asam Garam dan Magika.

Filem 2 Alam terbitan DR Rozmey masih belum diputuskan tayangannya untuk tahun 2010. Kita masih menunggu keputusan dari pihak wajib tayang berhubung tayangan-tayangan filem tempatan.

Harap maklum.

1 comments :

Adakah dengan makan di waktu siang didalam panggung atau meninggalkan solat tarawih kerana menonton menjadi penyebab kualiti filem melayu bertambah buruk.?

ikhlas
Penchinta Ruang Gelap