Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MICHELLE YEOH RANGKUL PELAKON WANITA TERBAIK DI OSCARS 95

Kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi Oscar ke-95, membuktikan anak Malaysia mampu terbang jauh ke Hollywood.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

KONSERT 25 TAHUN LAH AHMAD HABIS TERJUAL

Walaupun baru diumumkan dan tidak sampai 24 jam, tiket bagi menyaksikan konsert 25 Tahun Lah Ahmad habis terjual.

Khamis, 30 September 2010

Untuk Ke Persada Dunia: FINAS mencari Dokumentari yang terbaik!!!

P.RAMLEE THE BELATED SUPERSTAR , adalah judul dokumentari terbitan FINAS dan Pesona Pictures yang akan ditayangkan Oktober ini utk AETN Channel - History Channel & History Channel HD


Kepada semua pembikin filem tempatan samada professional atau tidak, di alu-alukan untuk menghantar proposal penerbitan dokumentari bertaraf antarabangsa sebelum 14 Oktober 2010. Proposal yang dihantar mestilah menarik dan berkualiti. Dokumentari yang terpilih akan berjaya disiarkan di saluran Nat Geo, Discovery Channel dan History Channel. Berminat?. Sila Klik di sini.

p/s:Bikin filem dokumentari yang isunya menarik ok?.

Selasa, 28 September 2010

'Zaiton: Ceritaku.. mungkin digagalkan?'



Apabila dimaklumkan salah seorang teman di Les Copaque Production mengenai filem yang mengetengahkan kisah kehidupan seorang bintang lagenda, Zaiton Sameon di layar lebar dengan judul Zaiton: Ceritaku, ramai beranggapan bahawa karya yang bakal menampilkan Mislina Mustaffa itu mungkin akan menyentuh perasaan penonton jika berjaya direalisasikan. Tetapi, tidak kerana filem ini mungkin tidak akan ditayangkan kepada umum kerana atas sebab-sebab tertentu. Ketika ditemui rakan media semasa Majlis Raya Upin dan Ipin di Shah Alam, produser filem tersebut, Burhanuddin Md Radzi menjelaskan bahawa Zaiton: Ceritaku sebenarnya sudah siap penggambaran dan beliau tidak berpuas hati dengan kualiti produk arahan Fauziah Nawi itu. Tambahnya lagi, amat memalukan jika filem itu ditayangkan dan ia akan ditunda buat sementara waktu bagi mencari dana baru.

Namun begitu, bagi saya seandainya Zaiton: Ceritaku diarahkan oleh pengarah yang betul-betul memahami selok belok dunia penerbitan dan pengarahan filem, pastinya ia tidak akan mengecewakan produser ini bahkan ia akan berjaya direalisasikan akhirnya.

p/s: Saya berharap agar En Burhanuddin dapat mencari pengarah yang betul-betul tahu selok belok dunia pengarahan filem bagi mewujudkan dramatik dan plot penceritaan yang baik. Saya syorkan beberapa nama yang dirasakan bagus - Osman Ali, Erma Fatima, Khabir Bhatia dan Rashid Sibir-, kerana mereka mampu menyentuh perasaan penonton sehingga mengalirkan air mata...

- Saya tidak percaya mutu lakonan Mislina itu teruk kerana ia pelakon yang terbaik dan boleh menjiwai watak, mungkin tiada pemahaman antara pengarah dan pelakonnya kot. Apapun saya percaya jika ia di hasilkan oleh pengarah filem yang bagus, sesebuah filem akan menjadi menarik dan dapat pecah panggung!! Tak gitu!!.

Isnin, 27 September 2010

Tayangan Filem Pendek Terbaik 2010 di FINAS!!! jangan lepaskan peluang ini!!!


Short Shorts Film Festival & Asia 2010 di Malaysia (SSFF & ASIA 2010) akan diadakan pada 1hb Oktober hingga 3hb Oktober 2010. Aktiviti-aktiviti utama ialah tayangan filem pendek dari seluruh Asia sebanyak 26 buah filem termasuk filem pendek dari Malaysia. Simposium dan ceramah berkaitan perfileman juga akan diadakan sempena festival ini. Orang ramai di jemput menghadiri SSFF & Asia 2010. Masuk adalah percuma, sebarang maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Latihan Perfileman di talian 03-41041372 / 73 / 75 / 78 & 03-41041402

JADUAL TAYANGAN

TAYANGAN #1 – SOUND STAGE STUDIO (2 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 10:00 am – 12:00 am & 2:30 pm – 4:30 pm
Moderator : Yasu Tanaka
Pengarah Jemputan: Akashdeep Singh (Malaysia)


Tajuk

Negara

Masa

Pengarah

1.

Backwards (animation)

USA

4:30

Aaron Hughes

2.

Boxer

Australia

11:52

Michael Latham

3.

Goat-walking

Japan

10:10

Ryugo Nakamura

4.

Lights

Germany

14:47

Giulio Ricciarelli

5.

Another Tea?

Japan

7:49

Yo Kohatsu

6.

Transit

UK

7:50

Chris Roche

7.

Bye-bye Birdie

Malaysia

11:04

Akashdeep Singh


Jumlah Masa

1:08:02


TAYANGAN #2 – PAWAGAM MINI P.RAMLEE/STUDIO 1 & 2
Masa : 10:00 am – 12:00 am & 2:30 pm – 4:30 pm
Moderator : Bea Tanaka
Pengarah Jemputan: Manesh Nesaratnam (Malaysia)


Tajuk

Negara

Masa

Pengarah

1.

Fard (animation)

France

12:57

David Alapont & Luis Bricano

2.

Forget-me-not

France

16:23

Katia Grivot

3.

Customer Support

Norway

5:02

Andre Ovredal

4.

Heal

Pakistan/
USA

23:59

Mian Adnan Ahmad

5.

True Beauty This Night

USA

10:09

Peter Besson

6.

The Invigilator

Malaysia

11:59

Manesh Nesaratnam


Jumlah Masa

1:20:29


TAKLIMAT:
Masa : 1:00 pm – 2:00 pm
Tajuk : Penulisan Skrip untuk Filem Pendek Oleh Mr. Yasu Tanaka
Tempat: Sound Stage Studio

TAYANGAN #3 – SOUND STAGE STUDIO (3 Oktober 2010 (Ahad)
Masa : 10:00 am – 12:00 am & 1:00 pm – 3:00 pm
Moderator : Yasu Tanaka
Pengarah Jemputan: Alfonso Torre III (Phillippine)


Tajuk

Negara

Masa


1.

Signalis (animation) by Adrian Fluckiger

Switzerland

4:51


2.

Diplomacy by Jon Goldman

USA

9:00


3.

Bonsai by Alfonso Torre III

Philippines

19:51


4.

Just a pitchby Eric Raynaud

France

23:05


5.

Happy Birthday by Sophie Fletcher

UK

9:29


6.

Tanhaby Izwan Masnan

Malaysia (UniMAS)

16:50



Jumlah Masa

1:23:06


TAYANGAN #4 – PAWAGAM MINI P.RAMLEE/STUDIO 1 & 2
Masa : 10:00 am – 12:00 am & 1:00 pm – 3:00 pm
Moderator : Bea Tanaka
Pengarah Jemputan: Margaret Bong (Malaysia)


Tajuk

Negara

Masa


1.

The Employment (animation) by Santiago ‘Bou’ Grasso

Argentina

6:17


2.

Experiment by Robin Jensen,

Norway

8:40


3.

Mr. Bubblegum by Shoh Kataoka

Japan

13:25


5.

The Bedwarmers by Pascal Mercay


Australia

7:00


6.

Vera by Thomas Korthals Altes

The Netherlands

10:40


7.

Eyefingerby Margaret Bong

Malaysia

10:53



Jumlah Masa

1:15:13


SIMPOSIUM :
Masa: 3:30 pm – 5:30 pm
Tajuk: Apakah Filem Antarabangsa? / Apakah maksud Filem Pendek.
Tayangan Filem Pendek “D.I.Y” Arahan Oleh Royston Tan.

Panel:

  1. Martias Mohd Ali (Malaysia)
  2. Seigo Tono (AJK SSFF, Jepun)
  3. Alfonso Torre III (Filipina)
  4. Royston Tan (Singapore)


p/s: Royston Tan pernah menghasilkan filem bertemakan 'gay love story', Anniversary yang ditayangkan di Singapura tahun lepas!!

Best Sangat ke Magika?!


Jika anda ke pawagam untuk menonton sesebuah filem, tentunya anda mahukan kepuasan dan keseronokkannya. Andaikata sesebuah filem itu sekadar cerita ringan yang merehatkan minda, maka Magika tentunya pilihan tepat bagi kaki wayang seperti anda. Tetapi, bagi anda yang tercari-cari sesebuah filem yang mengutamakan falsafah filemnya, storytelling yang mampu mencengkam minda dan mempunyai struktur plot yang kuat serta menyentuh perasaan, Magika bukan pilihan sesuai bagi penonton tegar seperti anda. Magika dibikin secara komersil, dibarisi ramai artis terkenal dan dibuat secara santai, tentunya ia berjaya di hati sesetengah penonton, tetapi tidak bagi anda yang datang dari keluarga yang betul-betul memahami naskhah sesebuah filem dan jalan penyampaiannya.

Namun, ini tidak bermakna Magika gagal sebagai sebuah filem. Jika ia gagal kenapa ramai penonton suka menonton gelagat beberapa pelakon dalam Magika?. Jika ia benar-benar gagal, tentunya panggung kosong dan berhabuk. Tetapi tidak!. Ini menunjukkan Magika berjaya dari sudut promosi dan pemasarannya. Jika dilihat dari aspek jalan ceritanya, Magika lemah dari sudut olahan storytelling di mana setiap watak yang diterjemahkan ke layar lebar, tidak dikupas secara drastik, misalnya watak Ning Baizura, Vanidah Imran dan sebagainya. Ini seolah-olah menunjukkan Magika hanya sebagai sebuah kisah penyedap rasa di kala kita kekusutan akibat banyak kerja!.

Jika anda mahu menonton Magika sebagai filem untuk hiburan, maka Magika sesuai buat anda sekeluarga. Tetapi ingat! Jika anda datang ke dunia Magika untuk mencari falsafah dan storytellingnya, baik lupakan aja kerana Magika dihasilkan oleh penggiat muzik di bawah label KRU bukan datangnya dari pengarah filem terbaik!!!.

p/s: Saya enjoy menonton Magika!!! Terpulang pada anda sama ada suka atau tidak!!

Esma Danial dan Erra Fazira dalam Muzikal Tun Mahathir...

Istana Budaya bersama CTRA Production telah mencipta satu sejarah dalam dunia persembahan pentas, di mana Muzikal Tun Mahathir berjaya dipentaskan dengan cukup cemerlang. Di barisi Erra Fazira, Esma Daniel dan Zizan Nin, Muzikal Tun Mahathir boleh dianggap sebuah pementasan yang mengkagumkan dan membanggakan.

Berdurasi 3 jam yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Muzikal Tun Mahathir memaparkan suka duka kehidupan silam, Tun Mahathir dari pelbagai sisi. Ia merangkumi zaman kanak-kanaknya, remaja, alam politik sehinggakan pertemuan antara Tun Mahathir dan Dr. Siti Hasmah digambarkan dengan cukup romantik.

Bintang filem, Erra Fazira yang memegang watak sebagai Tun Dr. Siti Hasmah, Esma Danial yang memegang watak Tun Mahathir ketika dewasa, Zizan Nin ketika remaja dan Shafieq Shazwan ketika Tun Mahathir zaman kanak-kanak, boleh dianggap satu persembahan yang mungkin tidak akan dilupakan segenap rakyat Malaysia.

Bagi anda yang belum menyaksikan Muzikal Tun Mahathir ini, segeralah ke Istana Budaya sekarang kerana pementasannya akan berakhir 4 Oktober 2010!!!.

p/s: Memang best teater ni. Dah la raut wajah Erra Fazira sebijik mcm Tun Dr. Siti Hasmah, manakala lenggok Esma Danial yang memegang watak sebagai Tun Mahathir ketika Dewasa, memang kena dan tepat pemilihannya.. Ayuh!!!!

Jumaat, 24 September 2010

Shah Alam Convention Centre... teraju utama Festival Filem Malaysia ke-23, 2010!!


Bermula 20 hingga 24 Oktober 2010, Festival Filem Malaysia ke-23, 2010 akan di adakan di bandaraya Shah Alam, menyaksikan Shah Alam Convention Centre sebagai tempat utama bagi penganjuran Malam yang cukup berprestij, Malam Anugerah FFM23, 2010. Dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro, FFM23 kali ini mempertaruhkan 191 penyertaan yang merangkumi pelbagai genre filem, termasuk filem animasi, filem pendek, filem dokumentari, dan filem cereka. Bertemakan 'Keindahan Malaysia - Di Persada Dunia dalam Konteks Filem', FFM23 kali ini lebih telus bagi memartabatkan filem Malaysia ke persada dunia.

Bakal menayangkan secara percuma bagi filem-filem yang bertanding, FFM23 kali ini memilih MBO Ampang, TGV Wangsa Walk dan Klang sebagai lokasi promo sekaligus menayangkan filem-filem bertanding secara ekslusif. FFM23, 2010 khabarnya akan dihadiri beberapa tetamu VVIP termasuk Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.

p/s: Bandaraya Shah Alam bakal menyaksikan kegemilangan FFM23 kali ini. Malam Anugerah akan diadakan pada 24 Oktober 2010. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang FFM23 akan dimaklumkan kelak...
-mengharapkan ESTET dan MUALLAF.. -

Khamis, 23 September 2010

... Dalam Botol telah diluluskan oleh LPF Malaysia?!!


Bakal ditayangkan serentak di seluruh Malaysia mulai awal 2011, penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman hari ini mengesahkan bahawa filem ... Dalam Botol telah lulus bersih oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). Karya yang dinanti-nantikan ramai ini, sebenarnya diarahkan oleh pelakon Khir Rahman yang berjaya diklafikasikan sebagai untuk tontonan 18 tahun ke atas. Menurut Kak Raja, filem yang memaparkan konflik cinta sejenis ini dilakonkan oleh pelakon Arja Lee, Wan Raja, Diana Danielle dan ramai lagi ini bakal menembusi pasaran antarabangsa termasuk di beberapa festival filem di seluruh dunia.


p/s: Dengar khabar filem ... Dalam Botol masih terperap di studio mix stage atas sebab-sebab tertentu. Apa sebabnya?. Pi la tanya Kak Raja sendiri la ye
AKAN DATANG 2011

'Magika.... Dunia Khayalan tanpa sempadan..!


'tiada yang mustahil dengan kuasa imaginasi, melaluinya kita mampu merentasi dua dunia yang di dalamnya terkandung pelbagai cerita yang mempunyai kisahnya tersendiri. Kita di bawa meneroka ke alam penuh khayalan yang tentunya menjanjikan pulangan yang cukup lumayan, penuh misteri dan menggemparkan. Apakah kita sudah bersedia menerokai alam penuh misteri dalam Magika?. Tentunya cukup menyeronokkan dan menghiburkan....', itulah kata-kata yang dapat saya simpulkan pada Magika, sebuah filem muzikal arahan Edry Abdul Halim. Filem terbitan KRU Films itu kini ditayangkan serentak di seluruh Malaysia bermula 23 September 2010. Filem yang bakal mengutip kutipan pecah panggung ini merupakan sebuah filem muzikal yang tidak mengecewakan anda sebagai penonton. Jom kita selidik apa yang menarik dalam Magika...

  • Jalan Cerita & Idea : Sebuah kisah yang membawa kita ke dunia yang tidak pernah kita bayangkan. Di dalamnya terdapat pelbagai watak yang pernah kita dengar melalui cerita-cerita dongeng akan kewujudan Naga Tasik Chini, Puteri Gunung Ledang, Badang, Pak Pandir, Mahsuri, Hang Tuah dan rakan-rakan, Bawang Putih Bawang Merah, Puteri Bunian dan sebagainya. Magika membawa kita ke dalamnya melalui watak Malik ( Fimie Don) dan Ayu ( Diana Danielle) yang pulang ke kampung halaman bersama bapa kandungnya, Murad ( Dato' Jalaluddin Hassan) . Di kampung, Malik merayau keseorangan, lalu tersesat di dalam hutan dan terjatuh ke dalam sebuah perigi yang akhirnya menemukan Malik melalui watak-watak pelik dalam dunia Magika. Di Magika, pelbagai kisah menarik, melucukan dan menyentuh perasaan terkandung dalam naskhah pertama arahan Edry Abdul Halim ini. Berjayakah Malik melarikan diri tatkala Nenek Kebayan ( Ziana Zain) menjadikan dirinya sebagai mangsa keadaan?. Nantikan saja Magika di pawagam berhampiran anda..
  • Watak dan Perwatakan : Semua pelakon yang membintangi filem Magika wajar dipuji atas keberkesanan lakonan yang dibawa mereka menerusi watak-watak yang diberi. Kesesuaian watak yang digalas bukan bermakna kecemerlangan lakonan para pelakon baru mahupun berpengalaman. Cuma, mereka itu hanya memegang watak berdasarkan apa yang ditugaskan sutradaranya. Misalnya, Ziana Zain memegang watak Nenek Kebayan yang sudah tua, tapi masih bergetah dan cantik, berbanding Ning Baizura ( Puteri Gunung Ledang) yang gemuk dan buruk akhirnya bertukar menjadi cantik melalui jamu ubatan ciptaan Nenek Kebayan Ziana. Apa yang cukup menarik antara kebanyakan watak yang dimunculkan dalam Magika, saya menyukai Puteri Bunian yang begitu banyak, lakonan pelakon cantik Maya Karin. Kemunculan beberapa cameo seperti Adibah Noor, M.Nasir, Ogy Ahmad Daud, Sharifah Armani dan sebagainya dalam Magika, menjadikan filem ini sebagai filem yang cukup rencah, berwarna-warni, dan indah seperti sebuah lukisan yang dilukis di atas sebuah papan kaca.
  • Sinematografi dan keindahannya : Magika sebuah filem yang cukup cantik sinematografinya, apatah lagi rakaman visual permandangan yang menghijau, pokok-pokok, dan gunung-ganang meletakkan Magika antara sebuah filem yang wajib ditonton seisi keluarga September 2010 ini.
  • Dialog dan pengucapannya: Terdapat dialog yang agak lucah di dalam Magika di mana Nabil ( Watak Orang Minyak) mempersoalkan kemaluan dan rambutnya. Ia disampaikan secara komedi, samada secara sedar atau tidak.
  • Antara sebuah Muzikal : Magika merupakan sebuah filem Muzikal yang penuh warna warni dimana setiap watak akan menyanyikan beberapa lagu bagi menunjukkan sesuatu rasa dan keadaan yang sudah berlaku atau sedang berlaku. Ia sepertimana karya Glee dan Drama Muzikal Hotel Mania.

'Dunia Khayalan tanpa sempadan', tentunya anda tidak mahu melepaskan setiap saat apa yang berlaku dalam Magika yang khabarnya telah merasuk penonton kita di pawagam!!.
Nak tahu lagi apa yang menarik dalam Magika?. Anda kena tonton sendiri filem ini di pawagam sekarang!!!

click here

p/s: Saya suka lagu Gebang nyanyian Maya Karin dalam Magika!!. Dapatkan Original Soundrack Magika di pasaran yang tulen..

Selasa, 21 September 2010

Magika.....Akan Datang 23 September 2010!!!


Filem Muzikal Edry Abdul Halim, Magika akan menemui penonton serentak di seluruh Malaysia mulai 23 September 2010.. Nantikan ulasan mengenai filem ini esok!!!


p/s: Dunia Magika malam ini akan menghantui The Curve, Damansara...

Dokumentari Ke Persada Dunia 2011!!!



PENERBITAN DOKUMENTARI ‘KE PERSADA DUNIA’ 2011

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berbesar hati mengundang anak Malaysia yang kreatif menghasilkan dokumentari bagi pasaran antarabangsa untuk tahun 2011.
Pendedahan kepada pengkarya tempatan tentang proses penerbitan program dokumentari yang diterima penyiar antarabangsa.

Siapa yang layak?
Peluang terbuka bagi penerbit dan individu yang mempunyai pelbagai cerita yang menakjubkan tentang Malaysia.

Obkektif

  • Pendedahan kepada pengkarya tempatan tentang proses penerbitan program dokumentari yang bertaraf antarabangsa.
  • Meningkatkan kualiti dokumentari Malaysia dengan menerapkan nilai komersial dan idea kreatif.
  • Membuka pasaran antarabangsa untuk syarikat tempatan berkembang maju dari peluang yang terbuka luas.
  • Merungkai pelbagai khazanah negara yang kurang dieksploitasi.
  • Mempromosikan keunikan masyarakat Malaysia.
  • Menjadikan dokumentari sebagai medium yang berperanan mendidik, menghibur dan bermaklumat.

Apa yang kami inginkan?

  • Mencari 26 dokumentari berdurasi 30 minit (13 cerita) dan 60 minit (13 cerita) yang berbeza serta memaparkan keunikan Malaysia dari pelbagai aspek seni budaya dan warisan.
  • Cerita yang mampu membuat penonton berfikir sejenak serta menarik minat masyarakat tempatan dan antarabangsa.
  • Cerita yang mengenengahkan karakter dalam situasi drama, konflik yang memerlukan penyelesaian atau peleraian.
  • Paparan dramatik yang membezakan antara dokumentari dan program video pendidikan.
  • Memiliki unsur drama dalam penceritaan berlandaskan fakta kajian, realiti dan logik.
  • Subjek yang mencerminkan identiti Malaysia dari sudut sosioekonomi, sains dan teknologi, hidupan liar dan budaya.

Apa yang kami tidak inginkan?

  • Topik yang umum.
  • Rancangan pendidikan dan kanak-kanak.
  • Rancangan majalah seperti melancong dan gaya hidup semasa.
  • Pendekatan subjek secara video eksperimental atau seni abstrak.

Bahasa

  • Dua versi – Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Format

  • Digital Betacam.
  • Setiap satu durasi 24 minit (30 minit program).
  • Setiap satu durasi 45 minit (60 minit program), one off.

Kos Pembiayaan

  • Program 30 minit = RM60,000 – RM125,000 setiap episod.
  • Program 60 minit = RM125,000 – RM200,000 setiap episod.

Jadual Gerak Kerja

  • 23 September 2010 - Pengumuman projek
  • 28 September 2010 - Bengkel Dokumentari (Penerangan)
  • 14 Oktober 2010 - Tarikh akhir penghantaran proposal
  • 28 Oktober 2010 - Pembentangan proposal (pitching)
  • 4 November 2010 - Keputusan pemilihan
  • 10 November 2010 - Seminar Dokumentari bagi yang terpilih
  • Disember 2010 – Jun 2011 - Penghantaran produk akhir

Bengkel Dokumentari (Penerangan)

  • Tarikh : 28 September 2010 (Selasa)
  • Masa : 3.30 petang
  • Tempat : Pawagam P.Ramlee, FINAS

Proses penghantaran Proposal

Sila hantar proposal (2 salinan) sebelum atau pada 14 Oktober 2010 ke :

Bahagian Produksi
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka
Lot 1662, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
Tel : 03 – 4104 1376 atau 03 – 4104 1391
Faks : 03 - 4108 2106


www.finas.gov.my
www.sinemamalaysia.com.my
production@finas.gov.my

  • Proposal Lengkap
  • Kos penerbitan mengikut format yang disediakan.
  • Jangkaan jadual produksi dan tarikh penghantaran produk akhir.
  • Profil individu yang terlibat.
  • DVD video korporat syarikat atau hasil kerja terdahulu.
P/S: Semua diperlawa untuk menghantar proposal penerbitan dokumentari 2011. Penerbitan yang berjaya akan disiarkan di saluran antarabangsa.

Ahad, 19 September 2010

Akan datang 11 November 2010, Crayon The Movie!!!!

Filem untuk remaja arahan Dean A.Burhanuddin, dibarisi Hon Kahoe, Faisal Abdullah, Adibah Noor, Joshry Adamme, Crayon The Movie akan menemui penonton tempatan mulai 11 November 2010!!. Nantikan kehangatannya!!!

Ekslusif Trailer


p/s: Khabarnya, Crayon The Movie seakan-akan filem Yasmin Ahmad. Benarkah begitu?. Saya belum menontonnya.. insya allah masuk panggung nanti tentunya filem ini akan membuka lembaran baru dalam sinema tempatan. Jika anda diluar sana yang sudah menonton Crayon masa Tayangan Perdana ari tue.. kongsi la ye di sini, apakah yang menariknya mengenai filem ini.

- saya tak leh beri komen sebab saya tak tonton lagi.. macam best!!!

Sabtu, 18 September 2010

Pelakon M.Rajoli meninggal dunia!!!


Pelakon veteran terkenal, Haji Mohd Rajoli bin Mohamed Zain, 65 atau M.Rajoli telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Ampang, Selangor, 17 September 2010, pukul 10.40 malam. Allahyarham yang menghidap penyakit kanser kalenjar otak ( Lymphoma) ini akan dikebumikan pada 18 September 2010, iaitu pagi sabtu.

Allahyarham yang terkenal dengan pelbagai watak menerusi filem dan drama, termasuk Rabun, arahan Allahyarham Yasmin Ahmad akan dikenang sebagai seniman serba boleh yang sukar dicari ganti. Tentunya ramai akan merindui lakonannya.

Al-Fatihah.. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

p/s: Allahyarham meninggalkan dua orang isteri kesayangannya, Hashimah Mat Din dan Wan Chik Daud.


Jumaat, 17 September 2010

Benarkah Dain Said bikin filem lagi?. Bunga Lalang?

Bunga_lalang

.........................................................................................................................................
Production News
from the Film Business Asia newsletter
Copy from Tuck Cheong Wong filem kita group

By Patrick Frater

Mon, 13 September 2010, 11:05 AM (HKT)


Production News

Principal photography gets underway next month on Malaysian-language action drama Bunga Lalang. The film has already attracted the attention of sales agent Arclight Films, which will handle it through its Easternlight division outside South East Asia.

The film is written and directed by Dain Iskandar Said with Nandita Solomon producing and Los Angeles based Tim Kwok of Convergence Entertainment as executive producer.

Styled in the vein of Thailand’s Ong-Bak (องค์บาก) and Indonesia’s Merantau, Bunga Lalang is an action story featuring three estranged brothers – an assassin, a businessman and a kickboxer -- who plot against each other without knowing each other’s true identities.

The cast includes Faizal Hussein, Hasnul Rahmat and Zahiril Adzim as well as local martial arts stars.

The technical crew includes cinematographer Jarin Pengpanich (Uncle Boonmee Who Can Recall His Past Lives ลุงบุญมีระลึกชาติ) and HK Panca (Macabre) as editor.

Said, who has a track record in commercials, documentaries and media art, previously directed Dukun, a film about black magic that was financed by Malaysian major Astro-Shaw, but which proved too controversial to release theatrically.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Belum sempat DUKUN arahan Dain Iskandar Said ( Dain Said) memasuki pawagam tempatan ( khabarnya produser tarik balik tayangan DUKUN atas sebab-sebab tertentu), kini pengarah tersebut tampil pula dengan karya terbaru, 'Bunga Lalang'. Betul ke?. Saya masih menantikan info-info terkini dari tuan director. Sorri, saya tak dapat ulas filem ini sebab saya belum menontonnya.. Apakah benar?.

Jadi saya harap pembaca yang marah-marah kat komen tue, jangan babitkan FINAS okay.. sebab ia tiada kena mengena dengan FINAS..


p/s: aku akan dapatkan info dari Dain Said nanti pasal filem ini. Apakah benar ia filem baru?. Tak ada promosi pun?. Jangan korang marah aku plak pasal artikel nie. pi la marah penulis artikel ini yang tgh send kt sume forum filemkita

Khamis, 16 September 2010

Selamat Hari Malaysia!!!

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara,Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

p/s: Selamat Hari Malaysia buat semua warga Malaysia!!!. Hargailah keharmonian dan keamanan negara kita yang dicintai....

Rabu, 15 September 2010

'Ketengahkan realiti kehidupan... Iklan Raya 'Fitting Room' mencetuskan kontroversi?


'Fitting Room', iklan Aidilfitri terbitan FINAS yang disiarkan baru-baru ini di beberapa saluran TV tempatan dan swasta dikatakan mencetuskan polimek tersendiri dikalangan beberapa individu sehingga menimbulkan kontroversi . Fitting Room yang mengetengahkan isu kehidupan dalam realiti sepasang keluarga muallaf yang diwakili watak Muthu , telah berkahwin dengan perempuan muslim berasal dari Sarawak. Muthu mempunyai seorang bapa yang masih beragama Hindu, tetapi mempunyai sifat kasih sayang terhadap anak kandungnya walaupun Muthu telah memeluk agama islam, begitu jua dengan Muthu yang mempunyai perasaan yang sama terhadap bapanya.

Iklan yang diarahkan oleh pengarah muda, Hadely Md Esa ini merupakan sebuah paparan realiti kehidupan masyarakat Malaysia yang sememangnya berlaku dalam kehidupan kita seharian. Ia cuba merungkai erti pengorbanan dan kasih sayang antara masyarakat walaupun berbeza warna kulit, agama dan budaya, tetapi mereka mempunyai sifat kasih sayang agung yang tidak boleh dijual beli.


Justeru, seandainya iklan ini ditarik balik tayangannya di beberapa stesen tv, maka kita malu ingin mengakui Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Wallahuallam.

p/s: Saya tidak merasakan Iklan Fitting Room ini mencetuskan kontroversi kerana ia cuba mengupas erti kasih sayang antara dua keluarga. Jika benar isu ini kontroversi, maka tidak perlulah lagi para penerbit atau pengarah menghasilkan iklan yang bertemakan keindahan satu Malaysia melalui paparan kehidupan sebilangan masyarakatnya.
-Iklan ini mengingatkan saya pada beberapa karya Yasmin Ahmad yang kini tiada pegantinya.
-Banyak yang memberikan respond positif terhadap iklan raya ini, so di mana kontroversinya?.

Selasa, 14 September 2010

Paparkan Realiti Dunia Artis.. Ibu Mee Segera kritikan tajam tapi komedi!!!

ASTRO Entertainment melalui saluran RIA telah menyiarkan sebuah drama bertajuk 'Ibu Mee Segera'. Drama berdurasi 90 minit hasil garapan Michael Ang dan skrip tulisan Amor Rizan ini merupakan sebuah kisah realiti tentang dunia artis yang sememangnya berlaku dalam dunia hiburan sekarang.

Paparan secara komedi melalui beberapa kritikan tajam disampaikan secara bersahaja oleh beberapa pelakon, menjadikan Ibu Mee Segera sebagai sebuah drama komedi, walaupun jalur pemikirannya lebih menjurus kepada perilaku dan sikap segolongan artis yang masih berpijak dibumi nyata atau sekadar lakonan dalam kehidupan mereka sendiri.

Kisah kehidupan beberapa personaliti dan selebriti disampaikan bersahaja melalui watak yang dilakonkan oleh Zizan Nin sebagai Lelaki Lembut yang mewakili kebanyakkan pekerja belakang tabir. Ia disokong oleh beberapa pelakon lain yang turut membantu dalam menghidupkan isi dan konteks sesebuah cerita.

Ibu Mee Segera mengupas tentang pergaduhan beberapa artis di lokasi penggambaran, Kisah Kehidupan Datuk Siti Nurhaliza dengan produk kecantikkannya, Kisah pelakon Sharifah Armani dengan dialog yang mencetuskan kontroversinya, kisah pengacara yang menggemparkan negara melalui pengakuan atas dunia pondannya, serta beberapa latar cerita yang difikirkan agak panas tetapi menghiburkan.

Justeru, Ibu Mee Segera yang disiarkan di saluran ASTRO RIA wajar ditonton oleh semua warga Industri Hiburan dan Filem Tempatan, kerana apa yang dipaparkan adalah sebuah cerita realiti yang benar-benar berlaku dalam kehidupan kita terutamanya yang berstatus bintang popular..
IBU MEE SEGERA

p/s: hahahahaha.. kelakar sungguh tapi penuh dengan kritikan tajam tapi agak santai!!

Isnin, 13 September 2010

Sekadar RM 10,000... nak bikin Satu Dokumentari?


Penerbitan sesebuah dokumentari untuk tayangan di beberapa stesen TV selalunya mencecah ratusan ribu ringgit, cuma bagi dokumentari bertaraf biasa, ia akan bermula dari anggaran RM 50,000 hingga RM 150,000. Jika anda mempunyai jalan cerita yang menarik dan bertaraf antarabangsa dengan plot 4 Act Structure, maka bajet yang diperuntukkan selalunya mencecah antara RM 80,000 hingga RM 200,000 bagi sebuah tajuk dokumentari dengan durasi tayangan dan penerbitan 45 minit.

Penerbitan dokumentari dibawah terbitan FINAS selalunya menjurus kepada skop siaran National Geography, Discovery Channel dan History Channel. Ada juga yang menerbitkannya untuk siaran tempatan, misalnya RTM. Yang peliknya, ada sebuah agensi kerajaan yang mahu menerbitkan dokumentari jabatannya dengan kos anggaran RM 10,000.00. Bagi saya, itu kos penerbitan murah bagi iklan 30 saat yang kualitinya tidak beberapa baik. Tetapi, ada jugak yang mahu melaksanakannya, bahkan menolak dan mengenepikan soal kualiti daripada kuantiti. Kata mereka, mahu melaksanakannya, soal kualiti tak mahu. Apakah ada seorang pengarah atau produser mahu menggadaikan maruah namanya semata-mata menghasilkan sebuah karya yang tidak begitu baik dan hanya 'menampal futej yang ada, membuat suntingan dan memasukkan muzik', lantaran menjadikan sesebuah produk tidak mencapai apa yang diinginkan.

Justeru, jangan kata produk itu teruk kualitinya, jika anda sendiri tidak ada bajet!!!..

Wallahuallam..

Ahad, 12 September 2010

'Pembunuh Sosilawati patut dihukum gantung dan dipanggang ke dalam api!!!'

Berita yang mengejutkan semua pihak dan menjadi kisah utama di semua dada-dada akhbar tempatan adalah mengenai 'Pembunuhan Kejam Usahawan Wanita terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya' yang dilaporkan dibunuh kejam dan abu mayatnya dicampak ke dalam Sungai Morib, Selangor. Ekoran daripada kes tersebut, tujuh ditahan termasuk seorang peguam berpangkat Datuk dikatakan menjadi dalang utama kes pembunuhan tersebut.

'Pembunuhan yang kejam, perlu diadili dengan adil di mana mereka yang terlibat patut dihukum gantung sampai mati serta dipanggang ke dalam api yang membara', kata seorang teman pembaca yang menyifatkan pembunuhan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan. Kes tersebut masih disiasat oleh pihak polis dan ia dikatakan sebagai kes pembunuhan yang melibatkan wang tunai RM 4 juta ringgit.


Moga yang terlibat perlu dihukum dengan seadilnya...



p/s: Macam-macam kalau sebab duit!!!
**Dapatkan Mingguan Malaysia hari ini untuk mengetahui sisipan berita selanjutnya**

Sabtu, 11 September 2010

From Independent Director... The Joshua Tapes, on Malaysian Cinema 30 September 2010!!!

The Joshua Tapes is a story of friendship, truth and redemption, and of how the search for these things sometimes hurt, but ultimately heals us all.

The Joshua Tapes tells the story of three young men as they set off on a road trip that takes them through the heartland of Malaysia. Mounting Reza’s Pajero, they head to the scenic East Coast, hoping to take in the sights as they go along.

As their journey takes a series of unpredictable turns and their own inner demons close in on them, the bonds of friendship that hold the boys together will be tested to the breaking point, leading them down a road of self-discovery…

start from 30 September 2010

1st Trailer

2nd Trailer

p/s: Salam Raya for you guys!!!

Jumaat, 10 September 2010

Salam Aidilfitri....

Khususnya buat semua pembaca setia, rakan blogger, rakan artis, teman wartawan, para karyawan filem, produser, rakan-rakan dan sesiapa jua yang mengenali diriku, dikesempatan ini ingin saya memohon seribu kemaafan andaikata selama ini terlanjur bicara dan terkasar bahasa... Salam penuh keikhlasan dari amy ikram buat semua dengan harapan mohon maaf, zahir dan batin...

'Selamat bercuti dan selamat hari raya..'
Salam Ukhwan dan Salam Satu Malaysia

amy ikram ismail

Khamis, 9 September 2010

Aidilfitri 2010 Jatuh pada 10 September 2010!!!!

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Seri Engku Ibrahim Engku Ngah, sebentar tadi telah mengumumkan bahawa umat islam di Malaysia akan menyambut perayaan Aidilfitri pada Jumaat, 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431H.

'Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 September 2010'

p/s: Selamat Hari Raya. Ada jugak yang membuat spekulasi tersendiri bahawa Raya jatuh pada Khamis. Tak tau mana diorang dapat berita tipu tue.. Jadi jangan propa okay!!!!

Rabu, 8 September 2010

'Fitting Room', TVC Aidilfitri 2010 FINAS kini ditayangkan di kaca TV anda!!!




Semua team produksi FINAS mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua rakyat Malaysia.. Saksikan TVC Aidilfitri 2010 'Fitting Room' arahan dan lakon tv Hadely yang diterbitkan untuk siaran sepanjang perayaan Aidilfitri 2010 oleh FINAS.

TVC AIDILFITRI 2010 FITTING ROOM
Malay Subtitle

TVC AIDILFITRI 2010 FITTING ROOM
English Subtitle

p/s: Salam penuh keikhlasan di pagi syawal dari saya buat semua rakyat Malaysia dan pembaca setia blog ini..

Selasa, 7 September 2010

'Kisah Terlanjur Maznah & Fendi di PKNS!!' 2 TVC Aidilfitri 2010!!!

Salam Aidilfitri 2010..
Saksikan 2 iklan raya terbitan Petronas dan PKNS!!!

TVC AIDILFITRI 2010 PETRONAS

TVC AIDILFITRI 2010 PKNS

p/s: Akan Datang.. TVC Raya FINAS...

Isnin, 6 September 2010

Iklan Raya 'Sinari Lebaran'.. TV3 memohon maaf!!

Media Prima Berhad menerusi syarikat miliknya, TV3 memohon maaf kepada jutaan rakyat Malaysia atas penayangan iklan 'Sinari Lebaran' yang telah ditayangkan di saluran tv3 bagi menyemarakkan perayaan Aidilfitri bagi tahun 2010. Iklan yang mencetuskan kontroversi itu memaparkan seorang kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan selalunya digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal. Malahan ada juga beberapa babak yang memaparkan cahaya pelita keluar menerusi kelopak bunga, ini menunjukkan sambutan perayaan Deepavali yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia.

Iklan yang berdurasi kira-kira satu minit itu juga menunjukkan visual seorang kanak-kanak merentasi Menara Berkembar Petronas, jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong yang terletak di Teluk Intan, Perak. Akibat daripada kritikan yang mencetuskan polimek yang luar biasa, pihak TV3 telah menarik balik tayangan iklan tersebut daripada disiarkan di TV3 dan pengumuman permohonan maaf itu akan dibuat di Buletin Utama TV3 malam ini.

Untuk menonton trailer iklan tersebut, sila ke artikel seterusnya...

p/s: Iklan ini diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010.

Ahad, 5 September 2010

Sinari Lebaran... gabungkan elemen Krismas dan Aidilfitri!!!

Stesen TV3 menerusi program Sinari Lebaran dikhabarkan menyiarkan iklan perayaan Aidilfitri dengan menggabungkan konsep agama antara Islam dan Kristian. Ini boleh disaksikan menerusi beberapa visual yang menunjukkan Aidilfitri seolah-olah seperti perayaan Krismas yang dirayakan sebilangan rakyat Malaysia yang beragama islam. Jika dilihat dari segi konsepnya, iklan Sinari Lebaran ini menggunakan teknik CGI sepenuhnya memanglah boleh dibanggakan, tetapi apabila menggabungkan dua agama dalam satu visual, ia seolah-olah menampakkan islam sebagai sebuah agama gabungan. Apakah iniasitif dan relevan TV3 menyiarkan iklan seumpama ini tatkala kita memerlukan lebih banyak iklan yang berkualiti dan tentunya tidak menyentuh sensitiviti dikalangan masyarakat islam khususnya..

Salam Aidilfitri 2010..

Sinari Lebaran

p/s: akan datang.. iklan raya Petronas dan iklan raya FINAS..

Sabtu, 4 September 2010

Garuda Soundrack Film Launching at Brickfield - 5 September 2010!!!

Semua rakan media di Malaysia dijemput hadir ke Majlis Perlancaran 'Garuda Movie Soundrack' pada 5 September 2010, pukul 2.00 petang bertempat di Gems Restaurant Brickfield. Majlis bertemakan agak santai mengalu-alukan kehadiran semua rakan media. Untuk makluman anda Filem Garuda ini merupakan filem tamil terbitan Malaysia arahan pengarah filem Pensil, M.Subash Maanan..

p/s: Jangan lepaskan peluang anda walaupun kita berpuasa... hehehe

2011.. ASTRO Beyond Sepenuhnya...

Menjelang tahun 2011, pelanggan Astro akan mengalami tontonan berdefinisi tinggi sepenuhnya menerusi semua saluran Astro. Astro Beyond dalam format HD merupakan siaran yang berkualiti tinggi dengan adunan bunyi dolby digital. Pelanggan Astro akan mengalami suatu keajaiban menerusi format tayangan menjelang 2011. Jangan lengahkan masa anda kerana Astro bakal menyajikan beberapa rancangan dalam format HD sepenuhnya menerusi beberapa saluran baru akan datang.

p/s: Pihak pengurusan kondo Merdeka Villa, Ampang mahu bertukar kepada rangkaian Beyond, tetapi bajet pelaksanaannya tidak mencukupi kerana dianggarkan satu kondo mencecah ribuan ringgit. so.. mcm mana ya..

Khamis, 2 September 2010

Appalam.. Papadom versi Tamil...





Nantikan 'Appalam' sebuah filem tamil arahan Afdlin Shauki. Filem yang diinspirasikan daripada filem Papadom ini sebenarnya sebuah filem komedi terbaik terbitan Tayangan Unggul Sdn.Bhd. 'Appalam' yang menampilkan Jaclyn Victor ini akan menemui penonton tempatan penghujung tahun 2010 ini..

Nantikan kehangatannya!!!!.

p/s: Appalam Papadom!!!

Rabu, 1 September 2010

September Time... meraikan 4 Madu, Senario Asam Garam dan Magika!!!



September time....
Upcoming films for Screening...

4 MADU - Directed by Prof.Madya A.Razak Mohaideen
9 September 2010


SENARIO ASAM GARAM - Directed by Prof. Madya Dr. Hatta Azad Khan
9 September 2010

MAGIKA - Directed by Edry Abdul Halim
23 September 2010

p/s: Filem Magika dan Senario Asam Garam adalah pilihan terbaik saya untuk tayangan September 2010...