Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 5 September 2010

Sinari Lebaran... gabungkan elemen Krismas dan Aidilfitri!!!

Stesen TV3 menerusi program Sinari Lebaran dikhabarkan menyiarkan iklan perayaan Aidilfitri dengan menggabungkan konsep agama antara Islam dan Kristian. Ini boleh disaksikan menerusi beberapa visual yang menunjukkan Aidilfitri seolah-olah seperti perayaan Krismas yang dirayakan sebilangan rakyat Malaysia yang beragama islam. Jika dilihat dari segi konsepnya, iklan Sinari Lebaran ini menggunakan teknik CGI sepenuhnya memanglah boleh dibanggakan, tetapi apabila menggabungkan dua agama dalam satu visual, ia seolah-olah menampakkan islam sebagai sebuah agama gabungan. Apakah iniasitif dan relevan TV3 menyiarkan iklan seumpama ini tatkala kita memerlukan lebih banyak iklan yang berkualiti dan tentunya tidak menyentuh sensitiviti dikalangan masyarakat islam khususnya..

Salam Aidilfitri 2010..

Sinari Lebaran

p/s: akan datang.. iklan raya Petronas dan iklan raya FINAS..

2 comments :

mugkinkah tv3 wakil freemason dajjal di malaysia????..awas umat islam sekalian...mereka cuba memecahbelahkan kita..waspada...

Celah Gelegar ingin memberi peringatan kepada seluruh warga Malaysia, jadikanlah ini sebagai pengajaran dan jangan sekali-kali mengulanginya kerana kita tidak tahu sejauhmanakan had kesabaran yang mampu ditanggung oleh mereka yang dipermainkan. Kita risau jika mereka hilang kesabaran dan pertimbangan kerena terlalu diasak dengan pelbagai provokasi, sudah tentu kecelakaanlah yang bakal menimpa yang pastinya akan mengecewakan pihak majoriti yang inginkan keamanan dan keharmonian. Walau bagaimanapun, Celah Gelegar juga ingin menyeru seluruh umat Islam agar jangan lah terlampau terbuai-buai melayan nafsu amarah. Pihak yang berkenaan telah mengakui kesalahan dan telah meminta maaf secara terbuka, jadi terimalah permohonan maaf itu kerana mungkin benar tiada niat tersembunyi disebaliknya. Sesungguhnya teguran telah didengar dan diambil tindakan sepatutnya

http://celahgelegar.blogspot.com/2010/09/tv3-tarik-balik-iklan-raya-tv3-2010.html