Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MICHELLE YEOH RANGKUL PELAKON WANITA TERBAIK DI OSCARS 95

Kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi Oscar ke-95, membuktikan anak Malaysia mampu terbang jauh ke Hollywood.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

KONSERT 25 TAHUN LAH AHMAD HABIS TERJUAL

Walaupun baru diumumkan dan tidak sampai 24 jam, tiket bagi menyaksikan konsert 25 Tahun Lah Ahmad habis terjual.

Ahad, 31 Oktober 2010

P.Ramlee : The Belated Superstar.. at History Channel, tonight!!!

'P.Ramlee : The Belated Superstar' buat pertama kalinya akan menemui penonton Malaysia, malam ini 9.00 malam di History Channel, 555. Sebuah dokumentari mengenai seniman lagenda ini dihasilkan oleh Pesona Pictures, dengan kerjasama FINAS dan History Channel. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan sebuah paparan yang amat menyentuh perasaan anda. Saksikan juga temubual secara ekslusif seniman tersohor P.Ramlee dan Saloma yang tidak pernah anda saksikan sepanjang hidup anda..


p/s: Saksikan juga Konsert P.Ramlee di P.Ramlee HD 188 - Astro Beyond

Isnin, 25 Oktober 2010

Magika Ungguli Filem Terbaik di FFM 23, 2010


'Magika', karya arahan Edry Abdul Halim yang diterbitkan oleh KRU Studios semalam dinobatkan sebagai filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23, 2010. Disiarkan secara langsung menerusi RTM 1 dan Astro Prima, Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 23 juga memberi penghormatan buat 'Muallaf, 'Estet, Cinta Ais Kacang @ Ice Kacang Puppy Love, dan Wohoo' kerana penghasilan karya sebegini bertemakan ke arah masyarakat majmuk Satu Malaysia. Dihoskan oleh 3 generasi, Malam FFM 23 menyenaraikan keputusan penuh pemenang dalam acara yang cukup berprestij ini:-

FFM 23 KEPUTUSAN PENUH

Poster Terbaik
BELUKAR

Pereka Busana & Kostum Terbaik
HASNAN YAACOB - MAGIKA

Lagu Tema Terbaik
EDRY ABDUL HALIM - PENYEMBUH RINDU - MAGIKA

Penataan Bunyi Terbaik
BRIAN NG - V3 SAMSENG JALANAN

Penataan Seni Terbaik
ANUAR PAHARUDDIN & JOHAN LUCAS - MAGIKA

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
SHASHI TARAN - ESTET

Pelakon Harapan Wanita Terbaik
DAPHNE IKING - BELUKAR

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
FIMIE DON - MAGIKA

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
NORLIANA SAMSUDIN - ADNAN SEMPIT

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
SHAHIEZY SAM - EVOLUSI KL DRIFT 2

Pengarah Harapan Terbaik
EDRY ABDUL HALIM -MAGIKA

Filem Komedi Terbaik
MY SPY

Filem Pendek Terbaik
PROJEK GENEX

Filem Dokumentari Terbaik
LASKAR SENOI

Filem Animasi Terbaik
BUAS

Skor Muzik Asal Terbaik
EDRY ABDUL HALIM, MAGIKA

Penyunting Terbaik
SYAMSUL YUSOF & HISHAM JUPRI - EVOLUSI KL DRIFT 2

Cerita Asal Terbaik
AHADIAT AKASHAH - LAGENDA BUDAK SETAN

Lakon Layar Terbaik
JUMAATUN AZMI - HAQ

Sinematografi Terbaik
RAJA MUKHRIZ - NIYANG RAPIK

Anugerah Khas Juri
WOHOO
MUALLAF
ESTET
CINTA AIS KACANG

Filem Box Office
ADNAN SEMPIT

Pelakon Veteran Wanita Terbaik
DATUK SARIMAH AHMAD

Pelakon Veteran Lelaki Terbaik
TAMAM IDRIS

Penggiat Belakang Tabir
JOHARI IBRAHIM

Pelakon Wanita Terbaik
LISA SURIHANI - LAGENDA BUDAK SETAN

Pelakon Lelaki Terbaik
BRONT PALARE - BELUKAR

Pengarah Terbaik
SHAMSUL YUSOF - EVOLUSI KL DRIFT 2

Filem Terbaik
MAGIKA

p/s: Tahniah buat semua pemenang!
** Ada jugak yang tak puas hati sebab aku asyik post info-info dalam blog aku. Nape ye?. Cakap la. X perlu cakap belakang!!!.

Ahad, 24 Oktober 2010

'Estet' bakal Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23?


'Estet', filem berjiwa Satu Malaysia dikatakan akan memenangi Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23, malam ini. Dipancarkan secara langsung menerusi RTM 1 dan ASTRO PRIMA, Festival Filem Malaysia ke 23 menyenaraikan TOP 5 bagi Filem Terbaik FFM 23, 2010. Apakah karya Mamat Khalid ini dinobatkan sebagai antara yang terbaik di FFM 23?. Nantikan keputusan penuh bagi setiap kategori malam ini.

CALON-CALON BAGI FILEM TERBAIK
FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 23, 2010

  • Belukar
  • Estet
  • Lagenda Budak Setan
  • Evolusi KL Drift 2
  • Magika
p/s: Saya merasakan ESTET akan menang besar malam ini. Tunggu je.


'Muallaf' tidak layak sebarang kategori di Festival Filem Malaysia ke 23, 2010?


Walaupun mendapat perhatian di peringkat antarabangsa, 'Muallaf' karya abadi, Allahyarham Yasmin Ahmad dikatakan tidak layak dipertandingkan dalam sebarang kategori di Festival Filem Malaysia ke 23. 'Muallaf' yang mengupas tentang persoalan kasih sayang dan isu keagamaan ini lahir dari pemikiran Yasmin Ahmad dikatakan sebuah karya yang mempunyai lakon layar terbaik berbanding filem-filem tempatan lain. Bakal membuat kejutan akhir di malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 23 di Shah Alam Convention Centre malam ini, 'Muallaf' berjaya meletakkan dirinya sebagai sebuah naskhah filem yang berjaya menyatukan rakyat Malaysia berbilang kaum. Namun, peninggalan Yasmin menerusi Muallaf akan dikenang sebagai sebuah karya yang amat menyentuh perasaan dan sensitiviti masyarakat Malaysia.

'Muallaf' dikatakan memenangi satu anugerah istimewa malam ini...

p/s: Muallaf karya abadi..

Jumaat, 22 Oktober 2010

2 Alam.. sebuah MTV atau filem?: Sungguh mengecewakan!!



Filem 2 Alam yang ditayangkan secara ekslusif malam Rabu lepas, sempena Perlancaran Festival Filem Malaysia ke-23, 2010 di The Curve, Damansara menyaksikannya sebagai sebuah karya filem yang 'gagal' . Digembar-gemburkan bakal mengutip pulangan tertinggi dalam sejarah box-office di Malaysia dengan anggaran RM 40 juta ringgit, 2 Alam yang diterbitkan produser sensasi, Datuk Dr. Che Rozmey bakal menemui penonton serentak di seluruh Malaysia bermula 18 November 2010. Menggunakan plot seakan sebuah telemovie untuk stesen TV, 2 Alam merupakan karya yang lahir dari impian dan keazaman yang tinggi untuk membawa filem Malaysia ke persada dunia. Mungkinkah?.

Filem Seksual tanpa tapisan?

2 Alam yang mengisahkan konflik kehidupan antara kematian dan kemasyuran dalam watak Adam atau Amy( lakonan bintang baru Suhaillah Salam) tidak dikupas secara drastik, malahan ia banyak menggunakan elemen flashback dalam gambaran visualnya.Dalam situasi ini, 2 Alam perlulah mengupas secara terperinci siapakah Adam dan siapakah Amy?. Ini perlu supaya plotnya tidak mengelirukan penonton. Rata-ratanya tertanya-tanya siapakah Adam dan siapakah Amy. Cuma, kita hanya disajikan dengan sudut visual yang kononnya simbolik melalui air pancuran, sabun, ikan dalam balang dan sebagainya. Paparan ini lebih panas lagi apabila elemen-elemen seksual ditayangkan tanpa tapisan, menjadikan 2 Alam sebuah muzikal romantik yang tidak layak ditonton oleh golongan remaja. Perhatikan babak mandi sabun antara lelaki dan perempuan ditayangkan secara mengghairahkan dalam 2 Alam. Apakah ia satu fenomena yang biasa dalam penghasilannya sesebuah filem?. Saya percaya penonton remaja pasti menyukai 2 Alam kerana ia menyajikan elemen seksual yang agak melampau, sekaligus dianggap sebagai sebuah filem seks untuk tahun 2010. Di manakah elemen dakwah menerusi filem 2 Alam?. Apakah cukup hebat hanya menggunakan elemen kematian, keagamaan dan kehidupan?. Inilah pancing Dr. Rozmey terhadap khalayak penonton, kerana rata-rata mereka akan memancut selepas habis menyaksikan sesebuah filem. Apakah 2 Alam sudah tersenarai?.


Tidak Layak digelar sebagai sebuah filem?.

'Banyak menggunakan elemen flashback, muzik yang melatari visual seolah-olah sebuah MTV Muzikal, Penataan bunyi yang membingitkan telinga ( Adakah itu Dolby Digital Surround?), Plot yang berkecamuk - tiada susunan 3 act stucture, Fade to black yang menggunakan Dissolve perkataan terlalu lama sehingga 3 minit - Ia digambarkan melalui kata-kata agama yang menginsafkan. Apakah 2 Alam tidak cukup futej atau disengajakan menggunakan falsafah sendiri?', adalah kata-kata yang dapat dilontarkan melalui 2 Alam, naskhah terhebat kata Dr. Rozmey yang bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri!!.. Kata teman media dan beberapa produser yang sempat menyaksikan filem 2 Alam, 'rata-ratanya menggeleng-gelengkan kepala tanda kecewa menyaksikan seperti dipermainkan, walaupun jalur ceritanya menginsafkan mengenai pertukaran jantina yang tidak diterima hukum alam'. Dua Alam karya arahan Hairie Othman yang tidak layak digelar sebagai sebuah filem!. Kenapa?. Pergilah tengok filem itu sendiri. Anda pasti berfikir dua kali samada mahu menontonnya atau tidak kerana setiap duit yang ingin dilaburkan untuk membeli tiket wayang pasti mahu kepuasannya bukan?. Jika saya diberi pilihan, saya sanggup membayar tiket untuk filem yang baik dan tentunya tidak akan membuang masa kerana 2 Alam bukan sasaran filem yang mempunyai naskhah yang baik. Tidak percaya.. pi la tengok sendiri k!. Anda sendiri boleh menilainya bukan?.

Tidak perlukan media

Apabila bercakap mengenai sesebuah filem, tentunya setiap dari kita samada pembikin filem atau para produser, mengimpikan karya arahan dan terbitan kita dipromosikan secara meluas di dada-dada akhbar, radio, televisyen dan panggung wayang. Dalam hal ini, 2 Alam tidak memerlukan media kerana bagi Dr. Rozmey urusan promosi dan publisti bagi 2 Alam terletak di tangan pengurusan DR Movie Productions. Sebab itulah, tayangan media bagi 2 Alam tidak akan dilakukan sehinggalah 2 Alam sendiri akan ranap panggung bermula 18 November 2010. Walaupun dipromosikan secara meluas di akhbar Kosmo melalui ruangan khas, 2 Alam nyata hebat di mata penerbitnya, tetapi tidak pada rakan-rakan media. Sebab, kami juga penonton dan kecewa dengan 2 Alam. Pi la baca ulasan penuh hormat dari tonton filem yang mengatakan 'ia sebuah karya laknat bagi tahun 2010'. Biarlah kita lihat penerimaan penonton sebenar semasa 2 Alam pertama kali masuk panggung nanti.. Jika mendapat sambutan, maka betullah anggapan Dr Rozmey mengatakan 2 Alam karya terhebat 2010.. Jika kutipannya suam suam kuku.. maka di mana perginya impian dan harapannya terhadap 2 Alam?. Tepuk dada Tanya Selera..

p/s: Semasa Tayangan Perdana FFM23 baru-baru ini di The Curve, Damansara. 2 Buah filem tayangannya serentak, iaitu ESTET dan 2 ALAM. Saya masuk tengok 2 Alam dan mengenepikan ESTET sebab saya tunggu betul-betul masuk panggung ESTET pada 4 November 2010 nanti. Tak rugi beli tiket bagi filem yang sebagus ESTET... Jika 2 Alam nak tonton sekali lagi dan buang duit.. saya terpaksa fikir dua kali.

- peminat filem perlu menonton Endhiran ( tamil) arahan Shankar yang dibarisi Rajnikanth dan Aishwarya Rai kerana ia filem 10 bintang saya bagi.. Untuk 2 Alam 0.5 bintang je-.

Khamis, 21 Oktober 2010

Magika ungguli 5 Anugerah Cipta di FFM 23, 2010


Filem Magika arahan Edry Abdul Halim dinobatkan sebagai yang terbaik di Malam Perasmian dan Perlancaran Festival Filem Malaysia ke 23, 2010 ( FFM23) di E@Curve, Damansara, 20 Oktober 2010. Magika mengungguli carta teratas di FFM 23 apabila memenangi 5 Anugerah Cipta di majlis perlancaran tersebut. Diterbitkan oleh KRU Studios, Magika memenangi Anugerah Pengarah Harapan Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Pereka Kostum dan Busana Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik serta tidak terkecuali antara Lagu Tema Terbaik di malam FFM 23, 2010. Dibarisi ramai selebriti popular, Magika bakal menemui penonton sekali lagi secara percuma, pada 21 Oktober 2010 pukul 3.00 hingga 6.00 petang menerusi program Tayangan dan Diskusi Filem, bertempat di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS. Semua dijemput hadir.

Selain Magika, beberapa filem lain turut memenangi pelbagai anugerah sebentar tadi. Di sini dilampirkan senarai penuh Anugerah Cipta FFM 23, 2010. Setiap kategori memenangi wang tunai RM 10,000 dan sebuah trofi.

Poster Terbaik
Belukar

Pereka Busana & Kostum Terbaik
Hasnan Yaacob ( Magika)

Lagu Tema Terbaik
Edry Abdul Halim - Penyembuh Rindu - Magika

Penataan Bunyi Terbaik
Brian Ng - V3: Samseng Jalanan

Penataan Seni Terbaik
Anuar Paharuddin / Johan Lucas - Magika

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
Shashi Tharan - Estet

Pelakon Harapan Wanita Terbaik
Daphne Iking - Belukar

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Fimie Don - Magika

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Norliana Samsuddin - Adnan Sempit

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Shaheizy Sam - Adnan Sempit

Pengarah Harapan Terbaik
Edry Abdul Halim - Magika

Filem Komedi Terbaik
My Spy

Selebihnya akan diumumkan di Malam Kemuncak Festival Filem Malaysia ke-23, Ahad, 24 Oktober 2010. Secara langsung dari SACC Shah Alam yang dipancarkan menerusi ASTRO PRIMA, RTM dan ulangan di ASTRO CITRA.

Nantikan debaran dan kehangatannya!!!

p/s: Selepas Malam Perlancaran FFM 23 dan pengumuman pemenang Anugerah Cipta sebentar tadi, juga ditayangkan filem ESTET dan DUA ALAM'..Nantikan ulasan 2 Alam secara ekslusif okay!!

Rabu, 20 Oktober 2010

‘Antara Cinta dan Persahabatan… menuntut satu pengorbanan’.. CRAYON, adaptasi romantik ala Yasmin Ahmad.


Setiap daripada kita mengimpikan sebuah kehidupan yang serba lengkap, di temani teman-teman, keluarga dan insan yang kita sayangi. Ada juga di antara kita yang hidup berpaksikan kekayaan tanpa mensyukuri nikmat pemberian tuhan kerana apa yang dianugerahkan adalah datang dari maha pencipta sekelian alam. Namun, walau apapun darjat yang kita miliki, kita cuma satu di bawah lukisan-lukisan alam yang mempunyai struktur warna kehidupan, tentunya mempunyai ragamnya yang tersendiri. Kita tersenyum melihat diri kita di cermin, tanpa memikirkan kesedihan orang lain. Setiap apa yang kita miliki cuma sementara, hanya cinta dan persahabatan mampu merungkai erti sebuah kehidupan. Crayon, lahir dari erti sebuah pengorbanan. Pengorbanan itulah mewujudkan rasa tanggungjawab antara kita, walaupun sesama jantina. Namun, tanpanya kita tidak mungkin mengenal dunia dan penghuni alamnya.

Bakal ditayangkan serentak di seluruh Malaysia bermula 11 November 2010, Crayon arahan sutradara muda, Dean A.Burhanuddin yang diterbitkan oleh Linda Ziegler dan Elise A.Hamid dari produksi Zioss Film Sdn Bhd merupakan sebuah filem tentang pengorbanan dan kekeluargaan. Menampilkan bintang Talentime, Ka Hoe, Ariff Faisal, Adibah Noor dan Joshry Adamme ,Crayon menyajikan plot penceritaan yang agak menarik di mana kisah kehidupan anak-anak yatim menjadi kekuatan utama dan tunjang penceritaan Crayon. Di adaptasikan dari sebuah kisah benar, Crayon merupakan karya filem seakan Yasmin Ahmad kerana jalur cerita dan paparan serta gaya olahannya. Walaupun Crayon dikatakan mempunyai kesamaan dari segi pemikiran Yasmin, namun olahannya juga menerapkan elemen krtikan sosial pada kehidupan. Pada babak akhir penceritaan, penonton di bawa menyelami kisah anak-anak yatim di mana paparannya lebih menjurus kepada persamaan filem dan karya pembikin lain. Crayon memaparkan Konsert bagi mengutip dana untuk membantu anak yatim. Ia menyelitkan elemen sutradara Mamat Khalid menerusi filem Man Laksa. Perhatikan pada set up konsert dalam Crayon!. Ia seakan-akan babak dalam Man Laksa.

Sebelum ditayangkan di Malaysia, Crayon khabarnya akan berputar di beberapa negara di antaranya Los Angeles. Jika anda peminat tegar karya Yasmin Ahmad, tentunya anda menyukai Crayon, kerana ia sebuah filem yang mempunyai semua yang anda inginkan. ‘Life is rough around the edges just like…’ Crayon filem berwarna-warni tahun 2010. Nantikan kehebatannya..

TAYANGAN SERENTAK 11 NOVEMBER 2010

CRAYON.. CINTA DAN PENGORBANAN..

Selasa, 19 Oktober 2010

'Cuti Cuti Cinta... gagal sebagai sebuah cerita menarik!!


Dalam banyak-banyak filem terbitan Metrowealth, hanya satu filem sahaja yang dapat aku kategorikan sebagai karya 'biasa' yang langsung tidak menarik untuk ditonton di pawagam. Bukan memboikot atau mengutuk, tetapi Cuti Cuti Cinta arahan Ahmad Idham ini membuatkan aku berfikir dua kali, 'apakah motif lakonan Azizah Mahzan dan Zaibo', yang memegang watak sebagai Tan Seri Zaini dan Puan Seri Salmah. Lakonan mereka berdua seolah-olah memaksa aku dan teman yang lain merasai kebodohannya kerana watak yang dilakonkan mereka begitu jelek. Mungkinkah itu kehendak pengarahnya?. Persoalan yang bermain di minda aku adalah, kenapa lakonan mereka sebegitu, apatah lagi lakonan Zack Zaidi yang juga terpesong pada arah yang sama. Cuma, hanya watak yang dilakonkan Cat Farish sebagai Encik Mahmood yang berpewatakkan lembut menjadi penyelamat pada Cuti Cuti Cinta yang akan masuk panggung bermula 21 Oktober 2010. Dijayakan juga oleh ahli kumpulan Fabulous Cats, Cuti Cuti Cinta dapat dikategorikan sebagai karya romantik komedi 2010 yang 'kurang ummphnya'. Jika anda suka.. saya tak boleh paksa anda. Tepuk dada tanya selera.


** Aku malas nak review panjang-panjang sebab filem ini agak biasa dan ia gagal sebagai sebuah cerita menarik** Pi la tengok sendiri okay**

p/s: Jangan lupa Tayangan Perdana ESTET dan 2 ALAM malam ini di The Curve Damansara selepas FFM 23 Launching Nights. Semua teman media dijemput hadir..

Isnin, 18 Oktober 2010

FFM 23, 2010: ESTET tidak layak ke Skor Muzik Terbaik?


Pembukaan rasmi bagi filem terbaik, Estet arahan Mamat Khalid pada malam Tayangan Perdana FFM 23, 20 Oktober 2010 ini akan membuktikan Estet antara filem terbaik di Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 23. Bakal bersaing bagi merebut anugerah Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Sinematografi terbaik, ESTET tewas pada kategori Skor Muzik Terbaik dalam top 5 FFM 23. Walaupun di anggap mempunyai susunan muzik dan skor yang dihalusi secara terperinci, 2 buah lagu dalam Estet langsung tidak tersenarai antara yang terbaik bagi kategori tersebut. Ketika di temui rakan media, pengarah tersohor yang mencipta nama menerusi karya Man Laksa, Kala Malam Bulan Mengambang dan Zombi Kampung Pisang itu, menyifatkan bahawa muzik dalam ESTET dicipta khusus bagi menggambarkan betapa harmoninya masyarakat Malaysia. Dihasilkan oleh komposer tempatan, Ayuh Kawan dan Cahaya Kemenangan merupakan dua buah lagu tema yang cukup unik untuk dihayati dalam Estet.


Walaupun tidak tercalon dalam kategori Skor Muzik Terbaik, filem Estet di katakan bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri di Malam Anugerah FFM 23 pada 24 Oktober 2010 ini. Untuk makluman anda, ESTET akan ditayangkan secara ekslusif pada 20 Oktober 2010 di The Curve, Cineplexes Damansara, di samping 2 Alam merupakan karya pecah dan ranap panggung 40 juta. Nantikan kemuncaknya pada 24 Oktober ini. Jumpe kami di sana!!!!.


p/s: suka lagu dalam Estet.. memang superb!!!
** Malam Perlancaran FFM 23 pada 20 Oktober 2010 di The Curve Damansara 7.45 malam. Juga Tayangan 2 Alam dan Estet**. Bagi anda yang sudah mendapat pas jemputan.. sila la datang.. yang x dapat.. sila lah gigit jari ye.. hehehe

'Di Mana Kan Ku Cari Ganti' Konsert P.Ramlee di Saluran HD ASTRO!!


Dipancarkan secara langsung menerusi saluran ASTRO BEYOND HD, Konsert P.Ramlee, 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti', buat pertama kalinya akan di siarkan dalam format definsi tinggi pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak. ASTRO juga akan menyiarkan sebuah dokumentari P.Ramlee pada 31 Oktober 2010 terbitan FINAS dan History Channel dengan kerjasama produksi tempatan Pesona Pictures. Nantikan pengumuman terkini mengenai konsert ini akan datang..

p/s: Mulai 2011, Astro akan memperkenalkan lebih banyak saluran HD terbaru..


Konsert P.Ramlee akan membariskan beberapa artis popular secara langsung Oktober 2010 ini.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Kemuncak Festival Dokumentari Malaysia 2010..

Dipancarkan secara langsung dari Soundstage Studio, FINAS, bermula 8.00 malam ini, Festival Dokumentari Malaysia 2010 kali ke-2 merupakan sisipan penting dalam penganjuran Festival Filem Malaysia ke-23, 2010. Bakal dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya dan Siti Sakinah, Festival Dokumentari Malaysia 2010 mempertaruhkan beberapa filem dokumentari terbaik bagi merebut pelbagai kategori yang dipertandingkan. Antara filem dokumentari yang tercalon diperingkat akhir penjurian FDM 2010 ini adalah:-

  • Among The Great Apes With Michele Yeoh
  • Laskar Senoi
  • Siapa Sybil
  • Emergency
  • The Malayan Emergency
  • Honey Hunters of Malaysia
  • Fight Master Silat
Nantikan keputusan penuh Festival Dokumentari Malaysia 2010 malam ini...
8.00 malam - Soundstage Studio FINAS

p/s: Nantikan kehangatannya..

Jumaat, 15 Oktober 2010

'Malaysia To The World 3.. FINAS Documentary with National Geography Fund!!



KUALA LUMPUR, MALAYSIA (11 OKTOBER 2010) – Saluran National Geographic dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hari ini melancarkan inisiatif `Malaysia to the World’ untuk tahun ketiha berturut-turut, sekali gus mempelawa produser tempatan dan pembuat filem untuk mengemukakan idea-idea baru bagi membangunkan dokumentari-dokumentari yang memaparkan kisah-kisah yang tidak diketahui dan dari pandangan berbeza di Malaysia. Tarikh tutup penyertaan adalah 01 November 2010.

Dibawah ‘Malaysia to the World 3’, Saluran National Geographic dan FINAS akan memberikan peranan membuat tiga dokumentari asli selama sejam kepada pembuat filem Malaysia. Bilangan dokumentari yang ditawarkan telah ditambah tahun ini bagi memberikan lebih banyak peluang kepada bakat pembuat filem tempatan memaparkan kisah-kisah Malaysia mereka kepada dunia.

“Inisiatif ini akan memberikan platform yang unik untuk memupuk, memelihara dan meningkatkan industri pembuatan filem di Malaysia. Selama bertahun-tahun, kerjasama kami dengan Saluran National Geographic telah menghasilkan sebilangan program dokumentari berkualiti tinggi yang mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi yang diiktiraf untuk bakat-bakat pembuat filem bersaing, kemudahan-kemudahan dan sumber-sumber yang ada. Kami gembira dapat menerusikan perjalanan ini dengan Saluran National Geographic untuk memaparkan lebih banyak lagi kisah Malaysia dengan taraf antarabangsa,’’ kata Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS.

Para peserta yang berminat boleh mengemukakan cadangan idea cerita mereka berdasarkan empat tema khusus iaitu:

  • Jejak Peranakan – menceritakan cerita unik budaya peranakan menerusi mata personaliti yang penuh warna-warni tatkala jejak-jejak akhir budaya itu kian menghilang daripada wajah kemodenan Malaysia.
  • Budaya makanan – menjejak kisah-kisah di sebalik beberapa juadah yang paling disukai di negara ini
  • Perjalanan Malaysia – cartakan perjalanan istimewa Malaysia menerusi lensa jurugambar ternama atau selebriti
  • Inside – dapatkan akses unik kepada orang luar biasa, tempat atau acara, seperti apa yang dibawa oleh Saluran National Geographic kepada penonton di seluruh dunia termasuk di dalam Kota Larangan China, Mekah dan pertabalan Yang diPertuan Agong Malaysia yang ke-13.

Pembuat filem yang disenarai pendek akan diberi pembiayaian untuk menghasilkan dokumentari sejam dalam definisi-tinggi, dibawah seliaan ketat penerbit eksekutf National Geographic Channel yang pernah memenangi anugerah, Cik Mok Choy Kin, Pengarah Produksi Serantau.

Sehingga ke hari ini, Saluran National Geographic dan FINAS telah menerbitkan bersama sejumlah enam filem dokumentari iaitu Becoming a King, Megastructures: SMART Tunnel, Fight Master: Silat, Among the Great Apes with Michelle Yeoh dan terbaru A Leader’s Legacy: Tun Abdul Razak dan The Untold Truth About Supermokh. Program `Malaysia to the World’ telah berjaya menghasilkan kemahiran kepada sebilangan pembuat filem Malaysia yang paling berbakat dan kreatif.

“Inisiatif penerbitan bersama ‘Malaysia to the World 3’ menunjukkan komitmen jangka panjang kami dan usaha berterusan dalam menjadikan saluran-saluran kami lebih dekat dan relevan kepada penonton tempatan. Budaya, warisan dan tradisi Malaysia yang pelbagai memberikan banyak kisah unik dan tidak diketahui. Kami gembira untuk meneruskan perkongsian panjang kami dengan FINAS dan pembuat filem tempatan untuk membawa kisah-kisah mengagumkan ini kepada penonton kami,’’ kata Basil Chua, Pengarah dan Ketua Wilayah Fox International Channels di Malaysia dan National Geographic Channel Asia.

Penyertaan untuk ‘Malaysia to the World 3’ perlu memaparkan pengkisahan menarik dengan pembangunan watak yang kusat dan kisah peribadu yang akan mendedahkan kebenaran besar mengenai sesuatu tempat atau budaya. Para peserta juga dinasihatkan supaya pergi lebih jauh supaya sesuatu yang orang ramai dapat kenal menerusi subjek yang tidak pernah difilemkan selama ini atau mencari sudut-sudut yang tidak pernah diteroka mengenai subjek yang diketahui umum. Sebagaimana dengan kebanyakan dokumentari Saluran National Geographic, para penonton diberi akses unik dan perspektif dalaman terhadap orang, tempat atau acara yang luar biasa.

Menambah kepada kriteria-kriteria yang menjadikan sesebuah dokumentari Saluran National Geographic itu menarik, Chua berkata, “Kami mencari kisah-kisah menarik yang kuat yang akan memberi perspektif baru, mencetuskan rasa ingin tahu, menolak hingga ke sempadan dan mencabar status qio. Pada masa yang sama, kami juga melihat kepada dokumentari yang mempersembahkan pengkisahan yang menghiburkan untuk penonton kami.’’ Penilaian akan dibuat berdasarkan keaslian kandungan dan kreativiti, kemahiran yang relevan dan rekod pengalaman, bajet produksi dan prestasi semasa membuat penggambaran.

Penyertaan terbuka kepada semua syarikat produksi yang berdaftar dengan FINAS, dengan sekurang-kurangnya 50 peratus petugas produksi bagi projek itu adalah rakyat Malaysia atau penduduk tetap. Tarikh akhir mengemukakan penyertaan ialah pukul 5 petang pada Isnin, 25 Oktober 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.natgeofinas.com atau hubungi Cik Mok Choy Lin di mok@ngcasia.com.

Mengenai National Geographic Channel

National Geographic Channels International (NGCI) mengajak penonton untuk memikir semula cara mereka menonton televisyen dan dunia melalui program pintar dan inovatif. Syarikat perniagaan yang dimiliki oleh National Geographic Television (NGT) dan FOX Entertainment Group, NGCI menyumbang kepada komitmen National Geographic Society's untuk meneroka, memulihara dan mendidik.

Di seluruh dunia, Saluran National Geographic (termasuk NGC U.S. yang merupakan satu usahasama NGT dan Fox Cable Networks Group) boleh didapati di 250 juta kediaman (termasuk isi rumah separa hari) di 166 negara dalam 34 bahasa. Di Malaysia, Saluran National Geographic dan Saluran National Geographic HD boleh didapati di Saluran Astro 553 dan 573. Untuk maklumat lanjut, layari www.natgeotv.com.

Mengenai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ditubuhkan pada 1981 untuk mengalakkan, memelihara dan membantu industri pembuatan filem di Malaysia. FINAS telah membangunkan pelbagai kemudahan untuk menggalakkan industri ini termasuklah mewujudkan skim kemudahan kredit yang membolehkan pembuat filem muda untuk menguji bakat mereka.

Insentif seterusnya yang diberikan kepada pembuat filem tempatan adalah dengan menjemput mereka menghasilkan program televisyen dalam format filem atau format video. Kini terdapat lebih daripada 300 syarikat filem yang berdaftar dengan FINAS. Bagi menggalakkan pembuat domentari di Malaysia, FINAS menggalakkan penghasilan dokumentari yang bertemakan budaya, sejarah dan sosio-ekonomi.

# # #

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Nini Yusof / Tengku Shamel
Fox International Channels
Tel: +603 2287 0860 / +603 2287 8505
Telefon bimbit: +6017 870 7029 / +6012 395 9965
Emel: nini@startv.com / tengku.shamel@sg.startv.com

Dikeluarkan di Malaysia oleh:

Jay Ong / Vicky Wong
Text 100 Malaysia
Tel: +603 2282 2152
Telefon bimbit: +6012 980 0735 / +6012 459 5818
Emel: jay.ong@text100.com.my /vicky.wong@text100.com.my

sumber: National Geography & Sinema Malaysia FINAS

p/s: Semua dijemput hadir esok ke Malam Anugerah Festival Dokumentari Malaysia 2010 di Soundstage FINAS kul 8.00 malam. Juga di adakan beberapa aktiviti menarik dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Sebarang pertanyaan, mohon hubungi Urusetia Festival Dokumentari Malaysia di 03-4104 1455


Khamis, 14 Oktober 2010

TOP 5 Festival Filem Malaysia ke 23, 2010!!!

Filem Manakah akan dinobatkan Filem Terbaik 2010 di Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 23, 2010?. Berlangsung hari ini, 14 Oktober 2010 bertempat di Plenary Hall, Shah Alam Convention Centre, diumumkan senarai pendek bagi TOP 5 FFM 23!!. Nantikan kehangatannya!!!.

Pelakon lelaki terbaik
1. Bront palare – Belukar
2. Esma Daniel – Santau
3. Farid Kamil – Lagenda Budak Setan
4. Shamsul Yusof – Evolusi KL Drift 2
5. Zul Huzaimy – Haq

Pelakon Wanita Terbaik
1. Jasmine Micheal – Estet
2. Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan
3. Maya Karin – Pisau Cukur
4. Mislina Mustaffa – Karaoke
5. Putri Mardiana – Santau

Lakon Layar Terbaik
1. Ahmad Idham – Niyang Rapik
2. Azahari Zain – Santau
3. Jason Chong – Belukar
4. Jumaatun Azmi – Haq
5. Mamat Khalid – Estet

Cerita Asal Terbaik
1. Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan
2. Brian Iskandar – Haq
3. Edry Abdul Halim – Magika
4. Mamat Khalid – Estet
5. Uttam Kumar – Pulau Asmara

Sinematografi Terbaik
1. Indra Che Muda – Estet
2. Indra Che Muda – Santau
3. Mohd Noor Kassim – Magika
4. Raja Mukhriz – Niyang Rapik
5. Ramli A. Bakar – Belukar

Penyunting Terbaik
1. Ahmad Mustadha – Niyang Rapik
2. Brian Ng – Santau
3. Brian Ng – V3: Samseng Jalanan
4. Hisham Jupri – Evolusi KL Drift 2
5. Lim Sheu Fen – Belukar

Skor Muzikal Asal Terbaik
1. Brian Ng – Santau
2. Brian Ng – Niyang Rapik
3. Brian Ng – V3: Samseng Jalanan
4. Edry Halim – Magika
5. James Baum – Evolusi KL Drift 2

Filem Animasi Terbaik
1. Atok Poie Pekan – Animagis Sdn Bhd
2. Buas – Charukphong
3. Chellup – Elite Animation
4. Ramadhan Mat Jo – Elite Animation
5. A Day In A Life of Mr. Teddy – Arshad Noor

Filem Pendek Terbaik
1. Hargai Sejarah Anda – Yellow Pictures
2. Srok – Syaabani
3. Sub Rosa – Nadiah Hamzah
4. Projek Genex – Ainotek
5. The Five Rules – UiTM Shah Alam

p/s: Mampukah ESTET arahan Mamat Khalid merangkul Filem Terbaik FFM 23?. Nantikan keputusan penuh di FFM 23 Awards Night 24 Oktober 2010, 8.30 malam secara langsung dari SACC Shah Alam, di TV1, Astro Prima dan ulangan di ASTRO CITRA.

* Nantikan juga Festival Dokumentari Awards Night pada 16 Oktober 2010 di Sound Stage Studio FINAS kul 8.00 malam.. Jom ke sama**

Rabu, 13 Oktober 2010

Dokumentari Ke Persada Dunia.. Tarikh Tutup 21 Oktober 2010!!!


Perhatian buat semua karyawan filem tempatan samada secara professional atau tidak, dimaklumkan bahawa Tarikh Akhir Penghantaran Proposal Penerbitan Dokumentari Ke Persada Dunia dilanjutkan sehingga 21 OKTOBER 2010!!. Lanjutan tersebut bagi membolehkan para produser dan karyawan filem menghasilkan cadangan proposal yang terbaik dan diiktiraf diperingkat antarabangsa. Proposal yang terpilih akan dimaklumkan kelak... Harap Maklum.

klik sini untuk info seterusnya...

JADUAL PERLAKSANAAN

  • 23 September 2010 - Pengumuman projek
  • 2 November 2010 - Short List Workshop (Penerangan)
  • 21 Oktober 2010 - Tarikh akhir penghantaran proposal
  • 16-17 November 2010 - Pembentangan proposal (pitching)
  • 25 November 2010 - Keputusan pemilihan
  • 10 November 2010 - Seminar Dokumentari bagi yang terpilih
  • Disember 2010 – Jun 2011 - Penghantaran produk akhir

Berikut adalah senarai-senarai dokumentari yang telah diterbitkan di bawah penerbitan Produksi FINAS.

  1. Making The Cut
  2. The Woodsmiths
  3. The Lion Dance King
  4. Pipe Dreams
  5. Restoring Merdeka
  6. Becoming A King
  7. Mengurai Zaman Silam / Unburying The Past (Kerjasama dengan Jabatan Warisan)
  8. Muzik Melayu: Episod 1
  9. Muzik Melayu: Episod 2
  10. Muzik Melayu: Episod 3
  11. Muzik Melayu: Episod 4
  12. Islam Hadhari: Episod 1
  13. Islam Hadhari: Episod 2
  14. Keris: Episod 1
  15. Keris: Episod 2
  16. Yang Di-Pertuan Agong ke XII
  17. Yang Di-Pertuan Agong ke XIII
  18. Tembaga
  19. Silat
  20. Pertukangan Perak
  21. Bumi Pribumi
  22. The Making of Malaysian Society
  23. Adat Perkahwinan Masyarakat Minang
  24. Adat Perkahwinan Melayu Melaka
  25. Kuil Sri Mahamariaman (Pulau Pinang)
  26. Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi (Melaka)
  27. Perayaan Aadi Perukku
  28. Tadau Kaamatan
  29. Pesta Gawai
  30. Pesta Lepa-Lepa
  31. Gasing
  32. Agop Batu Tulug (Keranda di Lahad Datu)
  33. Jalur Gemilang
  34. Merdeka Satu Warisan Bangsa
  35. Tun Sambanthan
  36. Tokoh-Tokoh Merdeka
  37. Malaysia Special: Smart Tunnel
  38. Institusi Parlimen Malaysia
  39. Bukit Tengkorak
  40. The Joss Stickmaker
  41. The Sea smiths
  42. The Wind Chucker
  43. Honey Hunters of Malaysia
  44. Al-Maunah: The Malaysian Arms Heist
  45. The Jean Perera Murder
  46. Spellbound : Crimes Of The Mind
  47. Fight Master Silat
  48. Among The Great Apes With Michelle Yeoh
  49. Garam Bario
  50. Inside Silat
  51. The Residency Years
  52. Kelingkan
  53. Bangunan Sultan Abdul Samad
  54. Kasa Merah Si Saka Biru
  55. Silambam
  56. Profil Tun Hajjah Rahah
  57. Berendoi
  58. Semai
  59. Batik
  60. Kontrak Sosial
  61. Supermokh
  62. Tun Razak
  63. Adat Pantang Bersalin Melayu
  64. Pemburu Kerbau Liar
  65. Atik Lah Ki’eh (Inilah Kami)
  66. Lintah:Satu Perubatan
  67. Ratu Telinga
  68. Mengenal Keunikan Masyarakat Chitty
  69. Adat Pepatih
  70. Pikat (Sound Of Nature)
  71. Tarian Dabus
  72. Raja Kelapa
  73. Kembara 1Malaysia

p/s: Ingat.. jangan hantar proposal sama tajuk plak seperti di atas. Cari lah topik yang menarik, tentunya proposal anda terpilih...


Selasa, 12 Oktober 2010

Tawaran menarik!!! Tayangan Perdana FFM23, 2010!!!


Ingin menjadi penonton pertama yang menonton filem tersebut di Tayangan Perdana FFM 23, 2010?. Bertempat di The Curve, Cineplexes, Damansara pada 20 Oktober 2010, amy ikram ingin memberikan anda 2 pas percuma untuk menonton filem tersebut di Gala Night FFM 23, 2010 Tayangan Perdana. Cukup mudah, anda perlu menjawab beberapa soalan dan emelkan penyertaan anda sebelum 16 OKTOBER 2010!!!


SOALAN

  1. Nyatakan filem apakah yang akan ditayangkan pada malam Tayangan Perdana FFM 23, 2010 pada 20 Oktober 2010?
  2. Nyatakan salah seorang artis yang akan membuat persembahan pada Malam Perlancaran FFM23 pada 20 Oktober 2010 di The Curve, Damansara?
Lengkapkan Slogan di bawah:-

Saya memilih filem....................... ini untuk Tayangan Perdana FFM23 adalah kerana.................................
(mestilah tidak kurang daripada 30 patah perkataan).


Semua pemenang akan dimaklumkan melalui emel.
Keputusan adalah muktamad!!!

p/s: teka je filem apa...



Isnin, 11 Oktober 2010

Festival Filem Dokumentari 2010!!! akan datang 16 November 2010


Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia berminda kelas pertama, satu iniasitif padu diwujudkan bagi mencorak pemikiran masyarakat agar mampu berdaya saing dalam pelbagai bidang. Hasrat tersebut dikotakan melalui penganjuran pelbagai aktiviti yang membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mencungkil segala apa yang tersurat dan tersirat supaya dapat diterjemahkan ke layar kaca. Paparan secara sinematik yang menekankan segala aspek kehidupan adalah rencah utama dalam pembikinan satu anugerah yang akan diingati dan yang terbaik menerusi Festival Filem Dokumentari 2010.


Festival yang dianjurkan kali ke-2, adalah sisipan menarik di dalam Festival Filem Malaysia ke 23. Diwujudkan buat pertama kalinya pada tahun 2009, Festival yang julung-julung kali ini di adakan bertujuan untuk melahirkan warga filem khususnya pembikin filem dokumentari agar menghasilkan karya yang terbaik, bermaklumat, berkualiti tinggi dan mempunyai plot penceritaan yang cukup mengkagumkan. Elemen penceritaan dalam penerbitan sesebuah dokumentari haruslah mempunyai ketepatan dari segi maklumat dan isi kandungannya, bahkan segala fakta dan sejarah yang dirungkai perlulah asli dan tidak ditokok tambah. Namun begitu, apa yang perlu diberi perhatian dalam pembikinan sesebuah dokumentari adalah plot penceritaannya dan character development di mana ia merujuk kepada paparan secara langsung mengenai karektor seseorang yang cuba ingin diketengahkan dalam sesebuah dokumentari.Jika ini yang cuba dilaksanakan, maka penerbitan dokumentari yang dinanti-nantikan, akan tersemat sebagai sebuah karya yang cukup berpotensi dan boleh dianggap sebuah paparan yang membanggakan sekaligus memartabatkan nama Malaysia ke persada dunia.


Penganjuran Festival Dokumentari 2010 ini adalah agenda FINAS melalui Bahagian Produksi yang bertindak sebagai urusetia. Penglibatan pelbagai pihak merangkumi stesen RTM, Media Prima, ASTRO dan beberapa penerbit dokumentari lain di dalam Festival ini menampakkan bahawa penganjuran aktiviti sebegini adalah yang terbesar di dalam sejarah Festival Filem, sekaligus dianggap berprofil tinggi sepertimana yang termaktub di dalam Dasar Perfileman Negara.


Festival Filem Dokumentari 2010 ini diharapkan dapat membuka peluang sebanyak mungkin buat semua rakyat Malaysia untuk berganding bahu dalam menyampaikan apa yang tersirat kepada khalayak mengenai sesuatu isu yang dirasakan menarik untuk dikongsi dan diketengahkan. Paparan terbaik akan diiktiraf, sekaligus membuka peluang kepada penggiat dokumentari tempatan samada secara professional atau tidak untuk mencuba nasib dalam penerbitan seumpama ini. Inilah platform terbaik buat anda yang mempunyai pelbagai kisah untuk dikongsi oleh jutaan penonton samada tempatan ataupun antarabangsa.


Di adakan pada 16 Oktober 2010 bertempat di Soundstage FINAS, Festival Filem Dokumentari 2010 ini menyediakan pelbagai kategori menarik dan memberangsangkan. Ia terbahagi kepada 4 kategori penting, antaranya:-


i. Dokumentari Ilmiah/Sejarah

ii. Dokumentari Kesenian/Kebudayaan

iii. Dokumentari alam semula jadi/pelancongan

iv. Dokumentari Isu Semasa/Kemasyarakatan


Namun begitu, setiap penyertaan yang dihantar akan diadili oleh panel juri professional. Setiap pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai, sebuah trofi dan sijil penyertaan.

HADIAH PERTANDINGAN

Unit Produksi mencadangkan hadiah pertandingan adalah seperti berikut:

i. Dokumentari terbaik Keseluruhan (Anugerah Cipta)yang akan disampaikan pada malam anugera FFM-22.

- RM 10,000.00 dan Trofi

- Sijil Penghargaan

- Dana Penerbitan Dokumentari FINAS

ii. Kategori Dokumentari Ilmiah/Sejarah terbaik

- RM 5,000.00

- Trofi

- Sijil Penghargaan

iii. Kategori Dokumentari Kesenian/Kebudayaan

- RM 5,000.00

- Trofi

- Sijil Penghargaan

iv. Kategori Dokumentari Alam Semula jadi/Pelancongan

- RM 5,000.00

- Trofi

- Sijil Penghargaan

v. Dokumentari Isu Semasa/Kemasyarakatan

- RM 5,000.00

- Trofi

- Sijil Penghargaan

vi. Pengarah Terbaik

- RM 3,000.00

- Trofi

- Sijil Penghargaan

vii. Sinematografi Terbaik

- RM 3,000.00

- Trofi

- Sijil Penghargaan

viii. Skrip Terbaik

- RM 3,000.00

- Trofi

- Sijil Penghargaan

x. Jurukamera Terbaik

- RM 3,000.00

- Trofi

- Sijil Penghargaan

xi. Anugerah Khas Juri

- RM 3,000 x 2 anugerah

= RM 6,000.00

Sebagai makluman, Festival Filem Dokumentari mempunyai 80 penyertaan merangkumi pelbagai tajuk dan ia dibahagikan kepada 4 kategori penting.

PENYERTAAN SYARIKAT LUAR / TV3 / ASTRO / FNM / RTM

BIL

KATEGORI

JUMLAH PENYERTAAN

1

KESENIAN / KEBUDAYAAN

13

2

ISU SEMASA / KEMASYARAKATAN

16

3

ILMIAH / SEJARAH

24

4

ALAM SEMULAJADI / PELANCONGAN

15

JUMLAH

68

PENYERTAAN FINAS

BIL

KATEGORI

JUMLAH PENYERTAAN

1

KESENIAN / KEBUDAYAAN

4

2

ISU SEMASA / KEMASYARAKATAN

1

3

ILMIAH / SEJARAH

6

4

ALAM SEMULAJADI / PELANCONGAN

1

JUMLAH

12

JUMLAH KESELURUHAN : 80