Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 11 Oktober 2010

Festival Filem Dokumentari 2010!!! akan datang 16 November 2010


Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia berminda kelas pertama, satu iniasitif padu diwujudkan bagi mencorak pemikiran masyarakat agar mampu berdaya saing dalam pelbagai bidang. Hasrat tersebut dikotakan melalui penganjuran pelbagai aktiviti yang membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mencungkil segala apa yang tersurat dan tersirat supaya dapat diterjemahkan ke layar kaca. Paparan secara sinematik yang menekankan segala aspek kehidupan adalah rencah utama dalam pembikinan satu anugerah yang akan diingati dan yang terbaik menerusi Festival Filem Dokumentari 2010.


Festival yang dianjurkan kali ke-2, adalah sisipan menarik di dalam Festival Filem Malaysia ke 23. Diwujudkan buat pertama kalinya pada tahun 2009, Festival yang julung-julung kali ini di adakan bertujuan untuk melahirkan warga filem khususnya pembikin filem dokumentari agar menghasilkan karya yang terbaik, bermaklumat, berkualiti tinggi dan mempunyai plot penceritaan yang cukup mengkagumkan. Elemen penceritaan dalam penerbitan sesebuah dokumentari haruslah mempunyai ketepatan dari segi maklumat dan isi kandungannya, bahkan segala fakta dan sejarah yang dirungkai perlulah asli dan tidak ditokok tambah. Namun begitu, apa yang perlu diberi perhatian dalam pembikinan sesebuah dokumentari adalah plot penceritaannya dan character development di mana ia merujuk kepada paparan secara langsung mengenai karektor seseorang yang cuba ingin diketengahkan dalam sesebuah dokumentari.Jika ini yang cuba dilaksanakan, maka penerbitan dokumentari yang dinanti-nantikan, akan tersemat sebagai sebuah karya yang cukup berpotensi dan boleh dianggap sebuah paparan yang membanggakan sekaligus memartabatkan nama Malaysia ke persada dunia.


Penganjuran Festival Dokumentari 2010 ini adalah agenda FINAS melalui Bahagian Produksi yang bertindak sebagai urusetia. Penglibatan pelbagai pihak merangkumi stesen RTM, Media Prima, ASTRO dan beberapa penerbit dokumentari lain di dalam Festival ini menampakkan bahawa penganjuran aktiviti sebegini adalah yang terbesar di dalam sejarah Festival Filem, sekaligus dianggap berprofil tinggi sepertimana yang termaktub di dalam Dasar Perfileman Negara.


Festival Filem Dokumentari 2010 ini diharapkan dapat membuka peluang sebanyak mungkin buat semua rakyat Malaysia untuk berganding bahu dalam menyampaikan apa yang tersirat kepada khalayak mengenai sesuatu isu yang dirasakan menarik untuk dikongsi dan diketengahkan. Paparan terbaik akan diiktiraf, sekaligus membuka peluang kepada penggiat dokumentari tempatan samada secara professional atau tidak untuk mencuba nasib dalam penerbitan seumpama ini. Inilah platform terbaik buat anda yang mempunyai pelbagai kisah untuk dikongsi oleh jutaan penonton samada tempatan ataupun antarabangsa.


Di adakan pada 16 Oktober 2010 bertempat di Soundstage FINAS, Festival Filem Dokumentari 2010 ini menyediakan pelbagai kategori menarik dan memberangsangkan. Ia terbahagi kepada 4 kategori penting, antaranya:-


i. Dokumentari Ilmiah/Sejarah

ii. Dokumentari Kesenian/Kebudayaan

iii. Dokumentari alam semula jadi/pelancongan

iv. Dokumentari Isu Semasa/Kemasyarakatan


Namun begitu, setiap penyertaan yang dihantar akan diadili oleh panel juri professional. Setiap pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai, sebuah trofi dan sijil penyertaan.

HADIAH PERTANDINGAN

Unit Produksi mencadangkan hadiah pertandingan adalah seperti berikut:

i. Dokumentari terbaik Keseluruhan (Anugerah Cipta)yang akan disampaikan pada malam anugera FFM-22.

- RM 10,000.00 dan Trofi

- Sijil Penghargaan

- Dana Penerbitan Dokumentari FINAS

ii. Kategori Dokumentari Ilmiah/Sejarah terbaik

- RM 5,000.00

- Trofi

- Sijil Penghargaan

iii. Kategori Dokumentari Kesenian/Kebudayaan

- RM 5,000.00

- Trofi

- Sijil Penghargaan

iv. Kategori Dokumentari Alam Semula jadi/Pelancongan

- RM 5,000.00

- Trofi

- Sijil Penghargaan

v. Dokumentari Isu Semasa/Kemasyarakatan

- RM 5,000.00

- Trofi

- Sijil Penghargaan

vi. Pengarah Terbaik

- RM 3,000.00

- Trofi

- Sijil Penghargaan

vii. Sinematografi Terbaik

- RM 3,000.00

- Trofi

- Sijil Penghargaan

viii. Skrip Terbaik

- RM 3,000.00

- Trofi

- Sijil Penghargaan

x. Jurukamera Terbaik

- RM 3,000.00

- Trofi

- Sijil Penghargaan

xi. Anugerah Khas Juri

- RM 3,000 x 2 anugerah

= RM 6,000.00

Sebagai makluman, Festival Filem Dokumentari mempunyai 80 penyertaan merangkumi pelbagai tajuk dan ia dibahagikan kepada 4 kategori penting.

PENYERTAAN SYARIKAT LUAR / TV3 / ASTRO / FNM / RTM

BIL

KATEGORI

JUMLAH PENYERTAAN

1

KESENIAN / KEBUDAYAAN

13

2

ISU SEMASA / KEMASYARAKATAN

16

3

ILMIAH / SEJARAH

24

4

ALAM SEMULAJADI / PELANCONGAN

15

JUMLAH

68

PENYERTAAN FINAS

BIL

KATEGORI

JUMLAH PENYERTAAN

1

KESENIAN / KEBUDAYAAN

4

2

ISU SEMASA / KEMASYARAKATAN

1

3

ILMIAH / SEJARAH

6

4

ALAM SEMULAJADI / PELANCONGAN

1

JUMLAH

12

JUMLAH KESELURUHAN : 80

0 comments :