Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Ahad, 10 Oktober 2010

'Komedi seram yang mencuit hati.. Jangan Pandang Belakang Congkak 2'


Mula-mula agak keberatan untuk menonton filem ini, kata teman media yang sudah menonton sesi preview minggu lepas sebelum ia masuk panggung, rata-ratanya memberikan pelbagai spekulasi bahawa Jangan Pandang Belakang Congkak 2 akan mengecewakan khalayak. Jika ia sebuah karya yang gagal, kenapa kutipan tiket bagi filem ini agak memberangsangkan walaupun ia bukan karya terbaik dari segi storytellingnya. Usah menuding jari menyalahkan karyawan kita seandainya sesetengah penonton kita gemar mencari filem yang ringan tanpa memikirkan jalur cerita, plot dan kekuatan storytellingnya.. asalkan mereka terhibur, bergelak ketawa dan tentunya ia pecah panggung.

Jika anda terhibur menyaksikan filem ini begitu juga saya ( kadang-kadang perlu juga karya seperti ini ditengah-tengah kebanjiran filem-filem terbaik), maka dapat disimpulkan bahawa ia sebuah filem yang memang cukup rencah, walaupun ada yang suka dan ada yang tidak. Jangan Pandang Belakang Congkak 2 tentunya menghiburkan anda sekeluarga di hujung minggu.. ia sebuah karya yang tidak mengecewakan kerana bagi saya 'bukan senang membuat orang ketawa dan bukan susah membikin karya komedi seram yang menghiburkan'..

Kini Di Pawagam!!

p/s: Saya suka filem ini. Kalau anda tak suka.. saya tak boleh paksa anda. Ia komedi yang menghiburkan walaupun ada teman media yang menghalang saya daripada menonton filem ini. Ada mak kisah nyah?. hahahaha

0 comments :