Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 21 Oktober 2010

Magika ungguli 5 Anugerah Cipta di FFM 23, 2010


Filem Magika arahan Edry Abdul Halim dinobatkan sebagai yang terbaik di Malam Perasmian dan Perlancaran Festival Filem Malaysia ke 23, 2010 ( FFM23) di E@Curve, Damansara, 20 Oktober 2010. Magika mengungguli carta teratas di FFM 23 apabila memenangi 5 Anugerah Cipta di majlis perlancaran tersebut. Diterbitkan oleh KRU Studios, Magika memenangi Anugerah Pengarah Harapan Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Pereka Kostum dan Busana Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik serta tidak terkecuali antara Lagu Tema Terbaik di malam FFM 23, 2010. Dibarisi ramai selebriti popular, Magika bakal menemui penonton sekali lagi secara percuma, pada 21 Oktober 2010 pukul 3.00 hingga 6.00 petang menerusi program Tayangan dan Diskusi Filem, bertempat di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS. Semua dijemput hadir.

Selain Magika, beberapa filem lain turut memenangi pelbagai anugerah sebentar tadi. Di sini dilampirkan senarai penuh Anugerah Cipta FFM 23, 2010. Setiap kategori memenangi wang tunai RM 10,000 dan sebuah trofi.

Poster Terbaik
Belukar

Pereka Busana & Kostum Terbaik
Hasnan Yaacob ( Magika)

Lagu Tema Terbaik
Edry Abdul Halim - Penyembuh Rindu - Magika

Penataan Bunyi Terbaik
Brian Ng - V3: Samseng Jalanan

Penataan Seni Terbaik
Anuar Paharuddin / Johan Lucas - Magika

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
Shashi Tharan - Estet

Pelakon Harapan Wanita Terbaik
Daphne Iking - Belukar

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Fimie Don - Magika

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Norliana Samsuddin - Adnan Sempit

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Shaheizy Sam - Adnan Sempit

Pengarah Harapan Terbaik
Edry Abdul Halim - Magika

Filem Komedi Terbaik
My Spy

Selebihnya akan diumumkan di Malam Kemuncak Festival Filem Malaysia ke-23, Ahad, 24 Oktober 2010. Secara langsung dari SACC Shah Alam yang dipancarkan menerusi ASTRO PRIMA, RTM dan ulangan di ASTRO CITRA.

Nantikan debaran dan kehangatannya!!!

p/s: Selepas Malam Perlancaran FFM 23 dan pengumuman pemenang Anugerah Cipta sebentar tadi, juga ditayangkan filem ESTET dan DUA ALAM'..Nantikan ulasan 2 Alam secara ekslusif okay!!

3 comments :

thanx 4 dis info...

http://danieldeadie.blogspot.com/

tahniah utk derang.. Magika xsangka dapat ungguli semua tu...:)

mohon pihak penganjur selepas ini dapatkan "presenter" (bukan MC) yang lebih teliti dan profesional selepas ini, seperti memaklumkan masa-masa perlu berdiri dan hal-hal lain. Gemerlapan "prestij" tidak berlaku jika penontonnya masih tidak berhemah dan berbudaya.