Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 15 Oktober 2010

'Malaysia To The World 3.. FINAS Documentary with National Geography Fund!!



KUALA LUMPUR, MALAYSIA (11 OKTOBER 2010) – Saluran National Geographic dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hari ini melancarkan inisiatif `Malaysia to the World’ untuk tahun ketiha berturut-turut, sekali gus mempelawa produser tempatan dan pembuat filem untuk mengemukakan idea-idea baru bagi membangunkan dokumentari-dokumentari yang memaparkan kisah-kisah yang tidak diketahui dan dari pandangan berbeza di Malaysia. Tarikh tutup penyertaan adalah 01 November 2010.

Dibawah ‘Malaysia to the World 3’, Saluran National Geographic dan FINAS akan memberikan peranan membuat tiga dokumentari asli selama sejam kepada pembuat filem Malaysia. Bilangan dokumentari yang ditawarkan telah ditambah tahun ini bagi memberikan lebih banyak peluang kepada bakat pembuat filem tempatan memaparkan kisah-kisah Malaysia mereka kepada dunia.

“Inisiatif ini akan memberikan platform yang unik untuk memupuk, memelihara dan meningkatkan industri pembuatan filem di Malaysia. Selama bertahun-tahun, kerjasama kami dengan Saluran National Geographic telah menghasilkan sebilangan program dokumentari berkualiti tinggi yang mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi yang diiktiraf untuk bakat-bakat pembuat filem bersaing, kemudahan-kemudahan dan sumber-sumber yang ada. Kami gembira dapat menerusikan perjalanan ini dengan Saluran National Geographic untuk memaparkan lebih banyak lagi kisah Malaysia dengan taraf antarabangsa,’’ kata Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS.

Para peserta yang berminat boleh mengemukakan cadangan idea cerita mereka berdasarkan empat tema khusus iaitu:

  • Jejak Peranakan – menceritakan cerita unik budaya peranakan menerusi mata personaliti yang penuh warna-warni tatkala jejak-jejak akhir budaya itu kian menghilang daripada wajah kemodenan Malaysia.
  • Budaya makanan – menjejak kisah-kisah di sebalik beberapa juadah yang paling disukai di negara ini
  • Perjalanan Malaysia – cartakan perjalanan istimewa Malaysia menerusi lensa jurugambar ternama atau selebriti
  • Inside – dapatkan akses unik kepada orang luar biasa, tempat atau acara, seperti apa yang dibawa oleh Saluran National Geographic kepada penonton di seluruh dunia termasuk di dalam Kota Larangan China, Mekah dan pertabalan Yang diPertuan Agong Malaysia yang ke-13.

Pembuat filem yang disenarai pendek akan diberi pembiayaian untuk menghasilkan dokumentari sejam dalam definisi-tinggi, dibawah seliaan ketat penerbit eksekutf National Geographic Channel yang pernah memenangi anugerah, Cik Mok Choy Kin, Pengarah Produksi Serantau.

Sehingga ke hari ini, Saluran National Geographic dan FINAS telah menerbitkan bersama sejumlah enam filem dokumentari iaitu Becoming a King, Megastructures: SMART Tunnel, Fight Master: Silat, Among the Great Apes with Michelle Yeoh dan terbaru A Leader’s Legacy: Tun Abdul Razak dan The Untold Truth About Supermokh. Program `Malaysia to the World’ telah berjaya menghasilkan kemahiran kepada sebilangan pembuat filem Malaysia yang paling berbakat dan kreatif.

“Inisiatif penerbitan bersama ‘Malaysia to the World 3’ menunjukkan komitmen jangka panjang kami dan usaha berterusan dalam menjadikan saluran-saluran kami lebih dekat dan relevan kepada penonton tempatan. Budaya, warisan dan tradisi Malaysia yang pelbagai memberikan banyak kisah unik dan tidak diketahui. Kami gembira untuk meneruskan perkongsian panjang kami dengan FINAS dan pembuat filem tempatan untuk membawa kisah-kisah mengagumkan ini kepada penonton kami,’’ kata Basil Chua, Pengarah dan Ketua Wilayah Fox International Channels di Malaysia dan National Geographic Channel Asia.

Penyertaan untuk ‘Malaysia to the World 3’ perlu memaparkan pengkisahan menarik dengan pembangunan watak yang kusat dan kisah peribadu yang akan mendedahkan kebenaran besar mengenai sesuatu tempat atau budaya. Para peserta juga dinasihatkan supaya pergi lebih jauh supaya sesuatu yang orang ramai dapat kenal menerusi subjek yang tidak pernah difilemkan selama ini atau mencari sudut-sudut yang tidak pernah diteroka mengenai subjek yang diketahui umum. Sebagaimana dengan kebanyakan dokumentari Saluran National Geographic, para penonton diberi akses unik dan perspektif dalaman terhadap orang, tempat atau acara yang luar biasa.

Menambah kepada kriteria-kriteria yang menjadikan sesebuah dokumentari Saluran National Geographic itu menarik, Chua berkata, “Kami mencari kisah-kisah menarik yang kuat yang akan memberi perspektif baru, mencetuskan rasa ingin tahu, menolak hingga ke sempadan dan mencabar status qio. Pada masa yang sama, kami juga melihat kepada dokumentari yang mempersembahkan pengkisahan yang menghiburkan untuk penonton kami.’’ Penilaian akan dibuat berdasarkan keaslian kandungan dan kreativiti, kemahiran yang relevan dan rekod pengalaman, bajet produksi dan prestasi semasa membuat penggambaran.

Penyertaan terbuka kepada semua syarikat produksi yang berdaftar dengan FINAS, dengan sekurang-kurangnya 50 peratus petugas produksi bagi projek itu adalah rakyat Malaysia atau penduduk tetap. Tarikh akhir mengemukakan penyertaan ialah pukul 5 petang pada Isnin, 25 Oktober 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.natgeofinas.com atau hubungi Cik Mok Choy Lin di mok@ngcasia.com.

Mengenai National Geographic Channel

National Geographic Channels International (NGCI) mengajak penonton untuk memikir semula cara mereka menonton televisyen dan dunia melalui program pintar dan inovatif. Syarikat perniagaan yang dimiliki oleh National Geographic Television (NGT) dan FOX Entertainment Group, NGCI menyumbang kepada komitmen National Geographic Society's untuk meneroka, memulihara dan mendidik.

Di seluruh dunia, Saluran National Geographic (termasuk NGC U.S. yang merupakan satu usahasama NGT dan Fox Cable Networks Group) boleh didapati di 250 juta kediaman (termasuk isi rumah separa hari) di 166 negara dalam 34 bahasa. Di Malaysia, Saluran National Geographic dan Saluran National Geographic HD boleh didapati di Saluran Astro 553 dan 573. Untuk maklumat lanjut, layari www.natgeotv.com.

Mengenai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ditubuhkan pada 1981 untuk mengalakkan, memelihara dan membantu industri pembuatan filem di Malaysia. FINAS telah membangunkan pelbagai kemudahan untuk menggalakkan industri ini termasuklah mewujudkan skim kemudahan kredit yang membolehkan pembuat filem muda untuk menguji bakat mereka.

Insentif seterusnya yang diberikan kepada pembuat filem tempatan adalah dengan menjemput mereka menghasilkan program televisyen dalam format filem atau format video. Kini terdapat lebih daripada 300 syarikat filem yang berdaftar dengan FINAS. Bagi menggalakkan pembuat domentari di Malaysia, FINAS menggalakkan penghasilan dokumentari yang bertemakan budaya, sejarah dan sosio-ekonomi.

# # #

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Nini Yusof / Tengku Shamel
Fox International Channels
Tel: +603 2287 0860 / +603 2287 8505
Telefon bimbit: +6017 870 7029 / +6012 395 9965
Emel: nini@startv.com / tengku.shamel@sg.startv.com

Dikeluarkan di Malaysia oleh:

Jay Ong / Vicky Wong
Text 100 Malaysia
Tel: +603 2282 2152
Telefon bimbit: +6012 980 0735 / +6012 459 5818
Emel: jay.ong@text100.com.my /vicky.wong@text100.com.my

sumber: National Geography & Sinema Malaysia FINAS

p/s: Semua dijemput hadir esok ke Malam Anugerah Festival Dokumentari Malaysia 2010 di Soundstage FINAS kul 8.00 malam. Juga di adakan beberapa aktiviti menarik dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Sebarang pertanyaan, mohon hubungi Urusetia Festival Dokumentari Malaysia di 03-4104 1455


0 comments :