Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MICHELLE YEOH RANGKUL PELAKON WANITA TERBAIK DI OSCARS 95

Kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi Oscar ke-95, membuktikan anak Malaysia mampu terbang jauh ke Hollywood.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

KONSERT 25 TAHUN LAH AHMAD HABIS TERJUAL

Walaupun baru diumumkan dan tidak sampai 24 jam, tiket bagi menyaksikan konsert 25 Tahun Lah Ahmad habis terjual.

Isnin, 29 November 2010

Replika Red Carpet untuk Festival Filem Malaysia ke 24, 2011?


Gambar di atas dirakamkan di Memorial Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur. Memorial ini menempatkan pelbagai barang kepunyaan Tun Hussein Onn, semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-3. Di sini anda boleh menyaksikan pelbagai barang peribadi Tun Hussein Onn secara ekslusif. Dalam berjalan-jalan di setiap sudut dan ruang memorial ini, saya cukup tertarik dengan replika red carpet yang terdapat dalam Memorial Tun Hussein Onn ini. Replika ini dilengkapi dengan gulungan filem yang memutarkan klip video Tun Hussein Onn semasa pemerintahannya sehinggalah kepada pemergiannya pada 29 Mei 1990.



Saya ingin mencadangkan kepada pihak FINAS atau pihak penganjur FFM 24, 2011 akan datang supaya menjadikan replika ini sebagai contoh untuk acara Red Carpet di Malam Anugerah Festival Filem Malaysia 2011 nanti. Saya percaya dengan replika seperti ini akan menjadikan FFM 24 sebagai pesta filem Malaysia yang cukup di segani.

p/s: Mengharapkan FFM 24 berubah menjadi lebih gah. Tukarlah pengacaranya, Tak suka dengan cara pengacara RTM tue. Biar seorang atau 2 pengacara aje. Jika Aznil dan Sarimah Ibrahim menjadi hosnya.. tentunya akan meletup dan gah!!!. Jangan kerana taksub akan konsep Satu Malaysia.. diketepikan cara menjadikan FFM 24 lebih komersial..

Nak tengok barang-barang yang menarik lagi.. datang la ke Memorial Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur sekarang!!. Memorial ini milik Arkib Negara Malaysia..

Ahad, 28 November 2010

Ngangkung pecah panggung... 2 Alam 'kosongkan' panggung?


Berita yang baru kami terima, filem Ngangkung terbitan Metrowealth dan MiG Movies Productions telah mengutip kutipan pecah panggung RM 2 JUTA RINGGIT dalam tempoh 4 hari tayangan, berbanding filem 2 Alam hanya mampu mengaut keuntungan RM 250,000 ribu ringgit setelah 11 hari tayangan. Mengikut skim wajib tayang, sesebuah filem hanya boleh ditayangkan selama 2 minggu di pawagam. Jika mendapat sambutan, ia boleh dilanjutkan, tetapi mengikut budi bicara pihak pawagam. Dalam situasi ini, filem terbitan Dr Rozmey, 2 Alam mungkin akan disingkirkan dari pawagam. Ia cuma tinggal 3 hari sahaja. Persoalannya, 'celah mana' kutipan yang disasarkan RM 40 Juta?. Jika menjadi kenyataan, saya amat bersyukur kerana ia mencipta satu sejarah dalam sinema tempatan khususnya.

p/s: Akan Datang Aku Tak Bodoh dan Hantu Kak Limah Balik Rumah feat Azwan Meow. hehehe

Jumaat, 26 November 2010

Tayangan Khas: Mat Gelap secara ekslusif 27 November 2010!!


'Mat Gelap', yang ditayangkan pada tahun 1990, akan menemui penonton sekali lagi pada esok, 27 November 2010. Filem arahan Zarul Al-Bakri yang menampilkan Mano Maniam, Kamarool Yusof, Seri Ratu, Imuda, Jit Murad dan Liza Othman itu akan ditayangkan pada pukul 12 tengahari, 27 November 2010 di Panggung Collesium, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Tayangan secara percuma itu dianjurkan FINAS mengalu-alukan kedatangan semua pihak samada peminat filem, pengkritik filem dan orang ramai. Pelbagai acara menarik termasuk sesi bergambar bersama bintang filem Mat Gelap, sesi ramah mesra dan sebagainya bakal menanti anda. Jangan lepaskan peluang keemasan ini secara ekslusif!!!

Jumpa kami di sana..

p/s: Jom sama-sama memeriahkannya!!!

CRAYON .. gagal di pawagam?


Walaupun dikatakan mirip seakan karya pengarah tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad, Crayon arahan Dean A Burhanuddin antara filem tempatan yang mengutip pulangan kurang memberangsangkan. Filem terbitan Zioss Films itu hanya mampu bertahan 12 hari di pawagam sejak ditayangkan pada 11 hb November 2010. Akibat daripada kurang sambutan, pihak pawagam dikatakan telah menarik filem tersebut daripada terus ditayangkan. Walaubagaimapun, penerbit filem tersebut, Linda Ziegler menjelaskan bahawa kemungkinan kurang promosi termasuk di kaca tv menyebabkan masyarakat terlepas pandang akan karya pertama terbitan produksi miliknya itu. Crayon membariskan Ka Hoe, Adibah Noor, Ariff Faisal Abdullah dan Joey itu khabarnya menerima sambutan hangat masyarakat antarabangsa sejak ditayangkan di Los Angeles pada 4hb November 2010.

p/s: Menunggu Crayon dalam DVD.. Saya dah tengok dipawagam!!. anda bagaimana?.

'... Dalam Botol tidak menggunakan Dolby Digital?'

Ketika ura-ura mengatakan penerbit filem kontroversi ... Dalam Botol, Raja Azmi membawa keluar naskhah filemnya dari Mixstage Studio Finas tanpa melangsaikan pembayaran akhir mengggunakan khidmat di studio tersebut, Raja Azmi tampil ke hadapan menyangkal isu yang diperkatakan itu. Ketika ditemui media, Raja Azmi memaklumkan bahawa ...Dalam Botol arahan Khir Rahman sebenarnya tidak menggunakan Dolby Digital 5.1 kerana ia bukan sebuah karya thriller atau seram, tetapi ia lebih kepada filem romantik antara pasangan sejenis. ... Dalam Botol yang bakal ditayangkan tahun hadapan, antara filem yang menggunakan khidmat sepenuhnya di FINAS merangkumi studio suntingan dan audio post. Tambah Raja Azmi lagi, FINAS adalah platform terbaik buat para pembikin filem kerana fungsi FINAS adalah membantu industri filem khususnya.

p/s: ... dalam Botol paparan secara jujur. Ia harus ditonton dengan fikiran terbuka. Saya suka filem ini!!.

Khamis, 25 November 2010

'Appalam', versi Tamil Papadom!!!


Mendengar sahaja tajuk 'Appalam', barangkali anda diluar sana tertanya-tanya.. cerita apa tue?.. siapa pelakonnya? Tak pernah dengar pun!!. 'Appalam' karya terbaru Afdlin Shauki merupakan filem tamil pertama yang diterbitkan produksi Tayangan Unggul Sdn Bhd. Menelan belanja sekitar 1.5 juta Ringgit Malaysia, 'Appalam' antara filem wajib ditonton untuk tahun 2010. Menggunakan latar cerita dari karya Papadom, 'Appalam' antara filem terbaik sentuhan sutradara tersohor, Afdlin Shauki. Jom kita lihat antara 5 terbaik dalam Appalam!!.

  • 'Appalam' boleh disifatkan sebagai filem tamil tempatan pertama yang dibikin dalam format 35mm setelah hampir 24 tahun filem tamil tidak dihasilkan dalam bentuk filem. Kebanyakkan produser tempatan tidak berani melabur wang yang banyak untuk menghasilkan sebuah filem tamil, kerana kebanyakkan penonton hanya menonton filem tamil dari negara India sahaja. Namun kemunculan 'Appalam' sedikit sebanyak diragui keberkesanannya.. tetapi apa yang pasti ia sebuah karya terbaik 2010.
  • Diarahkan sutradara terbaik, Afdlin Shauki , 'Appalam' antara filem adaptasi dari karya Papadom, juga arahan Afdlin Shauki. Ia banyak perbezaannya kerana Appalam lebih dekat dengan jiwa masyarakat India di mana penekanan dalam Appalam lebih kepada sifat kekeluargaan dan kasih sayang antara seorang bapa dengan seorang anak. Saya tidak mahu mengulas panjang kerana biarlah penonton sendiri menilainya bukan?.
  • Lakonan S.Gana sebagai Appalasamy boleh dipuji kerana penghayatan wataknya amat cemerlang dan ia tidak sedikitpun sama dengan Afdlin Shauki dalam Papadom. Walaupun pertama kali muncul dalam filem arus perdana, S.Gana boleh diasah bakatnya lagi. Ini tidak bermakna wataknya cemerlang dalam Appalam, watak lain turut diakuinya. Namun, apa yang pasti S.Gana telah memberikan yang terbaik dari pelbagai sisi tentang karektor Appalasamy. Jika mahu diuji bakatnya dalam dunia lakonan, berilah watak yang pelbagai kepadanya.. nescaya ia akan menjadi satu watak yang meninggalkan kesan kepada penonton. Watak Shruti ( anak Appalasamy) dilakonkan oleh Raja Ilya. Menariknya, Raja Ilya adalah pelakon berbangsa melayu bukannya India. Ini menunjukkan bahawa, bangsa apa pun boleh membawakan sesuatu watak dalam sesebuah filem. Appalam turut membariskan Shasi Tharan, Sharifah Armani, Afdlin Shauki dan ramai lagi.
  • Suka duka kehidupan sesebuah masyarakat digambarkan begitu harmoni dalam Appalam. Walaupun ia sebuah filem berbahasa Tamil, tetapi ia tidak mengecewakan khalayak kerana Appalamlah filem Malaysia selepas ESTET yang saya akui kehebatannya.
  • Filem Wajib ditonton sampai tak terkata apa-apa untuk ditulis!

p/s: Appalam kini dipawagam seluruh Malaysia.. 25 November 2010!! Jangan lepaskan peluang anda!! Wajib Tonton!!

Rabu, 24 November 2010

Me'Ngangkung' di pawagam 25 Disember 2010!!


Peminat filem seram komedi bolehlah mengangkung ramai-ramai di pawagam mulai esok, 25 November 2010. Filem pertama arahan Ismail Bob Hashim yang diterbitkan oleh Metrowealth Movies Productions, Ngangkung akan bermula tayangannya bermula esok pagi di semua pawagam seluruh negara. Filem yang menelan kos RM 1.5 juta ringgit itu sebenarnya memaparkan kisah 3 orang anak muda kampung yang menjadikan aktiviti 'ngangkung' sebagai mata pencarian untuk mengejar kehidupan yang lebih sempurna. Namun disebalik impian yang dikecapi, tersirat pelbagai kisah penuh suka dan duka. Apakah yang terjadi kepada mereka bertiga?. Nantikan Ngangkung di pawagam esok!!!


p/s: Ulasan penuh Ngangkung?. Pi la sendiri tengok ye. saya tak tau apa nk ditulis.. Jika anda suke genre ini.. segeralah kepawagam bukan beli DVD..

Isnin, 22 November 2010

Kutipan 2 Alam cuma RM 100,000?

Diumumkan bahawa, kutipan terkini bagi filem 2 Alam tidak mencapai apa yang di rancangkan!. 2 Alam terbitan Dr Rozmey dikatakan cuma mampu mengutip pulangan RM 100,000.00 sahaja sejak sabtu lepas. Di sini dilampirkan laporan terkini dari cinema online berhubung kutipan 2 Alam serta respond dari pihak GSC berhubung tayangan filem tersebut.

Meanwhile in Malaysia, first-time film producer Datuk Dr Che Rozmey Che Din's hopes of achieving a record breaking RM40 million at the box office with "2 Alam" seems bleak as it raked in less than RM100,000 on opening day last Friday, according to the New Straits Times.

In relation to the film's box office response, Mr Lee Kong Yew, cinema manager of GSC Mid Valley disclosed that "ticket sales for '2 Alam' have not been good" at the location and was even reported to be playing at almost empty halls for the first two slots on opening day.

The film about a transvestite who commits suicide will hit Singapore screens in January 2011 under distributor Golden Village Pictures
.


p/s: kutipan lagi terkini akan saya perolehi dari bahagian wajib tayang FINAS nanti insya -allah.

Laporan Khas.. Klik sini dari NST Online

Bengkel 'Cinematic Storytelling' - 5 Disember 2010!!


FINAS, UiTM dan Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (SeMedia) akan menganjurkan bengkel 'cinematic storytelling', pada 5 Disember 2010. Bengkel kelolaan Dr Mahadi J. Murat ini akan mengenakan bayaran RM 50 seorang. Ia terbuka buat semua penulis skrip filem dan tv seluruh Malaysia samada professional atau tidak. Jika anda berminat, bolehlah menghubungi NB di 017-5061405 atau emelkan kepada : mahadijmuratworkshops@gmail.com .
Tempat adalah terhad!!. Untuk makluman anda, bengkel ini akan di adakan bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam di Pawagam Mini P.Ramlee FINAS. Harap maklum.

p/s: Jangan lepaskan untuk menyertainya.

Ahad, 21 November 2010

Kisah Mastika yang dipotretkan dalam 2 Alam!!


Jika diberi pilihan untuk menonton sekali lagi filem 2 Alam, barangkali saya akan menolaknya dengan jujur. Jika diberi tiket percuma ( dengan tujuan untuk tambah kutipan box office), barangkali penonton diluar sana akan membodek lebih bagi mendapatkan pas percuma, yang penting kena promosi secara positif!. Ini dinamakan tidak jujur dan sifat inilah saya tidak gemari sebagai seorang pembikin filem mahupun penonton filem tegar. 2 Alam yang ditayangkan pada 18 November 2010 di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei khabarnya mengutip kutipan yang agak biasa, bukannya kutipan pecah panggung seperti yang dikeluarkan akhbar Kosmo sebaik saja pertama kali berputar di pawagam. Ketika membuat tinjuan di beberapa lokasi pawagam sekitar Kuala Lumpur, misalnya Mid Valley, KLCC, Pavillion dan Damansara, rata-rata mereka memilih Harry Porter sebagai filem wajib ditonton untuk bulan ini. Di mana silapnya 2 Alam?. Apakah promosi yang lebih membuatkan jutaan rakyat Malaysia mahu menonton atau terus membencinya sebagai filem transeksual bersalutkan badan seorang wanita.

Suhailah Salam, bintang dari Singapura yang disuntik produksi Dr Rozmey untuk membintangi 2 Alam, naskhah terhebat khabarnya. Dari segi perwatakkan, saya merasakan Suhailah Salam melakonkan watak seorang wanita, bukannya seorang transeksual. Ini mengelirukan khalayak di mana perbandingan karektor itu tidak menjadi dengan sebaiknya. Saya bukannya ingin mengutuk 2 Alam, tetapi apa yang saya kesali adalah kemantapan para pelakonnya. Jika 2 Alam menampilkan pelakon lelaki memegang watak seorang transeksual ( atau watak Mak Nyah Sebenar), saya merasakan 2 Alam akan menjadi filem kontroversi 2010, ataupun filem terhebat selepas Bukak Api arahan Osman Ali mahupun ... Dalam Botol arahan Khir Rahman. Kedua-dua naskhah ini mengatasi antara satu sama lain, tetapi 2 Alam adalah sekadar sebuah kisah dari Majalah Mastika yang dipotretkan. Jika 2 Alam dibikin untuk siaran Astro Oasis, kesedaran penonton itu akan sampai ke kemuncaknya kerana mesej 2 Alam sampai kepada penonton tetapi pembikinannya lebih kepada sebuah drama tv atau cerekarama untuk siaran TV3.


Jika dikatakan 'ia sebuah filem bermutu', saya hanya menggelengkan kepala kerana 2 Alam bukan filem terbaik tetapi sebuah cerekarama yang pastinya memberi keinsafan kepada khalayak penonton. Mungkin juga rata-rata yang datang cuma ingin menonton kerakusan 2 alam dari kaca mata sebagai filem seks 2010. Yang pasti, 2 Alam tidak layak digelar sebuah filem.

Saya cukup tertarik dengan artikel tulisan Arif Nizam Abdullah dalam sisipan Utusan Malaysia hari ini. Klik untuk baca kritika bernas mengenai 2 Alam secara jujur..

klik sini untuk baca

p/s: Saya rasa seperti menonton sebuah video klip yang panjang..

Sabtu, 20 November 2010

Nasib Melayu Di Bumi Melayu!!! Wajib Baca!!

'Nasib Melayu Di Bumi Melayu', sebuah buku yang wajib dimiliki oleh semua rakyat Malaysia. Ia memaparkan sebahagian daripada himpunan tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah di dalam sisipan akhbar Utusan Malaysia dan majalah Al-Islam. Buku ini membongkar permasalahan yang di hadapi bangsa melayu yang hidup di tanah melayu tetapi lupa diri dengan apa yang dimilikinya. Persoalan kehidupan dikupas secara drastik, pastinya akan menimbulkan polimek dan kontroversinya yang tersendiri. Penerbitan buku ini adalah wajar kerana bangsa melayu kini perlu tahu bahawa apa jua yang mereka lakukan adalah merupakan satu tanda yang menyebabkan maruah dan keselamatan tercabar. Boleh dimiliki di semua kedai buku seluruh Malaysia, Nasib Melayu di Bumi Melayu antara buku yang wajib anda dapatkan sekarang!!

p/s: Pada kebiasaannya selepas saya menonton sesebuah filem di pawagam, saya akan singgah sebentar di MPH Book atau Kinokuniya. Apabila terpandang buku ini saya terus dapatkannya kerana bagi saya ia tidak rugi dimiliki.. Hanya RM 22.50 ( Semenanjung Malaysia) dan RM 25.50 ( Sabah / Sarawak) tentunya anda mampu!!!.

Fikirkanlah nasib bangsa melayu itu sendiri. Mahukah kita lihat bangsa melayu menagih simpati di negaranya sendiri?. Dapatkan buku ini segera!!!

-saya baru je beli.. -

Jumaat, 19 November 2010

GSC Maxx, panggung 3D terbesar di Malaysia!!!


Mulai 25 November 2010, bertempat di Berjaya Times Square, Golden Screen Cinemas (GSC) akan melancarkan panggung 3D terbesar di Malaysia yang boleh memuatkan hampir 555 penonton dalam satu tayangan bagi sesebuah filem. Mengandungi 9 panggung, GSC Maxx yang bakal beroperasi mulai 25 November 2010 itu akan mengadakan tayangan percuma bagi 3 buah filem dalam bentuk 3D. Tayangan yang akan di adakan pada 23 dan 24 November 2010 itu merupakan agenda terpenting GSC untuk memperkenalkan teknologi 3D sepenuhnya kepada penonton Malaysia. GSC Maxx yang hanya dibuka di Times Square, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu merupakan panggung paling terbesar di Malaysia. Jangan lepaskan peluang anda untuk memeriahkan sinema 3D ini.

Info berkaitan tayangan filem percuma di GSC Maxx, Berjaya Times Square Kuala Lumpur

Time
Tuesday, November 23 at 11am-November 24 at 10pm

Location
GSC Maxx 10th Floor Berjaya Times Square

FREE SCREENING
Digital 3D Blockbuster movies
(Legend of Guardians: The Owl of Ga’hoole – 12noon; 7.50pm)
(Sammy’s Adventure: The secret Passage – 5.40pm)
(Avatar – Special Edition – 2.20pm; 10.10pm)
Free screening coupon available in
GSC website this evening.

p/s: Dont miss it!!

Hari Pertama Tayangan 2 ALAM .. kutip RM 2 Juta??.. Propa ke?

Baru bermula tayangannya semalam, filem terhebat Dr Rozmey, 2 Alam dikatakan telah mengutip kutipan tertinggi 'pecah panggung', RM 2 juta dalam tempoh 1 hari tayangannya. Laporan itu dikeluarkan akhbar Kosmo hari ini melalui iklan yang dibeli produser sensasi itu. Benarkah andaian itu?. Atau sekadar propa ( pembohongan) yang nyata?. Ketika membuat tinjaun di laman online GSC ( Golden Screen Cinemas), didapati hanya sebilangan kerusi sahaja dijual dan ini membuktikan 2 Alam tidak pecah panggung seperti yang diwar-warkan!. Jika 1 hari tayangannya dikatakan RM 2 juta, maka jika ditayangkan 20 hari maka filem itu akan menjangkau RM 40 juta seperti yang disasarkan. Apakah rakyat Malaysia akan menonton banyak kali filem 2 Alam ?. Tepuk dada tanya selera.

Ditayangkan sehari sebelum 2 Alam, filem Harry Porter & The Deathly Hallows: PT 1 telah mengatasi jualan tiket filem 2 Alam. Yang mana betul?. Harry Porter atau 2 Alam?. Anda sendiri boleh memikirkannya bukan?.

p/s: sampai sekarang aku nk beli online Harry Porter tak dapat!! Full panggung dari tengahari sampai tengah malam. Kalau Harry Porter mengutip RM 40 juta atau filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU baru aku percaya!!! Tak gitu?

Klau nk tau statistik 2 Alam, anda yang ada akaun GSC, bolehlah check sendiri la ye...

Khamis, 18 November 2010

ONE HD.. bawakan siri korea Dr Champ!!





Saluran ONE HD di Astro 393 Beyond HD membawakan kepada anda drama siri terbaik dari Korea, DR Champ. Jangan lupa untuk menonton drama terbaik ini dan juga drama-drama yang lain dalam format HD sepenuhnya.


p/s: baru nk layan channel HD nie. heheh

...Dalam Botol ke Persada Dunia!!!

Ketika ditemui di rumahnya di Ukay Perdana, Ulu Kelang, Selangor tengah hari tadi, penerbit filem kontroversi, ... Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman menyifatkan filem terbaru terbitannya itu bakal menyertai beberapa festival filem antarabangsa. Filem pertama arahan Khir Rahman itu, akan ditayangkan di Malaysia mulai Februari 2011 dengan memilih Valentine's Day sebagai tarikh tayangan filem tersebut. ... Dalam Botol yang diklafikasikan 18 tahun ke atas tanpa potongan itu akan juga ditayangkan di beberapa buah negara di dunia yang memberi sepenuh kepercayaan kepada filem tersebut. Menurut Raja Azmi, ... Dalam Botol diterima baik pengedar antarabangsa yang merasakan filem terbitannya itu merupakan filem pertama yang memaparkan elemen homoseksual diluluskan bersih oleh Lembaga Penapis Filem Malaysia. Bukan itu sahaja, sejak pertama kali digembar-gemburkan, dan ditayangkan penuh ekslusif minggu lepas ( tayangan untuk blogger filem), ... dalam botol mendapat liputan meluas media antarabangsa termasuk BBC London, BBC Indonesia dan BBC Japan. Filem yang menceritakan suka duka kehidupan Rubi yang mengalami konflik setelah 'anunya' dipotong juga kini mendapat perhatian seorang wakil tertinggi kerajaan dari Australia.


Raja Azmi sekali lagi memberi penjelasan bahawa 'Tayangan Perdana Filem ... Dalam Botol' akan di adakan penuh gilang gemilang di sebuah panggung ekslusif mulai January 2011. Nantikan info-info menarik dan terkini dari amy ikram untuk semua pembaca setia blog ini..

p/s: anu@ zakar@ ... yang kini diletakkan dalam botol bakal dipertontonkan dikhalayak umum di semua panggung seluruh Malaysia,.. akan datang February 2011. Don't miss it!!

Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2.. Tayangan Secara Ekslusif pada 27 dan 28 November 2010!!!



Pada 27 dan 28 November 2010 sahaja, secara ekslusif Produksi Lindung Seni Sdn Bhd akan membawakan Tayangan Filem 'Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2' di TGV KLCC bermula 2.30 petang dan 5.30 petang. Filem yang diarahkan Chaerul Umam, dibintangi Kholidi Asadil Alam sebagai Abdullah Khairul Azzam, Oki Setiana Dewi (Anna Althafunnisa), Andi Arsyil Rahman Putra (Furqon), Alice Norin (Eliana) dan Meyda Sefira (Ayatul Husna) ini sebenarnya sebuah kisah yang menceritakan mengenai Azzam, seorang anak muda dari Indonesia yang belajar di Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Di Mesir, beliau bekerja sambil belajar sehingga menemukan dirinya dengan Eliana Pramesthi Alam, anak Duta Besa. Perkenalan mereka menimbulkan bibit-bibit cinta seterusnya menghadapi konflik yang amat menyentuh perasaan

Filem yang dijayakan juga oleh Deddy Mizwar, Niniek L Karim, Dude Harlino dan Asmirandah ini mengalu-alukan syarikat korporat, individu perseorangan atau peminat filem untuk sama-sama menyaksikan filem Ketika Cinta Bertasbih yang akan ditayangkan di TGV KLCC dalam format filem. Filem yang dibawakan khas tayangannya di Malaysia oleh Lindung Seni ini mula dijual tiketnya sekarang. Sekiranya anda ingin menonton filem ini, bolehlah menghubungi Lindung Seni di talian 03-2272 2882 atau 012-338 3347. Tiket yang berharga RM 15 (dewasa) dan RM 10 ( kanak-kanak dan pelajar) ini sudah mula dijual. Ketika ditemui media, jurucakap Lindung Seni menjelaskan bahawa tayangan kedua siri Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2 itu di Malaysia adalah bertujuan untuk Tabung Bencana Merapi & Mentawai bagi membantu mangsa gempa di Mentawai, Indonesia dan letusan Gunung Merapi di Jogjakarta, Indonesia. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung tayangan ini, diminta menghubungi Lindung Seni, di talian yang tertera di atas. Harap Maklum!!

p/s: Saya nk pi tengok!!!!. Jika ada sebarang perubahan berkenaan tayangan ini, produksi Lindung Seni diminta memaklumkan kepada editor blog ini dengan segera.. TQ!!Perhatian: Satu tiket bagi setiap siri KCB adalah RM 15 dan RM 10!!!

Selasa, 16 November 2010

Anu Dalam Botol? Paparkan realiti kehidupan golongan homoseksual!!


Sebaik sahaja Kak Mi ( Raja Azmi) memaklumkan kepada umum bahawa karya tulisannya, Anu Dalam Botol memaparkan kisah kehidupan golongan gay yang mengalami konflik cinta sejenis, timbul pelbagai spekulasi negatif menyebabkan tajuknya terpaksa diubah menjadi ... Dalam Botol. Filem pertama arahan Khir Rahman yang dibarisi Arja Lee (pelakon asal Comolot), Wan Raja, Diana Danielle dan ramai lagi itu bakal menemui penonton tempatan mulai Februari 2011. ...Dalam Botol yang mengupas pelbagai persoalan hidup antara watak Rubi ( yang dilakonkan oleh Arja Lee) dengan Wan Raja serta Diana Danielle merupakan naskhah filem yang wajib ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia. Isu pertukaran dan pembedahan jantina bagi golongan muslim lelaki yang ingin menjadi wanita, sebenarnya agak taboo dalam masyarakat bahkan ia merupakan satu dosa besar yang tidak mungkin dimaafkan oleh Allah Maha Pencipta. ...Dalam Botol memaparkan lanskap kehidupan golongan homoseksual di Malaysia dengan memberi penekanan kepada dua sisi kehidupan iaitu di kampung dan di bandar. Dalam situasi ini, Khir Rahman bijak menggunakan kedua-dua latar masa tersebut dengan memaparkan kehidupan Rubi ( Arja Lee) setelah melalui proses penukaran jantina yang merungsingkan. Di kampung, Rubi masih disayangi keluarganya, bahkan beliau terjerat dalam konflik cinta hakiki antara Rubi (Arja Lee) dengan seorang gadis kampung, Diana Danielle walaupun pada hakikatnya beliau seorang homoseksual yang tidak mempunyai zakar @ Anu kerana ia sudah dipotong demi menegakkan cinta palsunya. Dalam perkara ini, apa yang membimbangkan Rubi adalah soal perasaan cintanya pada wanita, tetapi hatinya memberontak kerana mahkota lelakinya hanya tinggal kenangan yang kini diletakkan di dalam sebuah botol. Keagungan cinta pasangan gay adalah dilaknati oleh islam, bahkan gaya kehidupan sebegini seolah-olah menjadi trend dikalangan remaja Malaysia. Paparan inilah menjadikan ...dalam botol antara filem yang cukup bermaruah untuk ditafsirkan. Demi cinta mereka, Rubi (Arja Lee) sanggup memotong kemaluannya atas kerana kasih sayangnya pada Ghaus ( Wan Raja). Kesilapan inilah menjadikan Rubi menyesal seumur hidup dan tangisannya hanyalah sebuah lukisan yang dicairkan dengan setitik air yang sangat jernih.

Walaupun pada azalinya, ia sangat kontroversi tetapi ...Dalam Botol sebuah filem yang mengajak kita berfikir bahawa apakah kehidupan kita sudah cukup sempurna?. Soal nafsu, dan sifat saling sayang menyayangi walaupun sesama jantina amat pelik, tetapi kehidupan inilah memberi kita sikap amat menghargai antara satu sama lain. ... dalam botol memberikan perbezaan yang sangat ketara bagi menggambarkan dua kehidupan Rubi, iaitu di kampung dan dibandar. Setelah diceritakan apa yang berlaku di kampung pada fasa pertama di atas, di bandar pula, Khir Rahman memberi gambaran yang sangat signifikan bahawa hidup di bandar penuh ranjau dan cabarannya, cuma hanya yang mampu mengatasinya sahaja akan mencapai kejayaannya. ... Dalam Botol memaparkan gaya songsang kehidupan Rubi dan Ghaus yang menyintai antara satu sama lain, dan terpisah ; menjadi amat renggang kerana Rubi bertindak memotong 'anunya' atas gurauan manja Ghaus masa ditepi unggun api, Ghaus melafazkan kata-kata 'kan bagus kalau awak Rubi jadi perempuan' ( situasi ini Ghaus inginkan Rubi menjadi wanita, bukannya suruh buang anunya). Inilah kesilapan yang memberikan penyesalan selamanya buat Rubi , lakonan Arja Lee.

Berdasarkan sebuah kisah benar, ...dalam botol menyajikan plot yang agak mendatar pada permulaannya, dan bertindak sebagai konflik setelah mengalami proses transformasi jantina. Ini memberi gambaran bahawa, ...Dalam Botol lari dari pembikinan filem-filem komersial yang dihasilkan produksi besar seperti Tayangan Unggul, Metrowealth dan Primeworks. Tetapi, ...Dalam Botol menyerupai karya-karya yang pernah dihasilkan penggiat filem bebas ( indipendent) seperti Ho Yuhang, James Lee dan sebagainya. Justeru, ... Dalam Botol bukan sebuah filem lucah atau filem seks sejenis yang murahan, tetapi ia sebenarnya sebuah karya yang sangat tinggi pemikiran dan kehormatannya.

...dalam botol sebuah filem yang wajib ditonton oleh semua peminat filem di Malaysia. Bakal menemui penonton mulai Februari 2011, .. dalam botol akan menjelajah beberapa buah negara yang khabarnya berminat untuk menjadi pengedar bersama bagi filem ...dalam botol. Apa yang pasti, ia bukan sekadar sebuah kisah kontroversi tetapi paparannya amat menyentuh perasaan anda.. Hayati dan nantikan kehangatannya akan datang..



p/s: Bagi anda yang sudah menonton ...Dalam Botol masa preview untuk bloggers minggu lepas di FINAS.. dimaklumkan bahawa tayangan tersebut adalah dalam bentuk DVD bukannya 35mm filem. nak tengok kualiti gambar lagi cantik HDnya.. nantikan premier Dalam Botol secara ekslusif akan datang!!!. dan juga dipanggung sebenar.. Sebuah filem terbitan Pengedaran J.A.S Sdn Bhd.

...dalam botol don't miss it!!

Selasa, 9 November 2010

Iklan Deepavali 2010 FINAS , satu paparan realiti masyarakat Malaysia!!

NONE

Penerbitan Iklan Deepavali 2010 terbitan FINAS bertujuan untuk memaparkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia dengan memberi fokus kepada perkahwinan campur antara perempuan muslim dengan seorang lelaki India yang telah memeluk agama islam.

Promo ini adalah kesinambungan kepada iklan Raya Aidilfitri 2010 yang juga terbitan FINAS. Di dalam iklan tersebut, ia menceritakan mengenai Rina , seorang gadis muslim Sarawak yang telah berkahwin dengan Muthu, seorang lelaki India yang telah memeluk agama islam. Ini telah menunjukkan bahawa bapa Muthu tetap menerima Muthu dan Rina sebagai keluarganya walaupun berlainan agama atas dasar kekeluargaan.

Penerbitan Iklan Deepavali 2010 dihasilkan adalah dengan tujuan:-

1. Memupuk semangat Satu Malaysia.

2. Paparan ini bukan bermakna FINAS menggalakkan perkahwinan campur tetapi adalah sebagai gambaran kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum walaupun berlainan agama. Dalam situasi ini, Rina dan Muthu adalah suami isteri dan bapa Muthu telah menerima mereka dalam keluarganya. Ini menunjukkan bahawa ‘biarpun berlainan agama, kita tetap satu keluarga’.

3. Penerbitan promo ini juga menggambarkan toleransi kita rakyat Malaysia dalam satu negara. Keprihatinan kita dalam kehidupan bermasyarakat yang berbilang kaum, dapat disaksikan melalui watak Rina yang cuba memahami budaya India ( dengan memasak muruku dan memakai pakaian tradisi kaum India ) walaupun adik Muthu pada mulanya tidak bersalam dengan mereka, ( mungkin kerana perbalahan lain dan tiada kena mengena dengan bertukar agama ) namun atas dasar kekeluargaan dan kasih sayang maka Muthu bersama Rina diterima dengan seadanya.

4. Lakaran penceritaan dalam iklan ini lebih menjurus kepada adegan dramatik filem-filem Bollywood di mana konflik kekeluargaan menjadi teras utama kepada unsur kasih sayang di mana pengakhiran cerita adalah kepada adegan gembira dan kesepakatan.

5. Semangat kekeluargaan dan kasih sayang antara dua budaya bukan penghalang kepada kehidupan harmoni masyarakat Malaysia. Walaupun telah memeluk agama islam, Muthu tidak melupakan keluarga dan agama asalnya, bahkan kehidupan baru Muthu amat di hargai bapanya.

6. Dalam iklan ini juga digambarkan bahawa Rina pada mulanya tidak menjamah makanan bukan bermakna beliau merasakan makanan itu tidak halal semata-mata tetapi keadaan Rina yang sarat mengandung menyebabkannya dia tidak selera makan. Ini terbukti kerana selepas itu beliau terus melahirkan anak.


7. Penerbitan iklan ini sebenarnya bukan bertujuan untuk memaparkan perbezaan agama sesuatu kaum tetapi penerbitannya adalah menjurus kepada ikatan kekeluargaan, kasih sayang, dan budaya hormat menghormati antara satu sama lain.

Nota
- Kenyataan rasmi ini adalah bertujuan untuk menjelaskan kontroversi yang berlaku mengenai Iklan Deepavali 2010. Pelbagai polimek tercetus oleh beberapa individu yang tidak puas hati..

Laporan dari Malaysia Kini





Isnin, 8 November 2010

Tayangan Ekslusif ... Dalam Botol!!! Panggilan Akhir!!!

Klik gambar di bawah untuk laman utama DALAM BOTOL


Panggilan akhir buat semua blogger filem yang ingin menyaksikan tayangan ekslusif filem ...dalam botol. Tayangan akan di adakan pada 10 November 2010, pukul 4.00 petang. Nak tahu tempatnya?. Sila emelkan di amyikram09@gmail.com sebelum 9hb November 2010 pukul 5.00 petang. Kami mencari 10 lagi blogger bertuah, Harus diingat bahawa setiap jemputan hanya kepada seorang sahaja. Tempat adalah terhad.

p/s: nak jadi penonton pertama untuk menyaksikan Anu Dalam Botol?. Ops ... dalam botol?. Apa tunggu emel sekarang.

Arabian Nights....Malam Bersama Bintang FINAS


Pengumuman FINAS:-

Sukacita dimaklumkan bahawa Finas akan mengadakan Majlis Malam Bersama Bintang yang bertemakan "Arabian Night" pada 12 November 2010 pada jam 8.00 malam. Majlis itu akan diadakan di Dataran Karyawan FINAS. Majlis diserikan lagi dengan persembahan oleh Betty Banafe, Bienda dan Shahir AF8. Filem yang akan ditayangkan pada malam tersebut adalah filem terbitan KRU Studio iaituMagika. Terdapat juga promosi bagi filem 2 Alam dan Crayon. Selain itu majlis disertai dengan pertandingan King & Queen Of The Night dan Lucky Draw.

Dr Rozmey mahu sunting Pamela Anderson?


Beria benar Dr Rozmey mahu sunting Pamela Anderson dalam filem terbaru terbitannya. Apakah ia sebuah filem yang bakal mengutip pulangan tertinggi atau sekadar mencari populariti?. Belum sempat menjengah pawagam tempatan 2 Alam dikatakan juga bakal memberi saingan kepada filem antarabangsa Harry Porter dijangka tayangannya sama dengan 2 Alam. Memetik kenyataan Dr Rozmey kepada akhbar kosmo baru-baru ini, beliau menyifatkan bahawa 2 Alam akan menjadi filem box office di Malaysia mengatasi filem Harry Porter!. Wow!! hebat sungguh impian Dr Rozmey la ye. Moga ia menjadi kenyataan.. Jika tidak, nanti orang kata berangan di siang hari. Apa-pun, nantikan juga kehangatan 2 Alam yang bakal runtuh, pecah dan ranap panggung mulai 18 November 2010!!.

p/s: Kata teman, better dia pi tgk Harry Porter. Kalau 2 Alam depa sume nk tunggu kar TV je.. hehehe

Iklan Deepavali FINAS 2010.. bikin kontroversi?


Sempena perayaan Deepavali 2010, FINAS melalui bahagian produksi telah menyediakan PSA atau Iklan berkaitan perayaan tersebut dengan memberi fokus kepada kehidupan realiti masyarakat Malaysia. Iklan tersebut telah ditayangkan di beberapa stesen televisyen tempatan dan swasta. Penayangan iklan tersebut menerima pelbagai respond samada positif atau negatif dari masyarakat Malaysia. Ada yang suka dan ada yang tidak. Tetapi, bagi saya iklan tersebut cukup harmoni bagi mengambarkan betapa padunya rakyat Malaysia berbilang kaum walaupun berlainan agama, keturunan dan budaya. Jika anda terkeliru apabila menonton cerita Deepavali ini, sebenarnya iklan tersebut adalah kesinambungan kisah dari Iklan Aidilfitri 2010 terbitan FINAS. Mungkin penonton kita tidak menggemari cara hidup rakyat Malaysia berbilang kaum (sila lihat komen negatif). Namun, walau apapun komen yang diterima, pihak produksi amat menghargai setiap pandangan dan cemuhan yang diberi. Harap maklum.

p/s: Biarlah apa orang nak cakap.. yang penting kita tak ganggu hidup orang!!. Tak gitu?

Khamis, 4 November 2010

'Estet' bermula tayangannya!!! 4 November 2010!!!


‎"Membikin filem di bumi sini, terang warnanya. Aku tumpang menunggang pelangi itu. ESTET di pawagam mulai besuk. Aku perlu sokongan kalian. Jom kita sama-sama mewarnakannya. Terima kasih dan salam..." Mamat Khalid, ESTET, Khamis, 4 November 2010


'Estet' arahan sutradara profilik, Mamat Khalid akan ditayangkan serentak seluruh Malaysia mulai hari ini 4hb November 2010. Dapatkan kombo ESTET dari BIG CINEMA sekarang!!. ESTET filem berjiwa Malaysia.. merupakan filem terbaik dalam industri Filem Malaysia!!.



ESTET - ADUH KAWAN

ESTET FILM TRAILER

p/s: Jangan lupa menonton ESTET okay!!! Ini Filem Yang Wajib Di Tonton 2010!!

Rabu, 3 November 2010

... Dalam Botol, lulus bersih Lembaga Penapis Filem Malaysia


... dalam botol, bertemakan homoseksual, antara karya di Malaysia diluluskan tayangannya oleh Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF). Filem arahan Khir Rahman yang diterbitkan oleh produser sensasi, Raja Azmi bakal menemui penonton Malaysia mulai Februari 2011, sempena Hari Kekasih ( Valentine Day). ... dalam botol mengupas persoalan cinta sejenis antara pasangan gay merupakan filem penuh kontroversi selepas kemunculan filem pendek, comolot. Filem yang bakal ditayangkan secara tertutup pada 10 November 2010 itu sebenarnya tayangan khas sebelum menemui penonton sebenar pada pertengahan Februari 2011. Filem yang membariskan Arja Lee, Wan Raja, Diana Danielle, Rosnan Rahman dan banyak lagi itu merupakan karya yang amat di nanti-nantikan ramai penonton. Jangan lupa untuk mengikuti info-info menarik mengenai ...dalam botol secara ekslusif hanya menerusi amy ikram diary.

p/s: nantikan juga kemunculan anas adam, antara cinta dan persahabatan menuntut satu pengorbanan!!!


Selasa, 2 November 2010

Tayangan Khas : ... Dalam Botol Secara Ekslusif!!!


'... dalam botol', filem arahan Khir Rahman yang diterbitkan oleh Raja Azmi akan ditayangkan secara ekslusif pada 10 November 2010 pukul 4.00 petang. Filem yang diluluskan bersih oleh Lembaga Penapisan Filem tanpa potongan, cuma diklafikasikan sebagai 18 tahun ke atas mengisahkan suka duka seorang transeksual yang telah menukar jantinanya sehingga menimbulkan konflik perasaan apabila beliau juga mencintai kaum wanita. Filem yang penuh dengan adegan kontroversi dan mendebarkan itu bakal ditayangkan serentak mulai Februari 2011.Tayangan khas itu mengalu-alukan kedatangan rakan blogger dan penulis hiburan maya sahaja. Jika anda ingin menyaksikan tayangan ekslusif ... dalam botol pada 10 November 2010, sila emelkan maklumat peribadi anda kepada amyikram09@gmail.com sekarang!!. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 November 2010.

p/s: Raja Azmi bersama Amy Ikram mencari hanya 20 rakan blogger yang berminat untuk menyaksikan tayangan dalam botol pada 10 November 2010 pukul 4.00 petang. Rakan blogger yang bertuah akan dimaklumkan melalui emel jawapan. Tempat tayangan akan dimaklumkan kelak.. Ayuh emel sekarang!!!!

Isnin, 1 November 2010

Pesta Cahaya Mata.. Iklan Deepavali 2010 FINAS


Happy Deepavali 2010


p/s: Happy Deewali...