Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Ahad, 21 November 2010

Kisah Mastika yang dipotretkan dalam 2 Alam!!


Jika diberi pilihan untuk menonton sekali lagi filem 2 Alam, barangkali saya akan menolaknya dengan jujur. Jika diberi tiket percuma ( dengan tujuan untuk tambah kutipan box office), barangkali penonton diluar sana akan membodek lebih bagi mendapatkan pas percuma, yang penting kena promosi secara positif!. Ini dinamakan tidak jujur dan sifat inilah saya tidak gemari sebagai seorang pembikin filem mahupun penonton filem tegar. 2 Alam yang ditayangkan pada 18 November 2010 di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei khabarnya mengutip kutipan yang agak biasa, bukannya kutipan pecah panggung seperti yang dikeluarkan akhbar Kosmo sebaik saja pertama kali berputar di pawagam. Ketika membuat tinjuan di beberapa lokasi pawagam sekitar Kuala Lumpur, misalnya Mid Valley, KLCC, Pavillion dan Damansara, rata-rata mereka memilih Harry Porter sebagai filem wajib ditonton untuk bulan ini. Di mana silapnya 2 Alam?. Apakah promosi yang lebih membuatkan jutaan rakyat Malaysia mahu menonton atau terus membencinya sebagai filem transeksual bersalutkan badan seorang wanita.

Suhailah Salam, bintang dari Singapura yang disuntik produksi Dr Rozmey untuk membintangi 2 Alam, naskhah terhebat khabarnya. Dari segi perwatakkan, saya merasakan Suhailah Salam melakonkan watak seorang wanita, bukannya seorang transeksual. Ini mengelirukan khalayak di mana perbandingan karektor itu tidak menjadi dengan sebaiknya. Saya bukannya ingin mengutuk 2 Alam, tetapi apa yang saya kesali adalah kemantapan para pelakonnya. Jika 2 Alam menampilkan pelakon lelaki memegang watak seorang transeksual ( atau watak Mak Nyah Sebenar), saya merasakan 2 Alam akan menjadi filem kontroversi 2010, ataupun filem terhebat selepas Bukak Api arahan Osman Ali mahupun ... Dalam Botol arahan Khir Rahman. Kedua-dua naskhah ini mengatasi antara satu sama lain, tetapi 2 Alam adalah sekadar sebuah kisah dari Majalah Mastika yang dipotretkan. Jika 2 Alam dibikin untuk siaran Astro Oasis, kesedaran penonton itu akan sampai ke kemuncaknya kerana mesej 2 Alam sampai kepada penonton tetapi pembikinannya lebih kepada sebuah drama tv atau cerekarama untuk siaran TV3.


Jika dikatakan 'ia sebuah filem bermutu', saya hanya menggelengkan kepala kerana 2 Alam bukan filem terbaik tetapi sebuah cerekarama yang pastinya memberi keinsafan kepada khalayak penonton. Mungkin juga rata-rata yang datang cuma ingin menonton kerakusan 2 alam dari kaca mata sebagai filem seks 2010. Yang pasti, 2 Alam tidak layak digelar sebuah filem.

Saya cukup tertarik dengan artikel tulisan Arif Nizam Abdullah dalam sisipan Utusan Malaysia hari ini. Klik untuk baca kritika bernas mengenai 2 Alam secara jujur..

klik sini untuk baca

p/s: Saya rasa seperti menonton sebuah video klip yang panjang..

0 comments :