Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry



Bagaimana muzik dan lagu dicipta?. Kenapa rakaman muzik pada zaman dahulu berbeza dengan hari ini dan mengapa komposer hari ini tidak sama dengan kehebatan komposer era terdahulu?. Ikuti perkongsian menarik komposer, pencipta lagu dan penggubah muzik tersohor, S.Atan dengan klik poster di atas.

Ikuti perkongsian menarik komposer dan penggubah lagu, Ganesh Bala dan penyanyi Ushera tentang penerbitan 'The Malayan Songbook' dan rakaman lagu-lagu melayu klasik. Tonton sekarang!

Rabu, 8 Disember 2010

'Anak Ikan', satu lagi karya kontroversi 2011!!

salah satu babak menarik dalam 'anak ikan'

Apa yang anda tahu tentang definisi 'anak ikan'?. Khabarnya, pada tahun 2011 menyaksikan beberapa buah karya tempatan yang boleh dikatakan agak kontroversi bakal dihasilkan. 'Anu Dalam Botol' arahan Khir Rahman diluluskan bersih tanpa potongan oleh LPF Malaysia, begitu juga filem pendek kontroversi ' comolot' juga bakal difilemkan tidak lama lagi. Terbaru, bakal di arahkan seorang pengarah filem terkenal, 'anak ikan', bakal menemui penonton tempatan pada tahun 2011. Ketika ditanya kenapa memilih genre sedemikian, penerbit filem tersebut hanya tersenyum dan mengatakan bahawa 'sabar dan tunggu sahaja perkembangannya'. Apa yang pasti siapakah anak ikan dalam filem tersebut?. Apakah ia bakal menimbulkan kontroversi kelak?. Siapakah penerbitnya dan pengarahnya?. Anda tunggu sahaja perkembangannya..

p/s: Saya pasti anda yang suka melanggan anak ikan pasti suke filem ni kan. Ia bukan filem seks tapi filem seram 2011 kahabarnya!!. hahaha. Tunggu!!

0 comments :