Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Isnin, 13 Disember 2010

'Bara Jiwa', garapan terbaru Osman Ali

Selepas Bukak Api, Anak Halal dan CUN, Nuansa Film Sdn Bhd akan membawa anda meneroka sebuah kehidupan remaja yang berlatarbelakangkan alam persilatan sepenuhnya menerusi 'Bara Jiwa', garapan terkini pengarah kontroversi, Osman Ali. Bertemakan 'kasih sayang, persahabatan dan perjuangan', 'Bara Jiwa', menampilkan Remy Ishak, Diana Danielle, Fizz Fairuz, Bront Palare, Nadia Nissa dan Mislina Mustaffa ini akan memulakan penggambaran sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu mulai 27 Disember 2010.


'Bara Jiwa', merungkai erti sebuah persahabatan antara 4 watak berbeza, diwakili Firman, Trisya, Freez dan Lara. Masing-masing mempunyai kehidupan tersendiri, di mana kisah silam Firman yang dipenjara atas kesilapan lalu, banyak mengajarnya tentang perjuangan, apatah lagi gadis yang dicintainya, Trisya seringkali menagih cinta sejati dari seorang lelaki sepertinya. Freez dan Lara, dua watak seakan-akan sama tetapi memberontak kepada kehidupan sebenar. Mereka mahu berdikari sehingga melakukan perkara-perkara yang tidak terfikir dek akal.

Pengkisahan antara 4 watak ini bertemu di Wira Cinta, sebuah kelab yang dimiliki Kak Pora, seorang wanita yang begitu memahami jiwa anak remaja seperti mereka. Di Wira Cinta, mereka mempelajari ilmu persilatan.. sehingga menemukan mereka kembali kepada kehidupan yang sebenar, namun ada juga yang terperangkap dalam kehidupan yang amat mengujakan.
'Bara Jiwa', menurut sutradaranya, Osman Ali adalah paparan kehidupan segolongan anak muda yang ingin mencari kebebasan hidup tanpa memikirkan baik dan buruk sesuatu persekitaran sehinggakan apa yang berlaku adalah kehendak dan juga keinginan yang dirancang. Persahabatan menuntut satu perjuangan.. 'Bara Jiwa' lah lahir dari amarah jiwa yang memberontak.. Paparan realiti kehidupan digambarkan secara telus tanpa berselindung di sebalik kehidupan samada secara positif atau negatif.

Pelbagai aksi mendebarkan terkandung dalam Bara Jiwa, dikatakan mampu menyaingi kehebatan Anak Halal, filem aksi pertama garapan Osman Ali. Ketika ditanya rakan media semasa perlancaran filem ini di Nyonya Cafe, Garden Mid Valley Sabtu lepas, Osman Ali menidakkan Bara Jiwa bukan filem seakan Merantau Warriour, tetapi kupasan yang diuraikan adalah sebuah kisah tentang persahabatan dan perjuangan yang amat mengujakan.

Walaupun banyak cabaran yang perlu dipikul bagi membikin filem aksi ini, Osman Ali mengharapkan agar ia berjaya dan menjadi sebuah filem yang akan mendapat sambutan masyarakat kelak.
Bara Jiwa yang juga menampilkan muka-muka baru dalam dunia lakonan antara filem yang menjalani sesi latihan di Celebrity Fitness bagi membentuk otot-otot yang tegap bagi para pelakonnya agar kemunculan filem ini amat dinantikan warga filem tempatan. Saksikan aksi-aksi panas dan mendebarkan dalam Bara Jiwa yang bakal ditayangkan pada pertengahan 2011, yang kini dalam proses produksi dan akan memulakan penggambaran mulai 27 Disember 2010.

Bara Jiwa sebuah kisah tentang perjuangan, persahabatan dalam menuntut erti cinta suci...

Credit
Foto by : Nuansa Films Sdn Bhd. TQ pada Yusneezam Yusop.

p/s: Nantikan kehebatannya...

2 comments :

Nadia Nissa is a very good actor. she's gonna be huge, someday.

osman ali tak abis2 buat citer yg meleret2..nak berkarya tak kena tempat.dah la suppoerting artis kayu2 semua..