Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Selasa, 28 Disember 2010

Hiburan HD berdefinisi tinggi.. Astro Fiesta HD, Channel 110..


Mulai 27 Disember 2010 hingga 2 Januari 2010, Astro melalui saluran beyond 110 - Astro Fiesta HD- akan menyiarkan 14 program sempena tahun baru 2011. Dipancarkan dalam format HD sepenuhnya, pelanggan Astro Beyond akan menikmati hidangan lazat berupa rancangan dan filem yang berkualiti tinggi. Menyediakan platform drama, konsert dan filem merangkumi 4 bahasa utama ; English, Malay, Chinese, dan Tamil, Fiesta HD yang bersiaran selama 7 hari itu adalah saluran percuma yang dibekalkan khususnya kepada pemegang akaun Astro Beyond. Antara filem yang disajikan dalam Fiesta HD adalah Rendang Tok Wan, New Police Story, Shinjuku Incident, Raavanan, Sivaji The Boss HD, dan 3 Idiots. Selain itu, ia juga menayangkan beberapa konsert yang cukup ekslusif, iaitu Konsert Sheila Majid - 25 Years At The Top With MPO, MTV World Stage : Live In Malaysia, Kim Jeong - Eun's Chocolate Concert, Hit Man : David Foster and Friends, Josh Live Awake Groban, Michael Buble Caught in The Act, Andre Rieu at Schonbrunn Vienna and Girls Aloud Tangles Up. Bagi anda yang belum mendapatkan Astro Beyond, segeralah hubungi Astro sekarang kerana mulai 2011, ASTRO akan bersiaran dalam format HD sepenuhnya.


p/s: Mengharapkan juga stesen Media Prima ( TV3, NTV7, 8TV, TV9), dan RTM juga dalam format HD.

0 comments :