Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Rabu, 22 Disember 2010

'Maher Zain' dan' Konsert P.Ramlee', hiasi kalendar Panggung Sari, Istana Budaya 2011


Satu kejayaan besar buat Istana Budaya apabila tahun 2010 menyaksikan RM 12 juta ringgit berjaya dikutip dari jualan tiket bagi semua pementasan yang pernah dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya. Menewaskan kutipan terdahulu sebanyak RM 9 juta ringgit, Istana Budaya kini merangka pelan bagi menghidangkan beberapa persembahan yang menarik dan memukau bagi tahun 2011. Mulai Januari 2011, Istana Budaya akan mementaskan 3 buah persembahan ekslusif iaitu 'J2011 Lagenda (7-10 Januari 2011), Don Quixoye (14 - 16 Januari 2011) dan Muzikal Tun Mahathir 2 (21 - 30 Januari 2011). Ia dikuti Konsert Keunggulan 33 tahun Francisca Peter ( 5 dan 6 Februari 2011), Terima Kasih Cinta ( 17 Februari - 6 Mac 2011), Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal ( 17 Mac - 3 April 2011), Maher Zain ( 8 - 10 April 2011), West and Stars ( 14 - 17 April 2011), Wings Opera Hidup Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (29 April - 1 May 2011), Semalam Di Malaysia D'lloyd ( 6 - 8 Mei 2011), Wayang ( 13 - 17 Mei 2011), Swan Lake ( 20 - 22 Mei 2011), Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa ... 60 an ( 1 - 5 Jun 2011), Teater Salina ( 15 - 25 Jun 2011), Festival Muzik KL ( 1-3 Julai 2011), Dreamgirls (14 - 24 Julai 2011), Konsert P.Ramlee ( 8-21 September 2011), The Secret World Of Nora (29 September - 23 Oktober 2011), Magic Mirror The Musical (25 November - 4 Disember 2011), dan Semerah Padi ( 16-25 Disember 2011).

Antara pementasan yang mendapat sambutan hangat di Istana Budaya adalah West and Star( kutipan RM 4.6 juta), Cuci The Musical ( RM 1.8 juta), Muzikal Tun Mahathir ( RM 900 ribu), dan Natrah (RM 700 ribu). Apa yang pasti kedatangan 2011 nanti akan menyemarakkan lagi sambutan panas terhadap pementasan-pementasan di Istana Budaya.. Wallahuallam.

p/s: Saya menunggu Maher Zain dan P.Ramlee nanti. Insya allah. Tapi kalau ada Hantu Kak Limah dalam bentuk teater best jugak. hehehe

1 comments :

bagaimana jika hendak menempah tempah tiket ye?