Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Rabu, 8 Disember 2010

'mereka kekurangan tenaga pakar - Mix Stage FINAS', Syamsul Yusof


Kenyataan Syamsul Yusof dalam akhbar Berita Harian hari ini telah mengguris hati sesetengah pihak khususnya produksi Mix Stage di FINAS. Menurut Syamsul, pihak FINAS khususnya Mix Stage Studio kurang tenaga pakar dalam bidang audio, terutamanya bagi menghasilkan filem-filem berkualiti khasnya yang menggunakan teknologi digital audio sepenuhnya. Tambah Syamsul, 'kita akan beralih ke studio mixstage FINAS apabila mereka mempunyai kepakaran dari segi kejuruteraan bunyi', jelasnya semasa ditemui di Siam Film Development bagi kerja akhir penataan bunyi untuk filem KL Gangster.

Penjelasan Syamsul itu membuatkan beberapa pegawai Mix Stage tidak senang duduk apatah lagi dia (Syamsul) tidak pernah menjejakkan kaki di dalam bangunan Mix Stage. Malahan menggunakan khidmat di situ. Menurut salah seorang jurubunyi di Mix Stage yang tidak mahu dikenali namanya menjelaskan bahawa 'dia ( Syamsul) tak pernah guna khidmat di sini pun, macam mana boleh dia ( Syamsul) tahu kekurangan apa yang ada di sini. Kalau pernah hantar filem di sini, tiba-tiba kualiti teruk, kita faham dan akan terima kenyataan beliau dalam berita harian'. Ini tidak!. Ujarnya (nya merujuk kepada jurubunyi) dengan nada agak kecewa atas kenyataan yang dikeluarkan Syamsul.


Terkini, filem Senjakala arahan Ahmad Idham yang menggunakan sepenuhnya kepakaran di Mix Stage FINAS antara filem seram yang berjaya menjadikan Mix Stage antara pusat audio terbaik di rantau Asia Tenggara. Senjakala yang bakal ditayangkan awal tahun depan mendapat lampu hijau dari pihak kementerian apabila ditayangkan secara tertutup di Lotus Five Star, PJ minggu lepas.

Apa yang pasti, Syamsul Yusof hanya mendengar tanpa mencuba apa yang ada di Mix Stage. Sesungguhnya kenyataannya amat mengguris hati warga Mix Stage FINAS.

p/s: Macam-macam... apa-apapun aku suke kualiti audio dalam Senjakala.. Good Job..

2 comments :

Berdasarkan
http://amyikram.blogspot.com/2010/12/mereka-kekurangan-tenaga-pakar-mix.html
dan merujuk perenggan kedua iaitu : Penjelasan Syamsul itu membuatkan beberapa pegawai Mix Stage tidak senang duduk apatah lagi dia (Syamsul) tidak per...nah menjejakkan kaki di dalam bangunan Mix Stage. Malahan menggunakan khidmat di situ. Menurut salah seorang jurubunyi di Mix Stage yang tidak mahu dikenali namanya menjelaskan bahawa 'dia ( Syamsul) tak pernah guna khidmat di sini pun, macam mana boleh dia ( Syamsul) tahu kekurangan apa yang ada di sini. Kalau pernah hantar filem di sini, tiba-tiba kualiti teruk, kita faham dan akan terima kenyataan beliau dalam berita harian'. Ini tidak!. Ujar beliau dengan nada agak kecewa kepada pengarah filem terbaik itu di FFM 23, 2010.

Adakah ini membawa maksud yang kekecewaan pegawai Mix Stage itu telah wujud sejak FFM 23,2010? dan adakah mereka tidak sebulu sejak FFM 23?

memang Finas Mix Stage GAGAL.. sistem tak berfungsi.. kami dalam industri tau la.. orang finas tak perlu kecil hati.. kita pun tau kenapa mix stage ni gagal..